Terdapat
beberapa gaya dalam acara Lompat Tinggi seperti berikut :-
i) Gaya Gunting
(Scissors)
ii) Gaya Eastern
Cut-off
iii) Gaya Guling
Barat (Western Roll)
iv) Gaya Guling
Pelana (Straddle)
v) Gaya Fosbury
Flop
TEKNIK-TEKNIK LOMPATAN
Teknik Gaya Gunting
Menjelang abad ke-19, seorang berbangsa Amerika bernama Mike Sweeney telah
mencadangkan lompat tinggi jni gunting ini sebagai pilihan dari hadapan sebelum
ini. Lompatan gunting bermaksud peserta akan melepasi
palang pada sebelah kaki dan dengan segera diikuti dengan kaki yang sebelah
lagi hampir pada ketika yang sama, sambil melepaskan keseluruhan tubuh melepasi
palang.
Teknik ini telah ditiru oleh seorang Jerman bernama Pierre Lewden yang
kemudiannya terus mempopularkan gaya ini. Teknik lompatan ini menjadi ikutan
para peserta lompat tinggi ketika itu. Pergerakan dalam lompatan cara gunting
itu adalah seperti berikut :
i. Peserta
membuat larian dari sudut kiri atau kanan lorong larian mengikut keselesaan
sendiri.
ii. Peserta
membuat lompatan dengan mengangkat dan melepasi kaki hadapan diikuti dengan
kaki sebelah lagi.
iii. Ketika
kaki hadapan berada di atas palang, kaki yang sebelah lagi menendang ke atas,
menyebabkan dada berputar ke arah lompatan.
iv. Peserta
mendarat dengan menggunakan sebelah kaki atau kedua-dua beah kaki tanpa
menjatuhkan badan.
Gaya
gunting ini bertahan selama tempoh antara Perang Dunia Pertama ( 1914 – 1945 ),
malah menjadi satu – satunya cara yang digunakan oleh hampir semua peserta yang
mengambil bahagian dalam kejohanan sukan terbesar seperti Sukan Olimpik.
Teknik Western Roll
Teknik
lompat gaya gunting telah diperbaharui untuk memberi keselesaan kepada peserta
dan yang lebih penting lagi untuk mendapatkan ketinggian maksimum dari lompatan
tersebut. Seorang rakyat Amerika, George Horrine telah mencipta gaya baru
dalam gaya lompatan lompat tinggi. Dalam teknik ini, peserta akan
membuat lompatan dengan keseluruhan badannya hampir rata dengan palang, iaitu
pada bahagian sisi badannya sama ada sisi kiri atau kanan. Pergerakan peserta
sepanjang lompatan melalui teknik ini dinamakan putaran ( roll ) dan dikenali
sebagai Western Roll, sebutan daripada tempat asal Horrine, iaitu dari pantai
Barat Amerika Syarikat. Daripada lompatan menggunakan ini, Horrine menjadi
orang pertama yang melepasi 2 meter iaitu pada 18 Mei 1912, di Palo Alto,
California. Selepas itu gaya lompatan Western Roll terus menjadi ikutan para
peserta lompat tinggi ketika itu.
Penggunaan gaya lompatan yang baru ini menyebabkan rekod baru dicipta dari
semasa ke semasa. Hal ini menjadi lebih mudah dengan setiap peserta berusaha pula
memperbaiki teknik ini supaya lebih mudah dan dapat meningkatkan ketinggian
lompatan.
Teknik Gaya Plana
Terdapat
empat fasa utama dalam teknik melompat gaya plana yang berturutan di
antara satu sama lain, iaitu pendekatan larian landas, lonjakan, kedudukan
badan atas palang ( penerbangan ) dan pendaratan.
Pendekatan larian landas
Pendekatan larian landas untuk melompat mempunyai beberapa tujuan seperti
berikut :
i. untuk
membentuk penukaran optimum pergerakan mendatar serta mendapatkan sokongan
kepada sudut untuk melonjak dengan kekuatan yang maksimum.
ii. Mendapat
rentak dan corak larian yang lancar.
iii. Membolehkan
peserta memperolehi sudut yang sesuai untuk membuat lonjakan.
Pendekatan larian dalam gaya plana adalah mengikut garis lurus hingga ke tempat
membuat lonjakan. Larian dibuat dengan langkah yang panjang, iaitu biasanya
antara lima hingga tujuh langkah. Peserta akan berlari dengan bahagian tumit
kaki terlebih dahulu mencecah lantai gelanggang sebelum dipindahkan ke hujung
kaki.
Dalam gaya plana, bahagian – bahagian badan peserta akan melepasi
palang lompatan, lorong terbang ( flight path ) mestilah dijauhkan sedikit dari
palang. Tujuannya supaya bahagian terakhir badan peserta dapat dikawal daripada
terkena palang. Oleh itu sudut yang sesuai selalu digunakan ialah di
antara 52 – 45 darjah.
Sebelum mendapatkan larian landas, kaki yang selesa dan kuat untuk
melonjak atau tumpuan hendalkah dipastikan. Ini boleh ditetapkan dengan
menyuruh atlit membuat lompatan gunting melintasi palang. Altit mula berlari
dari sebelah kiri tiang tegak ( iaitu pelompat yang akan melompat dengan
kaki kiri ). Setiap langkah ke arah palang seakin panjang dan juga pusat
gravity juga semakin rendah. Pendaratan kaki juga semakin jauh ke hadapan badan
semakin hampir dengan palang. Gerakan peha adalah agak tinggi ke depan. Semasa
melangkah tumit kaki menyentuh bumi terlebih dahulu diikuti oleh tapak kaki
lain. Langkah kedua sebelum melonjak adalah langkah yang panjang sekali dan
seketika itu bahu dibawa ke depan. Semasa langkah ini di ambil, kaki bebas 9
hanyun ) dibawa ke depan dalam keadaan agak bengkok.
Jarak larian boleh ditentukan dengan menandakan satu bulatan berjejari 50 cm
berhampiran dengan tiang tegak, iaitu tiang kiri bagi pelompat yang melonjak
dengan kaki kiri atau sebaliknya. Letakkan kaki lonjakan di tengah bulatan ini
dan lari ke hadapan pada sudut 30 darjah. Lima atau tujuh langkah dari tengah
bulatan sudah memadai. Tandakan langkah terakhir iaitu langkah lima atau tujuh.
Seterusnya lari kembali kearah palang dan pastikan langkah terakhir memijak
tempat yang sama. Jika langkah itu tidak konsisten, penyesuaian dibuat.
Akhirnya ukur jarak antara 5 atau 7 langkah. Ukuran ini boleh digunakan pada
masa latihan yang akan dating.
Lonjakan
Sebelum melonjak, peserta perlu merendahkan pusat gravity badannya. Teknik
melakukannya perlu betul kerana ia boleh menjejaskan kelajuan larian. Lutut
kiri dibengkokkan pada langkah terakhir larian, dan tangan dihayunkan ke
belakang serta tumit kaki pasak badan dalaam keadaan condong ke belakang. Pada
langkah terakhir ini peserta mesti bersedia untuk mula melonjak keatas palang.
Apabila kaki kanan ( depan ) mula dihayun ke atas, tangan yang dibelakang tadi
turut ikut serta.
Ketika inilah kaki kiri ( belakang ) akan membuat lonjakan sekuat yang mampu.
Tindakbalas kepada penekanan dan daya gerak ke atas, pertukaran gaya lonjakan
kaki dan penyerapan hentakan mestilah berlaku dengan pantas.
Kedudukan badan atas palang.
Dalam kebanyakan kes, tangan adalah bahagian yang pertama sekali melintasi
palang, diikuti oleh kaki depan. Kaki depan yang mendatar di atas palang
hendaklah mengawal pergerakan bahagian badan yang lain untuk dibawa melepasi
palang.
Ketika badan mula melepasi palang, kaki kiri iaitu kaki belakang dibengkokkan
serapat yang boleh utnuk mengelakkan dari terkena palang. Tangan kiri
dirapatkan ke dada. Sebaik sahaja separuh badan melepasi palang, peserta
akan menjunamkan kepala dan bahunya ke arah tilam mendarat. Ini akan membantu
pergerakan pinggang berada dalam posisi yang betul untuk meseluruhan badan
melepasi palang. Kaki belakang tidak perlu menendang ke atas tetapi cukup
sekadar mengekalkan posisi bengkoknya .
Pendaratan
Selepas berjaya melompat melepasi palang, peserta terus menuju ke kawasan
pendaratan. Peserta akan memusingkan badan dari posisi mengiring kepada posisi
melentang dengan jatuhan badan ke atas tilam mendarat.
Teknik Gaya Lentang ( Fosbury Flop )
Gaya lentang
( flop ) merupakan teknik lompatan yang paling akhir diperkenalkan oleh seorang
ahli lompat tinggi yang berasal dari Amerika Syarikat iaitu Dick Fosbury pada tahun
1968. Lompatan ini sangat sesui untuk atlit lompat tinggi yang mempunyai
larian yang pantas tetapi kurang daya lonjakan kaki. Dari kajian yang
dibuat oleh pakar-pakar menunjukkan bahawa penggunaan daya untuk melonjak
adalah selama 0.14 saat untuk gayalentang berbanding 0.22 saat
untuk gaya plana.
Gaya ini sungguh popular pada masa kini dan tidak ada sebab mengapa
murid-murid tidak diberi peluang untuk mempelajarinya. Untuk tujuan
keselamatan, guru mestilah memastikan bahawa tilam pendaratan yang mencukupi
digunakan semasa pelajaran atau latihan.
Dalam gaya lentang atau Fosbury Flop ini, terdapat empat fasa
yang perlu oleh seseorang pelompat iaitu :
1. Fasa
penujuan.
2. Fasa
lonjakan.
3. Fasa
layangan.
4. Fasa pendaratan.
Fasa penujuan ( larian landas )
Fasa
penujuan adalah sangat penting untuk mendapatkan lompatan yang sempurna.
Terdapat dua faktor yang mempengaruhi lari landas yang akan membawa seseorang
atlit lompat tinggi pada satu tahap yang paling sesuai untuk melakukan fasa
lonjakan seterusnya. Faktor-faktor itu adalah :-
i) Kelajuan
:- Atlit dikehendaki berlari secepat mungkin tetapi dengan
halaju yang terkawal. Ia akan mengambil masa yang lebih lama untuk
melintasi palang kerana tinggi palang.
ii) Arah
:- Atlit hendaklah menuju ke arah palang pada sudut 20 darjah hingga
30 darjah dari satah tegak palang. Dalam gaya flop ini di bahagian akhir
lari landas atlit perlu mengubah arahnya pada satu lengkongan. Ini
dilakukan untuk mendapat daya sentrifugal yang sangat penting bagi gaya flop.
Terdapat tiga gaya lari landas yang sering digunakan
dalam gaya flop seperti berikut;
i) Lari
lengkung dari mula, lari landas untuk mendapat kepantasan yang optima seperti
Dick Fosbury.
ii) Bermula
lari secara lurus kemudian melencong pada empat langkah terakhir.
iii) Secara
lari atas garisan lurus menuju ke palang.
Dalam fasa ini juga peserta membuat
larian untuk memperolehi daya yang tinggi untuk membuat lonjakan, Jarak larian
untuk membuat lompatan bergantung kepada ketinggian peserta dan
keberkesanannya membuat lonjakan. Disebabkan dalam gaya ini peserta akan
melompat secara membelakangi palang lompatan, maka teknik larian juga berbeza
dari gayaplana. Corak larian pada kebiasaannya adalah berbentuk garisan
lengkung.
Larian yang mengikut lengkungan akan menghasilkan daya centrifugal iaitu daya
cenderung untuk keluar dari pusat putaran. Daya ini akan membantu melempar
badan peserta ke atas palang apabila membuat lonjakan.
Jejari lengkungan ( jika menjadi bulatan ) ketika mengambil larian biasanya
lebih kurang 6 meter. Saiz jejari lengkungan ini adalah bergantung kepada
ketinggian peserta dan kebiasanya berlari pada jarak tersebut.
Biasanya pelompat mengukur tujuh hingga sembilan langkah larian. Peserta
biasanya mengukur jumlah langkah dengan mengira langkahnya sambil berlari
bermula dari tempat permulaan lonjakan di hadapan palang. Kaki yang digunakan
untuk melonjak hendaklah diletakkan pada tanda permulaan lengkungan. Setelah
hampir kepada lengkungan kedua, hendaklah menambahkan kelajuan untuk melompat.
Larian melengkung inilah yang menyediakan pelompat melepasi palang bahagian
dahulu.
Fasa lonjakan
Apabila
pelompat berada tiga atau empat langkah sebelum mula melonjak serta sudah ada
tendersi untuk melayangkan badan ke atas palang maka pengukuhan posisi
badan dan gaya belari digabungkan bersama. Apabila hampir dengan
tempat untuk melonjak, kaki yang akan melonjak seharusnya berada di posisi
selari dengan palang lompatan. Keadaan ini akan menempatkan badan peserta di
posisi yang baik untuk mengelakkan badan daripada terkena palang apabila sudah
melompat.
Gaya
tangan sangat penting untuk membantu mengangkat badan peserta ketika melompat.
Gaya ini hampir serupa seperti dalam gaya plana. Ketika
pelompat bergerak di langkah terakhir larian, kedua belah tangan dihayunkan ke
belakang. Peserta akan memulakan pergerakan melompat dengan membawa kaki
belakang ke hadapan serta mengangkat kaki dengan peha selari denagn permukaan
gelanggang. Kaki hadapan ( kaki yang kuat atau yang digunakan untuk melonjak )
mula menujah badan ke atas. Tangan dihulurkan ke atas untuk memandu atau
mengawal pergerakan badan ke atas palang.
Fasa layangan.
Selepas keseluruhan badan telah dilonjak ke atas, maka pelompat
akan cuba melentikkan badannya utuk melepasi palang. Kedua-dua belah
tangan diluruskan selari dengan rusuk badan. Kaki dibiarkan bebas untuk
memudahkan pelompat melenturkan badan iaitu bahagian pinggang. Lenturan atau
lentikan badan ini akan membantu bahagian punggung pelompat melepasi palang. Ketika
ini badan pelompat berbentuk huruf ‘ J ‘.
Apabila badan mula mendarat, pelompat akan menarik lutut ke hadapan di mana
kedua belah kaki diluruskan ke atas. Pergerakan ini perlu pantas dan berterusan
dengan pendaratan ke tilam mendarat. Ini adalah penting mengelakkan bahagian
betis dan tumit daripada terkena palang dan ia juga sebagai persediaan untuk
pendaratan.
Sebaik sahaja peserta melayang di
udara, pusat graviti badan turut berubah. Tubuh akan berpusing di keliling
pusat graviti dalam satu laluan parabola. Peserta cuma bolah menambah kelajuan
rotasi ini dengan menggerakkan pinggulnya. Penjimatan momentum ini akan
membolehkan pelompat menambahkan kelajuan rotasi dengan memendekkan tuas
melalui pergerakan lengan dan kaki yang merapati pusat graviti.
Kepala dan belakang perlu melepasi bar terlebih dahulu. Kepala haruslah
didongak ke atas. Sebaik sahaja bahu melepasi palang, gerakkan kepala ke
belakang. Ini menyebabkan pinggul dan terangkat lalu membentuk arch.
Apabila pinggul telah melepasi bar, angkat hamstring ke atas. Ini dilakukan
melaui merendahkan pinggul ke bawah. Pergerakan ini menyebabkan lutut terangkat
dan membolehkannya berada dalam posisi yang lebih baik untuk melepasi bar.
Setelah itu, luruskan kaki. Dalam pergerakan ke bawah selepas itu, perlahankan
rotasi melalui tangan yang terbuka ke luar. Ini bagi membantu proses mendarat.
Mendaratlah dengan belakang bukannya tengkuk.
Fasa pendaratan
Serentak
dengan mengangkat kaki ke atas, pelompat menarik kepala daan dadanya ke arah
kaki. Kedua-dua belah tangan diangkat ke atas dan pelompat mendarat di atas
bahagian belakangnya ( tulang belikat ).
Dalam fasa ini badan atlit setelah
melepasi palang sedang jatuh dari tinggi ke bumi. Jenis daya yang
dihasilkan adalah daya kinetik yang makin jatuh makin bertambah.
Seseorang atlit ketika ini mesti menyediakan dirinya dengan mengadakan kedua
lutut jauh dan dagunya rapat pada dada. Mulutnya mesti ditutup supaya
tidak tergigit lidah. Untuk mengurangkan hentakan maka atlit mesti cuba
mendarat pada bahunya.
Sekiranya tenaga kinetik terlampau, ia dikehendaki melakukan gulingan ke
belakang untuk menyerap hentakan impact.
No comments:
Post a Comment