Pages

Thursday, November 25, 2010

Kertas Kerja Program Rekreasi Luar.


KERTAS KERJA
PROGRAM REKREASI LUAR
TEMPAT:
TAMAN PERTANIAN MALAYSIA
BUKIT CAHAYA
SERI ALAM.
TARIKH   :
22 – 25 JULAI 2010
ANJURAN:
KELAB REKREASI
SEKOLAH KEBANGSAAN DESA BAIDURI, CHERAS
SELANGOR.

MENGADAKAN PERKHEMAHAN BERSEPADU
KELAB REKREASI
SEKOLAH KEBANGSAAN DESA BAIDURI CHERAS,
SELANGOR.
1.0  PENDAHULUAN.
Perkhemahan Bersepadu ini dianjurkan oleh Kelab Rekreasi Sekolah Kebangsaan Desa Baiduri Cheras, Selangor. Program ini wajib disertai oleh semua ahli Kelab Rekreasi  Sekolah tahun 6 sejumlah 40 orang. Lokasi aktiviti yang akan dilawati ialah Taman Pertanian Malaysia  Bukit Cahaya, Seri Alam, Selangor pada 22 Julai sehingga 25 Julai iaitu empat hari tiga malam. Program ini dapat membantu pelajar dalam membina keyakinan di samping memupuk nilai-nilai kerjasama antara pelajar. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti perkhemahan ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila meningkat dewasa.

2.0  RASIONAL.
Program ini diadakan untuk memupuk sifat kerjasama dan disiplin dalam diri pelajar. Sifat seperti kepimpinan, keyakinan diri, keberanian, toleransi, ketahanan fizikal,mental dan rohani hendaklah tersemat dalam diri pelajar. Ini merupakan matlamat perdana program tersebut dilaksanakan. Pelbagai bentuk aktiviti seperti flying fox, orieentering, mendaki gunung, dan lain-lain disusun supaya para pelajar dapat menonjolkan sifat kepimpinan dan bakat masing-masing dalam menempuh cabaran yang lebih mencabar pada masa yang akan datang.

3.0  OBJEKTIF.
Program ini dilaksanakan untuk:
1.    Memberikan pendedahan kepada murid-murid mengenai aktiviti kokurikulum
2.    Membentuk sikap bertanggungjawab dan berdisplin serta peranan pelajar semasa melakukan aktiviti perkhemahan.
3.    Meningkatkan keyakinan diri dan sifat berani dalam setiap situasi
4.    Memimpin dan membimbing pelajar supaya jelas hala tuju masa hadapan.
5.      Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, dan emosi.

4.0  TEMPOH PROGRAM.
 4.1 Program ini dijalankan selama 4 hari 3 malam.
 4.2 Masa pelaksanaan program ini melibatkan waktu siang dan malam.

5.0  TARIKH.
5.1 Tarikh yang dirancang ialah 22-25 Julai 2010.

6.0  TEMPAT.
6.1 Tempat yang dirancang ialah Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri                           
       Alam.
6.2 Rasional pemilihan tempat ini adalah kerana :
6.2.1     Kawasan rekreasi dengan bentuk muka bumi yang pelbagai dan jarak tidak jauh dari sekolah.
6.2.2     Sesuai untuk sukan rekreasi dan perkhemahan kerana kawasan yang luas untuk pelbagai aktiviti.
6.2.3     Kawasan yang mesra pengunjung kerana mempunyai pelbagai kemudahan seperti tandas, kafeteria dan sebagainya.
       6.2.4   Kawasan yang selamat dan tiada sebarang gangguan yang boleh         
                      menjejaskan program.

7.0  KUMPULAN SASARAN.
7.1 Jumlah peserta       : 40 orang (pelajar Tahun 6 )
                                     (senarai nama peserta adalah seperti lampiran 1)
      7.2 Jumlah guru                        : 5 orang.

8.0  AKTIVITI REKREASI.
Terdapat 5 jenis aktiviti utama yang akan dilakukan sepanjang program ini, iaitu :
8.1  Orieentering.
8.2  Flying fox.
8.3  Mendaki bukit.
8.4  Membuat pelbagai jenis ikatan dan simpulan.
8.5  Membuat gajet.

9.0  ANGGARAN PERBELANJAAN.
BIL
PERKARA
KUANTITI
JUMLAH (RM)
1
Cenderamata pelajar
40 orang X RM3
120.00
2
Cenderamata guru
5 orang X RM4
20.00
3
Hadiah
5 buah X RM10
50.00
4
Makanan
45 orang X RM48 (4 hari)  
2160.00
5
Aktiviti Orientering
-       Telur
-       Kentang
-       Tepung





50.00
6
Rencam (belanja tak terduga)
45 orang X RM3
135.00

Jumlah
2535.00

  • Jumlah keseluruhan yang perlu dibayar oleh setiap murid untuk program ini ialah sebanyak RM54.00 .
  • Jumlah yang perlu dibayar oleh para guru yang turut mengikuti aktiviti ini ialah sebanyak RM67.00 .
  • Jumlah wang yang diperlukan mungkin tidak sama dengan anggaran bajet yang disenaraikan kerana terdapat individu yang akan memberi tajaan dalam melaksanakan program   ini.

10.0      SENARAI JAWATANKUASA.
10.1       JAWATANKUASA PENGURUSAN
                Penasihat     : En. Zaki bin Ismail (Guru Besar)
                                           En. Rashidi binti Zain (Penolong Kanan Kokurikulum)
                        Guru               : En.Razak bin Zulkifli
                                                 En. Baharuddin bin Anafiah
                                                   Pn. Rasyidah binti Rahman
                                                   Pn. Maznah binti Abdullah
                                                   Pn. Rozinah binti Murshid
10.2      JAWATANKUASA PELAKSANA
Pengerusi                             : Mohd Haziri bin Jamil
Naib pengerusi                    : Muhamad Fariz bin Muhamad
Setiausaha                           : Nurul Fatihah Bt. Abdul Rahman
Bendahari                             : Fatin Syazwani binti Mustafa
                  Ketua Komandan                : Muhammad Asyraf bin Zulhazni
10.3      AHLI JAWATANKUASA
AJK Makanan                       : Muhamad Amirsyahir bin Mursid
AJK Kerohanian                  : Muhamad Safwan bin Salim
AJK Hadiah dan Sijil           : Nur Fadillah binti Karim
AJK Disiplin                          : Nur Azira Bt. Azwan
AJK Kebajikan                     : Muhamad Rahim bin Basir

11.0      JADUAL PROGRAM.

Masa

6.00
8.00

8.00
13.00

13.00
14.00

16.00
17.00

17.00
18.00

18.00
20.00

20.00
22.00

22.00
23.00

HARI PERTAMA
22.7.2010


TAKLIMAT
MENGEMAS BARANG

PENGURUSAN DIRI
SOLAT MAKAN MALAM

LDK 1
ICE BREAKING
PEMBENTUKAN KUMPULAN

HARI KEDUA
23.7.2010
PENGURUSAN DIRI
SOLAT
SENAMAN PAGI
SARAPAN PAGI

PERBARISAN
ORIEENTERING


REPELLING
FLYING FOX

PENGURUSAN DIRI SOLAT MINUM PETANG

SUKANEKA

PENGURUSAN DIRI
SOLAT MAKAN MALAM

LDK 2

HARI KETIGA
24.7.2010
PENGURUSAN DIRI
SOLAT
SENAMAN PAGI
SARAPAN PAGI


MENDAKI BUKIT

IKATAN DAN SIMPULAN

PENGURUSAN DIRI SOLAT MINUM PETANG

PERMAINAN KECIL

PENGURUSAN DIRI
SOLAT MAKAN MALAM


HARI KEEMPAT
25.7.2010


PENGURUSAN DIRI
SOLAT
SENAMAN PAGI
SARAPAN PAGI


GAJET TRIPOT

PERASMIAN PENUTUP
DAN PENYAMPAI HADIAH

PENGURUSAN DIRI SOLAT MINUM PETANG


MENGEMAS ALATAN, REFLEKSI, BREAK CAMP DAN PERJALANAN BALIK KE SK 














12.0      PLAN TINDAKAN.
12.1      Latihan dalam kumpulan.
12.2      Penekanan moral dan sahsiah diri serta disiplin.
12.3      Pertandingan
12.4      Perkhemahan

13.0      PENUTUP.
Segala apa yang dirancang untuk program sukan rekreasi ini diharap dapat dijalankan dengan jayanya. Harapan kami ialah supaya semua murid dan pelajar dapat mengambil bahagian dalam semua aktiviti yang dirancangkan dan semoga mendapat manfaat untuk diri dan digunakan segala ilmu yang diperoleh dimasa akan datang. Oleh itu, kerjasama daripada pihak Tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

2 comments:

CIKGU NITA said...

tq di atas perkongsian maklumat. Mohon share ye...

CIKGU NITA said...

tqvm

 
Images by Freepik