Soalan 3.
Saya dan rakan sekumpulan telah memilih satu video yang bertajuk ‘Anak Derhaka’. Ia mengisahkan mengenai konflik antara ibu angkat dengan anak angkatnya. Watak utama dalam video tersebut ialah watak Aman iaitu seorang anak angkat kepada Puan Siti. Puan Siti merupakan seorang ibu tunggal dan mempunyai seorang anak angkat bernama Nana. Suatu hari, wujud pertelingkahan antara Puan Siti dengan Aman sehingga Puan Siti menampar Aman kerana Aman telah bersikap kurang ajar dan meninggikan suara terhadapnya. Kemudian, Aman rasa terpukul dengan tamparan oleh ibu angkatnya, lalu dia keluar dan berlari ke arah jalan raya. Kakak angkatnya, Nana dan juga Puan Siti cuba mengejar Aman dan memujuknya namun Aman tidak mempedulikan mereka. Sehinggalah Nana kemalangan jalan raya akibat daripada dia cuba mengejar Aman untuk memujuknya. Kesan terhadap Puan Siti selepas itu adalah dia berasa amat sedih, kecewa dan kesal dengan apa yang berlaku. Mungkin juga dia boleh menghadapi tekanan jiwa kerana telah kehilangan anak kandungnya. Aman juga berasa kesal, sedih dan bersalah kerana telah menyebabkan dia kehilangan kakak angkatnya yang amat menyayangi dirinya.
Berdasarkan video pendek tersebut, kami dapati bahawa tahap kompetensi personal dan kompetensi sosial dalam diri watak-watak tersebut amat lemah. Ini kerana konflik dan permasalahan yang berlaku pada diri mereka, tidak dapat dikawal dan diatasi dengan baik. Jika mereka dapat memahami dan menguasai kompetensi kendiri dan kompetensi sosial sudah tentu permasalahan mereka dapat diselesaikan sehingga tidak berlaku kejadian buruk yang tidak diingini.
Antara punca berakunya masalah tersebut adalah berlakunya konflik antara anak angkat dengan ibu angkatnya sehingga tercetusnya pergaduhan dan akhirnya menyebabkan kematian orang yang tidak bersalah iaitu kakak angkatnya.
Bagi mengatasi masalah yang berlaku, punca dan sebab berlakunya masalah tersebut perlulah dikaji dan diteliti agar konflik yang berlaku dapat diatasi.
Antara strategi yang boleh digunakan untuk menghadapi konflik yang berlaku ialah menggunakan system S-TLC.
Lulofs dan Cahn (2000) dalam buku Conflict : From Theory to Action mencadangkan sistem S-TLC bagi mengurangkan konflik.
Sistem S-TLC.
| Kompetensi Kendiri | Kompetensi Sosial |
Stop (Berhenti) | · Perlu berhenti daripada pertengkaran. · Tenangkan diri dan menarik nafas panjang. · Meninggalkan tempat kejadian. · Setiap watak pelu mempunyai kawalan kendiri yang baik. | · Aman, ibu, dan Nana perlu memberi ruang kepada sesama mereka apabila bersuara meluahkan perasaan. |
Think (Berfikir) | · Masing-masing perlu sedar akan emosi sendiri dan berfikir dengan wajar dan rasional. · Setiap watak perlu mempunyai pemikiran yang postif dan terbuka. | · Perlu menerima fikiran orang lain dan berfikir juga akan kepentingan serta perasaan orang lain. |
Listen (Dengar) | · Mendengar gerak hati yang betul. | · Mendengar dan beri juga peluang akan pandangan orang lain. |
Communicate (Komunikasi) | · Menggunakan komunikasi yang betul apabila bertutur. · Rancang butir-butir percakapan. | · Kemahiran komunikasi yang berkesan dengan orang lain. · Menggunakan nada yang bersesuaian. |
Stop (Berhenti).
Berdasarkan daripada cerita Anak Derhaka tersebut,watak Aman dan ibu perlu memainkan peranan yang baik. Dari segi pengurusan diri, Aman dan Ibu perlu menenangkan diri masing-masing apabila menyedari emosi yang tidak stabil seperti marah dan geram mula menguasai diri. Apabila pertelingkahan mula berlaku, mereka perlu berhenti dan bersikap sabar. Jika situasi semakin buruk, salah seorang perlu segera meninggalkan tempat kejadian bagi mengelakkan perkara yang lebih buruk lagi berlaku. Selain itu, Puan Siti dan Aman juga seharusnya mempunyai kawalan kendiri yang baik. Mereka perlu kawal emosi dan tindakan diri masing-masing agar tidak mengeruhkan lagi keadaan. Mereka perlu mempunyai motivasi kecapaian bagi mengawal keadaan.
Dari segi pengurusan sosial pula, Nana sebagai orang tengah perlu menenangkan diri ibunya dan adik angkatnya, Aman itu. Nana seharusnya cuba menghentikan pertelingkahan yang berlaku sebelum ia menjadi lebih teruk lagi.
Think (Berfikir).
Aman dan ibu angkatnya itu hendaklah berfikir sejenak akan tindakan yang mereka akan lakukan. Dengan cara berfikir dahulu sebelum melakukan tindakan, ia akan dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Aman seharusnya berfikir kesan dan akibat serta kewajaran dia memarahi dan meninggikan suara terhadap ibu angkatnya itu. Dia harus sedar sebagai seorang anak dia harus menghormati ibunya dan tidak bersikap tidak sopan kepada orang yang telah menjaga dan memeliharanya sejak kecil walaupun bukanlah ibunya itu bukanlah ibu kandungnya. Maka Aman dan ibu hendaklah menyedari akan emosi mereka sewaktu kejadian itu. Apabila mereka telah menyedari emosi mereka yang sebenar, barulah mereka boleh berfikir secara wajar dan melakukan tindakan yang sepatutnya. Mereka seharusnya mempunyai pemikiran yang positif dan lebih terbuka bagi menghadapi konflik yang berlaku. Merek harus memahami keadaan diri masing-masing. Contohnya Aman perlu memahami keadaan diri Puan Siti yang telah bersusah payah membesarkan dia dan Nana serta telah penat bekerja seharian. Dan Puan Siti juga perlu memahami diri Aman yang masih belum matang dan memerlukan kasih saying dan perhatian memandangkan dia bukanlah anak kandungnya. Mungkin Aman berasa tersisih kerana Puan Siti sibuk bekerja dan lebih rapat dengan anak perempuannya, Nana.
Dari segi pengurusan sosial, ibu sepatutnya menerima pandangan Aman dan berfikir juga akan kepentingan anak angkatnya itu. Dia harus menyedari bahawa perasaan dan jiwa Aman sebagai seorang anak yang semakin meningkat remaja itu adalah tidak stabil dan masih belum matang lagi. Aman pula seharusnya perlu memikirkan perasaan seorang ibu jika dia meninggikan suara dan bersikap kasar terhadap ibu angkatnya itu. Dia sepatutnya juga cuba memahami situasi ibunya yang telah bersusah payah membesarkan dia bersama-sama kakak angkatnya, Nana itu. Sebagai seorang ibu tunggal, ibunya itu pastilah telah menempuhi pelbagai rintangan dan cabaran semasa membesarkan mereka. Jadi sebagai seorang anak yang mengenang budi dan jasa orang tuanya, dia haruslah menghormati dan bersabar menghadapi ibunya itu.
Listen (dengar).
Sebelum mengatakan sesuatu, kita juga sesekali boleh mendengar kata hati dan naluri kita yang kadangkala diberikan ilham oleh Tuhan. Tetapi seseorang itu perlulah memastikan dahulu bahawa kata hatinya itu adalah wajar dan bersesuaian dengan keadaan atau tidak.
Dalam watak Nana, dia lebih banyak mendiamkan diri dan hanya mendengar pertelingkahan ibunya dengan Aman. Mungkin dia tidak mampu untuk melakukan apa-apa tindakan sebelum itu, lalu dia hanya mendengar dan memberi peluang kepada Aman dan ibunya itu mengeluarkan perasaan tidak puas hati mereka. Tetapi bagi watak Aman, dia seharusnya memberi peluang kepada ibunya untuk mengutarakan pandangannya. Dia tidak sepatutnya terus menerus memarahi ibunya tanpa member peluang kepada ibunya untuk bersuara.
Bagi watak ibu pula, apabila dia mendengar luahan hati dan perasaan Aman, dia seharusnya cuba memahaminya dan bersabar. Dia tidak seharusnya menampar anaknya itu kerana ia akan mengeruhkan lagi keadaan.
Communicate (Komunikasi).
Apabila berkomunikasi, sesorang itu perlulah merancang terlebih dahulu akan perkara yang ingin dikatakannya. Ini kerana percakapan yang salah, mungkin boleh menyebabkan berlakunya pertelingkahan yang lebih besar lagi. Contohnya bagi watak Aman, dia seharusnya tidak menggunakan nada yang tinggi terhadap orang yang lebih tua. Kerana pertuturannya yang kasar telah mengundang kemarahan ibunya sehingga menampar pipinya.
Dari segi pengurusan sosial pula, Aman dan ibu seharusnya mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik dan berkesan. Mereka perlu menggunakan nada yang bersesuaian semasa berkomunikasi antara satu sama lain.
Kesimpulannya, semua masalah dan konflik yang berlaku perlu ditangani dengan baik dan menggunakan pendekatan yang betul. Semua permasalahan dan konflik yang berlaku juga dapat diselesaikan jika seseorang itu mempunyai kompetensi personal dan kompetensi sosial yang tinggi.
Soalan 4.
Buat satu perancangan untuk pelaksanaan KKE dalam bilik darjah.
Sebagai seorang guru yang hidup pada zaman yang serba moden ini, kita harus mempunyai kualiti yang tinggi agar mampu berhadapan dengan cabaran pendidikan. Dalam jati diri guru dan juga murid perlu ada kompetensi kecerdasan emosi (KKE) yang baik agar mampu berhadapan dengan cabaran kehidupan. Seseorang individu hendaklah dapat membuat penilaian kendiri dan kecerdasan emosi yang baik
Untuk memulakan langkah bagi melaksanakan KKE dengan berkesan dalam bilik darjah ialah wujudkan suasana yang ceria dan harmoni serta mesra antara guru dengan semua murid. Perhubungan antara guru dan murid perlu dijaga dan mesra. Masalah yang dihadapi oleh murid, boleh dikongsi bersama dengan guru untuk mencari penyelesaian bersama. Guru perlu bersikap mesra dan membina hubungan yang rapat dengan murid-murid agar mereka selesa dengan kita. Guru perlu melayan semua murid dengan adil dan saksama. Guru perlu tunjukkan keprihatian tehadap ,murid dan berkasih sayang serta saling tolong menolong apabila perlu.
Guru perlu memupuk sikap berdisiplin dalam setiap diri murid-muridnya. Disiplin amat penting dalam diri individu kerana tanpa disiplin yang tinggi, manusia tidak dapat menjaga prestasi dan kualiti kerja dengan baik. Maka, sebagai seorang guru, amat penting bagi guru untuk menerapkan disiplin dalam diri murid-murid sejak dibangku sekolah lagi agar ia menjadi amalan dan kebiasaan murid tersebut sehingga dia meningkat dewasa. Apabila murid lebih berdisiplin di dalam kelas, semua aturan yang ditetapkan dapat diikuti dengan baik dan suasana belajar yang selesa dapat diwujudkan. Dengan disiplin, murid tidak akan melakukan sesuatu yang boleh mengakibatkan kesan yang buruk terhadap dirinya dan orang lain.
Penting juga bagi guru untuk sentiasa memberi galakan dan memotivasikan murid-murid untuk terus belajar dengan bersungguh-sungguh dan menjalani kehidupan dengan baik. Guru perlu memberi bimbingan yang rapi untuk memberi kesedaran dan motivasi yang berkesan kepada diri murid-murid. Murid-murid akan lebih mengecapi kejayaan dan bersemangat untuk belajar apabila mempunyai motivasi kendiri dan juga mendapat galakan dan dorongan oleh guru mereka. Motivasi ini sebenarnya dapat dilihat daripada beberapa aspek seperti motivasi kecapaian, komitmen, inisiatif dan optimisme. Motivasi kecapaian itu ialah seseorang itu akan sentiasa berusaha untuk menambaikan piawaian kecemeralngan dirinya. Apabila murid itu dapat meningkatkan pencapaiannya dalam pelajaran, guru perlu memberikan pujian dan semangat agar murid tersebut terus berusaha untuk mengekalkan atau meningkatkan lagi prestasinya.
Guru juga perlu memastikan semua murid memberikan komitmen yang baik terhadap kelas bagi memastikan impian dan matlamat mereka, ibu bapa dan guru terlaksana. Guru perlu membantu murid megenal pasti tujuan dan misi mereka belajar di sekolah dan memberikan kesedaran akan kepentingan belajar di sekolah. Maka dengan itu mereka akan memberikan tumpuan yang tinggi dan memberikan komitmen yang baik semasa di dalam kelas.
Selain itu, murid-murid perlu diajar untuk sentiasa memanfaatkan peluang yang ada dan mengejar matlamat yang tinggi daripada yang diperlukan. Dengan itu murid akan mempunyai sikap inisiatif kendiri iaitu mempunyai kesediaan bertindak apabila mempunyai peluang melakukannya.
Guru juga perlu menunjukkan contoh yang baik di dalam kelas dengan mempunyai sifat kecekalan, optimisme dan terus berusaha walaupun menghadapi pelbagai masalah. Apabila menghadapi masalah semasa proses pengajaran dam pembelajaran di dalam kelas, guru perlu pandai menghadapi masalah tersebut dan sentiasa optimisme iaitu mempunyai kecekalan untuk mencapai matlamat walaupun ada halangan yang melanda. Dengan itu, murid akan menjadikan guru sebagai contoh dan menjadi ikutan yang baik.
Guru perlu mewujudkan komunikasi dua hala yang berkesan di dalam kelas. Jika tidak, terdapat murid yang pasif yang tidak dapat memberikan kerjasama yang baik semasa melakukan aktiviti kelas. Peranan guru amat penting untuk menjadikan komunikasi dua hala yang berkesan sebagai amalan di dalam kelas. Guru perlu memberikan peluang kepada semua murid untuk bersuara dan menyatakan pendapat mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.
Nilai-nilai murni seperti rajin, integriti, kesungguhan, tolong-menolong, kerjasama, cekal perlu sentiasa diamalkan oleh guru dan murid terutamanya semasa di dalam kelas. Guru sendiri perlu memberikan contoh yang baik dan memberikan nasihat dan bimbingan kepada murid-murid. Peranan guru untuk memastikan semua murid mempunyai nilai-nilai murni adalah penting kerana masa murid bersama guru setiap hari adalah banyak dan mereka akan membawa sifat mereka itu sehingga ke rumah.
Pengurusan konflik juga perlu dibimbing oleh guru semasa kelas agar murid pandai untuk mengurusakn konflik dengan baik dan dapat mengurangkan tekanan. Guru perlu menggalakkan perbincangan, dan diplomasi semasa menghadapi sebarang konfik.
Kesimpulannya pelaksanaan KKE dalam diri setiap guru dan juga murid adalah perlu dan hendaklah sentiasa diamalkan. Guru merupak contoh bagi murid dan akan menjadi ikutan. Maka guru perlulah terlebih dahulu menunjukkan contoh yang baik dan kemudian barulah membimbing dan memeberi nasihat kepada murid untuk mengamalkan KKE dalam kehidupan seharian.
Refleksi Individu.
Semasa menjalankan tugas ini, saya dan rakan-rakan sekumpulan berusaha mencari sebuah video untuk dianalisis kompetensi kendiri dan kompetensi sosial dalam watak-watak utama dalam tayangan video tersebut.
Kisah dalam tayangan video tersebut menceritakan mengenai konflik antara anak angkat dan ibu angkatnya. Anak angkat itu, Aman telah meninggikan suaranya kepada ibu angkatnya, Puan Siti. Puan Siti berasa marah dan terus menampar Aman. Aman terkejut dan berasa kecil hati dengan ibunya dan dia terus berlari keluar rumah. Kakak angkatnya, Nana dan Puan Siti berusaha mengejar Aman untuk memujuknya tetapi Aman tidak mempedulikan mereka dan terus melarikan diri.
Namun, semasa Nana mengejar Aman, kain sekolah yang dipakai oleh Nana telah tersangkut pada sebuah kereta yang sedang dipandu laju. Nana telah terseret di jalan raya dan dilanggar pula oleh sebuah van.
Setelah berbincang dengan rakan-rakan saya, saya berpendapat bahawa dalam tayangan video tersebut kesemua watak utama itu mempunyai kesalahan masing-masing. Puan Siti seharusnya lebih bersabar dan bertenang menghadapi situasi yang tegang itu. Aman juga perlu lebih sabar dan menghormati ibu angkatnya itu serta tidak seharusnya meninggikan suaranya kepada Puan Siti. Nana juga perlu lebih berhati-hati semasa ingin berlari memujuk Aman di jalan raya. Jika dia lebih berhati-hati ketika itu, mungkin kemalangan tersebut boleh dielakkan.
Hati saya tersentuh apabila menonton tayangan video tersebut terutamanya semasa babak kemalangan kakak angkatnya, Nana. Saya sedar bahawa emosi yang tidak terkawal boleh memberikan kesan yang buruk kepada diri sendiri dan juga orang lain.
Daripada tayangan tersebut, saya mendapat sedikit pengajaran yang berguna yang boleh dijadikan pedoman dalam kehidupan. Antaranya ialah kita perlu lebih tenang dan sabar dalam menghadapi sebarang permasalahan dan konflik yang berlaku, dan juga perlu lebih bijak dalam menangani masalah.
Tugasan ini juga menyedarkan saya bahawa kita perlu bijak mengawal emosi dan mengenalpasti emosi kita agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini sehingga kita kesal dan kecewa dengan apa yang telah berlaku.
No comments:
Post a Comment