Pages

Thursday, November 25, 2010

Halangan-halangan yang dihadapi dalam pemerolehan bahasa kedua


Dalam proses mempelajari dan meningkatkan kemahiran serta kecekapan berbahasa kedua terdapat banyak halangan-halangan yang sering dihadapi oleh seseorang individu.
            Teori masa kritikal menjelaskan bahawa jangka masa yang paling baik untuk pembelajaran bahasa ialah sewaktu dalam lingkungan usia kanak-kanak. Pendapat ini mengatakan, jika seseorang itu sudah melebihi usia balighnya, dia semakin sukar untuk menguasai sesuatu bahasa kerana otaknya sudah berkembang sepenuhnya. Oleh itu penguasaan bahasa asing atau bahasa kedua perlu dipelajari sejak kecil lagi.
            Halangan yang kedua ialah apabila seseorang itu tidak mengamalkan amalan pembelajaran sepanjang hayat. Untuk lebih menguasai pemerolehan bahasa kedua, individu perlulah sentiasa berusaha mempelajarinya dan tidak berputus asa mendapatkannya. Latihan yang berulang-ulang untuk pemerolehan bahasa kedua boleh dilakukan untuk menguasainya. Kanak-kanak lebih pantas menguasai perbendaharaan kata dan sruktur gramatikal pada usia 5 tahun.
            Bagi golongan remaja dan dewasa yang mempunyai pengetahuan asas dalam bahasa kedua, mereka lebih mudah dan cepat untuk mempelajarinya. Mereka yang tidak mempunyai pengetahuan asas mengenai bahasa kedua tersebut akan mengalami sedikit kesukaran untuk mempelajari bahasa tersebut.
            Masalah lain yang sering menjadi halangan untuk pemerolehan bahasa kedua ialah  pengaruh daripada bahasa pertama. Ini kerana menurut Stephen Krashen, meutur memperoleh bahasa pertama secara natural melalui perbualan seharian. Pembelajaran bahasa kedua pula berlaku pembetulan kesalahan semasa berlaku proses pembelajaran dan juga pengaruh bahasa pertama. Penutur yang masih dalam proses pembelajaran awal untuk penguasaan bahasa kedua, dia berkemungkinan untuk terikut-ikut dengab konsep dan peraturan hokum bahasa pertama yang mungkin sekali berbeza dengan konsep dan hokum bahasa bagi bahasa kedua yang dipelajari.
Terdapat bahasa asing yang merupakan bahasa kedua bagi sestengah tempat menjadi bahasa yang biasa digunakan bagi kebanyakan golongan dalam seseuatu tempat atau negara. Contohnya bagi negara China, masyarakat di sana tidak menggunakan bahasa asing seperti bahasa inggeris sebagai bahasa yang digunakan seharian dalam kehidupan mereka. Ini mungkin disebabkan oleh faktor sejarah, bentuk tulisan dan tiada persamaan perbendaharaan kata dalam bahasa mereka. Oleh sebab itu, masyarakat China mempunyai masalah untuk menguasai bahasa kedua dengan mudah kerana sekiranaya daripada zaman kanak-kanak lagi sudah biasa mendengarkan dan menuturkan bahasa tersebut, mereka boleh bertutur dalam bahasa kedua dengan fasih dan dengan lebih kerap.
            Latihan pengukuhan yang kurang juga menjadi faktor penutur tidak memperolehi kefasihan dalam bahasa kedua. Penutur sendiri perlu lebih banayk proses pengulangan semasa dalam pembelajaran dan mendapatkan bantuan rakan sebaya yang berkemahiran dalam bahasa tersebut. Penutur bahasa kedua perlu memahirkan diri dengan kerumitan tatabahasa dan sruktur ayat bahasa sasaran. Srategi pembelajaran yang tidak berkesan juga menjadi penyumbang mengapa penutur tidak berjaya memperoleh bahasa kedua dengan baik.
            Antara halangan-halangan yang lain pula ialah masalah dalaman penutur itu sendiri. Apabila penutur tidak mempunyai keinginan yang kuat untuk mempelajari bahasa kedua, tidak mustahil individu tersebut tidak berjaya mencapai kejayaan seperti mana yang diharapkan. Walaupun kadangkala mereka menyedari akan kepentingan bahasa kedua namun mereka tidak mempunyai keazaman dan motivasi yang tinggi untuk menguasainya. Corak perasaan dan pemikiran akan mempengaruhi mereka untuk berusaha secara gigih atau tidak semasa proses pembelajaran dijalankan.
            Penutur juga tidak akan dapat memahirkan diri dengan penggunaan bahasa kedua sekiranya mereka tidak mempraktikkannya dalam kehidupan seharian. Mereka tidak menumpukan sepenuhnya terhadap proses pembelajaran mereka dan sentiasa merasakan tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk mempraktikkannya. Mereka hanya berpeluang untuk menggunakan bahasa tersebut semasa dalam kelas sahaja kerana mereka lebih selesa menggunakan bahassa ibunda dalam perbualan seharian.
            Kesimpulannya masih terdapat banyak halangan-halangan yang dihadapi oleh penutur dalam pemerolehan bahasa kedua yang tidak ditangani dengan serius. Kebanyakannya masalah berpunca daripada diri penutur itu sendiri. Penutur hendaklah sedar dan berusaha untuk
menanganinya agar ia tidak menjadi halangan untuk terus berjaya dalam pemerolehan bahasa kedua.

No comments:

 
Images by Freepik