ACARA 100 METER
Untuk acara 100 meter, larian ini terbahagi kepada 4 fasa:
Mulaan
1.
Penambahan kelajuan (pick-up)
2.
Pelajuan (acceleration)
3.
Kelajuan maksimum
FASA MULAAN
Atlet akan menukar dengan cepat dari posisi pegun ke aksi
larian. Tujuannya adalah untuk mencapai langkah pemecutan penuh seberapa cepat
yang boleh.
PENAMBAHAN KELAJUAN (Pikc-up)
Tujuh hingga lapan langkah yang pertama dipanggil penambahan
kelajuan kerana posisi yang diambil oleh atlet dalam fasa ini adalah berbeza
daripada permulaan larian. Fasa ini dipanggil pick-up kerana terdapat variasi
berlebihan dalam kelajuan pada langkah-langkahnya dalam jarak pendek lebih
kurang 10 meter iaitu atlet maju daripada kelajuan kosong kepada lebih kurang 9
meter sesaat.
PELAJUAN
Kelajuan atlet bertambah sebanyak lebih kurang 30-35 meter
selepas fasa pick-up.
KELAJUAN MAKSIMUM
Kelajuan maksimum adalah kelajuan atlet masih terkawal iaitu
dia tidak terlebih berlari dan aksi lariannya adalah mudah dan licin. Selepas
mencapai kelajuan maksimum, atlet harus meneruskan larian dengan tenang untuk
mengekalkan kelajuan yang telah dicapai sehingga tamat larian.
PENGHABISAN
Untuk langkah terakhir atlet haruslah menonjolkan dada ke
hadapan sementara lengan tegak ke belakang untuk menyentuh satah tegak tepi
garisan penamat.
PENGGUNAAN BLOK DI DALAM ACARA 100
METER
Apabila acara 100 meter dijalankan, penggunaan blok adalah
amat penting untuk membantu pelari pecut. Oleh yang demikian, kedudukan blok
haruslah betul, iaitu untuk acara 100 meter blok perlu diletakkan di
tengah-tengah lorong.
Terdapat 2 jenis gaya permulaan larian iaitu Gaya Berdiri
dan Gaya Dekam.
•
Gaya Berdiri - Peserta bersedia berdiri
beberapa meter di belakang garisan.
•
Gaya Dekam - Terbahagi kepada 3
iaitu Gaya Pendek / Peluru, Gaya Sederhana, dan Gaya Panjang.
ACARA 200 METER
Acara 200 meter adalah acara yang dilakukan dengan usaha
sepenuhnya tetapi dalam keadaan terkawal. Perbezaan yang ketara di antara acara
100 meter dengan 200 meter adalah dalam daya ketahanan kelajuan yang boleh
didefinisikan sebagai keupayaan mengekalkan kelajuan tinggi merentasi jarak
yang lebih jauh. Untuk acara 200 meter atlet mesti memperolehi teknik larian
yang betul pada bahagian selekoh kerana jarak 100 meter yang pertama akan
dilari pada bahagaian selekoh.
Jika berlari di bahagian selekoh, blok-blok mulaan akan
ditempatkan berhampiran garisan luar yang membatasi lorong larian, supaya
mengikut satu trajektori permulaan yang bertangen pada selekoh; iaitu 5 – 6
meter melepasi garisan.
BERLARI ATAS SELEKOH
1.
Apabila meningkatkan kelajuan di
bahagian selekoh, daya emparan (centrifugal force) mudah
menyebabkan atlet tergelincir keluar.
2.
Untuk mengatasi gaya ini, atlet akan
condong ke selekoh dan memusingkan sedikit tubuh badan untuk
mendahulukan bahu kiri.
3.
Cara ini akan menolong badan atlet
bergerak dalam gaya yang lebih berkordinasi.
BERLARI DI LORONG LURUS
1.
Bahagian kedua perlumbaan 200 meter,
adalah berlari 100 meter pada bahagian lorong lurus.
2.
Lebih kurang antara 80 – 120 meter
dari garisan permulaan, iaitu di antara garisan selekoh dan bahagian
lurus atlet akan mencapai puncak kelajuannya.
3.
Atlet harus mengekalkan posisi
larian yang betul di bahagian selekoh dengan bahu kiri sedikit
mendahului bahu kanan supaya atlet tidak tergelincir tetapi dapat
berlari dengan bersahaja menuju ke lorong lurus dan mengekalkan
kelajuan yang telah dicapai
ACARA 400 METER
Acara 400 meter juga diklasifikasikan sebagai lari pecut
kerana ia masih memerlukan keupayaan atlet mencapai puncak kelajuan. Dalam
acara 400 meter pelari-pelari berlari dalam satu pusingan trek.
Bagi memudahkan larian, jarak 400 meter ini dibahagikan kepada
dua peringkat iaitu 200 meter pertama dan 200 meter kedua. Pelari harus
memperuntukkan masa yang wajar untuk sesuatu peringkat jarak ini, misalnya 25
saat untuk 200 meter pertama dan 25 saat untuk jarak 200 meter yang kedua atau
masa yang sama untuk setiap jarak 200 meter. Perancangan masa begini adalah
lebih baik dibandingkan dengan masa 30 saat untuk 200 meter pertama dan 25 saat
untuk 200 meter kedua.
Biasanya seseorang pelari 400 meter akan cuba mendapatkan
suatu permulaan dan larian pada selokoh pertama dengan baik, larian yang selesa
pada lorong lurus yang pertama meningkatkan kelajuan pada selekoh kedua dan
akhir, diikuti dengan meningkatkan kelajuan pada bahagian lurus terakhir
sehingga ke garisan penamat. Semasa berlari untuk acara ini, pelari harus dapat
mengekalkan lariannya walaupun dalam keadaan tertekan, sama ada daripada pelari
lain atau pun daripada penonton. Kesimpulannya, penggunaan strategi Iarian yang
bersesuaian terutama sekali untuk acara pecut seperti 400 meter, adalah perlu
dan penting. Sekali lagi ditegaskan bahawa adalah tidak mungkin seorang pelari
yang baik sekalipun mampu mengekalkan pada kelajuan yang sama sepanjang jarak
itu.
BERLARI DALAM ACARA 400 METER
1.
Teknik untuk larian 400 meter adalah
berbeza dengan larian yang digunakan oleh atlet dalam jarak yang
lebih pendek.
2.
Langkah pelari 400 meter harus
panjang dan kendur dengan usahanya bertambah secara
beransur-ansur.
3.
Perlumbaan 400 meter bermula di atas
selekoh, oleh itu tidak perlu berusaha untuk mendapatkan
suatu kelajuan tinggi yang tertentu dalam jarak 100 meter
yang awal.
4.
Usaha harus bertambah secara
beransur-ansur supaya kelajuan maksimum dicapai dalam bahagian kedua di
lorong lurus yang pertama (di antara 150 meter dan 200 meter).
5.
Atlet kemudiannya memasuki selekoh
kedua dengan langkah terkawal.
6.
Atlet hendaklah menumpukan perhatian
supaya tidak kehilangan kelajuan dan berusaha mengekalkannya walaupun ini amat
sukar dilakukan.
3) Lari Jarak Sederhana
800m
Permulaan
Sebelum memulakan larian, peserta
diundi untuk menentukan lorong yang akan mereka gunakan pada pusingan pertama
Iarian. Selepas lorong ditentukan, mereka akan ke tempat permulaan mengikut
lorong masing-masing. Perlu diingatkan iaitu larian mengikut lorong ini hanya
untuk keseluruhan pusingan pertama dalam pusingan kedua. Sebaliknya
mereka dibolehkan memasuki lorong paling dalam untuk meneruskan larian.
Biasanya pelari yang diletakkan di
lorong paling dalam pada balapan atau di lorong pertama mempunyai kelebihan
psikologi kerana pelari ini dapat melihat setiap pergerakan yang
dilakukan oleh pelari lain yang berada lebih ke hadapan daripadanya. Dengan
demikian pelari berkenaan dapat mengatur teknik lariannya berdasarkan Ianran
peserta-peserta lain yang berada di hadapannya
.
Apabila pelari melepasi 100 meter
pertama dalam pusingan kedua, mereka akan memotong masuk ke lorong pertama. Di
sini semua peserta akan berusaha masuk ke lorong paling dalam sebingga
adakalanya berlaku perebutan lorong antara ke semua pelari. Malah disebabkan
seorang pelari cuba menghalang pelari lain daripada menghampirinya, dia akan
berusaha menghalang, sehingga boleh berlaku kekecohan atau menyebabkan
kecederaan.
Permulaan akan dilakukan oleh
pegawai pelepas, di tempat permulaan dengan arahan ‘Ke Garisan’,
diikuti dengan arahan ‘Sedia’ serta tembakan pistol menandakan
peserta boleh memulakan lariannya. Peserta boleh memilih sama ada menggunakan
gaya berdiri ataupun gaya dekam untuk memulakan Iarian, kebanyakan pelari
menggunakan gaya berdiri kerana mereka tidak perlu membuat lonjakan atau
permulaan yang pantas seperti dalani acara pecut.
Semasa berlari, pelari hendaklah
mematuhi aturan larian dengan betul, terutama selepas semua pelari berlari di
lorong yang sama. Seringkali berlaku tolak-menolak atau sesuatu yang boleh
menjejaskan larian peserta lain, sehingga boleh mengakibatkan pembatalan Iarian
peserta berkenaan. Ketika berlumba, peserta tidak dibenarkan mendapatkan
sebarang bantuan atau pertolongan daripada orang luar.
Semasa Larian
Dengan menggunakan permulaan cara
berdiri memberi peluang kepada kaki pelari untuk diletakkan paling dekat dengan
garisan permulaan dan tangan dapat bergerak bebas serentak dengan pergerakan
kaki. Unsur dan teknik larian bergantung kepada bentuk badan serta kekuatan
ayunan kaki dan tangan pelari.
Kombinasi antara hayunan kaki hingga
ke bahagian punggung akan memberi kelebihan dan kekuatan untuk bergerak dengan
lebih pantas, walaupun hayunan ini masih bergantung kepada kelenturan pelari.
Mengangkat kaki dengan baik dan menghasilkan suatu sudut antara paha kaki yang
akan menghasilkan jarak jangkauan kaki tanpa melangkah terlalu jauh. Untuk
membantu mempercepatkan pusingan dan jangkauan kaki, dada mestilah dalam
kedudukan mendepan dengan Iengan mengayun supaya dapat memberikan kuasa yang
lebili kepada keseluruhan badan.
Dengan mengangkat kaki hingga ke
punggung membolehkan pelari menambahkan tingkat kepantasan serta pergerakan
kaki ke hadapan tanpa menggunakan tenaga yang banyak. Walaupun pelari mempunyai
daya tahan dan kecepatan pergerakan kaki, tetapi pelari tidak dapat menamatkan
larian dalam masa yang singkat jika tiada kuasa pergerakan ke hadapan
menggunakan tenaga yang minimum untuk acara larian ini.
Semasa pelari menukar kaki,
sebaik-baiknya tapak kaki pelari hendaklah menyentuh balapan pada masa yang
sama supaya tenaga dapat dijimatkan. Pelari hendaklah tidak meriggunakan hujung
kaki atau tumit semata-mata. Dalam acara jarak sederhana prinsip penjimatan
tenaga amat penting, oleh kerana tenaga simpanan yang banyak diperlukan
kemudiannya boleh digunakan untuk melakukan pecutan atau meningkatkan kelajuan
terutama pada peringkat akhir larian. Semasa berlari, kedudukan badan pelari
hendaklah dalam keadaan lurus dengan kepala pada kedudukan selari dengan kepala
pada kedudukan selari dengan torso serta dalam situasi menegak dan seimbang.
Pelari
hendaklah mengelakkan dari menoleh ke belakang, atau ke sebelahnya kerana boleh
mengganggu pergerakan dan tidak dapat memberi keseimbangan diri juga tumpuan
pada larian. Mata pelari hendaklah ditumpukan pada satu titik lebih kurang tiga
meter di hadapannya. Pada masa yang sama pelari hendaklah menanam semangat yang
kental dan keazaman yang tinggi untuk memenangi perlumbaan itu.
Pelari
juga hendaklah memberikan perhatian terhadap rentak antara kaki dan tangan
apabila berlari dalam acara ini. Umumnya, terdapat tiga fungsi kaki, iaitu
untuk menyokong kaki itu berlari, menggerakkan badan pelari
kehadapan, dan mengulangi pergerakan ‘drive’ yang baru selepas selesai sesuatu
‘drive’. Tangan pelari sering bertukar fungsi dengan kaki.
Umpamanya, apabila kaki sebelah kanan bertindak sebagai penggerak hadapan, siku
tangan kiri pelari akan bergerak ke belakang.
Dengan demikian, hayunan tangan dan
pergerakan kaki secara berlawanan amat penting dalam usaha meningkatkan
kepantasan sesuatu pergerakan atau larian. bahu pelari pula mestilah dalam
keadaan lurus serta pusingan lengan hendaklah berlaku di sini dan bahu
digerakkan ke hadapan sedikit. Pelari secara amnya harus berlari dengan tenang
dan bersahaja supaya pelari mempunyai tenaga simpanan yang akan digunakan untuk
membuat pecutan pada fasa akhir larian.
No comments:
Post a Comment