TEKNIK PENUKARAN BATON
Dalam teknik penukaran baton, terdapat 2 gaya yang digunakan iaitu
gaya selang seli tanpa pandang dan gaya selang seli cara pandang.
GAYA SELANG SELI TANPA PANDANG
Gaya ini biasanya diamalkan oleh pelari-pelari dalam acara lari
berganti-ganti 4 x 100 m. Mengikut gaya ini pelari pertama dan ketiga
dikehendaki membawa baton dengan tangan kiri, pelari kedua dan keempat pula
menerima dan membawa baton dengan tangan kanan. Semasa menerima baton, pelari
tidak menoleh ke belakang. Pelari yang sedang menunggu akan mula berlari sebaik
sahaja pembawa baton sampai di tandaan. Dalam rajah di atas, pelari yang
membawa baton memberi isyarat supaya pelari yang berada di hadapannya
menghulurkan tangan ke belakang untuk menerima baton. Pada masa yang tepat
baton itu diletakkan ke dalam tangan penerima. Perhatikan tangan mana yang
digunakan untuk menghantar baton tangan mana pula yang menerimanya.
GAYA SELANG SELI CARA PANDANG
Gaya ini diberi nama gaya pandang kerana semasa pertukaran baton
dilakukan, pelari yang menerima baton akan menoleh ke belakang dan memerhatikan
pemberian baton kepadanya. Adalah menjadi tugas pembawa baton untuk meletakkan
baton ke dalam tangan penerima.
CARA MEMBERI BATON
a) Kepantasan larian dikekalkan semasa memberi
baton
b) Beri isyarat kepada penerima
c) Hulurkan baton dengan tangan yang lurus
d) Perhatikan tangan pnerima dan letakkan bahagian
hujung baton ke dalam tangannya
CARA MENERIMA BATON
a) Selalu berada dalam keadaan sedia
b) Menoleh untuk memandang pelari yang membawa
baton
c) Sediakan tandaan. Berlepaslah dengan pantas
sebaik sahaja pelari yang membawa baton sampai di tandaan itu. Janagn menoleh
ke belakang semasa berlari ( gaya tanpa pandang )
d) Hulurkan tangan lurus ke belakang apabila
mendengar isyarat daripada pelari yang sedang membawa baton
e) Pegang baton dengan erat di bahagian pangkalnya
No comments:
Post a Comment