Aku telah menemukan sebuah majalah Dewan Masyarakat lama keluaran Mei 1990. pada hari ini semasa ibuku mengemas ruangan tingkat atas dikampungku. Ibuku lah yang menunjukkan majalah itu kepada ku. Masa tu aku pun belum lahir lagi. Aku lahir September 1990.
Fokus utama majalah yang kubaca itu adalah mengenai kisah Mahsuri, Lagenda sumpahannya dan kisah hidupnya dan juga mengenai keturunannya. Aku terfikir pula ingin berkongsi kepada semua mengenai kisah yang telah aku perolehi.
Apa yang telah aku baca, penulis laporan tersebut, Sdr. A. Ghafar Abdullah telah menceritakan kebenaran yang sebenarnya kisah-kisah yang kita sering dengar pada hari ini banyak yang telah menyimpang jauh daripada kebenarannya.
Berikut adalah kisahnya yang telah aku tuliskan kembali dan diolah sendiri olehku berpandukan majalah tersebut. =
Kedua ibubapa Mahsuri berasal dari Siam dan berhijrah ke Langkawi. Bapanya bernama Pandak Mayah dan ibunya pula bernama Mak Andak. Kehidupan mereka susah tapi amat baik hati dan disenangi penduduk kampung.Kemudian mereka telah membuka hutan untuk dijadikan sawah dan ladang.
Apabila Mahsuri dilahirkan kehidupan mereka semakin baik. Bapanya telah menemui dan menjual kemeyan dan sarang burung layang-layang. Hasil jualannya itu telah menjadikan kehidupan mereka kaya dan dihormati.
Apabila Mahsuri dewasa, Penghulu Langkawi, Dato` Pekerma Jaya telah berkenan untuk menjadikan Mahsuri sebagai isteri mudanya diatas kecantikannya. Namun telah ditentang oleh isterinya, Wan Mahura. Kemudian penghulu itu bersetuju untuk mengahwinkan Mahsuri dengan adiknya, Mat Darus iaitu seorang pahlawan Langkawi.
Suatu hari Mat Darus telah diperintahkan bersama-sama pahlawan yang lain untuk ke Tanah Besar, Siam untuk berperang. Semasa ketiadaan suaminya itu, Mahsuri dihantar kerumah kedua orang tuanya dan telah melahirkan seorang anak lelaki yang bernama Mat Arus ataupun dikenali sebagai Wan Hakim menurut kisah versi di Phuket.
Seorang pemuda bernama Deramang yang berasal dari Indonesia telah datang ke kampung Mahsuri.Dia seorang pensyair dan pandai berseloka. Dia telah dipelawa untuk tinggal dirumah Pandak Mayah. Kesunyian Mahsuri diatas pemergian suaminya ke Siam terisi dengan kehadiran Deramang yang pandai mengambil hati dan menghiburkan diri.Mahsuri telah menghadiahkan Deramang sebentuk cincin dan sehelai kain cindai bagi menghargai kehadirannya.
Wan Mahura telah berasa iri dengan keintiman Mahsuri dan Deramang. Lebih-lebih lagi dahulu suaminya pernah berhasrat untuk memperisterikan Mahsuri itu.Wan Mahura telah mengadukan hubungan Mahsuri dengan Deramang kepada suaminya.
Penghulu Langkawi tersebut telah bertindak untuk menjalankan tugasnya sebagai penghulu. Namun begitu hanya Mahsuri yang berjaya ditangkap untuk dihukum kerana Deramang telah dapat melarikan diri dengan menumpang perahu nelayan.
Setelah ditangkap, Mahsuri telah dibawa ke padang Simpang Tiga di Padang Matsirat.Tetapi kini padang itu lebih dikenali sebagai Padang Hangus. Semasa Mahsuri diikat di pokok asam jawa, bapanya Pandak Mayah telah kembali kerumahnya untuk mengambil segala harta emas dan peraknya untuk menebus anaknya. Malahan ibunya juga turut berusaha merayu untuk minta melepaskan anaknya daripada dihukum.Namun usaha mereka semuanya gagal.
Mahsuri dihukum sula. Namun semua senjata yang digunakan tidak dapat menembusi kulit tubuhnya. Mahsuri mengatakan bahawa jika ingin membunuhnya hendaklah menggunakan tombak pusaka dirumahnya. Kemudian dengn menggunkan tombak tersebut, Mahsuri disula. Darah Mahsuri berwarna putih dan tidak langsung menitik ke tanah dan memancut keudara membentuk seperti payung.
Sebelum Mahsuri menghembuskan nafasnya yang terakhir, dia sempat berkata bahawa
` Hendaklah sekalian ingat. Pulau Langkawi tidak
akan makmur dan aman sehingga genap tujuh keturunan,
kerana kezaliman yang dilakukan keatas ku.`
Mayat Mahsuri dikebumikan di Kampung Mawat, Mukim Ulu Melaka berhampiran rumahnya.
Terdapat kenyataan dari Kampung Kamala,Phuket adanya keluarga keturunan Mahsuri. Mereka merupakan anak cucu keturunan anak Mahsuri iaitu Wan Hakim yang merupakan anak tunggal Mahsuri.
Berdasarkan cerita daripada anak cucunya di Phuket, suami Mahsuri yang dikenali sebagai Wan Bagus di Phuket telah pergi berdagang di Siam. Adik Wan bagus telah menabur fitnah kepada Mahsuri kerana berasa iri tidak mendapat layanan daripada Mahsuri.Adiknya menghantar surat kepada Wan Bagus dan dia meminta adiknya menyerahkan Mahsuri kepada penghulu untuk dihukum.
Apabila Wan Bagus pulang ke Langkawi, dia mendapati bahawa adiknya itu telah membuat fitnah kepada Mahsuri, lalu dia pun membunuh adiknya itu.
Kemudian Wan Bagus pun membawa anak lelakinya, Wan Hakim ke Kampung Kamala, Phuket. Ada pendapat mengatakan bahawa nama suami Mahsuri Mat Darus ditukar kepada Wan Bagus apabila pergi ke Siam untuk menyembunyikan identitinya.
Keluarga daripada keturunan Mahsuri di Phuket ini juga turut mempunyai beberapa bukti untuk menguatkan dakwaan mereka. Antaranya ialah pedang, keris pendek milik Mahsuri, azimat, pending, dan kubur Wan Hakim.Pihak muzium negeri Kedah telah megesahkan bahawa barang-barang peninggalan itu memang milik Mahsuri semasa hidupnya.
Kisah Mahsuri ini saya simpulkan bahawa mungkin memang wujud ketika zaman dahulu. Tetapi mengenai kisah sumpahannya ke atas Langkawi, darah putih, badan tidak lut senjata dan sebagainya itu mungkin hanya mitos yang ditokok tambah kerana untuk menunjukkan watak utama melayu yang baik, bersopan santun, tidak bersalah, teraniaya, dan sebagainya kerana telah pun ada watak jahat dan iri seperti Wan Mahura, isteri penghulu.
Malahan kisah Mahsuri ini juga telah dipentaskan, dibukukan dan sebagainya dan menjadi sumber karya sastera. Sesuatu karya itu hendaklah mempunyai klimaks dan peleraian dan juga watak-watak seperti watak yang baik, jahat, dan sampingan. Tetapi tidak mustahil juga jika semua mitos itu memang benar2 terjadi kerana semuanya tak mustahil berlaku jika dengan keizinan Allah. Dikatakan masyarakat dahulu kala juga memang ramai mempunyai kuasa-kuasa tertentu dan mempunyai ilmu-ilmu tertentu.
Sampai sekarang pun kesahihan kisah Mahsuri ini tidak dapat dinyatakan sejelas-jelasnya. Salasilah-salasilah keturunan Mahsuri juga, telah pun saya lihat di Majalah tersebut. Anak Mahsuri yang bernama Wan Hakim telah berkahwin dengan seorang wanita bernama Aishah. Mereka memperolah 4 orang anak perempuan dan 2 orang anak lelaki.
Seorang daripada keturunan Mahsuri ini bernama Aishah dikatakan keturunan yang ketujuh. Dia merupakan anak daripada keturunan Tuk Pow dan Tuk Kil. Tuk Pow dan Tuk Kil meruapakan antara anak-anak Wan Hakim. Maka mereka itu merupakan cucu Mahsuri dan Mat Daris.
Dato` Pekerma Jaya, penghulu Langkawi juga tidak boleh disalahkan diatas kematian Mahsuri. Dia hanya menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua dan pada masa itu masyarakat Melayu amat berpegang kepada adat dan budaya dan juga agama islam.Beliau mempunyai bukti diatas kesalahan Mahsuri itu.
Makam Mahsuri yang kita lihat sekarang dikatakan bukanlah kubur sebenar Mahsuri. Tunku Abd Rahman telah berusaha untuk membina kubur Mahsuri sewaktu beliau menjadi pegawai daerah langkawi awal tahun 1930-an. Kemudian ia mula dibaiki dan diperindahkan pada awal 1970-an. Kubur asal Mahsuri hanya berbatu nisan kan batu sungai dan tumbuh sepohon pokok asam jawa ditengah tengahnya. Dikatakan pohon itu tidak dapat ditebang dan usaha untuk mengubah kubur Mahsuri tidak berhasil. Maka makam asal itu dialihkan sedikit dari tempat asalnya. Tempat kubur yang sebenar itu terletak kira-kira 1.2 meter dari makamnya yang sekarang.
Persoalan yang saya dapat sekarang ialah dalam kata-kata Mahsuri sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir, tujuh keturunan siapakah yang dimaksudkan oleh dia itu? Adakah keturunan daripada keluarganya, atau keturunan penghulu langkawi atau leturunan sultan kedah ketika itu?. Adakah memang Langkawi mendapat sumpahannya itu? Apa yang berlaku di Langkawi selepas kematian Mahsuri mungkin hanyalah kebetulan sahaja.
Terpulanglah kepada individu kisah manakah yang benar dan sahih mengenai lagenda Mahsuri ini. Terpulang jugalah kepada masyarakat ingin mempercayainya atau tidak.
6 comments:
Salam ziarah...
Terima kasih kerana sudi menulis tentang keturunan saya ini..
Saya merupakan waris Mahsuri..
Memang benar,Sirintra Yayee atau Princess lah penghapus sumpah Mahsuri..
Saya ada buktinya..
salam..
terima kasih krn sudi ziarah..
oh..yeke..
kalau x kesah,boleh tunjukkan pada saya apa buktinya?
buat perkongsian ilmu..
salam,..maaf saya ziarah blog anda,,HEBAT.Dsini saya nak bg info sdkit,kenapa sekarang baru org bcakap mahsuri difitnah,begitu gah sekali..hampir 200 tahun kisah ini berlaku baru sekarng baru nak kata mahsuri difitnah...berapa kerat sangat yg berkata mahsuri difitnah ketika itu ..Takut. sebenarnya dunia bulat mcm bola..sama apa yg berlaku sekarang ini dimalaysia....nnt kita bcg lain hbgi saya
mcn2 sya dngr psal kisah mahsuri..smuanye xde persamaan langsung yang mane agak nye betul ye
Assalamualaikum. Sekadar berkongsi pengetahuan. Saya ada mendengar cerita daripada orang di Langkawi bahawa kubur sebenar Mahsuri terletak di atas Gunung Mat Cincang dan kubur di Kota Mahsuri itu hanyalah replika sahaja. Wallahualam.
Kalau nak tahu apa kisahnya dan dimana kuburnya. buatlah solat istikharah. minta petunjuk dari Allah apa sebenarnya berlaku. Insyaallah kalau diizinkan kita akan nampak buktinya. itu kalau kalian semua berani.
Post a Comment