Pages

Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Friday, July 3, 2015

Tips tambah rezeki

Assalamualaikum

Pernah tak korang meniaga tapi tak untung-untung?

Pernah tak korang rasa, tahap ekonomi korang sama je, takde naik-naik pun?

Pernah tak korang rasa susah nak dapat apa yang korang hajati?

Hmm....aku ada baca kat blog sesorang yang super duper cantik dan classy ni...dia share tips untuk tambah rezeki..

Pertama,
Solat di awal waktu.. Tambah lagi dengan solat-solat sunat seperti solat dhuha, tahajud, taubat, dan hajat. Buat setiap hari dan istiqamah. Cuba buat 44 hari..dan cuba rasa perbezaannya..

Kedua, 
Sedekah subuh.. Sebenarnya kita semua tahu bahawa sedekah tu sangat baik dan memberi manfaat kepada pemberi dan penerima. Banyak kisah yang kita dengar dan baca yang menceritakan tentang hikmah bersedekah. Sedekah sebenarnya memurahkan lagi rezeki kita dan bukannya mengurangkannya lagi. Tapi berapa ramai antara kita yang konsisten dan sentiasa bersedekah? Salah satu caranya sediakan tabung sedekah kita sendiri. Setiap subuh pas solat masukkan sedikit duit ke dalam tabung tu. Cukup sebulan bagi pada sesiapa yang memerlukan. Kemudian cara lain, belanja orang lain makan. Pagi2 tu lau nak beli kuih ke nasi lemak ke, bayarkan la 2-3 orang customer yang lain. Atau duit baki kita yg sikit2 tu, bagi je pada penjual tu.

Ketiga,
Usaha sampai Tuhan kesian.. Maksudnya disini, kita usahakan sehabis baik  giler2 punye usaha. Kalau nak bisnes maju, hari2 keluar meniaga, rajin promote barang dan sebagainya. Kalau nak dapat dekan, giler2 belajar, fokus, konsisten dan sebagainya. Kalau nak dapat jodoh yang baik pun, usaha gak mencari dan memilih yang terbaik antara yang baik, doa dan mohon petunjuk sungguh2 tanpa putus asa dan malas. Ha.... gitulahh..

Jadi, apa pun sebenarnya tepuk dada tanya selera. Nak atau tak nak.. Di mana ada kemahuan disitu ada jalan.. Usah, doa, tawakal.. 

Semoga ada rezki yang melimpah ruah dan halal untuk kita semua..

Aminnn..

Tuesday, August 26, 2014

Tak puas hati betul la kan

Macam mana ye nak puaskan hati sendiri dan hati orang lain?
Setiap individu tu adalah berbeza antara satu sama lain. Tentu ada banyak rasa yang tersimpan dalam hati. Rasa sakit hati dengan si A. Rasa menyampah dan jengkel dengan si B. Rasa nak marah dan tak puas hati dengan si C. Tapi.. selalunya tak semua dapat kita luahkan dan bagitau terus kat orang tu. Kenapa ya?

Mungkin sebab malas nak cakap, nanti jadi gaduh. Tapi kalau cakap elok2 dan kena caranya, ok je rasa kan.. Tapi macam mana pula kalau org tu memang jenis tak reti bahasa??

Kalau kita dok pikir mende ni pun, sampai ke sudah bukannya boleh selesai pon. Buat kerut kat muka bertambah je. Buat apa, nanti tua sebelum usia.

Kena banyak sabar, redha dan ikhlaskan je la. Tapi bukan senang kan. Sebab tu Allah janji kan pahala yang tak putus-putus pada orang yang banyak bersabar dan terima dengan ikhlas.

Senang cerita, cuba tengok balik dalam diri kita. Tentu ada banyak keburukan dan kelemahan yang memnag kita sedar dan kadang2 tak sedar pun. Sudah tentu ada manusia kat luar sana yang x suka dan x senang hati dengan kita. Ha.. sama la macam tu jugak.

So, buat relax je la.. Tak yah nak serabut sgt. Lau bleh tegur, gi tegur. Tak boleh, diam dan sabar. Lastly wat tak taw je la.. fokus kerja sendiri. Mungkin ni satu cara Allah nak latih kita jadi lebih sabar dan kumpul pahala.. Tak nak ke pahala??

Monday, November 4, 2013

Doa Akhir dan Awal Tahun


Doa akhir tahun : Dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu maghrib pada akhir Zulhijjah. Sesiapa membacanya syaitan berkata 

"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun" .




Doa Awal Tahun : dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata

"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".



Tuesday, September 24, 2013

Lawatan ke Muzium Kesenian Islam

Masa bulan julai lepas, persatuan aku iaitu Persatuan Warisan Kesenian Islam mengadakan lawatan ke Muzium Kesenian Islam, Kuala Lumpur. Ok, memang dah lama hehe.. lupa dha nak update, sibuk dengan praktikum. Dan sekarang baru ada masa ckit nak share.

Muzium ni dibina oleh seorang hartawan yang bernama Tan Sri Syed Bukhari dan muzium ini meruapakan muzium islam tang terbesar di Asia Tenggara. Muzium ini banyak mempamerkan hasil seni rekaan orang-orang islam dari Timur termasuklah Inida, Cina dan Asia Tenggara.
Muzium ni terletak di Jalan Lembah Perdana, Tasik Perdana, Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur. Bayaran tiket untuk orang dewasa ialah RM12 tetapi untuk pelajar dan warga emas ialah RM6 sahaja. Kanak-kanak bawah 6 tahun adalah kemasukan adalah percuma.

Tak tahu nak cerita apa, tapi yang bestnya masa pergi lawatan tu, kita dapat tengok pelbagai rekaan dan binaan replika masjid2 di seluruh negara. Cantik2, dari zaman nabi dahulu hingga sekarang. Ada juga pameran pakaian orang dahulu, barangan tembikar, pinggan mangkuk yang penuh dengan inspirasi kesenian islam.. Sangat kagum dengan kehebatan dan bakat orang2 dahulu.





























Friday, July 26, 2013

Piawaian untuk mengenali seseorang

Saidina Umar semasa cuba menyingkapi keperibadian seseorang, beliau sudah meletakkan piawaian tertentu. Beliau tidak mudah tertipu melihat postur dan penampilan seseorang. Beliau meletakkan kayu ukur tertentu bagi menilai agama dan akhlak seseorang itu. Ketika datang seorang lelaki yang memberikan kesaksian untuk seseorang, Umar bertanya kepadanya:
            
            Umar               : Adakah kamu mengenal orang ini?
            Sahabat           : Ya.
Umar               :Adakah kamu berjiran dengannya dan mengetahui saat dia keluar masuk?
            Sahabat           : Tidak.
Umar               :Adakah kamu pernah menemaninya dalam satu perjalanan (musafir) dan mengenal kemuliaan akhlaknya?
            Sahabat           :Tidak.
Umar               :Adakah kamu pernah berinteraksi dengannya yang melibatkan dinar dan  dirham (duit), sehingga kamu mengenal sifat hati-hatinya?
            Sahabat           :Tidak.
Umar               :Mungkin kamu pernah melihatnya berdiri dan duduk solat di masjid, mengangkat kepalanya pada suatu ketika dan menundukkannya pada saat yang lain?
            Sahabat           :Ya.
            Umar               :Pergilah. Sungguh kamu tidak mengenalnya.



Sunday, June 30, 2013

Sahabatku...

Jatuh cinta itu fitrah.
Ya Allah, indahnya perasaan itu.
Terasa indah dengan nikmat yang satu itu.
Namun,
Awas, mawar agama! Sebelum cinta itu sampai kepada pemilik rusuk itu, sampaikah cinta yang hakiki itu kepada Pemilik Cinta Agung?

Ya Allah,
persona cinta itu telah membuai diri, sehingga terlupa pada satu cinta Agung-Mu.

Ya Allah, Ya Rasulullah,
Sampaikan cinta ini,
dengan cintanya selepas diri ini mendapat cinta-Mu Ya Allah.

Mawar agama,
harumanmu mengusik, dan
biarkan baunya kekal mewangi..





***kredit to my lovely friend


Wednesday, January 16, 2013

Muhasabah

Muhasabah sebelum tidur: 

Adakah aku telah menambahkan dosa atau pahla pada hari ini? Adakah aku telah menjadi seorang yg penyabar? 

Adakah aku menjaga lidahku dari mengumpat dan berkata buruk terhadap org lain?

 Adakah aku memandang serong terhadap makhluk Allah yg lain? 

Adakah aku telah laksanakan tanggungjawab aku dengan baik sebagai hamba Allah, anak, rakan, dan pelajar?

 Masya Allah... 

semoga aku dpt berubah menjadi lebih baik pd hari2 mendatang.. 

Selamat Malam..



TQ intanMartina.blogspot

Wednesday, October 31, 2012

Doa yang diminta

Sebagai manusia biasa, aku memang banyak keinginan, impian, harapan dan cita-cita yg ingin digapai. Tapi x semua itu aku dapat capai tanpa usaha, pengorbanan dan diiringi dengan doa. Allah merindukan doa2 dari hamba2 nya, maka kita sebagai hamba Nya yg kerdil selalu2 lah minta dariNya dan berdoalah kepada Nya.

Kadang2 Allah x terus makbulkan permintaan dan permohonan kita itu. Tapi Allah tunda dahulu dan beri pada masa yg sesuai. Allah mahu kita terus berdoa dan berharap pada Nya. Lambat atau cepat insya Allah, Allah akan makbulkan segala hajat kita itu. Tetapi jika apa yang kita hajati itu tidak dapat kita perolehi, insya Allah, Allah gantikan dengan sesuatu yang lebih baik dan sesuai dengan diri kita. Jadi terus2 kanlah berusaha dan berdoa kepada Allah.

Insya Allah, Allah memakbulkan doa2 kita dengan 3 cara, iaitu:
Allah akan memakbulkan doa kita dengan apa yg kita minta, atau Allah tidak memberikan sesuatu yang kita minta itu tetapi Allah memberikan sesuatu yg lebih baik dan sesuai dengan kita, dan Allah menangguhkan ia kerana kita akan mendapat yg terbaik dan sesuai dengan kehendakNya.

"Ya Allah Ya Tuhanku, aku mohon kepadaMu kabulkanlah segala permohonan dan hajatku. Berilah sesuatu yang kuinginkan itu. Kasihanilah hambaMu ini, ku mohon padaMu Ya Allah.. Kabulkanlah permintaanku itu. Amin Ya Rabbal A'lamin"

Monday, October 29, 2012

Kalimah Allah pada daging korban




Subhanallah.. Dalam kesibukan warga IPG IK sedang bertngkus lumus mengulangkaji pelajaran sebab exam dah pun bermula mulai hari ini. Aku dikejutkan dengan kejadian yg tidak disangka sangka. Housemate aku, Habibah bawa daging korban dari rumah dia. Hari ni turn dia memasak. Elok dia tengah potong daging tu kecil2, tengok2 ada kalimah Allah dalam daging tu. Aziemah pun bergegas panggil aku. Dan, Ya Allah besarnya KekuasaanMu. Ini kali pertama aku lihat kejadian ini depan mata aku. Sbelum ni selalu tengok kat buku2, internet je, kalimah Allah pada kucing, pokok, dan sebagainya. Tapi kali ni aku sendiri yang melihatnya. Masya Allah.. Segala puji-pujian hanya untukMu..



Friday, September 21, 2012

Sebuah Pertemuan

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

  Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan?
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

 Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan


Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina


Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman

Sahabat yg baik sudi menegur kesalahan kita

Kadang-kadang kita sebagai manusi biasa yang lemah lagi x berdaya dan hanya bergantung segalanya kepada Allah tidak perasan bahawa kita ada terlajak kata, terlajak perbuatan, dan terlajak emosi.
Bagus dan bersyukurlah apabila kita ada sahabat yang baik yang sudi menegur kesalahan kita dan berasa bimbang dengan kita. Janganlah jadi sahabat yang membiarkan kita terus hanyut tetapi jadilah sahabat yang boleh menarik dan menghindarkan kita daripada menambahkan lagi dosa dibahu.

Memang kadang-kadang kita berasa malu, segan, serba salah dan mungkin juga ada yang rasa mahu melenting, tapi hakikatnya kita kenala belajar utk menerima kritikan atau teguran dan berlapang dada serta belajarlah untuk sentiasa memperbaiki diri. Kerana sesungguhnya kita semua adalah manusia biasa dan bukannya maksum seperti Nabi Muhammad S.A.W . Tak kisah la apa pun jenis kesalahan dan perbuatan yang tidak baik kita lakukan, yang penting kita sedar, dan berusaha untuk menghindarinya dimasa akan datang.

Terima kasih sahabat2 yg sudi menegur dan mengambil kisah akan diri saya.
Kepada sahabat2 yang tidak kisah dengan diri saya, x apa lah. Allah ada untuk saya, moga Dia sentiasa memberi petunjuk kepada saya dan mengurniakan sifat sabar dan istiqamah agar saya tetap cuba dan usaha untuk memperbaiki diri dari segi lidah, perbuatan, dan hati.

Friday, June 22, 2012

Sentiasalah

Sentiasalah bersabar apabila ditimpa musibah,

Sentiasalah bersyukur dengan setiap nikmat dan kurniaan dari Allah,

sentiasalah berdoa memohon keampunan,

sentiasalah berusaha mencari dan mendapatlan hidayah Allah,

sentiasalah menghargai semua orang2 yg disayangi sebelum dijemput dan diambil semula oleh Allah,

sentiasalah berbuat baik pada semua manusia, binatang, dan tumbuhan,

sentiasalah mengimbangai kehidupan ini,

sentiasalah mengingati Allah dlm setiap pekerjaan kita.

dan

sentiasalah mengingati mati yg semakin menghampiri kita...

Tuesday, June 12, 2012

11 jun

Ya Allah,
jika benar ini adalah
satu dugaan oleh mu,
untuk menguji hati2 dan keimanan diriku dan keluargaku,
maka aku terima dan redha Ya Allah,
tapi aku tidak rela jika ia berterusan.

Aku hanya mampu berdoa, merayu dan mengadu padamu Ya Allah,
hilangkanlah segala musibah dan masalah yang melanda.
Aku yakin dengan bantuanmmu,
aku tahu Allah akan memberikan ujian dan masalah kepada seseorang mengikut kemampuan hamba2 Nya,
maka oleh itu aku masih dapat bersabar
dan mencuba untuk mengahadapinya..
tapi,
Ya Allah tolonglah janganlah kau biarkan masalah ini tanpa ada penyelesaian dengan segera.
Kau berilah kekuatan, petunjuk, dan penyelesaian kepada kami semua.
Aminnn...

Sunday, May 27, 2012

Ya Allah, jika inilah yg terbek,
jika ini lah yang kau pilihkan untuk ku,
maka kau tetapkan lah hatiku,
janganlah ko berbolak balikkan hati ku,
jauhkanlah aku dari perasaan was was dan hasutan syaitan dan iblis.
Jauhkanlah aku dari hawa dan nafsu yang boleh merosakkan hati dan imanku.
Berilah keikhlasan dan keredhaan ,
berilah aku kebahgiaan dan kesenangan dan ketenangan didunia hingga ke akhirat.
Aminnn...

Saturday, May 26, 2012

Ku serah semuanya kepada Allah..
Moga Allah tetapkan dan teguhkan hati ku,
imanku,
redhaku.

Ya Allah,
Bantulah aku buat keputusan yang terbaik,
dan buatlah aku redha dengan ketentuan dan pilihan Mu, Ya Allah

Moga Allah terus berikan yg terbaik
dan beri petunjuk kepadaku.


Tuesday, May 22, 2012

Berilah petunjuk mu Ya Allah kepada dia dan juga kepadaku


Hari ni aku rasa down sangat sedih sangat, terasa sangat.
Air mataku tumpah hari ini.
Ya Allah, sampai bilakah dugaanmu ini akan diberikan padaku?
Aku mohon kepadamu
beri lah petunjukmu kepada dia,
berilah juga petunjuk kepada diriku..

Jadikanlah aku redha dengan segala ketentuanmu, Ya Allah.
Aku hanya insan yang lemah,
aku tidak mampu menegur dia kerana aku terlalu menghormatinya, menyayanginya.

Ya Allah, 
tolonglah hambamu ini,
berilah petunjukmu dan kesedaran untuk berubah kepada dia,
hanya padamu sahaja lah tempat ku memohon segala pertolongan dan petunjuk.

Dan berikanlah aku
petunjuk untuk menjadi lebih baik, solehah, dan penyabar, Ya Allah.

Ya, aku tahu
aku sepatutnya buangkan segala
pandangan terhadap keburukan dan kelemahannya,
pandanglah segala kebaikan dan ketulusan yg pernah dia lakukan untukku,
tapi aku juga insan biasa yang mempunyai kelemahan hati dan perasaan.
maka,
Ya Allah ,
kau buangkanlah segala kelemahan dan keburukannya dimata dan dihatiku.
Buatlah hanya kebaikan dan pengorbanannya sahaja yang kunampak,.
kadangkala aku telah rasa lelah dan jatuh dengan semua ini.

Berilah kekuatan, semangat, ketabahan, dan kesabaran yg tinggi 
kepadaku Ya Allah.
Sekali lagi ku pohon,
berilah petunjuk dan kesedaran kepada dia Ya Allah,

Hanya padamu ku merayu,
memohon,
dan
meminta.
Aminnn...

Kadangkala semua masalah kita tak perlu diceritakan kepada manusia jika ia boleh membuka aib dan keburukan orang lain. Seolah-olah membuka pekung didada pula. Lagi pun manusia pun ciptaan Allah, apa yang dia boleh buat? Baiklah mengadu kepada Allah yang Maha Mengetahui. Dia lah yang memberikan segala kedukaan dan kegembiraan kepada kita. Maka mengadulah, menangislah kepada Allah. Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui...

Sunday, April 29, 2012

Jom, kita buat transformasi! Bila lagi nak berubah?

Assalamualaikum.. hai apa khabar? dah lama saya x update entry kat ruangan kesayangan saya ni.. Maaf kepada semua pembaca jika anda ternanti nanti or pelik kenapa saya lama x update blog. Ini adalah kerana kesuntukan masa, dan kesibukan yang melanda dan juga kerna ketiadaan idea untuk sama2 share dgn awak2 yang smart, cantek dan kacak di luar sana...hehe (ayat nak amek ati)

Sedar x sedar umur saya akan meningkat kpd usia 22 tahun pada tahun ini. (tp belum lg la, so sy 21forever la kan..hahah pasan muda!). Ada kalanya saya fikir, sepanjang aku hidup di muka bumi yang yang menjadi milik Allah ini, apa yang dah aku buat? Adakah amal ibadah ku makin meningkat momentumnya atau semakin menurun? Umur makin meningkat tiap tahun bukanlah kerana umur kita makin panjang tapi sebenarnya umur kita semaik pendek kerana kematian semakin menghampiri kita. Betul ke tidak?

Dalam kehidupan seharian kita ini, pasti banyak perkara yang menguji kesabaran, keimanan dan kadang kala turut menguji kekuatan mental serta fizikal. Adakalanya saya akui kesabaran saya turut menipis dalam sesuatu perkara, tetapi saya sedar , saya perlu lebih bersabar memghadapi semua ujian dari Allah SWT. Jika kita merasakan masalah yang kita alami itu amatlah besar untuk ditanggung, sedarilah bahawa sebenarnya masih banyak orang di luar sana yang menghadapi ujian yang lebih besar yang lebih menuntut kesabaran yang tinggi. Untuk memujuk hati saya yang kadang kala  benar2 menguji kesabaran, saya cepat2 ingatkan diri bahawa sabar itu adalah sebahagian daripada iman. Dan hasilnya amat indah sekali.. Percayalah duhai hati..hehe..

Pentingkah kesedaran untuk berubah ke arah yang lebih baik? Ya, amat penting sekali kerna jika tidak sudah tentu perubahan itu tidak akan berlaku.. Ada orang tiba2 berubah secara drastik dan menjadi terlalu ekstrim. Tapi dia x kekal lama dan x istiqamah. Tapi ada juga orang yang mula berubah sedikit demi sedikit ke arah yang lebih baik. Orang yang macam ni ada yang kekal berubah dan berusaha untuk lebih istiqamah. Tapi sebenarnya semuanya terletak pada hati dan iman. Tepuk dada tanya iman! Takkan nak tunggu sampai dah ke usia senja baru nak berubah?! sayangnya usia muda dahulu disia2kan dengan melakukan segala maksiat dan kemungkaran.. Malah belum tentu lagi, umur kita panjang hingga ke tua. Jika ajal datang menjemput sebelum sempat kita bertaubat, bagaimana? Kematian itu ada dimana mana sahaja. Ya, saya faham kadang2 ada sesetengah hal dan sifat yang dah sebati dlm diri kita sbb dah ada dlm diri kita sejak dahulu lagi. Mungkin agak sukar untuk membuangnya dalam hidup kita. Tapi adalah tidak salah untuk kita berubah sedikit demi sedikit, dan meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita dengan melakukan ibadah2 sunat selain ibadah fardhu. Seperti zikir, solat sunat, bersedekah, dan sebagainya. Jika sebelum ni x pernah bangun untuk solat malam, why not kita cube dahulu buat dalam sebulan sekali. Pastu 2 minggu sekali, kemudian seminggu sekali. And lama2 mungkin tiap2 malam kita leh wat kan? Heheh,..pesanan untuk diri sendiri jugak nie..

Selain tu, seperti mana yang kita tahu, kita perlu menyebarkan ilmu walau sebesar zarah dan juga berdakwah atau berislah dengan orang sekeliling kita. Ada banyak cara yang kita boleh lakukan, x semestinya dengan cara menggunakan lisan. Bleh juga kita gunakan teknologi moden seperti media massa, akhbar, majalah, blog, dan facebook pun bleh juga dijadikan sebagai medium untuk menyebarkan dakwah,islah, dan ilmu. Masing2 ada cara tersendiri. Jadi, siapa kata dengan hanya dok terperap di rumah , kita langsung x leh bersosial dan menyebarkan dakwah??

Hidayah itu hanya Allah yang berkuasa memberikannya kepada sesiapa yang dikehendaki Nya. Tetapi kita juga perlulah berusaha untuk mendapatkan hidayah dari Allah. Beribadah lah dan berdoa lah agar Allah sentiasa memberikan hidayah dan petunjuk kepada kita semua. Insya Allah..

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi  SAW bersabda yang bermaksud:
'Daripada kebaikan Islam seseorang 
ialah meninggalkan suatu yang tidak
bermanfaat kepadanya'

Daripada Abu Said al-Khudri r.a, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
'Seseorang itu tidak dikurniakan suatu pemberian yang lebih baik
dan lebih luas daripada sabar.
(Riwayat al-Bukhari)

Jom, kita buat transformasi!



Monday, April 9, 2012


Jangan terlalu banyak mengeluh, kelak nanti akan 

didatangi kemurungan & kesedihan, sebaliknya 

BANYAKKAN BERSYUKUR dan PUJIAN kepada Allah 

terhadap apa yang diperolehi & yang diharungi, kelak 

nanti akan datang kecukupan dan kebahagian. 


Alhamdulillah
 
Images by Freepik