Pages

Friday, July 3, 2015

Tips tambah rezeki

Assalamualaikum

Pernah tak korang meniaga tapi tak untung-untung?

Pernah tak korang rasa, tahap ekonomi korang sama je, takde naik-naik pun?

Pernah tak korang rasa susah nak dapat apa yang korang hajati?

Hmm....aku ada baca kat blog sesorang yang super duper cantik dan classy ni...dia share tips untuk tambah rezeki..

Pertama,
Solat di awal waktu.. Tambah lagi dengan solat-solat sunat seperti solat dhuha, tahajud, taubat, dan hajat. Buat setiap hari dan istiqamah. Cuba buat 44 hari..dan cuba rasa perbezaannya..

Kedua, 
Sedekah subuh.. Sebenarnya kita semua tahu bahawa sedekah tu sangat baik dan memberi manfaat kepada pemberi dan penerima. Banyak kisah yang kita dengar dan baca yang menceritakan tentang hikmah bersedekah. Sedekah sebenarnya memurahkan lagi rezeki kita dan bukannya mengurangkannya lagi. Tapi berapa ramai antara kita yang konsisten dan sentiasa bersedekah? Salah satu caranya sediakan tabung sedekah kita sendiri. Setiap subuh pas solat masukkan sedikit duit ke dalam tabung tu. Cukup sebulan bagi pada sesiapa yang memerlukan. Kemudian cara lain, belanja orang lain makan. Pagi2 tu lau nak beli kuih ke nasi lemak ke, bayarkan la 2-3 orang customer yang lain. Atau duit baki kita yg sikit2 tu, bagi je pada penjual tu.

Ketiga,
Usaha sampai Tuhan kesian.. Maksudnya disini, kita usahakan sehabis baik  giler2 punye usaha. Kalau nak bisnes maju, hari2 keluar meniaga, rajin promote barang dan sebagainya. Kalau nak dapat dekan, giler2 belajar, fokus, konsisten dan sebagainya. Kalau nak dapat jodoh yang baik pun, usaha gak mencari dan memilih yang terbaik antara yang baik, doa dan mohon petunjuk sungguh2 tanpa putus asa dan malas. Ha.... gitulahh..

Jadi, apa pun sebenarnya tepuk dada tanya selera. Nak atau tak nak.. Di mana ada kemahuan disitu ada jalan.. Usah, doa, tawakal.. 

Semoga ada rezki yang melimpah ruah dan halal untuk kita semua..

Aminnn..

No comments:

 
Images by Freepik