Pages

Showing posts with label Kenangan lalu. Show all posts
Showing posts with label Kenangan lalu. Show all posts

Saturday, December 31, 2016

Hiking

Hari ini dah sampai ke penghujung tahun 2016. Setahun sekejap rasa dah berlalu. Tahun ini banyak wishlist yang aku rasa aku dapat capai. Walaupun tak semua, tapi sebahagiannya dah terlaksana. Alhamdulillah. Salah satunya ialah aktiviti hiking.

Pada mulanya aku cuma nak naik Bukit Broga je sebab tak pernah sampai. Sedangkan dari zaman belajar dulu lagi bukan main ramai member dan student yang dah naik. Tapi masa tu aku tak pernah rasa nak join. Lepastu melarat pula ke beberapa bukit dan gunung.

Bukit Broga ni aku naik dengan seorang kawan dan seorang adik lelaki aku. Kami gerak dari rumah dalam jam 4 lebih pada waktu pagi. Dan mula mendaki dalam jam 5 pagi. Kenapa gerak awal pagi? Sebab Broga ni kalo tunggu hari cerah, ia akan panas. Sebab kawasannya lapang , tak ada pokok2 tinggi macam dalam hutan tu. Dan lagi satu konon-kononnya boleh la tengok matahari terbit.

Lokasi Bukit Broga ialah di Semnyih dengan ketinggian sederhana 400m. Tarikh aku mendaki ialah 24 April 2016.








Kedua, pada 8 Mei 2016 aku mendaki Bukit Saga di Ampang, Kuala Lumpur dengan ketiggiannya lebih kurang 410m. Bukit ni kalau pergi nak dekat tengah hari pun tak ape sebabnya tak panas. Macam masuk dalam hutan, penuh pokok-pokok tak kena matahari. Lepas tu korang akan jumpa air terjun. Haa boleh la nak relax ke, mandi2 kejap sebelum turun.










Ketiga, aku mendaki di Gunung Irau pada 28 Mei 2016 yang terletak di sempadan Perak dan Pahang. Gunung ini merupakan puncak tertinggi di Cameron hinghland dengan ketinggian 2110m.

Yang bestnya gunung ni sebab sejuk dan mossy forest. Aktiviti hiking ni aku join dengan group hiking dak UPM.
















 Pengalaman aku naik Gunung Irau ni walaupun ia merupakan gunung paling tinggi yang pernah aku daki setakat ini, tapi ia paling best sebab sejuk dan suasananya yang cantik ala-ala fairyland. Jumpa ramai orang dan kenalan baru. Malah  rakan sekerja, Kak Im dan suaminya pun turut serta. Kawan baik masa belajar dulu Habibah dan junior IPGIK Bazla dan adik lelaki aku, Rosman pun join dalam ekspedisi ini. Jadi rasa penat dan sukar tu sama-sama dapat harungi bersama. Chewahhh..

Keempat, aku hiking di Gunung Nuang pada 17 Julai 2016 dengan student IPGIK. Gunung ini terletak di sempadan Selangor dan Pahang dengan ketinggiannya ialah 1493m. Gunung ini walaupun tak setinggi macam Gunung Irau, tapi bagi aku cabaran mendaki Gunung Nuang ini lebih mencabar dan laluannya untuk sampai ke puncak lebih mencanak naik dan penuh dengan batu-batu besar. Aku rasa antara faktor yang lain juga ialah aku dah lama tak exercise langsung sejak bulan yang sebelum tu sebab bulan puasa lepas tu lepas beberapa hari raya, aku terus hiking. Exercise, persediaan apa semua tak de. Pastu follow pulak budak2 junior bidang sukan dari IPGIK yang semua power2 dan laju giler. Memang ketinggalan la aku.

Gambar-gambar di Gunung Nuang juga, tak banyak yang aku ambil dan simpan sebab aku rasa sangat tak larat dan muka rasa sangat la comot.







Kelima, aktiviti hiking aku yang seterusnya pada 23 Julai 2016 di Gunung Hitam, Hulu Langat dengan ketinggian 1210m. Aktiviti ni aku join dengan group Budak Cap Ayam (BCA). Pendapat aku Gunung ni pun boleh tahan juga cabarannya lebih kurang macam Gunung Nuang. Cuma gunung ni kurang berbatu macam Gunung Nuang tapi jalan nak sampai ke puncak tu curam ke atas. First time aku hiking terpaksa guna tongkat kayu sebagai alat sokongan. Hahaha.. Tapi ekspedisi ni kurang terasa penatnya tak macam Gunung Nuang gak sebab mungkin ada member dan adik lelaki yang join.




















Seterusnya yang keenam, aku hiking di Bukit Tabur West pada 31 Ogos 2016. Bukit Tabur terletak di Taman Melawati, Selangor dan mempunyai ketinggian sebanyak 396m (wikipedia). Walaupun tak berapa tinggi, tapi mempunyai trek yang agak merbahaya kerana mempunyai tebing dan juram yang sempit dan tinggi 100 kaki. Sesiapa yang nak naik Bukit Tabur kena berani, sabar, dan sangat berhati - hati kerana telah banyak kes kemalangan jatuh gaung dan kematian yang berlaku. Masa aku nak pergi tu pun banyak kali aku fikir tapi last sekali aku pergi juga. Gambar pun tak banyak sangat ambil sebab fokus nak mendaki. hihi..

Sebenarnya Bukit Tabur mempunyai 5 puncak iaitu Tabur West, Tabur East, Tabur Far East, Bukit Tabur Extreme, dan Bukit Tabur Extra. Setiap Bukit / Puncak ada cabarannya tersendiri. Tapi apa yang aku tahu yang paling senang ialah Tabur Far East dan yang paling susah ialah Tabur Extreme.
(rujuk http://www.matsallehcrimakan.com/hiking/menakluk-semua-puncak-bukit-tabur-saya-nak-kongsi-tip2/ )











Aktiviti hiking aku yang terakhir bagi tahun ini pada 26 Disember 2016 di Bukit Batu Putih, Tanjung Tuan, Port Dickson. Ketinggiannya aku tak pasti, aku cuba google pun tak jumpa. Tapi apa yang aku dapat cakap, laluan nak naik bukit ni aku rasa agak senang dan dalam 20 minit je dah sampai. Itu jalan santai tu. Kalau jalan laju ckit entah-entah 10-15 minit pun dah boleh sampai.. hahaha.

Bukit ni terletak dalam kawasan Hutan Rekreasi Tanjung Tuan dan perlu bayar RM1 di pintu masuk. Masa naik aku lalu jalan lain, masa turun aku turun ikut jalan lain yang menghala ke pantai.

Korang jangan nak pelik sangat la tengok gambar aku kali ni pakai mask. Aku sihat, ok je cuma nak lindung muka sebab baru buat bekam.. huhuhu..











Alhamdulillah, setakat ni cukuplah 4 bukit, 3 gunung yang sudah dinaiki. Tercapai satu wishlist 2016 aku iaitu nak hiking. Masih banyak trip naik gunung yang kawan dan group yang mengajak antaranya Kinabalu, tapi aku macam dah tak nak. Sebab aku naik untuk suka-suka je. Lepas ni kalau nak hiking pun mungkin dah jarang-jarang kot. Pengalaman aku pun tak banyak macam hikers yang lain. Aku ni boleh kira macam beginner gak la. haha.. Untuk tahun 2017 mungkin aku nak buat  aktiviti lain pula kut atau fokus pada plan atau wishlist lain. Apakah??.. Ada la.. hahahaha.

Ok bai. Assalamualaikum.

terima kasih sudi baca hasil yang tak seberapa ni.

Selamat Tahun Baru ye korang.

Buang yang keruh ambil yang jernih.

Positif dan elak berprasangka dan skeptikal pada orang lain.

(cakap dengan diri sendiri gak sebenarnya..hahaha)


Tuesday, May 10, 2016

Percutian ke Pulau Langkawi

Kenapa aku berblog?

Dulu-dulu zaman belajar, aku blog sebab banyak share nota dan assignment. Tujuannya boleh bg rujukan kpd kawan-kawan dan adik-adik junior. Tak la hebat pun, tapi sedikit sebanyak harap boleh membantu rakan-rakan IPG juga.

Kemudian sekarang ni, dah jarang update, kalau update pun lebih kepada share pengalaman aku jalan-jalan kesana kemari. Tujuannya cuma untuk simpanan sendiri umpama diary dan boleh dirujuk dimasa akan datang oleh aku sendiri, dan sesiapa yang nak dapatkan info.

Kali ni aku nak share sedikit percutian aku ke Pulau Langkawi pada 1 - 3 April 2016. Sekarang dah bulan Mei, harap aku masih ingat perjalanan dan pengalaman aku disana. hehe..

1 April / Jumaat :
Kami bergerak ke Pulau Langkawi dari KLIA 2 kira-kira jam 9.30 malam. Flight delay hampir sejam. huhu. Tiket Air Asia pergi balik seorang RM140.

Oh ya, siapa kami tu? Aku, Liza, Ain, dan Pyqa. Kami semua ni satu sekolah sejak tingkatan 1 dan masih berkawan hingga kini. Cuma jarang sangat berjumpa or call sebab masing2 dah ada kerja sendiri dan duduk merata. Pyqa tu cousin liza. Tak kenal pun, nak buat trip ni baru kenal.

So malam pertama kami di Pulau Langkawi, takde apa-apa agenda pun. Terus ke motel di Cenang, dan jalan-jalan ambil angin malam. Teksi dari airport ke motel RM20. Kami menginap di Adina Drive In Motel. Boleh layari www.adinamotel.com kalau nak survey atau book bilik. Bilik kami untuk 2 malam RM280. Dilengkap dengan 2 katil queen, almari, bilik air, air cond, kipas, tv, peti ais, sterika, hot water, dan sebagainya. Semua ada, cuma wifi je x de.







2 April / Sabtu:
Yeayy.. kami pergi ke Island Hopping. Untuk seorang hanya perlu bayar RM30 sahaja untuk ke Island Hopping. Dan tambah lagi RM10 seorang untuk aktiviti snorkeling. Nombor untuk hubungi ialah 017-7167398. Nama abang tu lupa pulak. Memang banyak pakej yang ditawarkan, terpulang lah nak pilih yang mana. Harga yag ditawarkan pun berbeza.

Apa yang ada dalam pakej lawatan Island Hopping ni? Antaranya ialah Pulau Beras Basah, Tasik Dayang Bunting, Eagle feeding/watching dan Private Island. Untuk aktiviti ni memang aktiviti air dan kita akan basah. Aktiviti lain seperti snorkeling adalah pilihan masing-masing.












Belah petang, balik dari Island hopping, kami cari motor sewa. Sewa 2 bijik motor dalam RM100 untuk 48  jam. Kalau lewat, kena bayar denda. huhu..

Lepas makan tengah hari, mandi tukar baju semua kami gerak unuk naik skycab, dan skybridge. Bayaran untuk skycab seorang ialah RM30 dan skybridge ialah RM20.









Malam, kami berjalan, ronda-ronda ambil angin dan cari souvenier. Kami pergi juga dataran Lang tapi gelap, ambil gambar pun x nampak. Nasib la kami masing-masing pernah sampai ke Pulau Langkawi sebelum ni. So, tempat famous macam dataran Lang, makam Mahsuri, Beras terbakar semua tu, kebanyakannya kami dah pernah pergi. Percutian kali ni, kami lebih tumpu untuk aktivti pulau dan air. Nak ikutkan memang tak sempat kami nak jelajah satu Pulau Langkawi ni, so kami perlu pilih tempat mana yang kami nak pergi dalam masa 2 hari ni.

3 April / Ahad :
Pagi ahad, kami sarapan dulu di Nestrooftop cafe. Boleh layari di www.nestrofftop.com atau facebook/nestrooftop atau instagram.com/nestrofftop . Bayaran untuk lepak sarapan bufet di nestrooftop ni untuk seorang ialah RM20. Istimewanya lepak kat sini ialah, kawasan istirehat yang cantik dan pemandangan yang indah.





Agenda kami di hari teakhir di sana ialah aktiviti Mangrove tour di KILIM Geoforest Park, dan borong coklat di Haji Ismail Group.

Antara tempat yang dilawati dalam Mangrove tour ialah river cruise, Gua Buaya, Gua Kelawar, fish farm, fish feeding, dan fish farm restaurant.










Total perbelanjaan kami berempat untuk bercuti di Pulau Langkawi ni ialah RM482 untuk seorang. Jumlah ni merupakan jumlah perbelanjaan yang kami kongsi berempat seperti penginapan, pengangkutan, motor, dan lain-lain. Perbelanjaan personal macam makan minum, souvenier tu tak termasuk dalam jumlah ni.

Walaupun ramai member yang terkejut bila aku pergi melancong bukan time musim cuti, dan hanya 2 malam sahaja berada disana, aku dan kawan-kawan tetap rasa seronok dan puas hati. Bukan senang nak rancang percutian pendek dengan ex schoolmates, yang masing-masing dah ada hala tuju sendiri dan kerja daripada pelbagai bidang. Ada guru, lawyer, occupational safety, dan nurse. So, masing-masing ada tugas dan masa bekerja yang berlainan. Sementara masih single ni, ini la masa untuk timba banyak pengalaman dan masa bersama kawan-kawan. Kalau dah kahwin, bukan tak boleh, boleh je tapi mungkin terhad sebab dah ada komitmen yang lebih besar. Bersama adik-beradik dan keluarga tu semestinya ada. Tapi lain la pulak aktivinya. Lain kali kite citer.

Ok.. adios.. thanks sebab sudi baca.




 
Images by Freepik