Pages

Friday, October 15, 2010

Asignment permainan Tenis.

PERMAINAN TENIS.

Pengenalan dan sejarah.
             Pada abad ke-11 sejenis permainan yang disebut jeu de paume, yang menyerupai permainan tenis kini, telah dimainkan untuk pertama kali di sebuah kawasan di Perancis.Jeu de paume itu membawa maksud ‘main dengan tapak tangan’. Sewaktu bermain permainan tersebut, pemain perlu memukul bola melepasi tali yang direntangkan antara dua pihak yang bermain. Bola yang digunakan untuk permainan itu diperbuat daripada kulit kambing biri-biri. Penggunaan raket sebagai pemukul diperkenalkan kemudian.
            Terdapat juga sumber yang mengatakan bahawa tenis berasal daripada real tennis yang juga disebut royal tenis yang merupakan permainan yang popular pada abad ke-19 di England dan Eropah. Kelab tenis yang pertama di England ditubuhkan pada tahun 1872 oleh H. Gem dan Dr. J.B. Perera. Ia telah mendapat sambutan yang baik daripada golongan atasan dan keluarga diraja.
            Permainan ini kemudian diperkenalkan ke Itali dan Inggeris pada abad ke-13. Ramai peminatnya ternyata di antara rakyat setempat terhadap permainan ini. Sejak itu perkembangan tenis terus meningkat ke negara-negara Eropah yang lain.
            Major W.C Wingfield, seorang pegawai askar British merupakan pengasas permainan tenis. Beliau mengkaji sejenis permainan iaitu real tenis. Beliau turut mengubah sedikit permainan dengan meniru undang-undang permainan badminton. Beliau memperkenalkan permainan sphairistike yang menngunakan gelanggang rumput yang lebih dikenali sebagai lawn tenis.
            Raketnya yang sebenar\ diperkenalkan pertama kali pada abad ke-15 oleh Antonio da Scalo, seorang pastur berbangsa Italia. Tenis pada mulanya merupakan permainan masyarakat kelas atas. Tenis lapangan rumput yang terkenal di zaman Ratu Victoria lalu ditiru oleh golongan menengah, yang menjadikannya sebagai permainan biasa.
            Kelab tenis pertama yang didirikan ialah Leamington di Perancis oleh J.B. Perera, Harry Gem, Dr. Frederick Haynes, dan Dr. Arthur Tompkins pada tahun 1872. Pada masa itu, tenis disebut sebagai pelota atau lawn rackets. Dalam tahun 1874 permainan tenis telah pertama kali dimainkan di Amerika Serikat oleh Dr. James Dwight dan F.R. Sears. Sementara itu, All England Croquet Club pun telah didirikan pada tahun 1868. Amerika Syarikat menubuhkan kelab tenis yang pertama di Staten Island. Bermula dari situlah, permainan tenis di Amerika Serikat berkembang dengan pesat sekali. Dari sana lahir banyak pemain tenis tangguh yang menguasai percaturan tenis tingkat dunia.
            Kejuaraan tenis pertama bermula tahun 1877.
            Berikut merupakan antara peristiwa penting dalam sejarah tenis :

1877               -                       Di Wimbledon berlangsungnya Kejohanan Tenis                                           Gelanggang Rumput buat kali pertama. (Kini dikenali sebagai                                 Kejohanan Wimbledon.)
1878               -                       Servis dari atas (overhead) mula diperkenalkan.
1900               -                       Pertandingan Piala Davis dimulakan.
1913               -                       International Lawn Tenis ditubuhkan di London.
1926               -                       Kejohanan Tenis Profesional yang pertama di New York.
1970               -                       Kiraan tie break diperkenalkan untuk mengelakkan                                        perlawanan yang berterusan.

Di Malaysia pula Persatuan Tenis Malaysia (LTAM) ditubuhkan pada tahun 1921.






Peralatan tenis.

Gelanggang tenis.

                               

            Gelanggang tenis dibahgi kepada dua oleh sebuah jaring yang di tengah-tengahnya tingginya sebanyak 91.4 cm dan sisinya 107 cm. Setiap bahagian sebelah gelanggang  permainan dibahagi menjadi tiga segi: sebuah segi belakang dan dua segi depan (untuk servis).
            Setiap kawasan dipisahkan dengan gatis-garis putih yang merupakan bahagian dari kawasan tempat bermain tenis. Sebuah bola yang dipukul di luar kawasan gelanggang  (meski tidak menyentuh garis) dikatakan telah keluar dan memberi lawan sebuah nilai.

                                   

Cara pegangan raket

            Terdapat lebih kurang sebelas cara genggaman yang diamalkan oleh pemain-pemain tenis. Namun yang paling biasa dan mudah digunakan oleh pemain tenis ialah pegangan eastern.
            Teknik pegangan eastern juga turut dikenali sebagai pegangan berjabat tanagn (shakehands).  Caranya ialah, hulurkan raket ke depan, tangan kiri menyokong bahagian leher raket. Buka tapak tangan kanan dan genggaman bahagian pemegang (grip) raket seolah-olah berjabat tangan.
            Terdapat dua cara untuk pukulan cra genggman eastern ini iaitu pukulan pepat dan pukulan kilas. Kedia-duanya mempunyai sedikit perbezaan antara satu sama lain. Untuk menukar dari pegangan pukulan pepat ke pegangan kilas, longgarkan genggaman dan pusing pergelangan tangan ke dalam sedikit. Ibu jari tidak membalut pemegang raket ketika pegangan kilas.

Latihan asas menggenggam raket dan mengawal bola.

            Untuk pukulan pepat (forehand grip) pemain perlu melambung bola bertubi-tubi dengan raket yang digenggam dengan cara setempat, berjalan, atau berlari. Kemudian dengan menggunakan cara yang sama, ulangi latihan tetapi menggunakan cara genggaman pukulan kilas (backhand grip). Latihan lain pula ialah,melantun bola dengan bahagian bingkai raket secara bertubi-tubi. Seterusnya, latihan lumba lari berganti-ganti dengan mambawa bola dengan raket, melambung bola dengan raket, dan juga melantun bola dengan raket dengan menggunakan cara genggaman pepat dan kilas


Pukulan pepat. (Forehand drive)

            Pemain perlu bersedia dari awal ke tempat yang sepatutnya untuk memukul bola. Raket hendaklah dihayun ke belakang sebelum bola melantun. Bahu kiri diarah kearah bola dan berat badan dirasa di kaki belakang. Hayunkan raket ke depan dan mula memukul bola apabila bola melantun ke aras lutut dan pinggang. Berat badan juga dipindahkan ke kaki depan iaitu kaki kiri serentak dengan pukulan itu. Selepas memukul bola, raket terus bergerak sehingga menyilang badan dan menunjuk ke atas bahu kiri.


Pukulan kilas. (Backhand drive)

            Persediaan memul bola cara kilas dibuat apabila bola didapati akan bergerak ke sebelah kiri. Pemain bergerak ke arah bola dengan raket dipegang secara kilas. Bahu kanan memusing menghadap ke jaring dan kaki kanan melangkah ke depan. Kepala raket menunujuk ke belakang dalam keadaan berat badan di kaki belakang (kiri). Sebaik sahaja bola melantun, hayunkan raket ke depan dan memukul bola yang berhampiran dengan kaki depan. Pergerakan raket hampir selari dengan permukaan gelanggang semasa bola dipukul. Pergerakan raket terus bergerak sehingga tangan yang memegang raket itu menjadi lurus dan kepala raket menunjuk ke atas di bahu kanan.

Latihan pukulan pepat dan kilas.

1.    Latihan dinding – perseorangan.
(a)  Memukul bola secara pepat bertubi-tubi.
(b)  Memukul bola secara kilas bertubi- tubi.
(c)  Memukul bola secara pepat dan kilas berselang-seli.

2.Latihan dalam gelanggang.

`Antara latihan untuk pemain tenis di gelanggang yang boleh dilakukan ialah :

       (a)Secara berpasangan , latihan ini dijalankan secar bergilir pukulan iaitu seorang pemain akan membaling bola dan seorang lagi pemain akan memukulnya dengan menggunakan cara pukulan pepat dan kilas.
       (b) Pemain A membaling bola, dan pemain B bergerak ke bola dan memukulnya balik kepada pembaling iaitu ke arah kiri, tengah, dan kanan dengan menggunakan cara pukulan pepat.
       (c) Terdapat 4 orang pemain di gelanggang iaitu pemain A, B, C, dan D. Setiap pemain hampir berada di hujung gelanggang . Caranya ialah, pemain A akan membuat pukulan pepat kepada pemain(b). Dan pemain B pula menghantar bola kepada pemain C dengan menggunakan cara pukulan pepat. Pemain C ini akan membalas semula pukulan bola kepada pemain B pula dengan menggunakan cara kilas. Selepass itu hantaran bola kepada pemain A, menggunakan pukulan cara kilas dan begitulah seterusnya.
       (d) Terdapat dua kumpulan yang salah satu daripadanya terdapat 2 orang dan satu lagi kumpulan itu mempunyai 4 orang untuk berganti-ganti.

      
Servis.

                                                        
            Servis merupakan masalah yang mungkin akan dihadapi oleh pemain tenis yang baru di peringkat awal pembelajaran. Kedua belah tangan terlibat dalam tindakan servsi ini dan bola yang dipukul itu perlulah melepasi jaring serta melantun dalam petak servis yang disediakan.
            Setiap pemain harus menunjukkan koordinasi yang baik iaitu imbangan badan dan ketepatan memukul bola itu. Cara untuk meningkatkan kemahiran para pemain baru bolaeh dilakukan dengan latihan yang berulang-ulang.
            Terdapat beberapa jenis servis yang ada dalam permainan tenis. Antara jenis servis yang ada dalam permainan tenis ialah servis pepat / biasa, servis slice, servis topspin, dan servis american twist. Servis yang biasa digunakan ialah teknik servis pepat atau servis biasa.
            Pemain bersedia dengan berdiri dan bahu kiri menghadap ke gelanggang servis di mana bola hendak ditujukan. Kaki dijarakkan dengan seluas bahu dan kaki kiri berada di hadapan. Untyk servis ini, cara genggaman pukulan pepat boleh digunakan.
            Cara melambung bola adalah dari aras lutut hingga ke aras kepala Bola dilambungkan apabila tangan diluruskan serentak dengan lutut. Semasa lambungan bola dilakukan, berat badan dipindahkan ke kaki depan dan raket dihayun ke belakang.
            Cara hayunan raket ke belakang ialah raket hendaklah digerakkan ke belakang dengan siku yang bengkok. Kepala raket hendaklah dalam keadaan hampir menyentuh belakang badan antara bahu. Kedudukan tangan pula dalam keadaan seolah-olah hendak membaling sesuatu benda.
            Sebaik sahaja bola mula menurun, luruskan badan dan hayun permukaan raket kepada bola. Tinggikan tumit kaki semasa raket dihayunkan ke hadapan. Raket hendaklah terus bergerak sehingga menyilang ke sebelah kiri badan. Kaki kanan melangkah ke depan untuk mengawal imbangan badan. Kedudukan mata pula mengikut pergerakan bola ke sasarannya.
            Antara kesalahan yang sering berlaku oleh pemain semasa servis dilakukan ialahyang pertama bola dilambung terlalu tinggi atau rendah. Yang kedua, bola dipukul jauh dari badan atau di atas kepala. Yang ketiga, genggaman raket adalah tidak sesuai, dan bahu tidak selari dengan jaring.

Latihan kemahiran servis.

            Yang pertama, latihan yang boleh dilakukan untuk meningkatkan kemahiran menghantar servis ialah latihan melambung bola (mengawal lambungan dan ketepatannya). Pemain perlu berdiri dalam keadaan sedia untuk melakukan servis. Pegang 1 atau 2 bola di tangan kiri. Lambung bola dan menyambutnya kembali. Lakukan latihan ini berulang-ulang kali.
            Latihan yang kedua ialah latihan suaimasa raket menemui bola dan pergerakan ikut lajak. Caranya ialah melambungkan bola dan apabila ia menurun ‘tampar’ bola itu dengan raket.
            Latihan yang seterusnya ialah latihan servis dalam gelnggang. Terdapat dua cara iaitu secara bebas dan mencari sasaran. Secara bebas itu, pemain hendaklah menunjukkan bola itu ke mana-mana tempat dalam petak dalam gelanggang. Manakala cara mencari sasaran itu pula, bola itu perlu ditujukan kepada sasaran yang tertentu.


Voli atau pukulan sangga.

            Maksud voli ialah memukul bola sebelum bola itu mendarat. Tujuannya adalah untuk tidak memberi peluang kepada pihak lawan bersedia untuk membalas pukulan itu. Lazimnya kedudukan yang sesuai untuk melakukan pukulan voli adalah di kawasan antara jaring dan garisan servis.
            Semasa voli, bola boleh diarahkan ke kawasan atau sudut yang tertentu, dilambung melepasi aras kepala pemain pihak lawan, dan dijunamkan berhampiran dengan jaring.
            Selalunya kedudukan yang sesuai untuk melakukan pukulan voli adalah di kawasan antara jaring dan garisan servis.

Teknik asas voli - pepat dan kilas.

            Genggaman tangan pemain dalam keadaan sedia untuk pukulan pepat/kilas. Pemain perlu pusingkan bahu dan raket dihayun ke sisi badan apabila bola sampai. Berat badan dirasa di bahagian kaki belakang oleh pemain apabila raket digerakkan ke sisi.Gerakkan raket ke depan untuk menemui bola. Raket tidak dihayunkan kepada bola tetapi apabila raket bersentuhan dengan bola, raket itu terus bergerak tetapi ikut lajak pendek sahaja pergerakannya.

Jenis voli.

            Bola boleh divoli di aras rendah, aras atas kepala (sisi) ataupun diarahkan kepada sudut yang sesuai.

Latihan voli (Pepat)

            Untuk latihan unsur maju :
1.    Latihan gerak kai. Iaitu dalam keadaan sedia, kaki kiri melangkah ke depan dan raket ditarik ke sisi dan raket digerakkan ke depan (tindakan menolak). Lakukannya secara berulang-ulang.
2.    Ulangi pergerakan dalam latihan di atas tetapi apabila raket dibawa ke depan, cuba tolak bola yang dibaling oleh pasangan.
3.    Latihan voli ini dipukul oleh pasangan dari hujung gelanggang.
4.    Latihan voli bola rendah dan tinggi ke sebelah kiri, tengah, dan kanan gelanggang.



Latihan voli (pepat dan kilas).
1.    Bola boleh ditujukan ke pertengahan gelanggang iaitu ke kiri, tengah, dan kanan dari voli tengah-tengah petak.
2.    Voli bola ke hujung gelanggang.
3.    Voli bola supaya menjunam melepasi jaring.

Latihan berkait.

1.    Lakukan secara berpasangan. Servis bola kepada kawan. Bergerak ke depan dan voli bola yang dibalas oleh kawan. Cuba voli pepat dan kemudian voli kilas.
2.    Hendaklah berdiri di antara servis dan jaring. Pasangan perlu memukul bola cara pepat dari hujung gelanggang. Kemudian, voli bola ke kawasan garisan servis.
3.    Voli secara bertubi-tubi dengan pasangan secara bergilir melakukan voli pepat dan kilas.

Smesy.

                                                    

             Smesy merupakan pukulan secara kuat dan hampir menyerupai tindakan servis. Bola dipukul kuat supaya pihak lawan sukar membalas pukulan smesy itu.
            Caranya ialah bahu hendaklah dipusingkan ke arah bola. Mata pula tepat memandang bola dan berada di belakang dan bawah bola. Kepala raket hendaklah sampai ke bawah aras bahu. Tindakan smesy perlulah tepat dan mengikut lajak.

Teknik asas smesy.

·         Gerak kaki.
Pemain perlu berada di belakang dan di bawah, di mana bola itu mungkin menurun sekiranya hendak memukul bola secara berkesan. Pergerakan ke belakang itu hendaklah licin dan biasanya pemain menggunakan langkah skip sisi untuk mengundur. Semasa bergerak ke belakang, bahu kiri hendaklah  menghadap ke depan. Berat badan berada di kaki belakang.
·         Bersedia untuk memukul.
Mata masih mengikuti pergerakan bola. Naikkan tangan kiri dan menunjuk ke arah bola sambil menghayun raket ke belakang badan.
·         Kontek dengan bola.
Hayun raket ke depan dan memukul bola apabila bola berada dekat lebih kurang satu kaki di atas aras hujung tangan kiri.
Pukulan ini melibatkan pergerakan pergelangan tangan di saat-saat akhir  supaya bola dapat diarahkan ke dalam gelanggang.
Kaki yang melonjak ialah kaki kanan yang ada di belakang dan apabila mendarat kaki kiri mencecah tanah dahulu. Sebaiknya smesy bola seperti dalam servis iaitu kedua belah kaki di atas tanah semasa smesy.
·         Ikut lajak.
Raket terus bergerak sehingga ke sisi badan sebelah kiri. Pemain bersedia pula selepas itu untuk meneruskan lagi permainan.
           
Ranking kedudukan pemain-pemain tenis dunia tahun 2008.
Tarikh Ranking: 28 Januari 2008
Ranking
Pemain
Negara
Mata
1.
Roger Federer
Switzerland
6630
2.
Rafael Nadal
Sepanyol
5980
3.
Novak Djokovic
Serbia
5165
4.
Nikolay Davydenko
Russia
2725
5.
David Ferrer
Sepanyol
2715
6.
Andy Roddick
USA
2155
7.
Richard Gasquet
Perancis
1895
8.
Mikhail Youzhny
Russia
1845
9.
James Blake
USA
1710
10.
David Nalbandian
Argentina
1700
11.
Tomas Berdych
Rep Czech
1685
12.
Andy Murray
Britain
1685
13.
Marcos Baghdatis
Cyprus
1640
14.
Guillermo Cana
Argentina
1573
15.
Juan Carlos Ferrero
Sepanyol
1515
16.
Carlos Moya
Sepanyol
1505
17.
Tommy Robredo
Sepanyol
1490
18.
Jo-Wilfried Tsonga
Perancis
1489
19.
Paul-Henri Mathieu
Perancis
1465
20.
Lleyton Hewitt
Australia
1460









Pemain tenis dunia.

Roger Federer.
                                                

            Roger Federer dilahirkan pada 8 Ogos 1981 di Basel, Switzerland. Beliau mempunyai ketinggian sebanyak 1.85 meter dan berat badan sebanyak 85.0 kilogram. Gaya bermain yang biasanya digunakan oleh beliau dalam setiap perlawanana ialah pukulan kilas satu tangan menggunakan tangan kanan.  Jumlah wang hadiah yang pernah beliau dapat ialah US$ 49,475,219.
            Roger Federer merupakan seorang pemain tenis lelaki dari Switzerland. Beliau telah menjadi pemain nombor satu di dunia sejak 2 Februari 2004. Beliau merupakan  antara pemain paling hebat di dunia.
            Federer pernah memenangi Grand Slam 15 kali, Piala Masters Tenis tiga kali, serta ATP Masters Series 14 kali dalam kerjayanya. Beliau memegang rekod menang dalam tiga Grand Slam dalam setahun untuk tiga tahun (2004, 2006 dan 2007), mencapai perlawanan akhir dalam sepuluh Grand Slam berturut-turut, serta rekod bersama memenangi Kejohanan Wimbledon lima kali berturut-turut dari 2003 hingga 2007.
            Beliau merupakan satu-satunya pemain yang mencapai perlawanan akhir setiap Grand Slam untuk dua tahun berturut-turut dari 2006 hingga 2007, serta memenangi kedua-dua Wimbledon dan Terbuka Amerika Syarikat empat tahun berturut-turut.


Refleksi.

            Setelah menyiapkan tugasan ini, saya telah mendapat sedikit sebanyak ilmu pengetahuan mengenai permainan tenis. Saya telah mengetahui mengenai sejarah tenis, teknik permainan seperti cara pegangan raket yang betul, cara pukulan, servis, smesy, dan sebagainya. Saya juga telah mengetahui mengenai butiran diri pemain yang terkenal iaitu Roger Federer yang berasal dari Switzerland.
            Dengan ini saya telah mendapat sedikit pengetahuan mengenai tenis dengan cara mengumpulkan maklumat daripada pelbagai sumber. Selain itu, nilai-nilai murni yang daya dapat ialah berusaha mendapatkan ilmu pengetahuan selain ilmu akademik yang berorientasikan peperiksaan akhir semester, kepatuhan kepada arahan, ketepatan masa, kegigihan, dan sebagainya.


Rujukan.

Teng Boon Tong. ( 2001). Panduan Pengajaran Kemahiran Asas Permainan.                   Selangor Darul Ehsan : Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd.

Ramlan Hamzah. (2008). Kemahiran Belajar untuk PISMP. Kuala Lumpur :          Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Tiada nama pengarang. Dilayari pada1 Mac 2010 di URL prasso.wordpress.com.

Tiada nama pengarang. Dilayari pada1 Mac 2010 di URL wikipedia.com.

Tiada nama pengarang. Dilayari pada1 Mac 2010 di URL kaskus.us.

2 comments:

Anonymous said...

Terima Kasih Banyak Banyak

Sport Science and Gadjet said...

thank you so much ....so usefull for my assignment

 
Images by Freepik