Acara lari jarak jauh
5000 meter ini dijalankan dalam 12 1/2 pusingan balapan 400 meter. Ini bermakna
pelari akan berlari sejauh lima kilometer. Oleh sebab jumlah keseluruhan
pusingan ialah 12 1/2 pusingan, ini bermakria permulaan untuk acara ini ialah
pada tempat permulaan acara 200 meter, tetapi garisan permulaan tidaklah
seperti dalam acara 200 meter.
PERMULAAN
Semua peserta akan
memulakan acara ini dengan menggunakan gaya berdiri, tidak kira pelan itu sudah
terkenal atau tidak,lelaki atau wanita. Apabila terlalu ramai yang layak untuk
rnengantbil bahagian dalam sesuatu pcrluxnbaan, mereka akan melalui peringkat
saringan. Bagaimanapun kebiasaannya disebabkan jarak yang jauh untuk acara ini ,
pihak penganjur tidak mengadakan peringkat sarigan atau separuh akhir.
Sebaliknya mereka akan terus mengadakan peringkat akhir dengan bilangan peserta
yang lebih ramai sedikit daripada acara lain.
Semua
pelari akan beratur di hadapan garisan permulaan dengan memakai pakaian dan
peralatan yang sesuai. Untuk acara-acara seperti ini pegawai-pegawai
pencatat pusingan diperlukan untuk setiap peserta atau beberapa peserta
tertentu. Mereka akan mencatat setiap pusingan yang telah dilepasi oleh setiap
pelari supaya tidak ada pelari yang berlari dengan jumlah pusingan
yang berkurangan daripada yang lain tetapi memenangi perlumbaan itu.
Pelari akan cuba
memasuki lorong paling dalam untuk berlari sebaik sahaja permulaan dilakukan
oleh pegawai pelepas. Ini bertujuan mengelakkan diri daripada berlari pada
jarak yang jauh sedikit jika terus berlari di lorong luar serta untuk
mengelakan diri daripada kemungkinan gangguan peserta lain semasa berlari.
Pelari seboleh mungkin hendaklah berusaha mengelakkan diri daripada kumpulan
pelari yang ramai, sebaik-baiknya hendaklah mengekori pelari di hadapan pada
jarak yang tidak terlalu jauh dan mengelakkan larian di samping menyimpan
tenaga untuk membuet pecutan pada peringkat akhir larian. Sekiranya tidak
terdaya memecut, memadai jika pelari dapat meningkatkan kelajuannya untuk
mencapai garisan penamat.
MELAKUKAN LARIAN
Walaupun kederasan
larian bergantung kepada ketahanan dan keupayaan daya seseorang pelari, tetapi
dalam acara 5000 meter mi, kederasan tidak dapat dikekalkan sepanjang larian.
Setelah berlari beberapa jarak tertentu, pelari akan keletihan dan tenaganya
berkurangan, menyebabkan lariannya menjadi perlahan. Untuk mengelakkan perkara
sebegini berlaku, adalah bagi pelari berlari sambil menyimpan tenaganya dengan
cara mengekalkan kelajuannya sehingga ke peringkat akhir larian. Pelari
hendaklah berlari mengikut rentak larian sendiri dan tidak mudah terpengaruh
oleh larian pelari lain sehingga boleh menjejaskan larian sendiri.
Ada kalanya kita
lihat pelari yang tidak dapat rnengekalkan larian dan terpaksa berhenti tanpa
menghabiskan larian. Mungkin pelari berkernaan sudah kehilangan tenaga dan
keupayaan untuk meneruskan larian dan dengan demikian dia tidak mempunyai
harapan untuk memenangi acara ini. Sebagai olahragawan yang terlatih dalam
acara jarak jauh ini, tindakannyan itu seharusnya tidak terjadi. Pelari
tersebut harus cuba menamatkan lariannya, walaupun peluangnya untuk memenangi
acara itu sudah tiada. Semangat kesukanan harus dijadikan alasan untuk peserta
menghabiskan larian itu.
Bagi mengelakkan
perkata sebegini terjadi dan untuk menjadikan larian lebih berkesan, berikut
adalah beberapa cara atau teknik yang mungkin boleh digunakan sebagai bantuan
dalam melaksanakan larian ini:
1. Berlari
di lorong yang paling dalam.
Berlari di lorong yang
paling dalam dapat mengurangkanjarak sebenar larian.ini disebabkan seseorang
itu akan berlari padajarak yang lebih jauh jika dia menggunakan lorong uar dan
perrnulaan untuk acara ini sebenamya tidak memberikan kelebiban kepada
mana-mana pelari. Pelari mesti berusaha untuk mendapatkan lorong yang paling
dalam.
2. Cuba
mengekalkan kepantasan.
Pelari hendaklah
berusaha nengekalkan kepantasan sendiri. Ada baiknya jika pelari rnengikut
dengan rapat rnana-mana pelari yang mendahului Iarian. Stu cara lagi ialah
dengan berlari dalani kumpulan, sambil bersedia untuk meninggalkan kumpulan itu
pada jarak terakhir larian.
3. Berlari
mengikut rentak keupayaan sendiri
Pelari hendaklah
mengelakkan din daripa mengikut rentak dan teknik larian peserta lain,
sebaliknya hendaklah mengikut rentak dan strategi sendiri. Hanya pelari itu
sahaja yang tahu akan keupayaan.nya ketika perlumbaan dijaiankan. Jika ada
pelari yang memintas di hadapan adalah lebih baik membiarkannya, tetapi jangan
sampai ketinggalan jauh daripadanya.
4. Meningkatkan
kepantasan pada akhir larian.
Walaupun kebanyakan
pelari tidak terdaya lagi untuk membuat pecutan pada peringkat akhir larian,
namun setidak-tidaknya dia hendaklah menyimpan sedikit tenaga untuk
meningkatkan kelajuan dalam mencapai ganisan penamat.
No comments:
Post a Comment