TEKNIK LOMPATAN
Terdapat
empat aspek penting yang harus ditekankan dalam lompat jauh iaitu kelajuan
larian, pelepasan lompatan, lompatan di udara dan pendaratan.
i. Kelajuan
larian
Kelajuan
lompatan adalah penting untuk menghasilkan daya lompatan yang kuat dan jauh.
Kelajuan larian secara mendatar yang stabil akan membantu pergerakan menegak
yang kuat semasa lompatan di lakukan. Dalam menghasilkan larian mendatar dan
menegak, konsentrasi dan ketepatan adalah penting. Kebiasaannya, pelompat
melakukan larian yang mempunyai 18 hingga 22 langkah atau jarak di antara 25
hingga 40 meter. Bagi mendapatkan ketepatan, check mark dilakukan
sebelum membuat lompatan bagi memudahkan pelompat untuk membuat larian mula
dengan papan pelepas. Terdapat dua kaedah untuk melakukan check mark iaitu
kaedah pertama pelompat perlu mencari konsentrasi melalui larian yang
berulang-ulang dan menandakan titik yang paling sesuai. Manakala kaedah kedua
ialah mencari konsentrasi melalui larian dari papan pelepas tetapi ia kurang
sesuai jika tiupan angin yang terlalu kuat.
ii. Pelepasan
lompatan
Ia penting
dalam menentukan pencapaian momentum menegak maksimum dan dalam melakukan
lompatan yang berkesan. Kelajuan larian dan daya konsistensi yang sesuai dapat
membantu menghasilkan pelepasan yang baik dalam lompatan. Dianggarkan pelompat
hanya berada selama 0.11 saat pada tahap pelepasan lompatan ini tetapi ia
penting dalam menentukan daya lompatan yang baik atau lompatan yang batal.
Melalui pemerhatian corak dan teknik yang dilakukan oleh jaguh-jaguh peringkat
antarabangsa, teknik pelepasan lompatan berikut adalah disarankan iaitu:
· Pelompat perlu
ada konsentrasi yang tinggi pada tahap pelepasan lompatan.
· Teknik ini
dilakukan dengan mengangkat kedua-dua belah tangan dari atas ke bawah dan pada
kaki sudut hentian perlu diubah.
· Bahu dan dada di
angkat keatas untuk membantu dalam membuat pelepasan.
iii. Lompatan
di udara
Semasa
pelepasan lompatan dilakukan, momentum menegak mula mengambil tempat pada
pelompat. Daya pergerakan menegak ini dikurangkan akibat daripada sudut hentian
yang berlaku di awal pelepasan. Pergerakan menegak ini juga dikurangkan oleh
daya graviti iaitu pusat graviti semasa di udara adalah pada badan pelompat.
Terdapat tiga jenis pergerakan yang boleh dilakukan oleh pelompat semasa berada
di udara, iaitu: pergerakan berlayar,
pergerakan mengayuh, dan pergerakan ayunan punggung.
Daripada
ketiga-tiga jenis pergerakan ini pergerakan mengayuh adalah paling licin dan
banyak digunakan dalam lompat jauh pada peringkat antarabangsa.
iv. Pendaratan
Dalam
menentukan jarak pencapaian yang maksimum, aspek pendaratan memainkan peranan
penting. Pergerakan yang sesuai mampu menghasilkan jarak yang maksimum dan
dapat mengelakkan gangguan pada momentum menegak. Teknik pendaratan yang sesuai
digunakan adalah jack-knifing. Teknik ini dapat mengimbangkan
pergerakan ke hadapan dengan pendaratan yang dilakukan. Ia dilakukan dengan
membentuk ayunan kaki dan tangan ke bahagian hadapan. Melalui cara ini,
rintangan yang terdapat pada badan pelompat akan dipindahkan ke bahagian kaki
dan tangan.
Teknik-teknik dalam lompat jauh
adalah,
i. Fasa
larian
Larian
pantas dan terkawal menuju ke papan lonjak (papan pelepasan).
ii. Fasa
lonjakan
Lakukan
lonjakan yang kuat dengan lutut kaki diangkat tinggi semasa melonjak. Kedua-dua
belah tangan hendaklah diayunkan ke atas bertujuan untuk membantu lonjakan.
iii. Fasa
layangan
Semasa fasa
layangan, mata memandang tepat ke hadapan. Kedua-dua belah kaki dilunjurkan ke
hadapan badan semasa dalam kedudukan bersedia untuk mendarat.
iv. Fasa
mendarat
Gerakkan
badan ke hadapan supaya pelompat tidak terjatuh ke belakang iaitu dengan
mengayunkan tangan ke hadapan dan kedua-dua belah kaki dibengkokkan semasa
tumit mula mencecah pasir.
No comments:
Post a Comment