RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
Mata Pelajaran :
Bahasa Melayu
Kelas : Kelas Integrasi Pendidikan Khas
Tarikh : 11 Mac 2013
Bilangan Murid : 1 orang
Masa : 30 minit
Tajuk : Menyebut
konsonan dalam permainan bahasa.
Objektif : Pada akhir pembelajaran, murid dapat
;
1. Menamakan
gambar dengan sebutan yang betul sekurang-kurangnya 3 daripada 5 gambar yang
ditunjukkan oleh guru.
2. Menyebut
3 daripada 5 perkataan yang mengandungi huruf konsonan berdasarkan gambar yang
ditunjukkan.
3. Menyebut
dan memadankan suku kata dan gambar dengan betul sekurang-kurangnya 3 daripada
5 keping kad yang ditunjukkan.
Hasil Pembelajaran :
1. Mengenalpasti
dan menamakan gambar.
2. Mengecam
dan membunyikan gambar serta perkataan yang mengandungi huruf konsonan.
3. Membaca
dan membunyikan suku kata untuk membentuk perkataan.
Pengisian
Kurikulum
Nilai Murni : Kesungguhan.
Ilmu : Muzik.
Sistem bahasa : Sebutan dan Intonasi.
Pengetahuan Sedia Ada : Murid
pernah melihat dan menyebut beberapa huruf konsonan.
Bahan Bantu Mengajar :
Tayangan video (CD),
permainan roda bergambar, permainan dadu perkataan, jadual dadu perkataan, kad
suku kata, dan kad gambar.
Langkah/
Masa
|
Isi
Pelajaran
|
Aktiviti Pengajaran Dan
Pembelajaran
|
Catatan
|
Set
Induksi
(3
minit)
|
·
Tayangan video
|
1. Murid
menonton tayangan video.
2. Murid
menyanyi dan mengikut sebutan dalam video dengan bantuan guru.
|
Ilmu
: Muzik
Sistem
Bahasa: Sebutan dan intonasi
BBM:
Tayangan video (CD)
|
Langkah
1
(7
minit)
|
·
Permainan roda bergambar
|
1. Murid
dikehendaki untuk memutarkan roda bergambar.
2. Murid
perlu menamakan gambar yang ditunjukkan oleh penanda apabila roda bergambar
berhenti berputar.
|
Sistem
Bahasa: Sebutan dan intonasi
BBM:
Roda bergambar
|
Langkah
2
(8
minit)
|
·
Permainan dadu perkataan
|
1. Murid
dikehendaki untuk membaling dadu untuk mendapatkan nombor.
2. Murid
menyebut perkataan yang mewakili nombor pada dadu.
|
Sistem
Bahasa: Sebutan, dan Intonasi
BBM:
Dadu perkataan, jadual perkataan
|
Langkah
3
(8
minit)
|
·
Kad suku kata dan gambar
|
1. Murid
mencantumkan kad suku kata untuk membentuk perkataan.
2. Murid
memadankan perkataan yang dibina dengan gambar yang betul.
|
Nilai Murni: Kesungguhan
BBM: Kad suku kata dan kad
gambar
|
Penutup
(4 minit)
|
·
Rumusan
|
1. Murid
diminta untuk menyebutkan kembali beberapa perkataan yang telah dipelajari.
|
Sistem
Bahasa: Sebutan dan intonasi
|
No comments:
Post a Comment