Pages

Tuesday, September 24, 2013

Lompat Jauh



TEKNIK LOMPATAN

Terdapat empat aspek penting yang harus ditekankan dalam lompat jauh iaitu kelajuan larian, pelepasan lompatan, lompatan di udara dan pendaratan.

i.              Kelajuan larian
Kelajuan lompatan adalah penting untuk menghasilkan daya lompatan yang kuat dan jauh. Kelajuan larian secara mendatar yang stabil akan membantu pergerakan menegak yang kuat semasa lompatan di lakukan. Dalam menghasilkan larian mendatar dan menegak, konsentrasi dan ketepatan adalah penting. Kebiasaannya, pelompat melakukan larian yang mempunyai 18 hingga 22 langkah atau jarak di antara 25 hingga 40 meter. Bagi mendapatkan ketepatan, check mark dilakukan sebelum membuat lompatan bagi memudahkan pelompat untuk membuat larian mula dengan papan pelepas. Terdapat dua kaedah untuk melakukan check mark iaitu kaedah pertama pelompat perlu mencari konsentrasi melalui larian yang berulang-ulang dan menandakan titik yang paling sesuai. Manakala kaedah kedua ialah mencari konsentrasi melalui larian dari papan pelepas tetapi ia kurang sesuai jika tiupan angin yang terlalu kuat.


ii.            Pelepasan lompatan
Ia penting dalam menentukan pencapaian momentum menegak maksimum dan dalam melakukan lompatan yang berkesan. Kelajuan larian dan daya konsistensi yang sesuai dapat membantu menghasilkan pelepasan yang baik dalam lompatan. Dianggarkan pelompat hanya berada selama 0.11 saat pada tahap pelepasan lompatan ini tetapi ia penting dalam menentukan daya lompatan yang baik atau lompatan yang batal. Melalui pemerhatian corak dan teknik yang dilakukan oleh jaguh-jaguh peringkat antarabangsa, teknik pelepasan lompatan berikut adalah disarankan iaitu:
·         Pelompat perlu ada konsentrasi yang tinggi pada tahap pelepasan lompatan.
·         Teknik ini dilakukan dengan mengangkat kedua-dua belah tangan dari atas ke bawah dan pada kaki sudut hentian perlu diubah.
·         Bahu dan dada di angkat keatas untuk membantu dalam membuat pelepasan.

iii.           Lompatan di udara
Semasa pelepasan lompatan dilakukan, momentum menegak mula mengambil tempat pada pelompat. Daya pergerakan menegak ini dikurangkan akibat daripada sudut hentian yang berlaku di awal pelepasan. Pergerakan menegak ini juga dikurangkan oleh daya graviti iaitu pusat graviti semasa di udara adalah pada badan pelompat. Terdapat tiga jenis pergerakan yang boleh dilakukan oleh pelompat semasa berada di udara, iaitu: pergerakan  berlayar, pergerakan mengayuh, dan pergerakan ayunan punggung.

Daripada ketiga-tiga jenis pergerakan ini pergerakan mengayuh adalah paling licin dan banyak digunakan dalam lompat jauh pada peringkat antarabangsa.


iv.           Pendaratan
Dalam menentukan jarak pencapaian yang maksimum, aspek pendaratan memainkan peranan penting. Pergerakan yang sesuai mampu menghasilkan jarak yang maksimum dan dapat mengelakkan gangguan pada momentum menegak. Teknik pendaratan yang sesuai digunakan adalah jack-knifing. Teknik ini dapat mengimbangkan pergerakan ke hadapan dengan pendaratan yang dilakukan. Ia dilakukan dengan membentuk ayunan kaki dan tangan ke bahagian hadapan. Melalui cara ini, rintangan yang terdapat pada badan pelompat akan dipindahkan ke bahagian kaki dan tangan.

Teknik-teknik dalam lompat jauh adalah,

i.              Fasa larian
Larian pantas dan terkawal menuju ke papan lonjak (papan pelepasan).
ii.            Fasa lonjakan
Lakukan lonjakan yang kuat dengan lutut kaki diangkat tinggi semasa melonjak. Kedua-dua belah tangan hendaklah diayunkan ke atas bertujuan untuk membantu lonjakan.
iii.           Fasa layangan
Semasa fasa layangan, mata memandang tepat ke hadapan. Kedua-dua belah kaki dilunjurkan ke hadapan badan semasa dalam kedudukan bersedia untuk mendarat.
iv.           Fasa mendarat
Gerakkan badan ke hadapan supaya pelompat tidak terjatuh ke belakang iaitu dengan mengayunkan tangan ke hadapan dan kedua-dua belah kaki dibengkokkan semasa tumit mula mencecah pasir.


Lari Berpasukan

TEKNIK PENUKARAN BATON

Dalam teknik penukaran baton, terdapat 2 gaya yang digunakan iaitu gaya selang seli tanpa pandang dan gaya selang seli cara pandang.

GAYA SELANG SELI TANPA PANDANG

Gaya ini biasanya diamalkan oleh pelari-pelari dalam acara lari berganti-ganti 4 x 100 m. Mengikut gaya ini pelari pertama dan ketiga dikehendaki membawa baton dengan tangan kiri, pelari kedua dan keempat pula menerima dan membawa baton dengan tangan kanan. Semasa menerima baton, pelari tidak menoleh ke belakang. Pelari yang sedang menunggu akan mula berlari sebaik sahaja pembawa baton sampai di tandaan. Dalam rajah di atas, pelari yang membawa baton memberi isyarat supaya pelari yang berada di hadapannya menghulurkan tangan ke belakang untuk menerima baton. Pada masa yang tepat baton itu diletakkan ke dalam tangan penerima. Perhatikan tangan mana yang digunakan untuk menghantar baton tangan mana pula yang menerimanya.

GAYA SELANG SELI CARA PANDANG

Gaya ini diberi nama gaya pandang kerana semasa pertukaran baton dilakukan, pelari yang menerima baton akan menoleh ke belakang dan memerhatikan pemberian baton kepadanya. Adalah menjadi tugas pembawa baton untuk meletakkan baton ke dalam tangan penerima.


CARA MEMBERI BATON

a)    Kepantasan larian dikekalkan semasa memberi baton
b)    Beri isyarat kepada penerima
c)    Hulurkan baton dengan tangan yang lurus
d)    Perhatikan tangan pnerima dan letakkan bahagian hujung baton ke dalam tangannya


CARA MENERIMA BATON

a)    Selalu berada dalam keadaan sedia
b)    Menoleh untuk memandang pelari yang membawa baton
c)    Sediakan tandaan. Berlepaslah dengan pantas sebaik sahaja pelari yang membawa baton sampai di tandaan itu. Janagn menoleh ke belakang semasa berlari ( gaya tanpa pandang )
d)    Hulurkan tangan lurus ke belakang apabila mendengar isyarat daripada pelari yang sedang membawa baton

e)    Pegang baton dengan erat di bahagian pangkalnya

Lari Jarak Jauh 5000 meter

Acara lari jarak jauh 5000 meter ini dijalankan dalam 12 1/2 pusingan balapan 400 meter. Ini bermakna pelari akan berlari sejauh lima kilometer. Oleh sebab jumlah keseluruhan pusingan ialah 12 1/2 pusingan, ini bermakria permulaan untuk acara ini ialah pada tempat permulaan acara 200 meter, tetapi garisan permulaan tidaklah seperti dalam acara 200 meter.

PERMULAAN

Semua peserta akan memulakan acara ini dengan menggunakan gaya berdiri, tidak kira pelan itu sudah terkenal atau tidak,lelaki atau wanita. Apabila terlalu ramai yang layak untuk rnengantbil bahagian dalam sesuatu pcrluxnbaan, mereka akan melalui peringkat saringan. Bagaimanapun kebiasaannya disebabkan jarak yang jauh untuk acara ini , pihak penganjur tidak mengadakan peringkat sarigan atau separuh akhir. Sebaliknya mereka akan terus mengadakan peringkat akhir dengan bilangan peserta yang lebih ramai sedikit daripada acara lain.

       Semua pelari akan beratur di hadapan garisan permulaan dengan memakai pakaian dan peralatan yang sesuai. Untuk acara-acara seperti ini pegawai-pegawai pencatat pusingan diperlukan untuk setiap peserta atau beberapa peserta tertentu. Mereka akan mencatat setiap pusingan yang telah dilepasi oleh setiap pelari supaya tidak ada pelari yang berlari dengan jumlah pusingan yang berkurangan daripada yang lain tetapi memenangi perlumbaan itu.

Pelari akan cuba memasuki lorong paling dalam untuk berlari sebaik sahaja permulaan dilakukan oleh pegawai pelepas. Ini bertujuan mengelakkan diri daripada berlari pada jarak yang jauh sedikit jika terus berlari di lorong luar serta untuk mengelakan diri daripada kemungkinan gangguan peserta lain semasa berlari. Pelari seboleh mungkin hendaklah berusaha mengelakkan diri daripada kumpulan pelari yang ramai, sebaik-baiknya hendaklah mengekori pelari di hadapan pada jarak yang tidak terlalu jauh dan mengelakkan larian di samping menyimpan tenaga untuk membuet pecutan pada peringkat akhir larian. Sekiranya tidak terdaya memecut, memadai jika pelari dapat meningkatkan kelajuannya untuk mencapai garisan penamat.

MELAKUKAN LARIAN

Walaupun kederasan larian bergantung kepada ketahanan dan keupayaan daya seseorang pelari, tetapi dalam acara 5000 meter mi, kederasan tidak dapat dikekalkan sepanjang larian. Setelah berlari beberapa jarak tertentu, pelari akan keletihan dan tenaganya berkurangan, menyebabkan lariannya menjadi perlahan. Untuk mengelakkan perkara sebegini berlaku, adalah bagi pelari berlari sambil menyimpan tenaganya dengan cara mengekalkan kelajuannya sehingga ke peringkat akhir larian. Pelari hendaklah berlari mengikut rentak larian sendiri dan tidak mudah terpengaruh oleh  larian pelari lain sehingga boleh menjejaskan larian sendiri.

 Ada kalanya kita lihat pelari yang tidak dapat rnengekalkan larian dan terpaksa berhenti tanpa menghabiskan larian. Mungkin pelari berkernaan sudah kehilangan tenaga dan keupayaan untuk meneruskan larian dan dengan demikian dia tidak mempunyai harapan untuk memenangi acara ini. Sebagai olahragawan yang terlatih dalam acara jarak jauh ini, tindakannyan itu seharusnya tidak terjadi. Pelari tersebut harus cuba menamatkan lariannya, walaupun peluangnya untuk memenangi acara itu sudah tiada. Semangat kesukanan harus dijadikan alasan untuk peserta menghabiskan larian itu.

Bagi mengelakkan perkata sebegini terjadi dan untuk menjadikan larian lebih berkesan, berikut adalah beberapa cara atau teknik yang mungkin boleh digunakan sebagai bantuan dalam melaksanakan larian ini:

1.          Berlari di lorong yang paling dalam.

Berlari di lorong yang paling dalam dapat mengurangkanjarak sebenar larian.ini disebabkan seseorang itu akan berlari padajarak yang lebih jauh jika dia menggunakan lorong uar dan perrnulaan untuk acara ini sebenamya tidak memberikan kelebiban kepada mana-mana pelari. Pelari mesti berusaha untuk mendapatkan lorong yang paling dalam.

2.          Cuba mengekalkan kepantasan.

Pelari hendaklah berusaha nengekalkan kepantasan sendiri. Ada baiknya jika pelari rnengikut dengan rapat rnana-mana pelari yang mendahului Iarian. Stu cara lagi ialah dengan berlari dalani kumpulan, sambil bersedia untuk meninggalkan kumpulan itu pada jarak terakhir larian.

3.          Berlari mengikut rentak keupayaan sendiri

Pelari hendaklah mengelakkan din daripa mengikut rentak dan teknik larian peserta lain, sebaliknya hendaklah mengikut rentak dan strategi sendiri. Hanya pelari itu sahaja yang tahu akan keupayaan.nya ketika perlumbaan dijaiankan. Jika ada pelari yang memintas di hadapan adalah lebih baik membiarkannya, tetapi jangan sampai ketinggalan jauh daripadanya.

4.         Meningkatkan kepantasan pada akhir larian.

Walaupun kebanyakan pelari tidak terdaya lagi untuk membuat pecutan pada peringkat akhir larian, namun setidak-tidaknya dia hendaklah menyimpan sedikit tenaga untuk meningkatkan kelajuan dalam mencapai ganisan penamat.


Lari Pecut

  
       Lari Pecut (100m, 200m, 400m, 100m LP, 110 LP, 400m LP)

ACARA 100 METER

Untuk acara 100 meter, larian ini terbahagi kepada 4 fasa:
Mulaan
1.            Penambahan kelajuan (pick-up)
2.            Pelajuan (acceleration)
3.            Kelajuan maksimum

FASA MULAAN
Atlet akan menukar dengan cepat dari posisi pegun ke aksi larian. Tujuannya adalah untuk mencapai langkah pemecutan penuh seberapa cepat yang boleh.

PENAMBAHAN KELAJUAN (Pikc-up)
Tujuh hingga lapan langkah yang pertama dipanggil penambahan kelajuan kerana posisi yang diambil oleh atlet dalam fasa ini adalah berbeza daripada permulaan larian. Fasa ini dipanggil pick-up kerana terdapat variasi berlebihan dalam kelajuan pada langkah-langkahnya dalam jarak pendek lebih kurang 10 meter iaitu atlet maju daripada kelajuan kosong kepada lebih kurang 9 meter sesaat.

PELAJUAN
Kelajuan atlet bertambah sebanyak lebih kurang 30-35 meter selepas fasa pick-up.

KELAJUAN MAKSIMUM
Kelajuan maksimum adalah kelajuan atlet masih terkawal iaitu dia tidak terlebih berlari dan aksi lariannya adalah mudah dan licin. Selepas mencapai kelajuan maksimum, atlet harus meneruskan larian dengan tenang untuk mengekalkan kelajuan yang telah dicapai sehingga tamat larian.


PENGHABISAN
Untuk langkah terakhir atlet haruslah menonjolkan dada ke hadapan sementara lengan tegak ke belakang untuk menyentuh satah tegak tepi garisan penamat.


PENGGUNAAN BLOK DI DALAM ACARA 100 METER
Apabila acara 100 meter dijalankan, penggunaan blok adalah amat penting untuk membantu pelari pecut. Oleh yang demikian, kedudukan blok haruslah betul, iaitu untuk acara 100 meter blok perlu diletakkan di tengah-tengah lorong.

Terdapat 2 jenis gaya permulaan larian iaitu Gaya Berdiri dan Gaya Dekam.
•        Gaya Berdiri - Peserta bersedia berdiri beberapa meter di belakang garisan.
•       Gaya Dekam - Terbahagi kepada 3 iaitu Gaya Pendek / Peluru, Gaya Sederhana, dan Gaya Panjang.



ACARA 200 METER

Acara 200 meter adalah acara yang dilakukan dengan usaha sepenuhnya tetapi dalam keadaan terkawal. Perbezaan yang ketara di antara acara 100 meter dengan 200 meter adalah dalam daya ketahanan kelajuan yang boleh didefinisikan sebagai keupayaan mengekalkan kelajuan tinggi merentasi jarak yang lebih jauh. Untuk acara 200 meter atlet mesti memperolehi teknik larian yang  betul pada bahagian selekoh kerana jarak 100 meter yang pertama akan dilari pada bahagaian selekoh.

Jika berlari di bahagian selekoh, blok-blok mulaan akan ditempatkan berhampiran garisan luar yang membatasi lorong larian, supaya mengikut satu trajektori permulaan yang bertangen pada selekoh; iaitu 5 – 6 meter melepasi garisan.

BERLARI  ATAS SELEKOH

1.            Apabila meningkatkan kelajuan di bahagian selekoh, daya emparan (centrifugal   force) mudah menyebabkan atlet tergelincir keluar.
2.            Untuk mengatasi gaya ini, atlet akan condong ke selekoh dan memusingkan   sedikit tubuh badan untuk mendahulukan bahu kiri.
3.            Cara ini akan menolong badan atlet bergerak dalam gaya yang lebih     berkordinasi.


BERLARI DI LORONG LURUS

1.            Bahagian kedua perlumbaan 200 meter, adalah berlari 100 meter pada   bahagian lorong lurus.
2.            Lebih kurang antara 80 – 120 meter dari garisan permulaan, iaitu di antara  garisan selekoh dan bahagian lurus atlet akan mencapai puncak kelajuannya.
3.            Atlet harus mengekalkan posisi larian yang betul di bahagian selekoh dengan   bahu kiri sedikit mendahului bahu kanan supaya atlet tidak tergelincir tetapi   dapat berlari dengan bersahaja menuju ke lorong lurus dan mengekalkan    kelajuan yang telah dicapai




ACARA 400 METER

Acara 400 meter juga diklasifikasikan sebagai lari pecut kerana ia masih memerlukan keupayaan atlet mencapai puncak kelajuan. Dalam acara 400 meter  pelari-pelari berlari dalam satu pusingan trek.

Bagi memudahkan larian, jarak 400 meter ini dibahagikan kepada dua peringkat iaitu 200 meter pertama dan 200 meter kedua. Pelari harus memperuntukkan masa yang wajar untuk sesuatu peringkat jarak ini, misalnya 25 saat untuk 200 meter pertama dan 25 saat untuk jarak 200 meter yang kedua atau masa yang sama untuk setiap jarak 200 meter. Perancangan masa begini adalah lebih baik dibandingkan dengan masa 30 saat untuk 200 meter pertama dan 25 saat untuk 200 meter kedua.

Biasanya seseorang pelari 400 meter akan cuba mendapatkan suatu permulaan dan larian pada selokoh pertama dengan baik, larian yang selesa pada lorong lurus yang pertama meningkatkan kelajuan pada selekoh kedua dan akhir, diikuti dengan meningkatkan kelajuan pada bahagian lurus terakhir sehingga ke garisan penamat. Semasa berlari untuk acara ini, pelari harus dapat mengekalkan lariannya walaupun dalam keadaan tertekan, sama ada daripada pelari lain atau pun daripada penonton. Kesimpulannya, penggunaan strategi Iarian yang bersesuaian terutama sekali untuk acara pecut seperti 400 meter, adalah perlu dan penting. Sekali lagi ditegaskan bahawa adalah tidak mungkin seorang pelari yang baik sekalipun mampu mengekalkan pada kelajuan yang sama sepanjang jarak itu.

BERLARI DALAM ACARA 400 METER

1.            Teknik untuk larian 400 meter adalah berbeza dengan larian yang digunakan   oleh atlet dalam jarak yang lebih pendek.
2.            Langkah pelari 400 meter harus panjang dan kendur dengan usahanya    bertambah secara beransur-ansur.
3.            Perlumbaan 400 meter bermula di atas selekoh, oleh itu tidak perlu berusaha   untuk mendapatkan  suatu kelajuan tinggi yang tertentu dalam jarak 100 meter   yang awal.
4.            Usaha harus bertambah secara beransur-ansur supaya kelajuan maksimum  dicapai dalam bahagian kedua di lorong lurus yang pertama (di antara 150 meter   dan 200 meter).
5.            Atlet kemudiannya memasuki selekoh kedua dengan langkah terkawal.
6.            Atlet hendaklah menumpukan perhatian supaya tidak kehilangan kelajuan dan berusaha mengekalkannya walaupun ini amat sukar dilakukan.




3) Lari Jarak Sederhana

800m

Permulaan

Sebelum memulakan larian, peserta diundi untuk menentukan lorong yang akan mereka gunakan pada pusingan pertama Iarian. Selepas lorong ditentukan, mereka akan ke tempat permulaan mengikut lorong masing-masing. Perlu diingatkan iaitu larian mengikut lorong ini hanya untuk keseluruhan pusingan pertama dalam pusingan kedua. Sebaliknya mereka dibolehkan memasuki lorong paling dalam untuk meneruskan larian.

Biasanya pelari yang diletakkan di lorong paling dalam pada balapan atau di lorong pertama mempunyai kelebihan psikologi kerana pelari ini dapat melihat setiap pergerakan yang dilakukan oleh pelari lain yang berada lebih ke hadapan daripadanya. Dengan demikian pelari berkenaan dapat mengatur teknik lariannya berdasarkan Ianran peserta-peserta lain yang berada di hadapannya
.
Apabila pelari melepasi 100 meter pertama dalam pusingan kedua, mereka akan memotong masuk ke lorong pertama. Di sini semua peserta akan berusaha masuk ke lorong paling dalam sebingga adakalanya berlaku perebutan lorong antara ke semua pelari. Malah disebabkan seorang pelari cuba menghalang pelari lain daripada menghampirinya, dia akan berusaha menghalang, sehingga boleh berlaku kekecohan atau menyebabkan kecederaan.

Permulaan akan dilakukan oleh pegawai pelepas, di tempat permulaan dengan arahan ‘Ke Garisan’, diikuti dengan arahan ‘Sedia’ serta tembakan pistol menandakan peserta boleh memulakan lariannya. Peserta boleh memilih sama ada menggunakan gaya berdiri ataupun gaya dekam untuk memulakan Iarian, kebanyakan pelari menggunakan gaya berdiri kerana mereka tidak perlu membuat lonjakan atau permulaan yang pantas seperti dalani acara pecut.

Semasa berlari, pelari hendaklah mematuhi aturan larian dengan betul, terutama selepas semua pelari berlari di lorong yang sama. Seringkali berlaku tolak-menolak atau sesuatu yang boleh menjejaskan larian peserta lain, sehingga boleh mengakibatkan pembatalan Iarian peserta berkenaan. Ketika berlumba, peserta tidak dibenarkan mendapatkan sebarang bantuan atau pertolongan daripada orang luar.


Semasa Larian

Dengan menggunakan permulaan cara berdiri memberi peluang kepada kaki pelari untuk diletakkan paling dekat dengan garisan permulaan dan tangan dapat bergerak bebas serentak dengan pergerakan kaki. Unsur dan teknik larian bergantung kepada bentuk badan serta kekuatan ayunan kaki dan tangan pelari.

Kombinasi antara hayunan kaki hingga ke bahagian punggung akan memberi kelebihan dan kekuatan untuk bergerak dengan lebih pantas, walaupun hayunan ini masih bergantung kepada kelenturan pelari. Mengangkat kaki dengan baik dan menghasilkan suatu sudut antara paha kaki yang akan menghasilkan jarak jangkauan kaki tanpa melangkah terlalu jauh. Untuk membantu mempercepatkan pusingan dan jangkauan kaki, dada mestilah dalam kedudukan mendepan dengan Iengan mengayun supaya dapat memberikan kuasa yang lebili kepada keseluruhan badan.

Dengan mengangkat kaki hingga ke punggung membolehkan pelari menambahkan tingkat kepantasan serta pergerakan kaki ke hadapan tanpa menggunakan tenaga yang banyak. Walaupun pelari mempunyai daya tahan dan kecepatan pergerakan kaki, tetapi pelari tidak dapat menamatkan larian dalam masa yang singkat jika tiada kuasa pergerakan ke hadapan menggunakan tenaga yang minimum untuk acara larian ini.

Semasa pelari menukar kaki, sebaik-baiknya tapak kaki pelari hendaklah menyentuh balapan pada masa yang sama supaya tenaga dapat dijimatkan. Pelari hendaklah tidak meriggunakan hujung kaki atau tumit semata-mata. Dalam acara jarak sederhana prinsip penjimatan tenaga amat penting, oleh kerana tenaga simpanan yang banyak diperlukan kemudiannya boleh digunakan untuk melakukan pecutan atau meningkatkan kelajuan terutama pada peringkat akhir larian. Semasa berlari, kedudukan badan pelari hendaklah dalam keadaan lurus dengan kepala pada kedudukan selari dengan kepala pada kedudukan selari dengan torso serta dalam situasi menegak dan seimbang.
           
            Pelari hendaklah mengelakkan dari menoleh ke belakang, atau ke sebelahnya kerana boleh mengganggu pergerakan dan tidak dapat memberi keseimbangan diri juga tumpuan pada larian. Mata pelari hendaklah ditumpukan pada satu titik lebih kurang tiga meter di hadapannya. Pada masa yang sama pelari hendaklah menanam semangat yang kental dan keazaman yang tinggi untuk memenangi perlumbaan itu.

            Pelari juga hendaklah memberikan perhatian terhadap rentak antara kaki dan tangan apabila berlari dalam acara ini. Umumnya, terdapat tiga fungsi kaki, iaitu untuk menyokong kaki itu berlari, menggerakkan badan pelari kehadapan, dan mengulangi pergerakan ‘drive’ yang baru selepas selesai sesuatu ‘drive’.  Tangan pelari sering bertukar fungsi dengan kaki. Umpamanya, apabila kaki sebelah kanan bertindak sebagai penggerak hadapan, siku tangan kiri pelari akan bergerak ke belakang.
 Dengan demikian, hayunan tangan dan pergerakan kaki secara berlawanan amat penting dalam usaha meningkatkan kepantasan sesuatu pergerakan atau larian. bahu pelari pula mestilah dalam keadaan lurus serta pusingan lengan hendaklah berlaku di sini dan bahu digerakkan ke hadapan sedikit. Pelari secara amnya harus berlari dengan tenang dan bersahaja supaya pelari mempunyai tenaga simpanan yang akan digunakan untuk membuat pecutan pada fasa akhir larian.


Saturday, September 14, 2013

Sejarah Olahraga

    Sejarah di Malaysia

Olahraga mula diperkenalkan ke negara kita pada pertengahan abad ke-19 di Singapura
Namun sukan ini tidak mendapat sambutan penduduk negara kita.

Sehinggalah pada tahun 1906, kejohanan olahraga yang pertama diadakan di Ipoh, Perak.
Namun begitu, penyertaan hanya terhad kepada para pegawai Inggeris sahaja.

Pada tahun 1920, Kejohanan olahraga telah diadakan di Kuala Lumpur dan pada tahun itu juga, Persatuan Olahraga Amatur British Malaya telah ditubuhkan.

Pada tahun 1931, Keanggotaan Persatuan Olahraga Amatur British Malaya dibuka kepada semua negeri di Malaysia.

Dalam kejohanan olahraga 1931, Mohd. Hanif Ghows (Perak) telah berjaya memenangi dan mencipta rekod baru dalam acara 100 ela pecut . Beliau merupakan peserta tempatan pertama yang berjaya berbuat demikian.
Malaya mula melibatkan diri dalam perjumpaan olahraga antarabangsa pada tahun 1950-an.Pada tahun 1956, Malaya mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik pada kali pertama di Melbourne.Pencapaian terbaik negara dalam sukan olahraga ialah selepas tahun 1960-an.M.Jegathesan merupakan peserta lari pecut negara yang pernah memenangi pingat emas dalam acara 100 meter dan 200 meter Sukan Asia serta memasuki peringkat separuh akhir dalam Sukan Olimpik 1964 (Tokyo) dan 1968 (Mexico).

   
  Sejarah Antarabangsa

Setiap makhluk mempunyai fikiran, dari pemikiranlah terhasilnya perlakuan
kemahiran asas seperti berlari, melompat, membaling ataupun melontar.
Lama kelamaan kemahiran ini telah diperkembangkan sehingga menjadi satu acara
sukan.

Tarikan yang ada pada acara sukan ini telah melahirkan istilah olahraga
(athletics) yang merangkumi acara berlari, melontar dan melompat.

Mengikut catatan sejarah, olahraga dipercayai bermula pada 3000 tahun yang
lampau di Greece.
Oleh itu ianya boleh dianggap sebagai acara sukan yang tertua di dunia. Catatan sukan olahraga ini bermula di Sukan Olimpik kuno tahun 776 S.M di Greece. Berdasarkan “The Encyclopedia of Sports” acara pertama yang dicatatkan sebagai sukan ialah lompat jauh dimana ahli sukan Sparta bernama Chionis berjaya melompat sejauh 23 kaki 1 ½ inci pada Sukan Olimpik 656 S.M.

Di England, sukan olahraga telah dihidupkan oleh Royal Military College di
Sandhurst di mana temasya sukan bermula pada 1812. Kemudian Kelab Olahraga
yang pertama ditubuhkan iaitu ‘The Necton Guild’. Selepas itu semakin banyak kelab
olahraga ditubuhkan dan terdapat juga kelab olahraga peringkat universiti yang
ditubuhkan pada tahun 1850 di University Oxford, dikenali sebagai Exeter College
Athletic Club.

Kejohanan olahraga kebangsaan yang pertama telah dianjurkan
pada tahun 1866 oleh Amateur Athletic Club di England. Seterusnya kejohanana
Antarabangsa yang pertama diadakan pada tahun 1876 antara England dan
Ireland.

Menjelang abad ke-20, ramai atlet Amerika Syarikat yang telah mampu
mencatatkan prestasi yang memberangsangkan. Ternyata kebanyakkan peserta dari negara Amerika Syarikat ialah berketurunan Negro, namun atlit dari negara Eropah lain turut cemerlang dalam olahraga.

Sememangnya ketika itu atlet dari Asia dan Afrika belum mampu menyaingi
kemampuan atlet dari Eropah. Tetapi kini senario tersebut telah berubah dan boleh
dikatakan atlet Asia dan Afrika dianggap setaraf dengan atlet Eropah.
Kini pelbagai kejohanan sukan diadakan seperti Sukan Sea, Sukan Asia, Sukan
Komanwel dan Sukan Olimpik. Mana-mana badan atau pertubuhan yang berdaftar
            dibawah IAAF boleh menyertai kejohanan dibawah pengawasan IAAF.


Penilaian Berasaskan Budaya

Penilaian Berasaskan Budaya

Tujuan penilaian dilakukan adalah untuk memperbaiki lagi prestasi atau keadaan (Esah Sulaiman, 2004). Stufflebeam (dalam Esah Sulaiman, 2004) juga mengatakan penilaian sebagai proses menentukan, mendapatkan dan memberikan maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan bagi tindakan selanjutnya. Penilaian juga merujuk kepada satu proses mendapatkan maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan tentang tindakan selanjutnya (Dr. Noriati bt A. Rashid, 2008).
 Guru perlu mengadakan penilaian terhadap murid berasaskan budaya yang bersesuaian dengan situasi di dalam bilik darjah. Guru harus mengambil kira aspek kepelbagaian budaya murid semasa menyelia dan memilih instrumen untuk memperoleh maklumat dan membuat keputusan. Antara faktor-faktor murid yang perlu guru ambil perhatian semasa membuat penilaian tersebut ialah sejarah imigrasi, status sosio-ekonomi, dan latar belakang murid. Perkara tersebut adalah penting supaya maklumat yang akan diperoleh sah dan boleh dipercayai. Selain itu, guru juga dapat memilih alat-alat penilaian yang bersesuaian berdasarkan kepelbagaian budaya murid.
Penilaian berasaskan budaya bertujuan untuk mengumpul maklumat bagi kemajuan, diagnosis dan tindakan selanjutnya, menilai dengan menggunakan prosedur autentik dan alternatif, memperoleh data tentang peluang pembelajaran untuk semua, mengumpul malumat berkaitan dengan faktor linguistik dan kerelevan budaya, menentukan keperluan bahasa yang sesuai untuk penilaian formal, dan mengurangkan bias dalam amalan-amalan penilaian tradisional. Penilaian dilihat sebagai proses untuk mengumpulkan maklumat untuk dianalisis dan dibuat keputusan untuk tujuan mengambil tindakan selanjutnya.
Perkara yang turut perlu diberikan perhatian oleh guru adalah aturan dan kedudukan fizikal bilik darjah dalam kumpulan dengan kaum yang berbeza. Guru hendaklah mempunyai kemahiran menguruskan bilik darjah dan menyesuaikan persekitaran bilik darjah dengan kepelbagaian budaya murid-murid. Menurut Sandford (1983 dalam Esah Sulaiman, 2004) pengurusan meliputi semua perkara untuk mendapatkan penglibatan murid dan kerjasama dalam aktiviti di dalam bilik darjah. Persekitaran bilik darjah yang teratur dan bersesuaian dengan kepelbagaian budaya murid akan menghasilkan pembelajaran yang optimum. Levin (2000 dalam Esah Sulaiman, 2004) menekankan suasana fizikal bilik darjah khususnya tempat duduk. Guru harus menyusun kedudukan murid di dalam kelas dengan tujuan untuk menyatupadukan kepelbagaian budaya dalam kalangan murid-murid.
Guru hendaklah menyediakan aktiviti yang dapat memperkenalkan adat dan kaum yang berbeza di Malaysia. Murid haruslah diberi peluang untuk melakukan aktiviti bersama dengan kaum yang berbeza. Penerapan nilai seperti kerjasama dapat diterapkan oleh guru semasa aktiviti pembelajaran dan akan memudahkan proses penilaian terhadap murid. Antara proses penilaian yang dilakukan oleh guru terhadap  murid semasa melakukan aktivit di dalam kelas ialah aspek nilai, disiplin, hubungan sosial, dan aspek psikologi. Penilaian terhadap aspek nilai dilihat sebagai satu pola tingkah laku yang diingini dalam bilik darjah. Nilai yang baik akan mencorakkan perkembangan tingkah laku yang positif dan menjamin keharmonian dalam bilik darjah.
Dari aspek disiplin pula, disiplin yang terkawal dapat membentuk suasana pembelajaran bilik darjah yang harmoni dan mesra. Dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979) disiplin ialah kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-undang, sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri. Tujuan disiplin ditegaskan dalam bilik darjah ialah untuk membentuk individu yang bertanggungjawab dan dapat meneruskan amalan cara hidup yang baik. Hubungan sosial murid yang dilakukan dalam bilik darjah berdasarkan budaya akan mengembangkan hubungan yang harmoni, dinamis, dan bertanggungjawab. Penilaian dari aspek psikologi pula ialah meliputi kesan pelbagai pengaruh budaya ke atas perkembangan dimensi mental, sosial, moral dan psikologi bilik darjah. Pembentukan sahsiah dan tingkah laku yang baik dapat dibina dalam bilik darjah melalui keyakinan dan keberanian yang didorong oleh guru dalam pembelajaran. Guru perlu sedar bahawa pengaruh perkembangan diri banyak dipengaruhi oleh kawasan persekitarannya khususnya persekitaran sosial. Murid banyak dipengaruhi oleh ibu bapa, keluarga, dan rakan sebaya dalam perkembangan sosialnya. Kesannya, pengaruh budaya dalam kehidupan murid ini banyak dipengaruhi oleh ibu bapa, keluarga, dan kawasan tempat tinggalnya. Murid membesar dalam suasana budaya yang berbeza-beza bagi setiap individu.
Dalam pelaksanaan penilaian berasaskan budaya guru perlu mengambil kira beberapa prinsip seperti penilaian harus berasaskan pemahaman tentang cara murid belajar dalam bilik darjah. Guru harus memainkan peranan untuk membentuk pengalaman pembelajaran murid. Guru juga hendaklah peka terhadap perbezaan individu murid dalam pembelajaran. Penilaian yang dilakukan oleh guru perlulah mengambil kira budaya, latar belakang, bahasa utama, dan keluarga murid. Tugasan yang diberi oleh guru juga hendaklah bersifat koperatif, aktif, dan berasaskan inkuiri. Guru juga harus bersikap adil dalam penilaian yang dilakukan. Ia perlu merangkumi prinsip-prinsip inklusif dan menyokong ekuiti bagi mengelakkan bias dari segi gender, kaum, budaya, dan bahasa.


 
Images by Freepik