Melibatkan
diri dalam pelbagai aktiviti seharian di sekolah merupakan perkara yang penting
kepada setiap orang murid. Ini tidak terkecuali kepada murid yang tergolong
dalam berkeperluan khas. Bagi individu berkeperluan khas, keperluan logistik di
dalam rumah boleh dirancang dan disediakan oleh individu dan ahli keluarga itu
sendiri. Namun di sekolah adalah tanggungjawab pentadbiran sekolah dengan
bantuan komuniti, agensi sosial, agensi swasta dan kerajaan untuk melaksanakannya.
Ini bagi memudahkan golongan berkeperluan khas untuk lebih berdikari dan
menjalankan aktiviti mereka supaya kurang pergantungan kepada orang lain. Di
negara-negara maju, banyak kemudahan-kemudahan disediakan bagi membolehkan
individu kurang upaya atau berkeperluan khas dapat menjalankan pelbagai
aktiviti di sekolah dengan mudah dan selamat. Namun begitu, sekolah di Malaysia
turut menyediakan beberapa kemudahan bersesuaian dengan murid pendidikan khas
berdasarkan keperluan dan permintaan.
a) Sub
Tugasan 1
Tugasan
ini memerlukan saya untuk mendapatkan maklumat dan mengenal pasti kemudahan dan
perkhidmatan yang perlu disediakan di kawasan sekolah untuk murid berkeperluan
khas yang terdiri daripada masalah penglihatan, masalah pendengaran, dan
masalah fizikal. Keperluan khas merupakan satu istilah yang umum untuk semua
kumpulan murid atau pelajar kurang upaya. Menurut Wong Huey Siew (2006),
pendidikan khas diperlukan oleh kumpulan kurang upaya ini jika mereka menyedari
bahawa mereka adalah individu yang berpotensi sepenuhnya. Setiap murid
berkeperluan khas mempunyai hak untuk mendapatkan kemudahan yang bersesuaian
dengan diri mereka bagi mencapai keselesaan dalam proses pembelajaran di
sekolah. Murid berkeperluan khas memerlukan pendidikan khas kerana keperluan
pembelajaran mereka yang berbeza daripada pelajar biasa.
Setiap sekolah mempunyai
persekitaran pembelajaran yang berbeza. Ini disebabkan oleh sekolah tersebut
mempunyai kelompok sosial yang berlainan (Wong Huey Siew, 2006). Secara
keseluruhannya, setiap jenis murid berkeperluan khas mempunyai perkhidmatan dan
kemudahan yang tersendiri. Ia adalah penting bagi mereka untuk terus belajar
dan mencapai akses ilmu yang sepatutnya sama seperti murid normal. Namun
begitu, bagi memudahkan murid bekeperluan khas menjalani kehidupan sebagai
murid sama seperti murid yang lain pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang
perlu disediakan mengikut kesesuaian persekitaran dan jenis masalah.
Masalah
penglihatan adalah keadaan mata yang tidak normal untuk berfungsi sebagai deria
melihat (Asiah, 2012). Bagi murid berkeperluan khas masalah penglihatan,
kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan perlulah bersesuaian dengan
kecacatan mata yang dialami. Kemudahan mereka adalah lebih kepada kemudahan
dalam bentuk sentuhan. Contohnya media bacaan di sekolah yang diterjemahkan
dalam tulisan braille. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah
mencetak dan mengedarkan buku-buku teks braille dan bahan-bahan rujukan braille
ke sekolah-sekolah pendidikan khas masalah penglihatan. Kemudahan buku-buku
tersebut membantu murid untuk belajar dengan lebih selesa dan dapat memperoleh
ilmu yang terkandung dalam buku teks sama seperti murid aliran perdana. Selain
buku teks dan buku rujukan dalam tulisan braille, kemudahan lain yang turut
menggunakan tulisan braille ialah label tandas, telefon awam, dan papan tanda
arah. Bagi sekolah yang mempunyai kemudahan lif, penggunaan tulisan braille
pada butang lif adalah perlu bagi memudahkan murid masalah penglihatan
menggunakan lif tersebut. Malah kedudukan aras dan tingkat bersuara juga turut
diperlukan bagi membantu mereka menggunakan lif.
Tangga
yang mempunyai susur tangan juga adalah perlu disediakan di sekolah yang
mempunyai murid masalah penglihatan dan juga untuk murid masalah fizikal. Ia
diperlukan bagi memudahkan pergerakan murid untuk melalui kawasan yang sukar.
Longkang-longkang pada kawasan sekolah juga seharusnya mempunyai penutup untuk
memudahkan murid masalah penglihatan dan juga murid masalah fizikal melalui
kawasan tersebut tanpa mengakibatkan kemalangan.
Bagi
membantu murid masalah penglihatan menghadapi pembelajarannya dengan lebih
baik, terdapat beberapa perkhidmatan yang boleh digunakan dan perlu disediakan
di sekolah seperti perkhidmatan oftalmologi, cermin mata berkuasa tinggi, alat
optik, lampu pembesar Luxo, mesin membaca, unit pembesar elektronik, dan
duplicator braille. Selain itu, kemudahan bilik resos juga diperlukan oleh
murid masalah penglihatan di sekolah. Bilik resos diuruskan oleh guru-guru
pendidikan khas untuk menyediakan perkhidmatan sokongan kepada murid masalah
penglihatan (Wong Huey Siew, 2006). Menurut Noriati, Boon Pong Ying, Sharifah
Fakhiriah & Zuraidah (2010) bilik resos ini mengandungi bahan bantu
mengajar yang bersumberkan teknologi ICT yang dilengkapi dengan e-pembelajaran,
komputer, e-buku, e-majalah, e-portfolio, dan forum. Selain untuk murid masalah
penglihatan, bilik resos juga turut disediakan untuk murid-murid berkeperluan
khas yang lain dan murid di sekolah aliran perdana.
Manakala bagi murid berkeperluan khas masalah
pendengaran pula memerlukan kemudahan dan perkhidmatan yang lebih kepada visual
kerana masalah dalam bentuk pendengaran. Menurut Asiah (2012), masalah
pendengaran terjadi disebabkan oleh deria dengar seseorang itu yang terganggu
atau terhalang daripada menerima untuk mengamati sesuatu bunyi, perbualan atau
bisikan orang lain. Golongan ini sukar untuk mendengar dan memahami apa yang
diperkatakan oleh orang lain. Oleh itu, mereka lebih menggunakan visualisasi
dalam kehidupan seharian mereka. Kemudahan prasarana yang biasa diperoleh oleh
murid masalah pendengaran di sekolah ialah lampu suluh khas. Lampu suluh ini
diletakkan di sekitar kawasan sekolah seperti di dalam kelas, kantin, asrama,
koridor, dan dewan sekolah. Kegunaan lampu tersebut ialah untuk memberikan
isyarat pertukaran waktu kepada murid dan guru masalah pendengaran. Jika di
sekolah aliran perdana, biasanya penggunaan loceng digunakan untuk
pemberitahuan pertukaran waktu dan kecemasan, tetapi di sekolah masalah
pendengaran menggunakan lampu suluh isyarat. Untuk tujuan keselamatan juga,
murid masalah pendengaran yang tinggal di asrama akan mendapat kemudahan springkler iaitu perinjis air.
Kegunaannya adalah untuk isyarat kecemasan seperti kebakaran dan sebagainya.
Apabila murid sedang tidur, sukar untuk dikejutkan dengan jeritan suara apabila
berlaku kecemasan dan situasi yang mencemaskan. Oleh itu kemudahan springkler ini amat diperlukan di
kawasan asrama murid.
Murid
masalah pendengaran mempunyai masalah untuk mendengar dan bertutur dengan
lancar. Oleh itu mereka perlu menggunakan telefon awam berskrin sebagai satu
bentuk bantuan kepada mereka untuk berhubung dengan keluarga masing-masing.
Selain itu, papan tanda di kawasan sekolah perlu dilengkapi dengan gambar bagi
memudahkan murid lebih memahami info atau amaran yang ingin disampaikan. Selain
gambar, papan tanda tersebut juga boleh disertakan sekali dengan gambar isyarat
yang jelas dan ringkas. Dalam proses pembelajaran murid di sekolah, terdapat
beberapa kemudahan yang boleh digunakan bagi membantu proses pengajaran dan
pembelajaran seperti sistem radio mikrofon, papan putih interaktif, dan bilik
resos. Selain itu, perkhidmatan lain yang turut disediakan untuk murid masalah
pendengaran ini juga ialah bilik pemulihan, bilik terapi, bilik pertuturan, dan
bilik audiologi. Setiap perkhidmatan tersebut dikendalikan oleh individu yang
bertauliah dan mempunyai kelulusan dalam bidang masing-masing seperti juru
pulih, juru terapi, juru terapi pertuturan, dan pakar audiologi.
Seterusnya,
murid berkeperluan khas masalah fizikal merupakan masalah yang merangkumi
pelbagai jenis kecacatan pada anggota badannya. Asiah (2012) mengatakan bahawa
masalah fizikal melibatkan keadaan jasmani atau anggota tubuh seseorang yang
mengganggu fungsi kehidupan sehariannya. Bagi murid berkeperluan khas masalah
fizikal memerlukan kemudahan dan perkhidmatan yang dapat memberi sokongan dan
bantuan terhadap kecacatan yang dimiliki. Murid ini turut memerlukan bantuan
dan sokongan yang berbentuk fizikal dan pengubahsuaian struktur bangunan.
Contohnya tangga yang terdapat di kawasan sekolah perlulah mempunyai susur
tangan bagi membantu murid masalah fizikal ini menaiki dan menurun tangga
dengan mudah. ‘Ram’ dan ‘railing’ juga diperlukan bagi memudahkan murid
tersebut melalui kawasan sekolah dengan selamat. Longkang yang tertutup juga
perlu agar murid tersebut tidak terjatuh ke dalam longkang. Bagi murid yang
berkerusi roda, laluan khas untuk kerusi roda seharusnya disediakan di sekolah
agar mudah bagi murid tersebut melalui kawasan yang berbukit atau bertangga.
Selain itu, bagi membantu murid masalah fizikal ini menggunakan kemudahan
dengan lebih lancar, lif khas dan tandas khas dibuat khas untuk mereka. Bagi
sekolah yang mempunyai kemudahan lif khas, ia amat baik bagi murid untuk
bergerak naik ke aras atas dan turun ke aras bawah bangunan sekolah. Tandas
yang direka khas untuk murid masalah fizikal direka dengan keluasan yang lebih
luas berbanding tandas biasa dan mempunyai pemegang tangan di bahagian tepi
dinding serta tandas duduk yang selesa.
Dalam
urusan pengajaran dan pembelajaran kelas, kemudahan seperti papan putih
interaktif dan bilik resos turut disediakan di sekolah supaya murid dapat
mengakses ilmu pengetahuan dengan lebih baik. Papan putih interaktif digunakan
bagi guru menyampaikan pengajaran dengan menggunakan ICT, dan bilik resos juga mengandungi pelbagai bahan bantu
mengajar yang berbentuk ICT. Selain kemudahan-kemudahan yang telah dinyatakan,
terdapat juga perkhidmatan seperti jurupulih, pakar pertuturan, dan juru terapi
yang disediakan untuk membantu murid masalah fizikal bagi mengurangkan masalah
yang dihadapi.
Selain
daripada kemudahan dan perkhidmatan yang berbeza-beza bagi setiap murid
berkeperluan khas di atas, terdapat juga perkhidmatan lain yang turut
disediakan untuk ketiga-tiga golongan murid berkeperluan khas ini. Antaranya
ialah perkhidmatan kaunseling dan nasihat dan kemudahan taman sensori.
Perkhidmatan kaunseling dan nasihat ini dikendalikan oleh guru kaunseling atau
guru bimbingan dan pada setiap sekolah wajar mempunyai perkhidmatan ini. Taman
sensori pula diwujudkan untuk memberikan manfaat kepada murid dan guru bagi
menjalani aktiviti memerhati, kaji selidik, dan penyelesaian masalah.
Pembelajaran dengan melakukan pendekatan di taman sensori ini akan memberikan
pengalaman dan meningkatkan kemahiran sosial mereka.
Berikut pula merupakan senarai semak
pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang perlu disediakan di kawasan sekolah
untuk murid berkeperluan khas :
No
|
Kemudahan/Perkhidmatan
|
Masalah
Penglihatan
|
Masalah
Pendengaran
|
Masalah
Fizikal
|
1
|
Butang
braille pada lif
|
/
|
|
|
2
|
Kedudukan
aras dan tingkat bersuara pada lif
|
/
|
|
|
3
|
Label
tandas dengan tulisan braille
|
/
|
|
|
4
|
Tangga
yang mempunyai susur tangan
|
/
|
|
/
|
5
|
Telefon
awam yang mempunyai tulisan braille
|
/
|
|
|
6
|
Papan
tanda arah yang bertulisan braille
|
/
|
|
|
7
|
Longkang
bertutup
|
/
|
|
/
|
8
|
Perkhidmatan
oftalmologi
|
/
|
|
|
9
|
Perkhidmatan
kaunseling dan nasihat
|
/
|
/
|
/
|
10
|
Cermin
mata berkuasa tinggi
|
/
|
|
|
11
|
Alat
optik
|
/
|
|
|
12
|
Lampu
pembesar Luxo
|
/
|
|
|
13
|
Mesin
membaca
|
/
|
|
|
14
|
Unit
pembesar elektronik
|
/
|
|
|
15
|
Lampu
suluh khas
|
|
/
|
|
16
|
Perinjis
air (springkler) di bilik asrama
|
/
|
/
|
|
17
|
Telefon
awam berskrin (sms)
|
|
/
|
|
18
|
Papan
tanda bergambar
|
|
/
|
|
19
|
Bilik
pemulihan
|
|
/
|
/
|
20
|
Bilik
pertuturan
|
|
/
|
/
|
21
|
Bilik
terapi
|
|
/
|
/
|
22
|
Bilik
audiologi
|
|
/
|
|
23
|
Alat
elektronik (CCTV)
|
/
|
/
|
/
|
24
|
Sistem
radio mikrofon
|
|
/
|
|
25
|
Papan
putih interaktif
|
|
/
|
/
|
26
|
‘Ram’
dan ‘railings’
|
|
|
/
|
27
|
Laluan
untuk kerusi roda
|
|
|
/
|
28
|
Lif
khas
|
|
|
/
|
29
|
Tandas
khas
|
|
|
/
|
30
|
Bilik
resos
|
/
|
/
|
/
|
31
|
Buku
rujukan braille
|
/
|
|
|
32
|
Taman
sensori
|
/
|
/
|
/
|
33
|
Duplikator
braille
|
/
|
|
|
b) Sub
Tugasan 2
Sub
tugasan ini memerlukan saya untuk membuat pemerhatian mengenai kemudahan
infrastruktur dan prasarana pendidikan terhadap sebuah sekolah murid
berkeperluan khas. Selain itu, saya juga perlu membincangkan tentang
pelaksanaan program pendidikan khas di sekolah tersebut.
Saya telah menjalani latihan internship selama
4 minggu di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Selangor (SKPKS), Shah Alam. Terdapat beberapa kemudahan dan prasarana
yang bersesuaian dengan murid berkeperluan khas di sekolah tersebut. Antaranya
ialah yang pertama lampu suluh khas. Lampu tersebut diletakkan di dalam kelas,
koridor bangunan sekolah, kantin dan juga di dalam asrama. Kebaikan lampu suluh
ini ialah, ia dapat memberikan isyarat kepada murid bermasalah pendengaran
mengenai masa. Penggunaan lampu isyarat ini sebagai tanda kecemasan, waktu
rehat, dan juga menunjukkan telah tamat sesuatu sesi pembelajaran kelas. Namun
begitu saya dapati, sekolah tersebut tidak menggunakan kemudahan tersebut
dengan sebaiknya. Malah ia langsung tidak digunakan sepanjang saya berada di
sekolah tersebut. Situasi tersebut telah merugikan kemudahan yang telah
diperuntukkan oleh pihak kementerian pendidikan. Murid-murid bermasalah
pendengaran mempunyai hak untuk mengetahui pertukaran waktu dan tanda kecemasan
dengan penggunaan lampu tersebut.
Seterusnya,
saya dapati bahawa SKPKS mempunyai bilik perkhidmatan seperti pemulihan,
pertuturan, terapi, dan audiologi. Setiap bilik tersebut mempunyai peranan dan
kepentingannya tersendiri. Bilik pemulihan disediakan untuk murid yang
mempunyai masalah dalam pembelajaran dan memerlukan sesi pemulihan yang lebih
berfokus. Manakala bilik pertuturan adalah untuk murid menjalani latihan
bertutur dengan bantuan dan pengawasan badan sokongan seperti ahli pertuturan.
Bilik terapi pula merupakan bilik untuk rawatan bagi murid menjalani terapi
tertentu. Contohnya terapi bermain untuk meningkatkan keyakinan dan sosial
murid yang pasif. Bilik audiologi pula adalah untuk ahli audiologi menjalankan
ujian dan rawatan susulan terhadap murid bermasalah pendengaran. Saya dapati
bahawa di SKPKS ini mempunyai pakar terapi pertuturan, audiologi, dan
sebagainya berfungsi dengan baik. Namun begitu saya jarang melihat murid-murid
dipanggil untuk menjalani rawatan. Saya berpendapat bahawa pihak sekolah perlu
menjalankan kerjasama yang erat dengan pihak badan sokongan tersebut untuk
memastikan murid bermasalah pendengaran mendapat bantuan daripada pihak
audiologi dengan sebaiknya.
Selain
itu, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling turut disediakan di SKPKS yang boleh
membantu murid bermasalah pendengaran mendapatkan bimbingan dan kaunseling
daripada kaunselor yang bertauliah. Murid bermasalah pendengaran juga mempunyai
masalah dan terdapat juga golongan murid yang tidak tahu meluahkan perasaan
kepada orang lain. Oleh itu, peranan seorang kaunselor amatlah penting dalam
membantu dan membentuk keperibadian murid yang baik. Guru bimbingan dan
kaunseling di SKPKS amat membantu dan berkaliber dalam menjalani sesi
kaunseling individu dan kelompok terhadap murid yang memerlukan. Namun begitu,
saya dapati guru bimbingan dan kaunseling di sekolah ini bukan berasal daripada
bidang pendidikan khas masalah pendengaran. Malahan beliau baru sahaja bertugas
di sekolah ini selama setahun. Oleh itu, beliau menghadapi sedikit kesukaran
untuk berkomunikasi dengan kliennya. Sebagai penambahbaikan, saya berpendapat
bahawa guru yang baru bertukar bidang ke pendidikan khas ini perlu diberikan
kursus yang secukupnya berkaitan dengan murid-murid khas. Oleh itu, guru dapat
memahami dan berinteraksi dengan lebih baik lagi terutamanya dari segi
penggunaan bahasa isyarat.
Seterusnya,
papan tanda bergambar juga turut disediakan di kawasan sekolah. Contohnya papan
tanda tandas dan selamat datang. Papan tanda dapat digunakan untuk tujuan
memberikan maklumat kepada murid. Maklumat yang disampaikan adalah lebih jelas
dan mudah difahami. Secara umumnya, murid bermasalah pendengaran menghadapi
masalah dalam penguasaan membaca dan bahasa. Mereka lambat untuk menguasai
kemahiran membaca secara pantas.
Penggunaan
alat elektronik seperti CCTV juga adalah perlu dipasang di kawasan sekitar
sekolah. Ia bertujuan untuk memantau keadaan dan menjaga keselamatan murid-murid,
guru-guru, dan pelawat di sekolah. Murid bermasalah pendengaran yang tidak
dapat bersuara sukar untuk mendapatkan bantuan dan menjerit meminta tolong
sekiranya berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini di dalam kawasan sekolah.
Oleh itu, dengan bantuan alat CCTV ini, pihak pentadbir, guru disiplin, dan
pengawal keselamatan dapat memerhatikan keadaan semasa para murid di sekolah.
Walau bagaimana pun, kos untuk penyelenggaraan untuk alat elektronik ini adalah
tinggi. Harga untuk barang gantian juga adalah tinggi mengikut kualiti. Selain
daripada penggunaan CCTV, pengawal sekolah dan pembantu pengurusan murid (PPM)
perlu sering meronda dan mengawasi murid dan keadaan sekolah agar sentiasa
dalam keadaan selamat dan terkawal.
Selain perkara-perkara di atas, terdapat
beberapa lagi kemudahan yang perlu diambil perhatian dan diwujudkan di sekolah
pendidikan khas bermasalah pendengaran ini. Ia adalah penting untuk membantu
dan memberikan keselesaan kepada murid di sekolah. Antaranya ialah perenjis air
(springkler) di kawasan sekolah terutamanya di asrama murid. Contohnya,
sekiranya berlaku kebakaran semasa murid sedang tidur, perinjis air ini dapat
merenjiskan air dan membantu mengurangkan api menjadi lebih marak. Malah murid
juga akan tersedar daripada tidur semasa kebakaran sedang berlaku. Murid tidak
dapat menjerit untuk memberitahu keadaan kecemasan yang sedang berlaku kepada
rakan-rakan yang lain semasa berlakunya kecemasan tersebut.
Selain
itu, telefon awam berskrin juga perlu disediakan bagi kemudahan murid-murid
bermasalah pendengaran ini. Ia bertujuan memberi peluang kepada mereka untuk
berhubung dengan masyarakat luar terutamanya dengan ahli keluarga. Pihak
sekolah boleh mengusahakan mendapatkan telefon seperti itu untuk kesenangan dan
kemudahan murid pada masa hadapan.
Sistem
radio mikrofon juga amat bagus digunakan oleh guru dan murid semasa dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Ia dapat membantu guru untuk
menyampaikan maklumat dengan baik serta murid turut dapat memperoleh
pengetahuan dan ilmu yang disampaikan oleh guru. Biasanya sistem radio mikrofon
ini digunakan dalam sistem pendidikan di luar negara. Di Malaysia,
penggunaannya adalah tidak meluas.
Papan
putih interaktif juga dapat digunakan bagi membantu murid belajar dengan lebih
baik semasa di dalam kelas. Ia adalah satu bentuk kemudahan yang sesuai sekali
digunakan oleh guru dan murid. Papan putih interaktif ini dapat membantu guru
menggunakannya dengan sistem komputer bagi memudahkan cara penyampaian ilmu.
Murid juga akan kelihatan aktif dan tidak bosan dengan cara pengajaran dan
pembelajaran yang konvensional.
c) Sub
Tugasan 3
Setelah
saya selesai menyiapkan tugasan PKU 3143 ini, saya berpendapat bahawa pihak
kerajaan telah menyediakan pelbagai jenis kemudahan infrastruktur dan
perkhidmatan yang bersesuaian mengikut jenis-jenis murid berkeperluan khas.
Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menyediakan kemudahan
infrastruktur dan perkhidmatan untuk sekolah-sekolah pendidikan khas
berdasarkan bajet yang telah dibuat dalam Persekutuan. Di sekolah, kemudahan
yang disediakan adalah mengikut keperluan murid dan sekolah tersebut.
Berdasarkan pengalaman saya sepanjang pergi ke sekolah semasa Pengalaman
Berasaskan Sekolah (PBS), praktikum, dan internship saya dapati tidak semua
kemudahan infrastruktur dan kemudahan yang disediakan di sekolah yang mempunyai
murid berkeperluan khas digunakan dengan sebaiknya. Contohnya semasa saya pergi
ke sebuah sekolah pendidikan khas masalah pendengaran pada semester lepas dan
semester ini, saya dapati bahawa kemudahan seperti lampu suluh khas tidak
digunakan. Lampu suluh tersebut seharusnya digunakan untuk menunjukkan isyarat
seperti pertukaran waktu pengajaran dan pembelajaran, waktu keluar dan masuk
rehat, waktu tamat persekolahan, dan kecemasan. Namun, apa yang dapat saya
perhatikan ialah kemudahan tersebut tidak digunakan oleh pihak sekolah. Saya
berpendapat bahawa senario seperti itu tidak seharusnya berlaku di sekolah.
Namun
begitu, saya juga tidak nafikan bahawa terdapat juga khidmat sokongan dan
perkhidmatan yang digunakan dan dilaksanakan dengan baik di sekolah. Contohnya
bilik bimbingan dan kaunseling, dan bilik audiologi di sebuah sekolah pendidikan
khas di Selangor. Oleh itu, saya berpendapat bahawa semua prasarana dan khidmat
sokongan yang disediakan hendaklah digunakan sebaiknya agar tidak berlaku
pembaziran sumber dan memberi manfaat kepada murid-murid. Pihak kerajaan telah
menyediakan peruntukan mengikut keperluan sesuatu sekolah, oleh itu jika pihak
sekolah tidak menggunakan sebarang kemudahan yang disediakan ia akan
mengakibatkan murid-murid tidak mendapat kemudahan dan bantuan yang sepatutnya.
Setiap murid bekeperluan khas mempunyai hak dalam mendapatkan kemudahan yang
baik untuk keselesaan mereka mengikuti pembelajaran di sekolah.
Sepanjang tempoh masa saya menyiapkan tugasan
ini, pelbagai pengalaman yang saya peroleh dari segi kekuatan, kelemahan, dan
isu yang berkaitan dengan kemudahan dan prasarana untuk murid berkeperluan
khas.
Dari
segi kekuatan, apa yang dapat saya katakan ialah saya berjaya memperoleh
beberapa rujukan daripada media elektronik iaitu laman web dan juga media cetak
seperti pamplet sekolah. Bahan rujukan yang pelbagai dapat membantu saya untuk
mendapatkan maklumat dan info mengenai pelbagai kemudahan dan perkhidmatan
untuk individu kurang upaya di sekolah. Saya berjaya memperoleh bahan bercetak
seperti buku-buku rujukan di perpustakaan negara. Saya telah berusaha untuk
mencari maklumat tambahan di laman web dan portal di internet. Walaupun saya
menghadapi masalah untuk meminjam buku tersebut di perpustakaan negara, saya
telah mengambil inisiatif dengan cara mengambil gambar bahan rujukan tersebut
dan dilampirkan di bahagian lampiran pada tugasan ini. Saya telah pergi
menyiapkan tugasan ini disamping mencari bahan rujukan di perpustakaan negara
selama dua hari iaitu dari pagi hingga ke petang. Ini juga merupakan satu
inisiatif untuk menggunakan buku-buku yang tidak boleh pinjam untuk dibawa
pulang.
Tugasan ini dapat menggalakkan pelajar seperti
saya untuk menambahkan pengetahuan tentang ilmu pendidikan khas seperti
jenis-jenis masalah kurang upaya, sekolah-sekolah pendidikan khas, dan
kemudahan yang perlu disediakan untuk murid berkeperluan khas. Jika selama ini
saya hanya belajar mengenai bidang pendidikan khas masalah pendengaran, kini
saya juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang bidang masalah penglihatan
dan masalah fizikal. Saya telah banyak mempelajari mengenai pelbagai jenis
kemudahan prasarana dan khidmat sokongan yang diperlukan oleh murid
berkeperluan khas. Jika sebelum ini, saya hanya mengetahui beberapa jenis
kemudahan semasa saya belajar di institut, tetapi melalui tugasan ini saya
telah mendapat info lebih banyak mengenai kemudahan untuk murid berkeperluan
khas. Selain itu, saya dapat melihat dan mengenal pasti infrastruktur serta
prasarana pendidikan yang disediakan di sekolah pendidikan khas yang telah saya
kunjungi. Saya dapat melihat sendiri dan menilai kegunaan kemudahan dan
perkhidmatan yang disediakan.
Tugasan
ini juga telah menambahkan kemahiran sosial saya apabila saya perlu berurusan
dengan pihak sekolah dan perpustakaan untuk mendapatkan maklumat mengenai
kemudahan prasarana dan perkhidmatan untuk murid berkeperluan khas. Sedikit
sebanyak kemahiran ini dapat saya praktikkan pada masa hadapan apabila sudah
masuk ke alam pekerjaan kelak. Sebagai seorang bakal guru, saya perlu mempunyai
kemahiran untuk berkomunikasi bagi memudahkan saya untuk berhadapan dan
berinteraksi dengan orang ramai terutamanya dengan murid, pihak sekolah dan
masyarakat setempat.
Dari
segi kelemahan dalam tugasan yang diberikan ini ialah tidak banyak sumber media
cetak yang saya peroleh daripada terbitan tempatan. Masalah ini berlaku kerana
perkembangan pendidikan khas di Malaysia masih dalam keadaan yang sedang
membangun. Maka sumber-sumber maklumat mengenainya masih kurang dikeluarkan
oleh warga tempatan. Walau bagaimana pun, para ilmuwan dan pelajar khasnya
perlulah mengambil inisiatif untuk menghasilkan bahan bacaan dan rujukan
pendidikan khas untuk memberikan sebaran ilmu kepada orang ramai mengenai
kemudahan dan perkhidmatan yang seharusnya diperoleh oleh individu kurang
upaya. Kita tidak seharusnya terus-terusan bergantung kepada sumber bahan
bacaan dari luar negara. Saya juga apabila telah tamat pengajian dan mempunyai
kelayakan akademik, saya perlu berusaha untuk mengkaji dan menghasilkan bahan
bacaan yang bermutu mengenai pendidikan khas untuk masyarakat setempat. Kita
perlu sedar bahawa masih ramai dalam kalangan masyarakat yang masih tidak
memahami dan mengetahui realiti sebenar mengenai hak dan perkhidmatan yang
harus disalurkan kepada warga berkeperluan khas.
Selain
itu, saya juga menghadapi masalah untuk mendapatkan bahan rujukan di
perpustakaan institut. Antara masalahnya ialah sistem carian buku secara online
(OPAC) di perpustakaan tersebut sering bermasalah. Perkara ini menyebabkan saya
tidak dapat mencari buku-buku yang diperlukan dengan lebih cepat dan efisien.
Saya terpaksa mencari buku di setiap rak di bahagian tertentu bagi mencari
bahan rujukan yang diperlukan. Perkara ini telah sering terjadi dan menyebabkan
kami sukar mencari bahan rujukan. Seharusnya perkara ini hendaklah dielakkan.
Pihak perpustakaan perlu sentiasa memastikan OPAC dapat digunakan selalu dan
membuat servis yang baik. Kemudian, pihak perpustakaan juga tidak menyimpan
keratan akhbar yang lama untuk dijadikan rujukan para pelajar di institut.
Perkara ini telah menyukarkan kami untuk mencari bahan sokongan daripada akhbar
yang berkaitan dengan bidang yang diceburi. Inisiatif lain yang perlu saya
lakukan ialah mencari sumber rujukan daripada akhbar secara dalam talian bagi
menggantikan keratan akhbar yang tidak berjaya diperoleh.
Pengalaman
saya dalam usaha untuk menyiapkan tugasan ini dapat memberikan pengetahuan dan
pengalaman mengenai kemudahan prasarana dan perkhidmatan yang diperlukan oleh
murid berkeperluan khas di sekolah.
Pengalaman ini dapat saya gunakan apabila bertugas sebagai seorang guru kelak.
Saya boleh membantu murid berkeperluan khas untuk mendapatkan perkhidmatan dan
kemudahan yang sesuai dengan jenis kecacatannya di sekolah. Jika terdapat
sebarang masalah seperti masalah tidak menggunakan kemudahan yang disediakan di
sekolah, saya boleh bertindak melakukan sesuatu untuk memastikan kemudahan
tersebut digunakan sebaiknya. Murid berkeperluan khas perlu dibantu dan
diberikan hak mereka dalam mendapatkan kemudahan dan perkhidmatan yang
sewajarnya.
Jika
kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di sekolah adalah kurang mencukupi,
saya perlu mengetahuinya dan membuat tindakan yang segera. Maka tugasan ini
sedikit sebanyak turut memberikan saya pengalaman dan pengetahuan mengenai
kemudahan prasarana dan perkhidmatan yang perlu disediakan di sekolah murid
berkeperluan khas. Pengalaman dan pengetahuan ini dapat saya gunakan apabila
bergelar guru di sekolah pendidikan khas kelak. Adalah menjadi tanggungjawab
bagi seorang guru untuk mengambil tahu perihal kebajikan dan keperluan muridnya
agar proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah berjalan dengan lancar.