(a) Laporan
Temubual
Etika merupakan teori
tingkah laku yang betul dalam kehidupan yang baik dan bukannya amalan
(Wikepedia, 2013). Etika boleh ditakrifkan sebagai satu cabang ilmu pengetahuan
yang berurusan dengan apa yang baik dan tidak baik, berserta dengan kewajiban
dan tanggungjawab moral. Menurut Syadid Habibullah (2010), etika adalah satu
sistem dasar akhlak, adat, tingkah laku atau kesusilaan. Ia merupakan
tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat.
Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk mempunyai integriti dengan mematuhi
etika keguruan untuk menjaga imej profesionnya setiap masa. Syed Ismail dan
Ahamd Subki (2013) turut mengatakan bahawa etika membentuk satu tingkah laku
yang positif dan mampu memperbaiki potensi sesetengah individu pada satu-satu
masa. Sesuatu etika disediakan untuk membantu individu dalam bidang tertentu
agar lebih telus dan komited serta mempunyai akauntabiliti dalam menjalankan
sesuatu kerja.
Kod
etika profesion merupakan peraturan untuk membantu para guru yang profesional
mematuhi prinsip-prinsip ang termaktub supaya menjaga imej baik profesion
(Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, dan Wong Kiet Wah, 2010). Pentingnya kod
etika ini agar guru-guru tidak melakukan sesuatu perkara yang boleh mencemarkan
nama baik profesion perguruan. Ia boleh menjadi pedoman menjadi suatu kawalan
sosial dan dalam bidang kerjaya mereka.
Kod
etika perguruan Malaysia disediakan dalam bentuk ikrar dan biasanya dipaparkan
di halaman depan buku persediaan mengajar. Dalam Ikrar tersebut terdapat empat
tatasusila yang dijadikan panduan bagi para guru iaitu tanggungjawab terhadap
pelajar, tanggungjawab terhadap ibu bapa, tanggungjawab terhadap masyarakat dan
negara, dan tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan.
(Noriati A. Rashid, et all, 2010)
Dalam
tugasan kerja kursus Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru (EDU 3083), saya perlu melakukan temubual
mengenai ciri- ciri seorang guru yang mengamalkan etika keguruan. Saya telah menemubual
dengan pihak pentadbir Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Selangor (SKPKS), Shah
Alam. Pihak pentadbir tersebut ialah seorang guru penolong kanan ko-kurikulum,
Encik Khairi bin Abdul Rahman. Beliau lebih dikenali dengan nama Encik Khairi
di sekolah tersebut.
Berdasarkan
temubual antara saya dengan pihak pentadbir SKPKS, saya dapati bahawa terdapat
beberapa orang guru yang boleh dicontohi dalam mematuhi etika keguruan untuk
menjaga imej profesionnya. Namun, saya telah memilih seorang guru iaitu Puan
Marlia binti Jamaluddin untuk dijadikan sebagai seorang guru yang berkaliber
menjalankan tugasnya di sekolah serta mempunyai integriti dengan mematuhi etika
keguruan. Saya memilih beliau kerana beliau merupakan seorang guru prasekolah
masalah pendengaran di SKPKS. Peranan beliau amat penting untuk mendidik,
mengajar, dan membentuk kemahiran asas membaca, menulis, dan pengurusan diri
pada peringkat awal usia 5 tahun di sekolah. Maklumat mengenai Puan Marlia
binti Jamaluddin telah saya peroleh daripada beberapa sumber iaitu pihak
pentadbir, Puan Marlia binti Jamaluddin, rakan sejawat, dan sijil-sijil
penghargaan dan penglibatan (sila rujuk lampiran).
Transkrip
temubual dengan pihak pentadbir telah saya sediakan pada lampiran 1. Menurut
Encik Khairi bin Abdul Rahman, guru penolong kanan ko-kurikulum, Puan Marlia
binti Jamaluddin telah memberikan sumbangan dari segi tugas beliau mengajar dan
mendidik murid pra sekolah di SKPKS. Seperti yang kita sedia maklum, kanak-kanak seawal 5 tahun
perlu diberikan pendedahan mengenai
kemahiran asas seperti menulis dan membaca. Oleh itu, Puan Marlia binti
Jamaluddin selaku guru prasekolah SKPKS mempunyai peranan penting bagi
membentuk dan mendidik murid seawal 5 hingga 6 tahun agar mereka mempunyai asas
kemahiran menulis dan membaca apabila mula melangkah ke alam persekolahan tahun
1 kelak. Jika Puan Marlia binti Jamaluddin tidak mengamalkan keperibadian yang
baik dan bersesuaian dengan profesionnya, ia akan memberi impak yang negatif
kepada anak muridnya di sekolah.
Saya
telah menemu bual guru pra sekolah SKPKS yang dikenali sebagai Puan Marlia. (Rujuk
pada lampiran 2). Berdasarkan hasil temu bual antara saya dengan beliau, saya
dapati bahawa Puan Marlia merupakan seorang yang dapat memberikan kerjasama
dengan pihak lain. Contohnya, beliau sudi meluangkan masa untuk menjawab
soalan-soalan yang dikemukakan oleh saya. Beliau memberikan kerjasama yang baik
apabila dapat menjelaskan tentang sesuatu soalan dan perkara yang diutarakan
oleh saya. Selain itu, saya dapati beliau dapat bekerjasama dengan pihak
sekolah rakan sejawat apabila beliau bersama-sama dengan rakan sejawatnya
menyertai pertandingan penghasilan bahan bantu mengajar berasaskan ICT pra
sekolah pendidikan khas peringkat kebangsaan. Selain itu, beliau juga seorang
guru yang amat mementingkan pengajaran terhadap muridnya. Beliau sangat
mematuhi jadual waktu mengajar dan mengajar dengan sebaiknya. Beliau turut
melibatkan diri dengan aktiviti luar seperti menyertai pertandingan di
peringkat kebangsaan. Sifat-sifat dan sikap yang ditunjukkan oleh Puan Marlia
ini selaras dengan kod etika perguruan iaitu mempunyai sikap tanggungjawab
terhadap profesion perguruan, terhadap murid, dan rakan sejawat.
Bagi
mengukuhkan lagi ciri-ciri guru yang beretika dalam diri Puan Marlia, saya
telah menemu bual seorang rakan sejawatnya di SKPKS yang pernah bekerjasama
menyertai pertandingan penghasilan bahan bantu mengajar prasekolah pada
peringkat kebangsaan. Berdasarkan temubual antara saya dengan Puan Nurlaila
binti Sabri sebagai rakan sejawat Puan Marlia binti Jamaluddin , saya dapati
bahawa Puan Marlia mempunyai sifat yang baik yang sering menolong rakan-rakan
sejawatnya semasa bertugas di SKPKS. Selain itu, beliau turut berkemahiran
untuk menarik perhatian murid semasa mengajar dan pandai menjaga dan mengambil
hati muridnya. Mereka juga pernah bersama-sama saling bekerjasama dan
berbincang bagi menghasilkan bahan bantu mengajar untuk murid pra sekolah
pendidikan khas pada peringkat kebangsaan. Perkara tersebut menunjukkan bahawa
Puan Marlia mempunyai sifat tanggungjawab terhadap murid dan rakan sejawat di
sekolah. Sifat tersebut seiring dengan kod etika perguruan yang mengandungi
tanggungjawab terhadap murid, rakan sejawat, dan juga terhadap profesionnya
sendiri. Berdasarkan pernyataan Puan Nurlaila juga, Puan Marlia telah
menunjukkan sikap dan prestasi yang baik sehinggakan beliau pernah
dianugerahkan dengan anugerah perkhidmatan cemerlang dan anugerah tokoh guru.
Bagi mengukuhkan lagi bukti yang menunjukkan bahawa Puan Marlia merupakan
seorang guru yang boleh dicontohi, saya telah mengumpul beberapa maklumat
dengan mendapatkan sijil-sijil penghargaan dan penglibatan beliau bagi beberapa
tahun kebelakangan ini. (Sila rujuk lampiran)
Berdasarkan
sijil-sijil tersebut, saya dapati Puan Marlia telah dianugerahkan dengan Sijil
Khidmat Cemerlang Bahagian Pendidikan Khas (BPK) Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM) pada tahun 2011. Dalam tahun yang sama juga, beliau mendapat Sijil
Perkhidmatan Cemerlang juga daripada pihak KPM. Sijil-sijil ini menunjukkan
bahawa beliau seorang guru yang boleh dicontohi kerana telah berkhidmat sebagai
seorang guru dengan cemerlang. Guru yang cemerlang sudah pasti sentiasa
mengamalkan kod-kod etika perguruan dengan betul. Seterusnya, saya juga dapati
Puan Marlia bergiat aktif dengan menyertai aktiviti selain pengajaran dan
pembelajaran di sekolah seperti menyertai pertandingan penghasilan bahan bantu
mengajar berasaskan ICT pra sekolah pendidikan khas peringkat kebangsaan tahun
2013. Pertandingan tersebut merupakan anjuran Bahagian Pendidikan Khas
Kementerian Pendidikan Malaysia dan Puan Marlia telah memenangi tempat yang
kedua. Puan Marlia juga turut menghadiri kursus peningkatan profesionalisme
guru prasekolah pendidikan khas negeri Selangor pada Jun 2013 bertempat di
Perak. Kursus yang dihadiri oleh beliau ini membantu beliau untuk mendapatkan
ilmu dan maklumat untuk meningkatkan profesionalisme sebagai seorang guru yang
baik dan berkaliber.
Selain
daripada itu, Puan Marlia turut bergiat aktif dalam aktiviti sukan dan
kokurikulum. Perkara ini terbukti dengan adanya sijil-sijil beliau dalam bidang
permainan bola jaring, larian, dan senamrobik. Beliau turut pernah memegang
jawatan dalam aktiviti sambutan bulan membaca SKPKS tahun 2012, naib pengerusi
kelab kebajikan guru dan staf 2011, dan juga ahli jawatankuasa dalam Persatuan
Ibu Bapa dan Guru tahun 2009 dan 2010. Guru yang aktif, sering memberikan
kerjasama yang baik dengan pelbagai pihak merupakan guru yang boleh dicontohi
kerana mengamalkan nilai-nilai yang murni dan mematuhi kod etika perguruan yang
dirangkakan sebagai panduan kepada semua guru Malaysia.
(b) Penulisan Esei
Dalam tatasusila profesion
perguruan Malaysia, terdapat empat komponen yang merangkumi tanggungjawab bagi
seorang guru iaitu tanggungjawab terhadap murid, ibu bapa, masyarakat dan
negara, dan rakan sejawat (Tamilselvi, 2011). Setiap daripada komponen tersebut
merangkumi bahagian-bahagian dalam kod etika perguruan yang perlu dipatuhi oleh
guru-guru.
Berdasarkan laporan yang
telah saya sediakan pada bahagian (a), saya perlu memilih dua ciri-ciri etika
keguruan yang turut memberikan implikasi terhadap profesion keguruan serta
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Ciri yang pertama ialah
seseorang guru itu perlulah menjaga kepentingan murid dan mempunyai
tanggungjawab terhadapnya mengatasi semua kepentingan lain. Contohnya, hasil
daripada laporan saya sebelum ini, saya dapati Puan Marlia binti Jamaluddin
merupakan seorang guru yang amat mementingkan muridnya. Beliau menjaga waktu
bekerja semasa di sekolah dengan mematuhi jadual waktu agar muridnya tidak
terabai. Contohnya, sebagai seorang pendidik guru hendaklah datang ke sekolah
awal pada waktunya dan mula masuk kelas tepat pada jam yang telah ditetapkan.
Dan guru perlu pulang dari sekolah lewat sedikit daripada waktu persekolahan
yang sebenar. Rasionalnya perkara ini ialah sekiranya sesuatu perkara buruk
berlaku terhadap murid seperti pergaduhan dan kecederaan semasa guru tiada di
dalam kelas, perkara ini akan dipertanggungjawabkan terhadap guru. Guru akan
dipersalahkan kerana tidak berada di dalam kelas pada waktunya. Kejadian buruk
seperti itu boleh dielakkan sekiranya mendapat pengawasan daripada guru. Guru yang
tidak masuk ke kelas tepat pada waktunya akan memberikan implikasi yang buruk
kepada murid seperti berlakunya pembaziran masa dan pengajaran dan pembelajaran
guru dan murid menjadi singkat. Seterusnya pula, guru perlu pulang lewat
sedikit selepas murid-muridnya pulang ke rumah. Perkara ini perlu dilakukan
bagi memastikan keselamatan dan kebajikan murid terpelihara. Guru boleh
memantau dan memastikan semua murid keluar dari sekolah dalam keadaan selamat
dan tidak menunggu penjaga terlalu lama untuk pulang ke rumah. Dalam masa yang
sama, guru boleh menggunakan sedikit masa untuk menyemak kembali hasil
pengajaran pada hari tersebut dan membuat persediaan untuk pengajaran yang
seterusnya.
Kesan positif bagi guru
yang menepati jadual waktu mengajar ialah, dapat meningkatkan prestasi murid
dan guru. Masa yang diperuntukkan untuk murid belajar di dalam kelas akan
mencukupi sekiranya guru jujur dan menggunakan masa yang ada sebaiknya. Oleh
itu, murid akan dapat mengoptimumkan pembelajaran dan memberikan tumpuan untuk
meningkatkan prestasi dalam pelajaran. Prestasi guru juga dapat ditingkatkan
dengan cara pengurusan masa yang efektif dan berkesan dalam melaksanakan tugas
sebagai guru di sekolah. Pengurusan masa yang baik bagi seorang guru adalah
penting bagi memastikan tugas-tugasnya terhadap murid dan pihak sekolah
terlaksana. Tanggungjawab guru bagi murid seperti mengajar akademik, membimbing
dalam kokurikulum dan prihatin terhadap murid adalah perlu dan seimbang dengan
tugas-tugas guru yang lain di sekolah. Menurut Good (1973), pengurusan masa
yang berkesan sama ada secara harian, mingguan atau jangka masa panjang untuk
memberikan masa bagi aktiviti kuliah, belajar, riadah, tanggungjawab peribadi
dan rehat. Oleh itu, walaupun guru sibuk dengan pelbagai aktiviti dan tugasnya
di luar bilik darjah guru perlu bijak menguruskan masa agar masa pengajaran dan
pembelajaran murid tidak terabai. Jika guru terlalu sibuk dengan aktiviti luar
bilik darjah sehingga tidak menjaga keselamatan dan kebajikan murid, dikhuatiri
akan timbul masalah yang tidak diingini semasa ketiadaan guru. Selain itu, kos
pengurusan juga dapat dijimatkan. Contohnya, sekiranya guru menggunakan masa
untuk mengajar sebaiknya dan tidak lewat masuk ke bilik darjah, guru tidak
perlu mengenjakkan masa ke hadapan dan membuat kelas tambahan selepas waktu
persekolahan. Dengan itu masa, tenaga, dan wang ringgit juga dapt dijimatka.
Selain itu, Puan Marlia
binti Jamaluddin turut bergiat aktif dalam aktiviti lain iaitu menjadi guru pembimbing
permainan bola jaring, menyertai reka cipta bahan bantu mengajar, dan menjadi
ahli jawatankuasa di sekolah. Semua perkara tersebut menjurus ke arah
kepentingan murid-muridnya. Isu ini menjadi suatu perkara yang penting kerana sudah
menjadi tanggungjawab seorang guru itu untuk melindungi dan menjaga kepentingan
pelajarnya terutama ketika disekolah. Dengan kredibiliti yang dimilki oleh
seseorang guru itu, beliau dapat menjalankan tugas sebagai seorang guru dengan
sebaiknya demi kepentingan murid di sekolah. Sekolah bukan sahaja sebagai
tempat untuk menimba ilmu pengetahuan akademik sahaja, murid turut diajar untuk
bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum dan membina sahsiah yang baik untuk
jati diri bangsa Malaysia. Contohnya, murid diajar untuk bergiat aktif dalam
sukan permainan seperti permainan bola jaring, badminton, bola sepak, ping pong
dan sebagainya. Aktiviti sukan dan permainan ini dapat memberi pendedahan
kepada murid untuk belajar cara permainan yang mereka minati dengan betul.
Malah jika murid mempunyai bakat yang diasah dengan betul, mereka boleh
menjadikan aktiviti sukan tersebut sebagai suatu kerjaya kelak. Aktiviti
persatuan dan unit beruniform pula dapat membentuk jati diri murid yang
berdisiplin, berdaya saing, bekerjasama, dan mengamalkan nilai-nilai murni.
Guru-guru yang terlatih dan berilmu amat diperlukan bagi membimbing dan
mengajar murid dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum tersebut. Perlunya bagi
seorang guru untuk mementingkan perihal muridnya dalam pelbagai situasi dan
perkara. Dalam melakukan aktiviti kokurikulum, guru perlu memastikan
keselamatan murid terjamin dan tidak melakukan aktiviti yang tidak sesuai serta
membahayakan keselamatan murid.
Tanggungjawab guru terhadap muridnya
turut merangkumi mengenai sikap adil guru terhadap murid-muridnya, menjaga
kerahsiaan maklumat murid, dan memberikan contoh yang baik terhadap murid.
Contohnya guru tidak boleh bersikap berat sebelah dan mendiskriminasikan
murid-muridnya mengikut budaya, kaum, bangsa, warna kulit, agama, latar
belakang dan pencapaian akademik. Guru perlu menyampaikan ilmu kepada semua
murid dan tiada yang terkecuali. Jika guru tidak bersikap adil, akan timbul
kesan seperti ketidaksamarataan daripada segi penerimaan ilmu dan maklumat.
Sedangkan negara Malaysia merupakan negara perpaduan yang hidup dalam keadaan
harmoni dan saling menerima antara satu sama lain. Setiap maklumat murid juga
perlu dirahsiakan kecuali terdapat kes-kes tertentu. Contohnya kes yang
melibatkan pihak berkuasa, hospital, dan sebagainya. Sekiranya terdapat
maklumat murid yang disebarkan oleh guru terhadap pihak lain, implikasinya
ialah perkara tersebut boleh memalukan diri murid dan keluarganya. Dikhuatiri
perkara tersebut akan tersebar dan menjadi buah mulut oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab. Namun jika maklumat
murid disampaikan kepada pihak tertentu untuk tujuan yang munasabah ianya dapat
membantu memperbaiki keadaan kehidupan murid. Selain itu, keperibadian guru
yang baik akan menjadi contoh kepada murid untuk dijadikan ikutan. Contohnya
dari segi pemakaian yang kemas dan sopan, tutur kata yang sopan, dan tingkah
laku yang terpuji.
Perkara ini seiring dengan aspirasi sistem pendidikan iaitu aspirasi
kecekapan. Aspirasi sistem kecekapan merupakan sistem yang memaksimumkan
keberhasilan murid mengikut peruntukan masa (Maszuria, Salina, Marina, Hjh
Rosnah, 2014). Guru yang menghargai masa sebaiknya untuk mendidik dan mengajar
murid akan menggunakan masa yang maksimum untuk menghasilkan murid yang
berpengetahuan, berkemahiran, beretika dan mempunyai identiti nasional. Guru
yang baik akan sentiasa menyedari bahawa penggunaan masa yang maksimum untuk
mendidik dan mengajar murid di sekolah ini amat penting untuk melahirkan murid
yang berilmu dan mempunyai sahsiah yang baik. Perkara ini bersesuaian dengan
anjakan bagi mencapai aspirasi murid. Dalam tempoh transformasi pendidikan 13
tahun ini, 11 anjakan dilaksanakan melalui tiga gelombang. Bagi gelombang 1
(2013-2015), pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melakukan beberapa
inisiatif. Contohnya, standard pengajaran ditingkatkan melalui bimbingan guru
secara khusus terutama dalam mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris, Matematik dan Sains (Maszuria et all, 2014). Dalam aspek ini, jika
guru tidak menggunakan masa sebaiknya untuk memberikan tumpuan terhadap
pengajarannya di sekolah, sudah tentu murid tidak mendapat bimbingan secara
khusus dengan baik dalam pelajarannya. Kesannya sudah tentu murid tidak
memperoleh ilmu dan pengetahuan yang sepatutnya dan boleh menjatuhkan prestasi
murid dan pihak sekolah. Jika murid mendapat bimbingan dan tunjuk ajar yang
baik oleh guru, murid akan mendapat ilmu pengetahuan yang disampaikan oleh
gurunya.
Contoh yang dapat dikaitkan dengan
tanggungjawab guru terhadap murid dalam gelombang 2 (2016-2020) pula ialah
inovasi TMK dipacu khasnya untuk pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran
terarah kendiri tanpa mengira tahap kemahiran dan lokasi murid. Dalam laporan
temubual, saya dapati bahawa Puan Marlia binti Jamaluddin pernah menyertai
pertandingan reka cipta bahan bantu mengajar berasakan ICT untuk murid
prasekolah. Perkara ini menyokong hasrat kerajaan dalam gelombang 2 PPPM untuk
menggunakan TMK atau ICT dalam pengajaran dan pembelajaran tanpa mengira lokasi
dan keadaan persekitaran murid. Dunia masa kini juga semakin maju dan semuanya
berada dihujung jari anda. Sejak dibangku sekolah lagi, guru perlu memberikan
pendedahan kepada murid tentang penggunaan TMK dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran. Masih terdapat juga murid yang tidak mendapat akses ICT ini
kerana berasal dari keluarga yang miskin dan duduk di pedalaman. Oleh itu,
peranan guru untuk memberikan pendedahan dalam ICT atau TMK ini adalah amat
penting. Selain itu, penggunaan TMK di dalam kelas juga mampu menarik minat
murid untuk belajar dan memberikan tumpuan semasa di dalam bilik darjah. Guru
yang kreatif dan inovatif akan menggunakan TMK dengan sebaiknya untuk mendidik
dan mengajar murid bagi mencapai kecemerlangan yang diinginkan. Namun begitu,
terdapat juga kesan yang negatif sekiranya penggunaan TMK oleh murid tidak
dikawal oleh guru dengan sebaiknya. Murid boleh mengkases maklumat yang tidak
wajar dan memberi pendedahan perkara yang negatif.
Guru yang beretika yang menjaga
kepentingan muridnya dalam pelbagai aspek akan memastikan muridnya mendapat
akses pendidikan yang sewajarnya. Seperti mana yang terkandung dalam bab 3
PPPM, iaitu prestasi semasa. Dalam bab tersebut terdapat pernyataan bahawa
semua kanak-kanak di Malaysia mendapat akses kepada pendidikan merupakan
objektif utama dalam pendidikan. Eleman penting dalam perkara ini ialah semua
murid perlu bersekolah dan berada di sekolah pada tempoh yang telah ditetapkan.
Ia bertujuan agar murid dapat mencapai tahap minimum persekolahan. Oleh itu,
guru perlu mengambil berat dan mempunyai rasa tanggungjawab sekiranya terdapat
murid yang tercicir untuk bersekolah dan mempunyai masalah untuk terus hadir ke
sekolah. Kesan yang positf terhadap akses pendidikan ini ialah semua murid
mendapat peluang yang sama iaitu peluang untuk belajar di sekolah. Tiada murid
yang tercicir dan mereka berhak mendapat pendidikan yang minimum. Semua murid
dapat mengembangkan mindanya dan berpeluang untuk meneruskan pelajaran di
peringkat yang lebih tinggi. Prestasi murid juga diambil kira dalam peperiksaan
awam seperti UPSR, PMR, SPM dan STAM. Seperti yang terkandung dalam bab 2 PPPM,
sistem pendidikan Malaysia berhasrat untuk berada dalam kalangan negara
sepertiga teratas dari segi prestasi berdasarkan penilaian antarabangsa seperti
TIMSS dan PISA. Oleh itu, ciri guru yang mempunyai rasa tanggungjawab terhadap
muridnya akan berusaha untuk memberikan pendidikan dan ilmu yang terbaik kepada
muridnya tanpa mengira kepentingan dan keuntungan sendiri.
Ciri etika keguruan yang kedua ialah
seorang guru hendaklah bertanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion
keguruan. Seperti maklumat yang saya peroleh dalam sub tugasan (a), seseorang
guru itu perlu bekerjasama dalam menjalankan tugasnya bersama-sama dengan rakan
sejawatnya. Seperti kata-kata Encik Khairi bin Abdul Rahman dalam temubual yang
telah dijalankan, beliau mengatakan bahawa tanggungjawab guru dengan rakan
sejawatnya merangkumi bantuan yang diberikan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran, memberi pandangan dan nasihat dalam melaksanakan tugas di
sekolah. Menurut Puan Marlia binti Jamaluddin pula, guru perlu menjaga hubungan
baik sesama mereka dan sentiasa sedia memberikan komitmen dalam melaksanakan
tugas sebagai seorang guru. Selain itu, guru yang beretika juga perlu saling
bekerjasama dalam kumpulan dan rakan sekerja serta tidak boleh mementingkan
diri sendiri. Menurut Gassi Kekcok (2010), sebagai seorang pendidik yang
bertanggungjawab, guru perlu menyedari akan tugas dan amanah yang diberikan
untuk mendidik generasi yang akan menerajui generasi yang akan datang. Guru
yang bertanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesionnya akan memberi
kesan yang positif seperti dapat menghasilkan kualiti kerja yang lebih baik.
Contohnya, jika terdapat sesuatu pekerjaan yang sukar guru-guru boleh
menyelesaikannya dengan lebih mudah apabila terdapat kerjasama yang baik antara
mereka. Seterusnya, guru yang beretika juga sentiasa menjaga nama baik rakan
sejawatnya dengan tidak menyatakan sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah guru
di hadapan murid dan ibu bapa. Selain itu, guru juga hendaklah tidak melibatkan
diri dengan kegiatan yang tidak sesuai dengan imej guru. Contohnya tidak
melibatkan diri dengan aktiviti rasuah, memboikot kerajaan, rusuhan, dan
sebagainya. Guru yang baik juga sentiasa bersedia memberikan bantuan kepada
rakan sejawat terutamanya yang masih baru dalam bidang perguruan.
Dengan adanya sikap tanggungjawab
terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan, seseorang guru itu dapat
mengelakkan diri daripada melakukan sesuatu yang tidak bersesuaian dengan
sahsiah guru. Bagi guru yang masih baru dan memerlukan tunjuk ajar daripada
guru yang berpengalaman, mereka hendaklah mempunyai rasa tanggungjawab dan
berani mendekati guru lain untuk belajar sesuatu yang baru. Guru yang beretika
sentiasa ingin memperbaiki diri dan meningkatkan pengetahuan dan pengalaman
bagi memajukan diri dan profesion perguruan. Kesannya ialah profesion perguruan
dapat menganjakkan paradigma yang baru kepada budaya yang berasaskan ilmu
pemikiran dan budaya kerja yang baik. Guru juga akan berasa selesa dan
bersemangat untuk menjalankan tugasnya sebagai seorang pendidik kerana
mempunyai rakan sejawat yang baik dan saling membantu apabila melakukan tugas
mendidik. Selain itu, imej guru juga dipandang tinggi dalam kalangan masyarakat
kerana guru-guru saling menjaga kerahsiaan guru dan tidak melakukan sesuatu
yang boleh menjatuhkan maruah guru. Apabila guru menjaga indentiti diri dengan
tidak terlibat dengan mana-mana kegiatan yang tidak bermoral dan tidak
mencemarkan nama baik profesion perguruan, martabat guru daapt ditingkatkan dan
dipandang mulia oleh masyarakat.
Isu yang dapat kita perhatikan
disini ialah isu kesantunan guru. Ia membawa maksud kepada tingkah laku yang
mampu menjalinkan hubungan yang baik antara satu sama lain yang menjadikan
sesuatu pergaulan itu berada dalam keadaan harmoni dan mesra (Noriati A.rashid,
et all, 2010). Dalam tanggungjawab guru terhadap rakan sejarwat dan
profesionnya, kesantunan adalah perlu bagi menjalin hubungan yang baik. Tutur
kata yang sopan, penggunaan bahasa yang sesuai, intonasi yang sesuai, dan
peraturan bahasa yang betul akan memudahkan kerjasama antara guru akan terjalin
dengan baik. Perkongsian ilmu dan idea dalam menjalankan tugas-tugas guru
dengan baik dengan adanya kesantunan dalam diri guru. Jika tidak akan timbul
masalah seperti guru yang tidak bersopan santun, tidak berpekerti mulia, serta
merosakkan hubungan dan nama baik dalam profesion perguruan.
Guru juga hendaklah mempunyai sikap
prihatin atau kepedulian dengan rakan sejawat. Guru yang beretika akan sentiasa
memgambil berat dan prihatin terhadap keadaan rakan sejawatnya. Guru hendaklah
memahami keadaan rakan sejawatnya dan cuba membantu bagi melaksanakan tugas
yang sukar dilakukan agar profesion perguruan dapat dikembangkan lagi serta
dapat memberi impak terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran yang baik. Kesannya,
tugas yang sukar akan menjadi mudah apabila terdapat guru yang prihatin dan
mempunyai sikap yang gemar membantu rakan sejawat dalam melaksanakan tugas di
sekolah. Emosi dan kawalan perasaan guru akan menjadi lebih stabil apabila
terdapat masalah dalam urusan kerjanya di sekolah kerana terdapat rakan sejawat
yang prihatin, menunjukkan empati dan cuba membantu sedaya yang boleh. Namun
begitu, jika tiada sikap kepedulian dan prihatin dalam diri seseorang guru itu,
ia boleh memberi kesan yang buruk terhadap profesion perguruan. Antaranya ialah
merosakkan imej perguruan, mengganggu prestasi guru dan kerjaya, tugas guru
menjadi tidak sempurna, dan sebagainya.
Seperti yang termaktub di dalam PPPM
2013-2025, aspirasi sistem pendidikan iaitu mempunyai akses kepada kejayaan.
Guru yang beretika yang mempunyai tanggungjawab terhadap rakan sejawatnya dan
profesion perguruan akan berusaha untuk ke arah mencapai akses kejayaan dalam
bidang pendidikan. Perkara ini termasuklah juga dalam usaha bersama memajukan
sistem pendidikan di sekolah dan dalam luar bidang tugas mengajar seperti kerja
pengurusan dan pentadbiran sekolah. Selain itu, kerjasama antara guru juga
penting bagi memastikan kualiti standard antarabangsa yang tinggi bagi memberi
peluang dan galakan kepada murid untuk kearah mencapai prestasi yang tinggi
setanding dengan negara maju. Aspirasi Malaysia bahawa untuk meletakkan negara
ketiga keatas untuk prestasi penilaian antarabangsan seperti TIMSS dan PISA. Berdasarkan
aspirasi tersebut, guru yang mempunyai rasa tanggungjawab terhadap profesionnya
akan berusaha untuk bekerjasama dengan para pendidik yang lain untuk mencapai
hasrat tersebut.
Selain itu guru yang beretika yang
bertanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan juga perlu
melibatkan diri dalam sesebuah pertubuhan guru. Contoh pertubuhan yang boleh
disertai oleh guru ialah Kesatuan Profesion Perguruan Kebangsaan (KPPK). Guru
yang aktif melibatkan diri dengan pertubuhan guru akan memberikan kesan yang
positif dalam perkhidmatan guru. Contohnya apabila guru-guru saling berjumpa,
bertukar-tukar pandangan, dan idea serta saling bekerjasama dalam pertubuhan
guru ia akan meningkatkan imej guru dan meningkatkan hubungan baik sesama guru.
Guru dapat menjana idea dan berkongsi maklumat berguna semasa saling bertemu
dalam pertubuhan guru. Tugas yang sukar dan mencabar juga dapat menjadi lebih
ringan dan mudah kerana mendapat sokongan dan bantuan daripada rakan sejawat
apabila berlaku perbincangan semasa dalam pertubuhan guru.
Dalam PPPM 2013-2025 juga ada
menyebut mengenai kualiti pengajaran dalam bab 5 iaitu guru dan pemimpin
sekolah. Menurut kajian yang telah dibuat, laporan ada menyatakan hanya 12%
sahaja daripada pengajaran disampaikan pada standard yang tinggi. Ini bermakna
selebihnya pengajaran ada pada standard yang memuaskan dan kurang memuaskan.Sebagai
guru yang beretika, adalah penting agar saling bekerjasama antara satu sama
lain untuk mendidik dan mengajar murid bagi menyokong hasrat dalam PPPM
2013-2025 untuk mengakses enrolmen pendidikan, menghasilkan murid yang
berkualiti, ekuiti murid, kecekapan guru dan murid serta memupuk perpaduan dalam
masyarakat.
Kesimpulannya, semua guru hendaklah
mengikuti etika keguruan yang telah digariskan oleh pihak kementerian pelajaran
sebagai satu panduan untuk bertugas dengan baik dan ikhlas. Sebagai seorang
guru juga, adalah penting agar menjaga imej guru dan tidak melakukan sesuatu
yang boleh memburukkan anam baik rakan sejawat dan profesion perguruan itu
sendiri. Segala kelemahan hendaklah diperbaiki dan ditampung oleh rakan
sejawat, dan segala kelebihan hendaklah digunakan sebaiknya dan berkongsi pengalaman
dan maklumat dengan rakan sejawat demi kepentingan negara.
(b) Penulisan Esei
Dalam tatasusila profesion
perguruan Malaysia, terdapat empat komponen yang merangkumi tanggungjawab bagi
seorang guru iaitu tanggungjawab terhadap murid, ibu bapa, masyarakat dan
negara, dan rakan sejawat (Tamilselvi, 2011). Setiap daripada komponen tersebut
mencakupi bahagian-bahagian dalam kod etika perguruan yang perlu dipatuhi oleh
guru-guru.
Berdasarkan laporan yang
telah saya sediakan pada bahagian (a), saya perlu memilih dua ciri-ciri etika
keguruan yang turut memberikan implikasi terhadap profesion keguruan serta
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Ciri yang pertama ialah
seseorang guru itu perlulah menjaga kepentingan murid dan mempunyai
tanggungjawab terhadapnya mengatasi semua kepentingan lain. Contohnya, hasil
daripada laporan saya sebelum ini, saya dapati Puan Marlia binti Jamaluddin
merupakan seorang guru yang amat mementingkan muridnya. Beliau menjaga waktu
bekerja semasa di sekolah dengan mematuhi jadual waktu agar muridnya tidak
terabai. Selain itu, beliau turut bergiat aktif dengan aktiviti lain iaitu
menjadi guru permainan bola jaring, menyertai reka cipta bahan bantu mengajar,
dan menjadi ahli jawatankuasa di sekolah. Semua perkara tersebut menjurus ke
arah kepentingan murid-muridnya. Isu ini adalah menjadi suatu perkara yang
penting kerana sudah menjadi tanggungjawab seorag guru itu untuk melindungi dan
menjaga kepentingan pelajarnya terutama ketika disekolah. Dengan kreadibiliti
yang dimilki oleh seseorang guru itu, beliau dapat menjalankan tugas sebagai
seorang guru dengan sebaiknya demi kepentingan murid di sekolah.
Pengurusan masa yang baik bagi seorang guru adalah penting bagi memastikan
tugas-tugasnya terhadap murid dan pihak sekolah terlaksana. Tanggungjawab guru
bagi murid seperti mengajar akademik, membimbing dalam kokurikulum dan prihatin
terhadap murid adalah perlu dan seimbang dengan tugas-tugas guru yang lain di
sekolah. Menurut Good (1973), pengurusan masa yang berkesan sama ada secara
harian, mingguan atau jangka masa panjang untuk memberikan masa bagi aktiviti
kuliah, belajar, riadah, tanggungjawab peribadi dan rehat. Oleh itu, walaupun
guru sibuk dengan pelbagai aktiviti dan tugasnya di sekolah guru perlu bijak
menguruskan masa agar masa pengajaran dan pembelajaran murid tidak terabai.
Jika guru terlalu sibuk dengan aktiviti luar kelas sehingga tidak menjaga
keselamatan dan kebajikan murid, dikhuatiri akan timbul masalah yang tidak
diingini semasa ketiadaan guru.
Tanggungjawab guru terhadap muridnya
turut merangkumi mengenai sikap adil guru terhadap murid-muridnya, menjaga
kerahsiaan maklumat murid, dan memberikan contoh yang baik terhadap murid.
Perkara ini seiring dengan aspirasi sistem pendidikan iaitu aspirasi kecekapan.
Aspirasi sistem kecekapan merupakan sistem yang memaksimumkan keberhasilan
murid mengikut peruntukan masa (Maszuria, Salina, Marina, Hjh Rosnah, 2014).
Guru yang menghargai masa sebaiknya untuk mendidik dan mengajar murid akan
menggunakan masa yang maksimum untuk menghasilkan murid yang berpengetahuan,
berkemahiran, beretika dan mempunyai identiti nasional. Perkara ini bersesuaian
dengan anjakan bagi mencapai aspirasi murid. Dalam tempoh transformasi
pendidikan 13 tahun ini, 11 anjakan dilaksanakan melalui tiga gelombang. Bagi
gelombang 1 (2013-2015), pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melakukan
beberapa inisiatif. Contohnya, standard pengajaran ditingkatkan melalui
bimbingan guru secara khusus terutama dalam mata pelajaran teras iaitu Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. (Maszuria et all, 2014). Dalam
aspek ini, jika guru tidak menggunakan masa sebaiknya untuk memberikan tumpuan
terhadap pengajarannya di sekolah, sudah tentu murid tidak mendapat bimbingan
secara khusus dengan baik dalam pelajarannya. Kesannya sudah tentu murid tidak memperoleh
ilmu dan pengetahuan yang sepatutunya dan boleh menjatuhkan prestasi murid dan
pihak sekolah.
No comments:
Post a Comment