Pages

Tuesday, September 24, 2013

RPH Kelas Integrasi Pendidikan Khas

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
Mata Pelajaran                    :           Bahasa Melayu
Kelas                                     :            Kelas Integrasi Pendidikan Khas
Tarikh                                    :           11 Mac 2013
Bilangan Murid                   :            1 orang
Masa                                      :            30 minit
Tajuk                                     :           Menyebut konsonan dalam permainan bahasa.
Objektif                                  :           Pada akhir pembelajaran, murid dapat ; 
1.    Menamakan gambar dengan sebutan yang betul sekurang-kurangnya 3 daripada 5 gambar yang ditunjukkan oleh guru.
2.    Menyebut 3 daripada 5 perkataan yang mengandungi huruf konsonan berdasarkan gambar yang ditunjukkan.
3.    Menyebut dan memadankan suku kata dan gambar dengan betul sekurang-kurangnya 3 daripada 5 keping kad yang ditunjukkan.

Hasil Pembelajaran           :
1.    Mengenalpasti dan menamakan gambar.
2.    Mengecam dan membunyikan gambar serta perkataan yang mengandungi huruf konsonan.
3.    Membaca dan membunyikan suku kata untuk membentuk perkataan.
Pengisian Kurikulum
Nilai Murni                            :           Kesungguhan.
Ilmu                                        :           Muzik.
Sistem bahasa                     :           Sebutan dan Intonasi.
Pengetahuan Sedia Ada    :          Murid pernah melihat dan menyebut beberapa huruf konsonan.
Bahan Bantu Mengajar      :           Tayangan video (CD), permainan roda bergambar, permainan dadu perkataan, jadual dadu perkataan, kad suku kata, dan kad gambar.



Langkah/ Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran
Catatan
Set Induksi
(3 minit)
·      Tayangan video
1.    Murid menonton tayangan video.
2.    Murid menyanyi dan mengikut sebutan dalam video dengan bantuan guru.
Ilmu : Muzik
Sistem Bahasa: Sebutan dan intonasi
BBM: Tayangan video (CD)

Langkah 1
(7 minit)
·      Permainan roda bergambar
1.    Murid dikehendaki untuk memutarkan roda bergambar.
2.    Murid perlu menamakan gambar yang ditunjukkan oleh penanda apabila roda bergambar berhenti berputar.
Sistem Bahasa: Sebutan dan intonasi
BBM: Roda bergambar

Langkah 2
(8 minit)
·    Permainan dadu perkataan

1.    Murid dikehendaki untuk membaling dadu untuk mendapatkan nombor.
2.    Murid menyebut perkataan yang mewakili nombor pada dadu.
Sistem Bahasa: Sebutan, dan Intonasi
BBM: Dadu perkataan, jadual perkataan
Langkah 3
(8 minit)
·   Kad suku kata dan gambar
1.    Murid mencantumkan kad suku kata untuk membentuk perkataan.
2.    Murid memadankan perkataan yang dibina dengan gambar yang betul.
Nilai Murni: Kesungguhan
BBM: Kad suku kata dan kad gambar

Penutup
(4 minit)
·   Rumusan
1.  Murid diminta untuk menyebutkan kembali beberapa perkataan yang telah dipelajari.
Sistem Bahasa: Sebutan dan intonasi

Strategi Bagi Membantu Masalah Kemahiran Menulis

Strategi Bagi Membantu Masalah Kemahiran Menulis

            Tulisan merupakan lambang-lambang bunyi bahasa yang dipindahkan dalam bentuk grafik diatas medium seperti kertas, buku dan lain-lain bagi melahirkan perasaan, fikiran, dan idea. Tulisan bertujuan bagi melahirkan bunyi-bunyian yang bermakna  serta dijadikan sebagai alat komunikasi.
            Terdapat sebahagian kanak-kanak yang mengalami masalah kemahiran menulis dalam kehidupan mereka walaupun sudah menduduki bangku sekolah dan mempunyai guru untuk mengajar. Oleh itu, guru-guru perlu mengetahui dan membina strategi untuk membantu murid-murid yang masih tidak dapat menulis dengan baik yang disebabkan oleh beberapa faktor. Yang pertama sekali, guru harus sentiasa memberikan motivasi dan dorongan kepada murid agar mereka tidak mudah berputus asa dan sentiasa berusaha untuk memperbaiki kelemahan diri. Guru perlu memberikan peneguhan dan ganjaran apabila seseorang murid itu dapat melakukan tugasan yang diberikan dengan baik. Contohnya, apabila murid dapat menulis dengan tulisan yang teratur dan kemas, murid tersebut dibenarkan untuk bermain permainan elektronik di belakang kelas apabila waktu rehat.
            Seterusnya bagi mengatasi masalah tulisan yang tidak seragam, tidak konsisten, dan tidak kemas ialah guru menyediakan latihan bertulis dalam buku garis tiga dan buku berpetak. Guru menunjukkan contoh dan melatih murid menulis huruf dan perkataan pada buku tersebut dengan cara yang betul. Latihan yang konsisten dan berterusan perlu dilakukan bagi melatih tubi murid berkenaan. Guru juga boleh menyediakan permainan bahasa yang menarik bagi menarik perhatian murid untuk terus memberikan tumpuan disamping berasa seronok bermain semasa sedang belajar. Dengan itu, murid tidak berasa bosan dan objektif guru dapat dilaksanakan.
            Bagi mengatasi masalah jarak antara perkataan yang terlalu rapat pula, guru boleh mencadangkan kepada murid untuk menggunakan sebatang pensel diantara setiap satu perkataan sebagai penanda jarak. Dengan itu tulisan murid akan lebih mudah dibaca kerana tidak ditulis dalam jarak yang tidak sesuai lagi. Selain itu, kaedah menggunakan kertas surih juga boleh dilakukan. Murid dikehendaki untuk menyalin semula perkataan mengikut potongan kertas surih yang disediakan.
            Masalah pembalikan huruf yang dialami oleh murid dapat diatasi dengan latihan menulis huruf yang murid keliru secara berulang-ulang. Apabila sudah membuat latihan secara berulang-ulang, maka murid akan mengingati huruf itu sedikit demi sedikit. Guru juga boleh menyediakan kad huruf bagi melatih pengecaman murid terhadap huruf-huruf. Kad huruf boleh disediakan juga dalam bentuk timbul untuk murid menggunakan deria sentuhannya. Murid juga boleh dilatih menulis huruf menggunakan jari di udara atau di pasir. Dengan itu, murid akan lebih mengingati dan mengecam bentuk huruf dan dapat mengurangkan kekeliruan huruf. Latihan menyambung titik-titik dalam latihan menulis juga dapat melatih murid menulis perkataan dengan baik. Latihan menulis yang kerap seperti menyalin ayat pendek yang diberikan oleh guru dapat membantu murid menulis dengan baik dan melatih menulis ayat yang betul.
            Latihan koordinasi motor dan tangan perlu ditekankan oleh guru terhadap muridnya. Perkembangan motor halus yang baik dapat membantu murid memegang pensel dengan cekap untuk memudahkan murid menulis. Latihan tersebut terdiri daripada latihan menulis dari kiri ke kanan, latihan mewarna dari kiri ke kanan, dan latihan membentuk bulatan di udara, di atas meja, pasir, lantai tanpa menggunakan alat tulis. Aktiviti meniru tulisan boleh digunakan untuk melatih murid meniru bentuk huruf. Aktiviti ini dapat membantu murid membina keyakinan diri untuk menulis dan dapat melatih tangan dan mata untuk berkoordinasi. Masalah ejaan yang dihadapi oleh murid pula boleh diatasi dengan menggalakkan murid menulis sambil mengeja perkataan tersebut. Dengan itu, kesilapan semasa menulis dapat dikurangkan.
Guru tidak seharusnya memaksa murid untuk menyiapkan tugasan dengan segera dan tergesa-gesa. Guru harus memberikan masa yang lebih kepada murid dan perlu lebih bersabar menunggu murid menyudahkan tugasannya. Latihan yang berterusan dan konsisten dapat memberikan hasil yang baik dan akhirnya murid dapat memperbaiki kelemahan dari aspek penulisannya.


Lontar Peluru

Kemahiran Asas Lontar Peluru
1) Pegangan
  • Pegang peluru menggunakan tiga jari ditengah-tengah.
· Ibu jari dan jari kelengkeng disisi peluru.
2) Persedian
  • Rapatkan peluru pada leher dan bahagian bawah dagu.
Lontar Peluru Gaya Berdiri
  • Berdiri sisi.
  • Buka kaki seluas bahu.
  • Bahu kiri menghadap arah lontaran.
  • Bengkokkan badan serendah mungkin.
  • Gerakkan kaki kiri ke kayu penghadang.
  • Ayun lengan kiri ke balakang semasa memutar pinggang dan bahu ke hadapan.
  • Gerakkan siku serta tangan ke atas.
  • Lepaskan peluru.
  • Berat badan dipindahkan daripada kaki kiri ke kaki kanan.
Lontar Peluru Gaya Parry O’Brien
Ada 4 Fasa :-
1) Fasa persediaan
  • Bengkokkan badan.
  • Bengkokkan kaki kanan.
  • Kaki kiri diangkat dan dibengkokkan.
2) Fasa Gelongsoran
  • Tendang kaki kiri cepat ke belakang kearah lontaran, serentak gelongsorkan kaki ke kanan ketengah bulatan.
  • Letakkan kaki kiri dekat kayu penghadang dengan tidak mengubah bahagian atas badan.
  • Luruskan dengan cepat serta badan diangkat dan diputarkan sedikit.
  • Kaki kanan mengerakkan pinggul ke atas dan ke hadapan.
  • Bahu menghadap arah lontaran..
3) Fasa Lontaran
  • Siku kanan diangkat tinggi.
  • Kaki kiri masih menyentuh bulatan.
  • Peluru dilepaskan.
4) Fasa Pemulihan
  • Lompat dan mendarat dengan kaki kanan.
  • Pindah berat badan daripada kaki kiri ke kaki kanan.
Lontar Peluru Gaya Lontaran Sisi
  • Berrdiri dengan kedudukan kaki selangkah ke belakang dari garisan tengah bulatan lantaran. Tentukan kedudukan peluru adalah selesa dan kemudian kaki kiri diangkat.
  • Letakkan kaki kiri pada tanah dan pusingkan sedikit bahu ke hadapan.
  • Luruskan kaki kiri dan bersedialah untuk membuat lontaran.
  • Pusingkan tapak kaki kanan dan angkatkan tumit dan tolakkan peluru keluar.
Lontar Peluru Gaya Membelangkangi Kawasan Lontaran
Teknik ini merupakan p-eringkat yang lebih maju. Walaupun atlit yang baru terlibat dalam acara ini tidak digalakkan menggunakan teknik ini, namun ia menjadi suatu kelebihan jika dapat dipelajari dan diaplikasikan. Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:
  • Mulakan dengan membelangkangi arah membuat lontaran. Bongkokkan badan dan lutut kanan serta luruskan kaki kiri di belakang.
  • Angkat kaki kiri sedikit.
  • Turunkann kaki kiri berhampiran dengan papan penahan dalam kawasan lontaran.
  • Pusingkan bahu dan pinggang kea rah lontaran.
  • Tolak peluru keluar sekuat mungkin.


Lompat Tinggi

Terdapat beberapa gaya dalam acara Lompat Tinggi seperti berikut :-
     i)        Gaya Gunting (Scissors)
    ii)        Gaya Eastern Cut-off
   iii)        Gaya Guling Barat (Western Roll)
   iv)        Gaya Guling Pelana (Straddle)
    v)        Gaya Fosbury Flop

TEKNIK-TEKNIK LOMPATAN

Teknik Gaya Gunting
            Menjelang abad ke-19, seorang berbangsa Amerika bernama Mike Sweeney telah mencadangkan lompat tinggi jni gunting ini sebagai pilihan dari hadapan sebelum ini.     Lompatan gunting bermaksud peserta akan melepasi palang pada sebelah kaki dan dengan segera diikuti dengan kaki yang sebelah lagi hampir pada ketika yang sama, sambil melepaskan keseluruhan tubuh melepasi palang.
            Teknik ini telah ditiru oleh seorang Jerman bernama Pierre Lewden yang kemudiannya terus mempopularkan gaya ini. Teknik lompatan ini menjadi ikutan para peserta lompat tinggi ketika itu. Pergerakan dalam lompatan cara gunting itu adalah seperti berikut :

i.              Peserta membuat larian dari sudut kiri atau kanan lorong larian mengikut keselesaan sendiri.
ii.            Peserta membuat lompatan dengan mengangkat dan melepasi kaki hadapan diikuti dengan kaki sebelah lagi.
iii.           Ketika kaki hadapan berada di atas palang, kaki yang sebelah lagi menendang ke atas, menyebabkan dada berputar ke arah lompatan.
iv.           Peserta mendarat dengan menggunakan sebelah kaki atau kedua-dua beah kaki tanpa menjatuhkan badan.
          Gaya gunting ini bertahan selama tempoh antara Perang Dunia Pertama ( 1914 – 1945 ), malah menjadi satu – satunya cara yang digunakan oleh hampir semua peserta yang mengambil bahagian dalam kejohanan sukan terbesar seperti Sukan Olimpik.


Teknik Western Roll

            Teknik lompat gaya gunting telah diperbaharui untuk memberi keselesaan kepada peserta dan yang lebih penting lagi untuk mendapatkan ketinggian maksimum dari lompatan tersebut. Seorang rakyat Amerika, George Horrine telah mencipta gaya baru dalam gaya lompatan lompat tinggi. Dalam teknik ini, peserta akan membuat lompatan dengan keseluruhan badannya hampir rata dengan palang, iaitu pada bahagian sisi badannya sama ada sisi kiri atau kanan. Pergerakan peserta sepanjang lompatan melalui teknik ini dinamakan putaran ( roll ) dan dikenali sebagai Western Roll, sebutan daripada tempat asal Horrine, iaitu dari pantai Barat Amerika Syarikat. Daripada lompatan menggunakan ini, Horrine menjadi orang pertama yang melepasi 2 meter iaitu pada 18 Mei 1912, di Palo Alto, California. Selepas itu gaya lompatan Western Roll terus menjadi ikutan para peserta lompat tinggi ketika itu.
            Penggunaan gaya lompatan yang baru ini menyebabkan rekod baru dicipta dari semasa ke semasa. Hal ini menjadi lebih mudah dengan setiap peserta berusaha pula memperbaiki teknik ini supaya lebih mudah dan dapat meningkatkan ketinggian lompatan.

Teknik Gaya Plana

            Terdapat empat fasa utama dalam teknik melompat gaya plana yang berturutan di antara satu sama lain, iaitu pendekatan larian landas, lonjakan, kedudukan badan atas palang ( penerbangan ) dan pendaratan.
 Pendekatan larian landas
            Pendekatan larian landas untuk melompat mempunyai beberapa tujuan seperti berikut :
i.              untuk  membentuk penukaran optimum pergerakan mendatar serta mendapatkan sokongan kepada sudut untuk melonjak dengan  kekuatan yang maksimum.
ii.            Mendapat rentak dan corak larian yang lancar.
iii.           Membolehkan peserta memperolehi sudut yang sesuai untuk membuat lonjakan.
           Pendekatan larian dalam gaya plana adalah mengikut garis lurus hingga ke tempat membuat lonjakan. Larian dibuat dengan langkah yang panjang, iaitu biasanya antara lima hingga tujuh langkah. Peserta akan berlari dengan bahagian tumit kaki terlebih dahulu mencecah lantai gelanggang sebelum dipindahkan ke hujung kaki.
            Dalam gaya plana, bahagian – bahagian badan peserta akan melepasi palang lompatan, lorong terbang ( flight path ) mestilah dijauhkan sedikit dari palang. Tujuannya supaya bahagian terakhir badan peserta dapat dikawal daripada terkena palang. Oleh itu  sudut yang sesuai selalu digunakan ialah di antara 52 – 45 darjah.
            Sebelum mendapatkan  larian landas, kaki yang selesa dan kuat untuk melonjak atau tumpuan hendalkah dipastikan. Ini boleh ditetapkan dengan menyuruh atlit membuat lompatan gunting melintasi palang. Altit mula berlari dari sebelah kiri  tiang tegak ( iaitu pelompat yang akan melompat dengan kaki kiri ). Setiap langkah ke arah palang seakin panjang dan juga pusat gravity juga semakin rendah. Pendaratan kaki juga semakin jauh ke hadapan badan semakin hampir dengan palang. Gerakan peha adalah agak tinggi ke depan. Semasa melangkah tumit kaki menyentuh bumi terlebih dahulu diikuti oleh tapak kaki lain. Langkah kedua sebelum melonjak adalah langkah yang panjang sekali dan seketika itu bahu dibawa ke depan. Semasa langkah ini di ambil, kaki bebas 9 hanyun ) dibawa ke depan dalam keadaan agak bengkok.
            Jarak larian boleh ditentukan dengan menandakan satu bulatan berjejari 50 cm berhampiran dengan tiang tegak, iaitu tiang kiri bagi pelompat yang melonjak dengan kaki kiri atau sebaliknya. Letakkan kaki lonjakan di tengah bulatan ini dan lari ke hadapan pada sudut 30 darjah. Lima atau tujuh langkah dari tengah bulatan sudah memadai. Tandakan langkah terakhir iaitu langkah lima atau tujuh. Seterusnya lari kembali kearah palang dan pastikan langkah terakhir memijak tempat yang sama. Jika langkah itu tidak konsisten, penyesuaian dibuat. Akhirnya ukur jarak antara 5 atau 7 langkah. Ukuran ini boleh digunakan pada masa latihan yang akan dating.

Lonjakan
            Sebelum melonjak, peserta perlu merendahkan pusat gravity badannya. Teknik melakukannya perlu betul kerana ia boleh menjejaskan kelajuan larian. Lutut kiri  dibengkokkan pada langkah terakhir larian, dan tangan dihayunkan ke belakang serta tumit kaki pasak badan dalaam keadaan condong ke belakang. Pada langkah terakhir ini peserta mesti bersedia untuk mula melonjak keatas palang. Apabila kaki kanan ( depan ) mula dihayun ke atas, tangan yang dibelakang tadi turut ikut serta.
            Ketika inilah kaki kiri ( belakang ) akan membuat lonjakan sekuat yang mampu. Tindakbalas kepada penekanan dan daya gerak ke atas, pertukaran gaya lonjakan kaki dan penyerapan hentakan mestilah berlaku dengan pantas.

Kedudukan badan atas palang.
            Dalam kebanyakan kes, tangan adalah bahagian yang pertama sekali melintasi palang, diikuti oleh kaki depan. Kaki depan yang mendatar di atas palang hendaklah mengawal pergerakan bahagian badan yang lain untuk dibawa melepasi palang.
            Ketika badan mula melepasi palang, kaki kiri iaitu kaki belakang dibengkokkan serapat yang boleh utnuk mengelakkan dari terkena palang. Tangan kiri dirapatkan ke dada.  Sebaik sahaja separuh badan melepasi palang, peserta akan menjunamkan kepala dan bahunya ke arah tilam mendarat. Ini akan membantu pergerakan pinggang berada dalam posisi yang betul untuk meseluruhan badan melepasi palang. Kaki belakang tidak perlu menendang ke atas tetapi cukup sekadar mengekalkan posisi bengkoknya .
Pendaratan
            Selepas berjaya melompat melepasi palang, peserta terus menuju ke kawasan pendaratan. Peserta akan memusingkan badan dari posisi mengiring kepada posisi melentang dengan jatuhan badan ke atas tilam mendarat.

Teknik Gaya Lentang ( Fosbury Flop )

            Gaya lentang ( flop ) merupakan teknik lompatan yang paling akhir diperkenalkan oleh seorang ahli lompat tinggi yang berasal dari Amerika Syarikat iaitu Dick Fosbury pada tahun 1968. Lompatan ini sangat sesui untuk atlit lompat tinggi yang mempunyai larian  yang pantas tetapi kurang daya lonjakan kaki. Dari kajian yang dibuat oleh pakar-pakar menunjukkan bahawa penggunaan daya untuk melonjak adalah selama 0.14 saat untuk gayalentang  berbanding 0.22 saat untuk gaya plana.
            Gaya  ini sungguh popular pada masa kini dan tidak ada sebab mengapa murid-murid tidak diberi peluang untuk mempelajarinya. Untuk tujuan  keselamatan, guru mestilah memastikan bahawa tilam pendaratan yang mencukupi digunakan semasa pelajaran atau latihan.
            Dalam gaya lentang atau  Fosbury Flop ini, terdapat empat fasa yang perlu oleh seseorang pelompat iaitu :
1.    Fasa penujuan.
2.    Fasa lonjakan.
3.    Fasa layangan.
4.    Fasa pendaratan.

Fasa penujuan ( larian landas )
      Fasa penujuan adalah sangat penting untuk mendapatkan lompatan yang sempurna. Terdapat dua faktor yang mempengaruhi lari landas yang akan membawa seseorang atlit lompat tinggi pada satu tahap yang paling sesuai untuk melakukan fasa lonjakan seterusnya.  Faktor-faktor itu adalah :-

     i)        Kelajuan :-   Atlit dikehendaki berlari secepat mungkin tetapi dengan halaju yang terkawal.  Ia akan mengambil masa yang lebih lama untuk melintasi palang kerana tinggi palang.
    ii)        Arah  :-  Atlit hendaklah menuju ke arah palang pada sudut 20 darjah hingga 30 darjah dari satah tegak palang.  Dalam gaya flop ini di bahagian akhir lari landas atlit perlu mengubah arahnya pada satu lengkongan.  Ini dilakukan untuk mendapat daya sentrifugal yang sangat penting bagi gaya flop.
Terdapat tiga gaya lari landas yang sering digunakan dalam gaya flop seperti berikut;
     i)        Lari lengkung dari mula, lari landas untuk mendapat kepantasan yang optima seperti Dick Fosbury.
    ii)        Bermula lari secara lurus kemudian melencong pada empat langkah terakhir.
   iii)        Secara lari atas garisan lurus menuju ke palang.

Dalam fasa ini juga peserta membuat larian untuk memperolehi daya yang tinggi untuk membuat lonjakan, Jarak larian untuk membuat lompatan bergantung kepada ketinggian peserta dan keberkesanannya  membuat lonjakan. Disebabkan dalam gaya ini peserta akan melompat secara membelakangi palang lompatan, maka teknik larian juga berbeza dari gayaplana. Corak larian pada kebiasaannya adalah berbentuk garisan lengkung.
            Larian yang mengikut lengkungan akan menghasilkan daya centrifugal iaitu daya cenderung untuk keluar dari pusat putaran. Daya ini akan membantu melempar badan peserta ke atas palang apabila membuat lonjakan.
            Jejari lengkungan ( jika menjadi bulatan ) ketika mengambil larian biasanya lebih kurang 6 meter. Saiz jejari lengkungan ini adalah bergantung kepada ketinggian peserta dan kebiasanya berlari pada jarak tersebut.
            Biasanya pelompat mengukur tujuh hingga sembilan langkah larian. Peserta biasanya mengukur jumlah langkah dengan mengira langkahnya sambil berlari bermula dari tempat permulaan lonjakan di hadapan palang. Kaki yang digunakan untuk melonjak hendaklah diletakkan pada tanda permulaan lengkungan. Setelah hampir kepada lengkungan kedua, hendaklah menambahkan kelajuan untuk melompat.
            Larian melengkung inilah yang menyediakan pelompat melepasi palang bahagian dahulu.


Fasa lonjakan

            Apabila pelompat berada tiga atau empat langkah sebelum mula melonjak serta sudah ada tendersi untuk melayangkan badan ke atas palang maka  pengukuhan posisi badan dan gaya belari digabungkan bersama. Apabila hampir dengan tempat untuk melonjak, kaki yang akan melonjak seharusnya berada di posisi selari dengan palang lompatan. Keadaan ini akan menempatkan badan peserta di posisi yang baik untuk mengelakkan badan daripada terkena palang apabila sudah melompat.
            Gaya tangan sangat penting untuk membantu mengangkat badan peserta ketika melompat. Gaya  ini hampir serupa seperti dalam gaya plana. Ketika pelompat bergerak di langkah terakhir larian, kedua belah tangan dihayunkan ke belakang. Peserta akan memulakan pergerakan melompat dengan membawa kaki belakang ke hadapan serta mengangkat kaki dengan peha selari denagn permukaan gelanggang. Kaki hadapan ( kaki yang kuat atau yang digunakan untuk melonjak ) mula menujah badan ke atas. Tangan dihulurkan ke atas untuk memandu atau mengawal pergerakan badan ke atas palang.

Fasa layangan.

            Selepas keseluruhan badan telah dilonjak ke atas, maka pelompat akan cuba melentikkan badannya utuk melepasi palang. Kedua-dua belah tangan diluruskan selari dengan  rusuk badan. Kaki dibiarkan bebas untuk memudahkan pelompat melenturkan badan iaitu bahagian pinggang. Lenturan atau lentikan badan ini akan membantu bahagian punggung pelompat melepasi palang. Ketika ini badan pelompat berbentuk huruf ‘ J ‘.
            Apabila badan mula mendarat, pelompat akan menarik lutut ke hadapan di mana kedua belah kaki diluruskan ke atas. Pergerakan ini perlu pantas dan berterusan dengan pendaratan ke tilam mendarat. Ini adalah penting mengelakkan bahagian betis dan tumit daripada terkena palang dan ia juga sebagai persediaan untuk pendaratan.

Sebaik sahaja peserta melayang di udara, pusat graviti badan turut berubah. Tubuh akan berpusing di keliling pusat graviti dalam satu laluan parabola. Peserta cuma bolah menambah kelajuan rotasi ini dengan menggerakkan pinggulnya. Penjimatan momentum ini akan membolehkan pelompat menambahkan kelajuan rotasi dengan memendekkan tuas melalui pergerakan lengan dan kaki yang merapati pusat graviti.

      Kepala dan belakang perlu melepasi bar terlebih dahulu.  Kepala haruslah didongak ke atas. Sebaik sahaja bahu melepasi palang, gerakkan kepala ke belakang. Ini menyebabkan pinggul dan terangkat lalu membentuk arch.  Apabila pinggul telah melepasi bar, angkat hamstring ke atas. Ini dilakukan melaui merendahkan pinggul ke bawah. Pergerakan ini menyebabkan lutut terangkat dan membolehkannya berada dalam posisi yang lebih baik untuk melepasi bar. Setelah itu, luruskan kaki. Dalam pergerakan ke bawah selepas itu, perlahankan rotasi melalui tangan yang terbuka ke luar. Ini bagi membantu proses mendarat. Mendaratlah dengan belakang bukannya tengkuk.


Fasa pendaratan

            Serentak dengan mengangkat kaki ke atas, pelompat menarik kepala daan dadanya ke arah kaki. Kedua-dua belah tangan diangkat ke atas dan pelompat mendarat di atas bahagian belakangnya ( tulang belikat ).

Dalam fasa ini badan atlit setelah melepasi palang sedang jatuh dari tinggi ke bumi.  Jenis daya yang dihasilkan adalah daya kinetik yang makin jatuh makin bertambah.  Seseorang atlit ketika ini mesti menyediakan dirinya dengan mengadakan kedua lutut jauh dan dagunya rapat pada dada.  Mulutnya mesti ditutup supaya tidak tergigit lidah.  Untuk mengurangkan hentakan maka atlit mesti cuba mendarat pada bahunya.

            Sekiranya tenaga kinetik terlampau, ia dikehendaki melakukan gulingan ke belakang untuk menyerap hentakan impact. 

 
Images by Freepik