Pages

Monday, April 4, 2011

Meninggalkanmu demi mencari Cinta Dia...


Aisyah benar-benar keliru dengan sikap kekasihnya. Siang, malam, mesejnya satu pun tidak berbalas. E-mailnya terus lengang seiring dengan waktu yg terus berlalu. Dia sangat tertekan waktu itu. Aisyah memerlukan seseorang untuk menjadi tempat luahan bicaranya, tempat mengadu segala keperitan, tempat berkongsi suka dan duka.
Masih segar lagi diingatannya sewaktu dia dan Tariq bersama,kemana sahaja tentu mereka akan berdua. Setiap kali hujung minggu, sudah tentu panggung wayang akan menjadi destinasi utama mereka. Duduk berdua-duaan menjadi perkara yg amat dinantikan olehnya. Namun kini, semua itu hanya tinggal kenangan. Tariq bukan kekasih yg dikenalinya dulu, dia kini tidak lagi bersamanya untuk berkongsi suka dan duka. Janji-janji manis Tariq untuk bersama-sama membina istana berlandaskan syariat seakan-akan terkubur kini. “Kau jantan penipu! Kau pendusta! Aku benci kau!” hari demi hari, hati Aisyah makin kuat menjerit melepaskan kebencian, namun yg berkunjung hanyalah kerinduan terhadap seorang mahluk yg bernama lelaki itu.

Sehinggalah pada suatu hari, Aisyah bertemu dengan seorang gadis di sebuah program motivasi. Pertemuan didalam sebuah majlis yg singkat itu tidak diduganya membuahkan sebuah persahabatan yg berkekalan. Gadis itu amat lembut pekertinya. Auratnya dijaga rapi dan tutur katanya diatur sempurna. Danisya, itulah nama yg diungkapkan gadis itu sewaktu Aisyah menghulur tangan tanda perkenalan. Mulanya Aisyah tidak tertarik untuk mendekati gadis itu, namun kepetahan dan kebijaksanaannya berbicara, akhirnya hati Aisyah tertarik untuk mengenalinya dengan lebih rapat.
Sejak mengenali Danisya, Aisyah mula mendekati Islam sebenar-benarnya. Itu tidaklah bermakna Aisyah yg dahulu jauh daripada agama, namun kini dirasakannya perjalanan kehidupannya lebih terpelihara. Jika dahulu dia memakai tudung gaya moden yg menonjolkan dadanya, kini tudung itu menjadi bertambah labuh. Jika dahulu, T-shirt dan jeans menjadi pilihan pemakaian hariannya, kini jubahlah pula yg menjadi pembalut tubuh agar tidak menjadi bahan tatapan lelaki-lelaki berhidung belang. Hari demi hari, Aisyah seakan-akan mampu melupakan Tariq. Kini Danisyalah dunianya, segala masalah dikongsikan bersama. Kehadiran Danisya mampu menggantikan tempat Tariq. Yang anehnya, Danisya seolah-olah seperti Tariq versi wanita baginya.

Saban hari, semakin ramai yg gemar untuk berdampingan dengan Aisyah. Dia amat bahagia kini kerana dikurniakan ramai sahabat yg ada untuknya meluahkan rasa suka dan duka. Ramai pemuda cuba untuk mendekatinya, namun Aisyah segera menolaknya kerana dia sedar, cinta kepada seorang lelaki mampu membunuhnya. Apa yg dinantikannya kini hanyalah CINTA kepada ilahi dan bukannya cinta sementara rekaan syaitan bertunjangkan hawa nafsu. Cinta selepas kahwin menjadi idamannya kini. Bila dan siapa orangnya, biarlah Allah sahaja yg menentukannya.

Kini genaplah lima tahun pengajiannya di Institut Perguruan Kampus Gaya. Minggu hadapan, dia akan mula bercuti. Aisyah sudah mula sibuk mengemaskan barang-barang untuk pulang ke kampung halaman. Tiba-tiba Danisya datang mengirimkan sepucuk surat kepada Aisyah. Tanpa sebarang bicara, Danisya berlalu pergi. Perlahan-lahan, Aisyah membuka sampul surat berwarna biru itu. Hatinya berdebar-debar, kerana dia kenal benar dengan tulisan tangan disampul surat itu. Tulisan insan yg pernah membuat hidupnya sengsara dahulu.

Assalamulaikum,

Kehadapan Aisyah binti Abdul Halim, gadis yg selalu kusayangi sejak dahulu, kini dan InsyaAllah, untuk selama-lamanya. Maafkan diriku kerana telah lama menghilang tanpa sebarang berita. Aku pergi bukan kerana ingin meninggalkanmu tapi aku pergi kerana aku mahu mencari CINTA dariNya.

Mungkin dahulu aku pernah membawamu kedunia penuh kelalaian. Atas desakan hawa nafsu, aku mengajakmu melanggar batas-batas syariat. Mujur, aku tersedar lalu kutinggalkan kamu sendirian merangkak dalam kepayahan. Aku turut berduka kerana kehilanganmu. Siang, malam, hari-hariku terasa perit tanpa adanya kamu. Mungkin kau tidak menyedari, aku sering memerhatikan kamu. Mesej-mesej pertanyaan khabar darimu sengaja kubiarkan tidak berbalas. Maafkan aku.

Kuhadiahkan kamu adikkku, Danisya sebagai penggantiku, teman sewaktu kamu senang dan susah. Segala perkembangan tentang kamu, selalu kutanyakan kepada adikku. Kadang-kadang ada juga kau mengeluh tentangku, saat itu, aku terasa berat untuk menjauh darimu. Namun, aku perlu berbuat begitu, kerana aku perlukan masa untuk mengambilmu sebagai isteri. Ilmu agama perlu kuperdalami, ilmu dunia perlu kutuntut agar aku mampu mencari rezeki buat kita berdua.

Kini sudah tiba masanya untuk ku sunting dirimu. Apa yg perlu kau tahu, saat kamu membaca surat ini, rombongan meminang telah pun kuhantar kerumahmu. Kuharap kau sudi untuk menerimaku sebagai suamimu.
Sekian, wasalam.

Yg Benar,
Tariq.

Aisyah terdiam seketika, hatinya berbunga. Dalam esakan tangisan dia tersenyum. Dia bahagia kini. Tidak disangka, insan yg dahulunya dianggap pengkhianat, penipu dan pembelot rupa-rupanya seorang kekasih yg sejati. Benarlah, begitu indahnya cinta andai ada CINTA kepada Allah Yang Maha Esa. Aisyah mula menyambung kembali tugasnya. Tidak sabar untuknya pulang menanti hari-hari bahagia apabila dia dan Tariq disatukan nanti. Indahnya hidup berlandaskan syariat, itulah kisah Tariq dan Aisyah, anda bagaimana?

Hasil Nukilan : Jazulfadli Jamaludin
Assalamaualaikumwarahmatullah…

Hari ni saya rasa nak berkongsi dengan pembaca semua mengenai buku yang baru saya beli dan menjadi kesayangan saya kini.
Buku itu bertajuk ‘Indahnya Hidup Bersyariat’. Hasil karya Dato’ Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid. Ia merupakan keluaran telaga biru.




Buku ni saya percaya ramai juga yang sudah membaca, memiliki dan mengetahui mengenainya. Tapi saya masih dapat merasakan ramai lagi di luar sana tidak mengetahui mengenai buku ini.
Buku ini sebenarnya merupakan panduan fardhu ain yang lengkap berserta gambar-gambar dan ilustrasi yang menarik dan terang sebagai cara untuk pembaca lebih memahami isu buku tersebut dan juga ia berupaya untuk menarik minat pembaca.


Saya membeli buku tersebut dengan harga RM50 walaupun harga yang sebenarnya di pasaran ialah RM55 bagi semenanjung dan RM57 bagi Sabah dan Sarawak dengan jumlah muka surat 508.

Yang bagusnya buku ni, dari segi fizikalnya, ia berkulit keras,kertas halamannya juga dari kertas yang berkualiti. Dari segi pengisiannya, ia amat bagus dan boleh menjadi panduan dan bahan bacaan untuk semua orang. Antara tajuk besar/bab dalam isi kandungannya ialah syariat kelahiran, pendidikan awal kanak-kanak,syariat berkaitan remaja, fardhu ain asas, munakahat (hukum perkahwinan), syariat dalam bermasyarakat, syariat sunat harian, amalan-amalan sunat dan sebagainaya.






Buku ini boleh menjadi modul fardhu ain untuk diri sendiri, keluarga, rakan-rakan dan masyarakat. Selain it, ia boleh dijadikan sebagai rujukan untuk belajar dan mendalami ilmu di mana-mana sahaja, untuk dibaca sebagai tazkirah, untuk dijadikan isi dalam blogspot, web2, FB, sebagai hadiah kepada keluarga dan kepada yang ingin mempelajari dan memperkukuhkan lagi ilmu pengetahuan.


Wednesday, March 30, 2011

PBS 21-25 mMac 2011

21-25 Mac lepas aku buat PBS iaitu Pengalaman Berasaskan Sekolah di SKSS 2,Felda Ijok, Selama Perak dgn Adila Hani and Habibah.. Kami menginap selama seminggu di rumah tok wan ku bertempat di Felda Ijok,.. Hihi  :)

 Pengalaman yang kami dapat di SKSS 2 tu banyak dan ilmu yang kami dapat pun sangat banyak berkaitan pengurusan sekolah, murid dan sebagainya..

Selama hampir seminggu disana, selama 3 hari berturut-turut kami join pelbagai jenis mesyuarat seperti mesyuarat kurikulum, mesyuarat pra PIBG dan mesyuarat PIBG. Malah, kami juga turut join program untuk pelajar2 tahun 6 selama sehari semalam dan kami pun sama-sama kena tidur kat sekolah dengan guru2 yang terlibat dan murid2 tahun 6 tu.

Memang penat, tap kami dapat banyak pengalaman dan ilmu yang boleh digunakan dimasa akan datang.

Terima kasih banyak2 kepada semua guru2 yang banyak membantu dan memberi ilmu kepada kami sepanjang kami berada di sana. :)












Sunday, March 6, 2011

Kem Memperkasakan Kepimpinan (KMK) 2011

Pada 18-20 Feb yang lepas aku telah pergi ke KMK di Sg Congkak. Hari pertama lagi, handphone kami semua telah diambil dan disimpan.. huhu, sangat x suke.. tapi mesti ada tujuannya kan..

Kat sana kami makan dalam dulang. satu dulang 4-5 orang.. korang pernah makan dalam dulang? ni kali kedua aku makan dalam dulang/talam. hehe..


Dalam banyak2 aktiviti sepanjang KMK ni, ada aktiviti explorace. Nak dijadikan cerita, salah satu stesen tugasannya ialah kena pilih sorang dalam kalangan ahli group anda yg paling comel la kononnya.. dan aku telah terpilih, dan rupanya tugasannya ialah kena dapatkan cawan di kawasan yg boleh dikatakan agak menyeramkan la.. haha.. dan masa tu ada seorang yang menyamar jadi hantu, dan menakut2 kan peserta.. aku memng agak takut la time tu, dah la terkejut sebab tak perasan pun hantu tu. memang terjerit jerit la kau.. huhu...susah nya nak dapatkan cawan tu.. tapi kat stesen itu saja, kita dah boleh fikir mesej apa yang terselindung disebalik hantu itu..

Kemudian, ada juga bengkel pengurusan kertas kerja dan interaksi dan komunikasi berkesan.









Sebenarnya setiap sorang antara kami ada sampul untuk diletakkan komen2 atau kritikan membina oleh peserta dan fasi yang lain. Aku pun dapat beberapa komen/kritikan daripada orang yang dikenali dan juga orang yang tidak dikenali (yang tidak meinggalkan namanya).


Memandangkan handphone kami dirampas atau diambil sementara, maka tak banyak la gambar yang boleh aku kumpulkan sebabnya time tu baru kami dapat hp kami balik. Aku nak upload muke aku pun segan, sebab time tu muke masing2 kepenatan dan agak kecomotan untuk ditatap.. huhu..

Ok, itu sahaja lah aku nak tulis pasal KMK ni.. huhu.. sebenarnya nak citer panjang, tapi cam dah ilang idea sebab dah lama tak terupdate.. banyak lagi mende lain nak dimasukkan dalam blog nie,.. berbaris tengah tunggu giliran.. haha...



Saturday, February 26, 2011

dapat gak nombor akhirnya..

Assalamualaikum warahmatullah dans elamat sejahtera..

seminggu dua ni merupakan minggu yang agak sibuk dan penat sekali..
Dengan assignment nyer, presentation, ISL, latihan rumah sukan, taekwondo dan demo,Kem Memperkasakan Kepimpinan PGPI (KMK), Program Bina Insan Guru (BIG), Manifesto JPP, Jogathon, dll..
Banyak yang aku nak ceritakan sebenarnya kat blog pebret aku ni, tapi kekangan waktu yang menghalang..
Insya Allah nanti bila ada masa aku akan update program2 dan aktivit2 aku yg baru2 ni berlaku.

Cuma, hari ini, aku dapat menceritakan sedikit mengenai hari jogathon di kampus aku pada pagi ini.. semalam aku baru balek dari BIG.. Malamnya plak, pergi dengar manifesto JPP, dan balek bermalam di kediaman Sentosa tuk sambut birthday kawan.

Pada mulanya aku x de niat pun nak lari dalam jogathon ni.. maklumlah penat masih lagi terasa. tapi ntah aku pun x taw tibe2 semangat nak lari.. aku pun terus lari tanpa henti.. tapi aku x la lari laju sepanjang2 jalan tu.. aku cuma lari setakat mana yg mampu tapi konsisten dan x berhenti lari..

Memang penat, tapi aku tetap usaha, yakin, motivasikan diri sendiri, ingat Allah dan tawakal, akhirnya aku berjaya sampai dan dapat nombor 8.. Alhamdulillah..

Penat sgt samapi x leh nak bercakap masa petugas tanya nama dan nombor bilik tuk masukkan nama dalam list pemenang...

Itulah pengalaman aku setelah sekian lama aku x lari jogathon..

Thursday, February 10, 2011

Sorry



Hai..hai..hai..
mmm.. sorry ye kpd sume yang tertanye2 ngape dah cm lame x update blog?..hehe..
nak update tp tiada mende yg mnarik n lau ade pun cam busy ckit.. hehe
mm.. so sabar yer .. haaha..

Kat bawah ada ckit gmbr yg bru ditangkap tadi mse kat putrajaya.. kitorg gi dengar perutusan menteri pelajaran..
k,. see u all again.. daaa



time boring2..










 
Images by Freepik