Pages

Monday, April 4, 2011

Assalamaualaikumwarahmatullah…

Hari ni saya rasa nak berkongsi dengan pembaca semua mengenai buku yang baru saya beli dan menjadi kesayangan saya kini.
Buku itu bertajuk ‘Indahnya Hidup Bersyariat’. Hasil karya Dato’ Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid. Ia merupakan keluaran telaga biru.




Buku ni saya percaya ramai juga yang sudah membaca, memiliki dan mengetahui mengenainya. Tapi saya masih dapat merasakan ramai lagi di luar sana tidak mengetahui mengenai buku ini.
Buku ini sebenarnya merupakan panduan fardhu ain yang lengkap berserta gambar-gambar dan ilustrasi yang menarik dan terang sebagai cara untuk pembaca lebih memahami isu buku tersebut dan juga ia berupaya untuk menarik minat pembaca.


Saya membeli buku tersebut dengan harga RM50 walaupun harga yang sebenarnya di pasaran ialah RM55 bagi semenanjung dan RM57 bagi Sabah dan Sarawak dengan jumlah muka surat 508.

Yang bagusnya buku ni, dari segi fizikalnya, ia berkulit keras,kertas halamannya juga dari kertas yang berkualiti. Dari segi pengisiannya, ia amat bagus dan boleh menjadi panduan dan bahan bacaan untuk semua orang. Antara tajuk besar/bab dalam isi kandungannya ialah syariat kelahiran, pendidikan awal kanak-kanak,syariat berkaitan remaja, fardhu ain asas, munakahat (hukum perkahwinan), syariat dalam bermasyarakat, syariat sunat harian, amalan-amalan sunat dan sebagainaya.






Buku ini boleh menjadi modul fardhu ain untuk diri sendiri, keluarga, rakan-rakan dan masyarakat. Selain it, ia boleh dijadikan sebagai rujukan untuk belajar dan mendalami ilmu di mana-mana sahaja, untuk dibaca sebagai tazkirah, untuk dijadikan isi dalam blogspot, web2, FB, sebagai hadiah kepada keluarga dan kepada yang ingin mempelajari dan memperkukuhkan lagi ilmu pengetahuan.


1 comment:

Nur Azwin Roslan said...

sy dh ada buku nie..hehe..mmg best....

 
Images by Freepik