Pages

Tuesday, July 14, 2015

5 bulan dah ...

Assalamualaikum

Hai, dah lebih 5 buln aku berkhidmat di sek kebangsaan seri permaisuri ni. Alhamdulillah.. Walaupun pada mulanya frust dan sedih juga sebab tak dipostingkan ke Sek Keb Pendidikan Khas Masalah Pendengaran, tapi sekarang aku dah makin selesa dan cool.. ahhaha.

Di SK Seri Permaisuri, takde kelas P.Khas utk masalah pendengaran, yang ada cuma arus perdana dan arus pendidikan khas Masalah Pembelajaran. Jadi aku dipostingkan utk mengajar P.Khas masalah pembelajaran. Apa itu masalah pembelajaran atau Learning Diabilities (LD) ?

LD tu kategori untuk kanak-kanak yang mempunyai masalah seperti, autisme, sindrom down, serebral palsi, hypraktif dan sebagainya. 

Memang sedih dan frust sebab tak dapat kerja dalam bidang yang kita dah penat2 belajar selama 5 tahun setengah di institut dulu. Tapi sekarang Alhamdulillah sekarang aku dah semakin selesa dan boleh terima dengan hati yang terbuka. Lagipun kami para pelajar institut pendidikan guru (IPG) memang dah sedia maklum, bahawa kami tidak semestinya dipostingkan ke sek atau major yang dipelajari.

Lagi pun aku yakin, apa yang Allah dah tetapkan itulah yang terbaik. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba Nya. Suasana sekolah yang ok, cikgu2 yang ok, cikgu2 P.Khas yang happening, GPK yang bnyak membantu, dekat dengan IPG. Kalau aku dipostingkan mengikut major aku, mungkin aku tak dapat semua tu. Mungkin dapat sekolah yang jauh, rakan sejawat yang x ok, GPK yang tak membantu, dan sebagainya. Jadi aku bersyukur. Lagipun aku boleh je masuk balik bidang yang aku belajar dulu pada masa akan datang. Aku boleh mohon pindah ke sek masalah pendengaran balik, atau sambung belajar dan mohon jadi pensyarah untuk masalah pendengaran. Siapa tahu pada masa akan datang kan..

Mengajar murid khas ni memang kena banyak bersabar. Ada murid yang sukar dikawal, guru-guru kena bijak untuk kendalikan situasi. Murid-murid khas ni belajar subjek teras seperti murid arus perdana juga tapi diubahsuai dan direndahkan tahapnya mengikut kemampuan murid. Kelas disusun tidak mengikut umur dan tahun tetapi mengikut tahap dan kemampuan murid. Selain itu, terdapat juga subjek lain yang lebih untuk melatih murid kearah berdikari seperti Pengurusan Diri, Pengurusan Tingkah Laku. Jadi selain murid belajar subjek teras, murid akan belajar untuk mengurus diri sendiri, mengemas bilik, menukang, memasak, menjahit dan sebagainya. Jadi sepanjang aku mengajar disini, aku banyak belajar pelbagai kemahiran baru. Jadi guru pendidikan khas masalah pembelajaran ni boleh jadi suri rumah, isteri dan ibu yang baik.. hahahaha...


 Hari pertama melaporkan diri


Bilik urus diri


Kelas



Setiap hari rabu, murid P.Khas tahap 2 akan menjalani aktiviti ko-kurikulum seperti kelas arus perdana juga. Tetapi kami asingkan kerana murid-murid khas ini mempunyai tahap dan kebolehan yang jauh lebih rendah dengan murid-murid arus perdana. Jika mereka bergabung dengan aktiviti murid normal, pasti mereka amat ketinggalan dan tidak dapat belajar sesuatu dengan baik. Kecuali murid khas yang belajar di kelas inklusif. Inklusif ni maksudnya, murid khas tetapi berkebolehan untuk belajar mata pelajaran arus perdana bersama-sama dengan murid normal yang lain dalam kelas yang sama.

Setiap hari khamis pula, biasanya kami akan bawa murid-murid khas ni untuk menjalani terapi air atau terapi boling di luar kawasan sekolah.







Siapa kata murid khas x de aktiviti perkhemahan? Ada.. mereka juga boleh dibawa untuk mengadakan lawatan dan aktiviti perkhemahan. Awal tahun hari tu, kami bawa murid-murid ni ke Kuala Gandah, Pahang untuk aktiviti lawatan dan mini perkhemahan.













Alhamdulilah.. yang penting kerja yang sesuai, kerja halal dan dberkati..

Friday, July 3, 2015

Tips tambah rezeki

Assalamualaikum

Pernah tak korang meniaga tapi tak untung-untung?

Pernah tak korang rasa, tahap ekonomi korang sama je, takde naik-naik pun?

Pernah tak korang rasa susah nak dapat apa yang korang hajati?

Hmm....aku ada baca kat blog sesorang yang super duper cantik dan classy ni...dia share tips untuk tambah rezeki..

Pertama,
Solat di awal waktu.. Tambah lagi dengan solat-solat sunat seperti solat dhuha, tahajud, taubat, dan hajat. Buat setiap hari dan istiqamah. Cuba buat 44 hari..dan cuba rasa perbezaannya..

Kedua, 
Sedekah subuh.. Sebenarnya kita semua tahu bahawa sedekah tu sangat baik dan memberi manfaat kepada pemberi dan penerima. Banyak kisah yang kita dengar dan baca yang menceritakan tentang hikmah bersedekah. Sedekah sebenarnya memurahkan lagi rezeki kita dan bukannya mengurangkannya lagi. Tapi berapa ramai antara kita yang konsisten dan sentiasa bersedekah? Salah satu caranya sediakan tabung sedekah kita sendiri. Setiap subuh pas solat masukkan sedikit duit ke dalam tabung tu. Cukup sebulan bagi pada sesiapa yang memerlukan. Kemudian cara lain, belanja orang lain makan. Pagi2 tu lau nak beli kuih ke nasi lemak ke, bayarkan la 2-3 orang customer yang lain. Atau duit baki kita yg sikit2 tu, bagi je pada penjual tu.

Ketiga,
Usaha sampai Tuhan kesian.. Maksudnya disini, kita usahakan sehabis baik  giler2 punye usaha. Kalau nak bisnes maju, hari2 keluar meniaga, rajin promote barang dan sebagainya. Kalau nak dapat dekan, giler2 belajar, fokus, konsisten dan sebagainya. Kalau nak dapat jodoh yang baik pun, usaha gak mencari dan memilih yang terbaik antara yang baik, doa dan mohon petunjuk sungguh2 tanpa putus asa dan malas. Ha.... gitulahh..

Jadi, apa pun sebenarnya tepuk dada tanya selera. Nak atau tak nak.. Di mana ada kemahuan disitu ada jalan.. Usah, doa, tawakal.. 

Semoga ada rezki yang melimpah ruah dan halal untuk kita semua..

Aminnn..
 
Images by Freepik