Pages

Monday, July 7, 2014

Pentaksiran



Pengertian dan Konsep

            Pentaksiran merupakan proses untuk mendapatkan maklumat dan membuat penghakiman mengenai sesuatu dalam proses pendidikan. Penghakiman itu melibatkan hal-hal seperti pertimbangan dan pencapaian dalam aspek pendidikan. Proses mendapatkan maklumat  dalam pentaksiran ini merangkumi prinsip-prinsip seperti instrumen, kumpulan yang ditaksir, respon, kumpulan yang menaksir, dan skor. Selain itu, pentaksiran juga bermaksud satu proses mendapatkan maklumat untuk membuat pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan (Azizi Ahmad dan Mohd Isha Awang, 2008). Antara tujuan pentaksiran ini ialah untuk mendapatkan maklumat prestasi seseorang dalam pembelajarannya. Kedua, guru dapat menilai aktiviti yang dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Yang ketiga pula ialah guru dan murid dapat memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran.
            Pentaksiran ini dibuat dalam bentuk set ujian bertulis dan diberi markah bergred. Semasa melaksanakan proses pentaksiran ini, set ujian digunakan oleh penguji kepada individu atau kumpulan yang hendak diuji. Kemudian penguji akan mencatat dan merekodkan markah dan seterusnya memberikan gred berdasarkan markah yang diperolehi. Pentaksiran dijalankan hanya selepas satu-satu sesi pengajaran. Oleh itu ia terhad kepada sesuatu peringkat pembelajaran sahaja. Hasil daripada melakukan pentaksiran ini menunjukkan pencapaian secara relatif.
            Dalam sesebuah kelas, pengujian digunakan untuk mengukur perubahan tingkah laku seseorang murid. (Mok Soon Sang,1994). Pengujian ialah satu kaedah dalam pengukuran yang dijalankan dengan cara yang sistematik. Pengujian merupakan alat untuk mengukur tingkah laku individu. Ia merupakan satu prosedur yang bersistem bagi mengukur perubahan tingkah laku (Azizi Ahmad et all, 2008). Selain itu dalam buku Pengukuran dan Penilaian Dalam Pendidikan, Azizi Ahmad turut mengatakan pengujian dapat dianggap sebagai proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab atau satu set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar. Di sekolah, pegujian dilaksanakan adalah untuk menentukan pencapaian terhadap sesuatu pembelajaran selepas sesi pembelajaran berlaku. Pengujian dilakukan terhad kepada sesuatu kemahiran atau pembelajaran yang telah disampaikan oleh guru. Pengujian dilakukan pada 3 peringkat iaitu sebelum, semasa, dan selepas sesuatu pengajaran. Pengujian pada sebelum pengajaran dinamakan sebagai pra-ujian bertujuan untuk mengumpulkan maklumat yang diperlukan. Ujian boleh diberikan secara lisan atau bertulis bagi mengetahui kemajuan yang telah dicapai dan kefahaman yang diperolehi oleh murid terhadap pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.
Tujuan pengujian ini dilakukan terhadap murid ialah untuk mengukur pembelajaran murid, dan tahap pencapaian murid, untuk mengukur keberkesanan pengajaran guru terhadap murid, dan untuk memotivasikan murid agar lebih bersungguh-sungguh belajar bagi mencapai tahap yang lebih tinggi.
Penilaian merupakan suatu proses untuk mendapatkan maklumat kuantitatif. Menurut Azizi Ahmad dalam bukunya Pengukuran dan Penilaian Pendidikan mengatakan bahawa penilaian itu dijalankan dengan melibatkan penentuan objektif, mendapatkan maklumat, memproses maklumat dan membuat kesimpulan serta keputusan. Guru dapat menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan menilai bagi sekumpulan murid dalam pengajarannya. Penilaian dibuat untuk memberikan maklumat pencapaian objektif pengajaran, kaedah pengajaran guru terhadap pengajaran dan pembelajaran, dan untuk mengetahui keberkesanan kurikukulum untuk sekumpulan murid.
Dengan membuat penilaian, anggaran boleh dibuat sama ada matlamat yang ditetapkan itu tercapai atau sebaliknya.  Penilaian juga boleh dilakukan sebelum, semasa atau selepas sesuatu pengajaran dilaksanakan. Ia turut boleh dijalankan berdasarkan keseluruhan kurikulum atau sebahagiannya sahaja mengikut spesifikasi pembelajaran atau kehendak penguji.
Guru dapat mengukur pencapaian murid melalui ujian yang dijalankan. Guru akan membuat tindakan susulan berdasarkan hasil ujian tersebut bersama – sama dengan maklumat yang lain. Selain itu, data juga diperoleh daripada pemerhatian dan temubual oleh guru kepada murid.

Perbandingan

Pentaksiran
Pengujian
Penilaian
Definisi
Satu proses mendapatkan maklumat untuk membuat pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan.
Satu prosedur yang bersistem bagi mengukur perubahan tingkah laku.
Dijalankan dengan melibatkan penentuan objektif, mendapatkan maklumat, memproses maklumat dan membuat kesimpulan serta keputusan.
Tujuan
Pertama, untuk mendapatkan maklumat prestasi seseorang dalam pembelajarannya. Kedua, guru dapat menilai aktiviti yang dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Ketiga guru dan murid dapat memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran.
Pertama, untuk mengukur pembelajaran dan tahap pencapaian murid.
Kedua untuk mengukur keberkesanan pengajaran guru.
Ketiga, untuk memotivasikan murid.
Pertama, dapat menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan menilai bagi murid.
Kedua, untuk memberikan maklumat pencapaian objektif. Ketiga, untuk mengetahui keberkesanan kurikukulum.
Perbandingan

Pentaksiran
Pengujian
Penilaian
Bentuk
Set ujian bertulis dengan markah bergred.
Pemerhatian, ujian bertulis, dan ujian lisan.
Jadual, dan gred.
Masa
Selepas sesi pembelajaran.
Selepas sesi pembelajaran.
Sebelum, semasa, dan selepas pembelajaran.
Proses pelaksanaan
Proses pengujian, mencatat dan merekod markah serta gred.
Persediaan ujian, pentadbiran, dan pemeriksaan.
Pengukuran, penganalisian, interpretasi, melapor, dan tindakan.

No comments:

 
Images by Freepik