Pages

Monday, January 28, 2013

Kemahiran Penyoalan


Kemahiran penyoalan

Pengenalan

-          Teknik menyoal merupakan teknik yang penting dalam pengajaran guru.
-         
       Hampir semua proses p & p melibatkan penggunaan teknik menyoal.


Prinsip

-          Ditujukan kepada semua murid
-          Murid diberi masa berfikir
-          Sesuai dengan kebolehan murid
-          Soalan dirancang daripada mudah kepada rumit, aras rendah ke aras tinggi.
-          Penyampaian soalan jelas
-          Melayan tindak balas murid dengan baik


Objektif

-          Untuk melibatkan murid secaara aktif dalam p&p
-          Menimbulkan minat dan ingin tahu murid
-          Membantu murid dalam perkembangan daya fikir
-          Menggalakkan murid menyoal
-          Membantu murid melahirkan idea


Komponen

-          Soalan yang ringkas dan jelas
-          Soalan yang berfokus, sama ada tunggal atau focus pelbagai (Fokus tunggal ialah soalan ditumpukan pada satu idea  sahaja. Manakala fokus pelbagai ialah soalan yang ditumpukan lebih daripada satu idea.)
-          Soalan yang boleh dialih dan disebarkan supaya banyak murid berpeluang murid berfikir
-          Membantu dengan memberikan petunjuk atau klu untuk memudahkan murid memebrikan jawapan
-          Melayan murid dengan adil
-          Soalan bertujuan mencungkil pengetahuan murid berdasarkan aras tertentu.

No comments:

 
Images by Freepik