Sedar x sedar umur saya akan meningkat kpd usia 22 tahun pada tahun ini. (tp belum lg la, so sy 21forever la kan..hahah pasan muda!). Ada kalanya saya fikir, sepanjang aku hidup di muka bumi yang yang menjadi milik Allah ini, apa yang dah aku buat? Adakah amal ibadah ku makin meningkat momentumnya atau semakin menurun? Umur makin meningkat tiap tahun bukanlah kerana umur kita makin panjang tapi sebenarnya umur kita semaik pendek kerana kematian semakin menghampiri kita. Betul ke tidak?
Dalam kehidupan seharian kita ini, pasti banyak perkara yang menguji kesabaran, keimanan dan kadang kala turut menguji kekuatan mental serta fizikal. Adakalanya saya akui kesabaran saya turut menipis dalam sesuatu perkara, tetapi saya sedar , saya perlu lebih bersabar memghadapi semua ujian dari Allah SWT. Jika kita merasakan masalah yang kita alami itu amatlah besar untuk ditanggung, sedarilah bahawa sebenarnya masih banyak orang di luar sana yang menghadapi ujian yang lebih besar yang lebih menuntut kesabaran yang tinggi. Untuk memujuk hati saya yang kadang kala benar2 menguji kesabaran, saya cepat2 ingatkan diri bahawa sabar itu adalah sebahagian daripada iman. Dan hasilnya amat indah sekali.. Percayalah duhai hati..hehe..
Pentingkah kesedaran untuk berubah ke arah yang lebih baik? Ya, amat penting sekali kerna jika tidak sudah tentu perubahan itu tidak akan berlaku.. Ada orang tiba2 berubah secara drastik dan menjadi terlalu ekstrim. Tapi dia x kekal lama dan x istiqamah. Tapi ada juga orang yang mula berubah sedikit demi sedikit ke arah yang lebih baik. Orang yang macam ni ada yang kekal berubah dan berusaha untuk lebih istiqamah. Tapi sebenarnya semuanya terletak pada hati dan iman. Tepuk dada tanya iman! Takkan nak tunggu sampai dah ke usia senja baru nak berubah?! sayangnya usia muda dahulu disia2kan dengan melakukan segala maksiat dan kemungkaran.. Malah belum tentu lagi, umur kita panjang hingga ke tua. Jika ajal datang menjemput sebelum sempat kita bertaubat, bagaimana? Kematian itu ada dimana mana sahaja. Ya, saya faham kadang2 ada sesetengah hal dan sifat yang dah sebati dlm diri kita sbb dah ada dlm diri kita sejak dahulu lagi. Mungkin agak sukar untuk membuangnya dalam hidup kita. Tapi adalah tidak salah untuk kita berubah sedikit demi sedikit, dan meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita dengan melakukan ibadah2 sunat selain ibadah fardhu. Seperti zikir, solat sunat, bersedekah, dan sebagainya. Jika sebelum ni x pernah bangun untuk solat malam, why not kita cube dahulu buat dalam sebulan sekali. Pastu 2 minggu sekali, kemudian seminggu sekali. And lama2 mungkin tiap2 malam kita leh wat kan? Heheh,..pesanan untuk diri sendiri jugak nie..
Selain tu, seperti mana yang kita tahu, kita perlu menyebarkan ilmu walau sebesar zarah dan juga berdakwah atau berislah dengan orang sekeliling kita. Ada banyak cara yang kita boleh lakukan, x semestinya dengan cara menggunakan lisan. Bleh juga kita gunakan teknologi moden seperti media massa, akhbar, majalah, blog, dan facebook pun bleh juga dijadikan sebagai medium untuk menyebarkan dakwah,islah, dan ilmu. Masing2 ada cara tersendiri. Jadi, siapa kata dengan hanya dok terperap di rumah , kita langsung x leh bersosial dan menyebarkan dakwah??
Hidayah itu hanya Allah yang berkuasa memberikannya kepada sesiapa yang dikehendaki Nya. Tetapi kita juga perlulah berusaha untuk mendapatkan hidayah dari Allah. Beribadah lah dan berdoa lah agar Allah sentiasa memberikan hidayah dan petunjuk kepada kita semua. Insya Allah..
Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
'Daripada kebaikan Islam seseorang
ialah meninggalkan suatu yang tidak
bermanfaat kepadanya'
Daripada Abu Said al-Khudri r.a, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
'Seseorang itu tidak dikurniakan suatu pemberian yang lebih baik
dan lebih luas daripada sabar.
(Riwayat al-Bukhari)
Jom, kita buat transformasi!