Pages

Friday, July 1, 2011

elaun buku,..masuk sudah..

Alhamdulillah, nampaknya elaun buku dah masuk.. ok la, senyap la sekejap mulut dak2 ipg ni.. hmm.. aku bukan nak kata la,.. aku faham, duit banyak nak pakai, nak kena bayar itulah, inilah, bil rumah la, bil letrik lah, yuran itulah, duit makan lagi.. mungkin aku tak rasa apa yang korang alami tu lagi.. tapi at least bleh x jaga ckit tutur bicara tu lebih2 lagi di laman sosial FB.. kita kan cikgu, so jaga la ckit tingkah laku n tutur kata tu.. aku memang la bukan insan yang sempurna dan baik sgt tp anda mengeluarkan ayat2 dan kata2 sebegitu yg tidak enak didengar boleh mencalarkan imej kita sebagai seorang bakal pendidik..dan ia juga seolah2 kita tidak mensyukuri elaun yang diberikan oleh kerajaan. dah la bila dapat tu mcm2 kita beli.. handphone baru la, baju baru la, gadjet barulah.. pastu bile ujung bulan or ujung sem dah mula ikat perut nak makan.. bila minta duit nak bayar duit kelas ke, duit kertas fotostat ke, dah mula merungut..

hmmm.. fikirlah secara matang and rasional ckit.. aku pun bukan nak kata orang, aku pun sama gak..aku pun nak berazam, bila dapat elaun sara diri ti, aku nak lebih bijak menguruskan wang..  so sama2 lah saling memperingati sesama kita.. hmm..

2 comments:

LiNaZ said...

betul tu nida. memang kita sendiri ta dapat nak elak daripada dapat elaun lambat. tapi kita boleh elak mulut kita daripada mengata pihak-pihak tertentu. kadang2 tu saya geram jugak tengok budak2 especially budak maktab saya lah, kemain lagi mengutuk, menyumpah bagai pihak-pihak tertentu. kita kena fikir jugak, pihak-pihak tersebut pon ada perasaan jugak. bukan kita sorang saja yang ada perasaan. hmm. tapi tulah kenyataan sebagai manusia biasa. ta pernah bersyukur dengan apa yang ada, termasuk diri saya. just sebagai peringatan untuk diri sendiri. huhu. ;)

nidapink90 said...

:) ..

 
Images by Freepik