Pages

Wednesday, January 12, 2011

Luahan hati Hamba Allah . . .

 Setiap perasaan sedih, kecewa, gembira, suka semuanya adalah datangnya daripada Allah. Kita perlu percaya setiap kejadian ada hikmahnya. Jika Allah  berikan kita suatu kesedihan sekarang, mungkin ada kebahagiaan lain yang Dia ingin berikan kepada kita kelak di kemudian hari. Tak semua benda yang kita akan dapat di dunia ini. Mungkin Allah nak berikan sesuatu yang lain kepada kita yang mungkin sahaja orang lain tidak memperolehinya. Mungkin juga Dia mahu kita lebih mengingati dan mensyukuri nikmat pemberian Nya. Kita perlu sabar meneruskan perjuangan hidup kita selagi kita masih bernafas di muka bumi ini. Kita perlu yakin dengan kejayaan yang bakal kita lakarkan nanti. Tetapi semestinya ia memerlukan kesabaran, kesungguhan dan usaha yang tinggi dan berterusan. Walau apa pun kesulitan, kesusahan, kepayahan yang melanda, kita laluinya sahaja. Biarkan ia berlalu dengan peredaran masa jika perlu. Sekurangya kita ada kesedaran untuk memajukan diri, kita masih ada orang yang menyayangi kita dan setia disisi kita. Kita perlu bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Percayalah Allah itu Maha Adil. Pasti ada sesuatu untuk kita...

No comments:

 
Images by Freepik