Pages

Saturday, July 31, 2010

Draft agsmnt BM fonologi Pra PISMP sem 1

Soalan i :
Kajian dalam ilmu bahasa digolongkan dalam aspek-aspek tertentu. Terdapat dua aspek utama dalam kajian bunyi bahasa, iaitu fonetik dan fonologi.

Fonem

Merupakan suatu unit bahasa yang diwujudkan bagi kemudahan huraian sistem bunyi sesuatu bahasa.
Kurungan jenis [ ] digunakan untuk menggambarkan bunyi.
Kurungan jenis / / digunakan bagi menunjukkan status fonem.
Fonem Huruf Di depan Di tengah Di belakang
/b/ b buku sebuah lembab
/č/ c cuci kaca Mac
/d/ d dapur lada had
/f/ f fitrah tafsir maaf
/g/ g gasing sagu beg
/ğ/ gh ghairah maghrib baligh
/h/ h hasta faham rumah
/j / j jasad saja kolej
/k/ k kayuh saksi pekak
/x/ kh khabar mutakhir tarikh
/l/ l lena talam hal
/m/ m makan saman lebam
/n/ n nama senang makan
/ ŋ / ng ngilu singa saing
/ / ny nyilu nyaring -
/p/ p patah lapar silap
/q/ q qari wuquf buraq
/r/ r rumah siram lakar
/s/ s seram resam hampas
/š/ sy syarat isytihar quraisy
/t/ t tepu letak siasat
/v/ v van universiti -
/w/ w warna lawas -
/y/ y yang layang -
/z/ z zirafah lazim lafaz

Vokal
Vokal ialah bunyi bahasa bersuara yang dihasilkan dengan arus udara dari paru-paru keluar secara bebas melalui rongga mulut tanpa penutupan atau penyempitan di atas glotis.


Vokal rangkap
Vokal rangkap merupakan urutan dua vokal penuh yang mempunyai dua puncak kelantangan dan dua suku kata.
Contohnya dapat dilihat pada kata 'main' . Vokal a dan i dalam perkataan tersebut merupakan dua vokal penuh.
Ianya terdiri daripada dua suku kata, iaitu 'ma'dan 'in' .
Vokal rangkap -› [main] : [ai] .

Konsonan
Bunyi-bunyi konsonan adalah bunyi-bunyi bahasa yang bertentangan dengan buny-bunyi vokal sama ada dari segi sifat-sifat yang didengar mahupun penyebutannya.
Terbahagi kepada dua iaitu konsonan asli dan konsonan pinjaman.

Konsonan pinjaman ialah konsonan yang dipinjam daripada bahasa-bahasa lain selain bahasa melayu. Antaranya ialah bahasa arab, inggeris, portugis, belanda, cina, jawa, dan minangkabau.
Antara contoh perkataan yang berasal dari bahasa asing yang diguna pakai dalam bahasa melayu ialah wafat, zaman, dan wakaf.
Diftong

Diftong adalah rentetan dua vokal yang dihasilkan dengan satu hembusan nafas sahaja dan mempunyai satu puncak kelantangan.
Bertindak sebagai satu fonem dan dilambangkan degan dua lambang vokal.
Terdapat tiga diftong : ai, au, oi .

Diftong Contoh Cara penghasilan diftong
[ai] ghairah Lidah berada pada kedudukan untuk vokal depan [a] dan kemudian berpindah kepada kedudukan vokal depan sempit [i]
[au] aurat Lidah berada kira-kira pada kedudukan vokal [a] dan kemudian berubah kepada kedudukan vokal belakang sempit [u]
[oi] boikot Lidah mula-mula berada pada kedudukan vokal belakang separuh sempit [o] dan kemudian berubah kepada kedudukan vokal depan sempit [i]

Soalan ii :

Berdasarkan soalan yang diberikan, saya telah dikehendaki untuk mengenal pasti dan menghuraikan fonem yang terdapat dalam perkataan [protokol] .
[PROTOKOL] :


Fonem Jenis Penerangan
/p/ Konsonan letupan tidak bersuara Dihasilkan dengan menahan aliran udara melalui kedua-dua belah bibir.
/r/ Konsonan getaran Pita suara bergetar untuk menghasilkannya
/o/ Vokal belakang separuh sempit Dihasilkan dengan menurunkan belakang lidah 1/3 di antara tempat yang paling tinggi dengan tempat yang paling rendah.
/t/ Konsonan letupan tidak bersuara (gusi) Dihasilkan dengan merapatkan hujung lidah ke bahagian atas gusi
/k/ Konsonan letupan tidak bersuara (lelangit lembut) Dihasilkan dengan merapatkan belakang lidah ke lelangit lembut
/l/ Konsonan sisian (gusi) Terhasil apabila udara dikeluarkan dari kiri dan kanan lidah dalam rongga mulut.


Soalan iii :

Seperti yang dikehendaki soalan, saya telah memilih fonem [p] daripada perkataan [protokol] untuk menjelaskan cara penghasilannya.

Fonem [p] merupakan konsonan letupan dua bibir tidak bersuara.
Dua bibir dirapatkan dan anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan untuk menghalang udara keluar melalui rongga hidung.
Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut disekat pada bibir yang dirapatkan dan kemudian dilepaskan dengan serta merta.
Apabila pita suara direnggangkan dan tidak digetarkan, bunyi yang terhasil adalah letupan dua bibir tidak bersuara.

Kesimpulan

Kesimpulan yang dapat saya buat selepas menyiapkan tugasan ini adalah jika penyebutan huruf dibuat dengan betul, penyebutan bahasa juga akan dihasilkan dengan betul. Antara yang dapat lagi saya simpulkan mengenai sistem penyebutan ini ialah seperti berikut,
fonologi merupakan sebahagian daripada linguistik yang mengkaji bunyi-bunyi ujaran melalui mulut manusia. Kajian fonetik pula tertumpu kepada bunyi pertuturan yang melibatkan kepanjangan, kerendahan, kelembutan, kekerasan, intonasi, tekanan dan irama bagi sesuatu bunyi dalam sesuatu bahasa. Fonem pula ialah merupakan suatu unit bahasa yang diwujudkan bagi kemudahan huraian sistem bunyi sesuatu bahasa. Bunyi vokal yang dihasilkan adalah berbeza-beza bergantung kepada bentuk rongga di atas glotis yang dilalui udara semasa pengucapan bunyi-bunyi itu dilakukan. Selain itu,saya juga dapat mengetahui mengenai dua jenis konsonan iaitu konsonan bahasa melayu dan konsonan pinjaman yang berasal dari bahasa asing. Diftong pula terbentuk apabila berlaku pengeluncuran bunyi-bunyi vokal.

No comments:

 
Images by Freepik