SEBAB2 MEREKA TIDAK BERSOLAT.
1. Salah sangka dan salah faham terhadap hakikat solat.
Terdapat golongan yang berpendapat bahawa solat dan ibadat2 lain dilakukan untuk meluruskan akhlak yang baik. Mereka juga berpendapat solat itu untuk orang2 surau, pak haji, pak penghulu, kaum tani dan miskin dll.
2. Tidak mempunyai pengetahuan solat.
Terdapat golongan yang tidak merasa berdosa meninggalkan solat kerana tidak mempunyai kefahaman. Mereka lahir,hidup dan membesar dalam masyarakat yang tidak solat.
3. Faktor kemalasan.
Mereka mengakui kefarduan dan kemestian solat tetapi malas. Disebabkan perasaan malas itu, mereka tidak mempunyai keinsafan dan kesedaran dan tidak mempedulikan akibat yang bakal mereka hadapi.
4. Faktor usia.
Mereka beranggapan bahawa solat itu adalah pakaian orang2 tua, orang2 yang pencen, dan orang2 yang tidak gemar kepada dunia lagi. Mereka berpendapat bahawa masa muda itu harus digunakan untuk mencapai segala keinginan syahwat dan nafsu. Setelah tua, barulah datang ke surau bertaubat dan melangasaikan hutang yang telah dibuat.
5. Pengaruh perasaan.
Ada golongan yang meninggalkan solat kerana susah hati, ditimpa kesedihan atau kesusahan. Padahal disaat itulah yang sangat diperlukan untuk mendekatkan diri kepada Allah.
6. Takut kepada iblis dan syaitan.
Terdapat golongan yang tidak mengerjakan solat kerana takutkan syaitan dan iblis. Ini kerana mereka khuatir akan hilang segala kesaktian, mantera dan ilmu yang mereka perolehi.
GOLONGAN YANG SEKALI SEKALA MENGERJAKAN SOLAT.
Sebab2 meninggalkan solat :
1. Pengaruh teman.
2. Sibuk dengan tugasan harian.
3. Terlalu asyik keluar bersiar-siar dan berjalan.
Alasan2 kaum wanita meninggalkan solat.
1. Ada yang beralasan kerana sedang menyusui anak dan kain yang dipakai sentiasa dibasahi air kencing anaknya.
2. Ada yang kerana pengaruh suami yang fasik, yang tidak mengerjakan solat.
3. Ada yang menyangka solat itu untuk memperolehi kesenangan. Setelah mendapat kesenangan, solat itu tidak diperlukan lagi. Apabila ditimpa musibah, barulah bersolat dengan sungguh2.
Sabda Nabi : 'Permulaan amalan yang diperiksa dari amalan seseorang
hamba pada hari kiamat ialah solatnya. Diperhatikan benar-benar solatnya.
Maka jika betul urusan solatnya, mendapat kemenangan dia.
Jika tidak betul urusan solatnya, rugi dan sia-sialah usahanya.'
________________________________________________________________________________________
SELINGAN.... -_-
Bersama adila hani (bff)
beeba, didie, ninie, ziemah.. (bff)
To all my frenz
No comments:
Post a Comment