Heri ini aku dikejutkan dengan 3 berita kematian..
Hari ini aku telah menelefon tok ku di kampung.
Bertanya khabar kerana sudah lama tidak pulang ke kampung.
Aku risau dengan keadaannya..
Aku nak sangat balik kampung,
tapi keadaan x mengizinkan..
Dalam perbualan itu, tok ku memberitahu bahawa
seorang jiran tetangga telah kembali ke Rahmatullah..
Aku terkedu...
Kemudian, pada tengah hari,
aku mendapat tahu pula
bahawa penyani Achik Spin pula telah
pergi bertemu Ilahi,
arwah meninggal dunia disebabkan
kemalangan jalan raya,..
Aku mengetahui mengenai kejadian tersebut
melalui rancangan Melodi.
Aku terkejut dan bagaikan
tak percaya..
Arwah masih muda dan baru mempunyai
seorang anak perempuan (yang hidup) yang masih kecil.
Isterinya juga masih muda dan cantik.
Aku turut simpati dengan keluarganya.
Selepas ini tidak kedengaran lagilah
alunan suaranya mendendangkan lagu
secara live,..
pasti peminatnya terasa dengan kehilangannya..
Kemudian selepas maghrib tadi,
aku dikejutkan pula dengan berita kematian
ayahanda classmateku mse sek men dahulu..
Aku pasti dia amat sedih..
lebih2 lagi, dialah satu2 nya
anakanda kedua ibubapanya,..
pastilah dia rapat sekali dengan
orang tuanya,..
apabila arwah ayahnya sudah tiada
pasti amat kehilangan,..
Aku juga turut tumpang sedih sekali,.
aku x dapat bayangkan
bagaimana seandainya,
berlaku pada diriku sendiri,..
Maka hargailah keluarga kita
dan insan yang kita sayang,
sementara masih ada peluang dan
kudrat yang diberikan
olah Allah,..
Bila aku fikir2 kan,..
kematian itu ada dimana2 sahaja,
dan berlaku pada sesiapa pun,
x kira tua atau muda,..
yang pasti,
hanya Allah sahaja yang tahu bilakah
nyawa kita dicabut
oleh malaikat dan bertemu
dengan Nya..
Aku menginsafi diri,
dan muhasabah diri,..
aku juga insan biasa
yang sentiasa membuat salah dan silap,..
mampukah aku tergolong dalam golongan
orang2 yg beriman?
Aku juga takut bila memikirkannya,..
aku hanya memohon kepada Allah
agar matikanlah aku dalam keadaan beriman
dan diredhai oleh Mu.
Berilah aku peluang untuk
terus memperbaiki diri
dan beribadah kepada Mu..
Masih banyak dosaku yg belum
terhapus,
masih ada lagi hutang2 ku pada Mu
yang belum mu
yang belum kulunasi,.
No comments:
Post a Comment