Pages

Sunday, July 20, 2014

Sibuk + Malas + Masa = Update

Assalamualaikum dan selamat pagi..
Happy Sunday..

Hari ni 20 julai 2014 bersamaan dengan 22 Ramadhan 1435H. Alhamdulillah.. masih diberi peluang oleh Allah untuk terus bernafas di muka bumi ini. Dah lama tak share story dalam blog ni.

Makin sibuk dan malas nak  menaip. Sekarang dah semester 8. Maksudnya dah semester akhir. Alhamdulillah. Story pasal sem lepas pun banyak tak update. Dah habes praktikum dah dan dah masuk internship pun, masih tak sempat nak story pape.

Dah semester akhir ni, makin malas pulak. Nak bersenang lenang aje.. Astaghfirullahullazim.. Apa nak jadi nie. Lagho je ni. haha.. Assignment 3 kena hantar serentak lepas cuti raya ni. Laporan Action Research nasib baik hantar bulan 9. Dengan projek and program internship lagi.

Oleh itu, pembahagian masa amat penting. Disiplin pun sangat penting. Hati kena kuat dan kental kalau nak berjaya siap semua kerja. hihi..

Busy2 juga, Ramadhan dah nak abes. Jom sama2 kita tingkatkan amal ibadat, insya Allah kalau ada rezeki Allah temukan kita dengan malam lailatul qadar. Rajin2 la buat amalan sunat spt zikir, selawat, baca Quran, solat sunat dll. Kalau sebelum ni korang boleh berjaga dan sanggup bgun kul 3 pagi nak tgk bola, why not teruskan je lagi tuk beribadah??..tak hari2, at least cuba la selang 2-3 hari ke .. :)

Happy reading..
Bai bai..
Assalamualaikum..




Monday, July 7, 2014

Contoh kertas kerja kursus jenazah



MESYUARAT MAJLIS PROFESIONAL, PENTADBIRAN DAN PERGURUSAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS


KERTAS CADANGAN

MENGANJURKAN PROGRAM KURSUS SOLAT JENAZAH
KELAB SENI WARISAN ISLAM
PISMP SEMESTER 6
22 OKTOBER 2013



DISEDIAKAN OLEH:
NUR ‘IZZATI BT AHMAD SUBRI (G6.4)
NUR ADILA HANI BT ABD HAMID (G6.3)
NOOR AZIANIDA BT RAMLI (G6.1)
SITI NURHABIBAH BT MOHD RASHID (G6.3)
NURUL HIDAYAH BT MOHD NOR (G6.3)

KERTAS CADANGAN
MENGANJURKAN PROGRAM KURSUS SOLAT JENAZAH
KELAB SENI WARISAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KAMPUS ILMU KHAS


1.0  TUJUAN
Kertas cadangan ini bertujuan memohon pertimbangan dan kelulusan Unit Gerak Kerja Kokurikulum, Kelab Seni Warisan Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPG IK) terhadap cadangan mengadakan program Kursus Solat Jenazah untuk Program Bina Insan Guru bagi guru pelatih Semester 6, Kelab Seni Warisan IPG IK 2013.

2.0  RASIONAL
Pengurusan Jenazah merupakan tuntutan fardhu kifayah terhadap setiap muslim kepada muslim yang lain . Memahami konsep dan amali dalam menguruskan jenazah
memerlukan pengetahuan dan kemahiran tertentu. Atas rasa tanggungjawab memberikan pendedahan dan ilmu kepada para guru pelatih bagi memahami pengurusan tersebut maka ahli jawatankuasa program telah mengambil langkah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah untuk guru pelatih Kelab Seni Warisan Islam. Usaha ini juga diharapkan dapat membantu para guru pelatih memahami cara pengurusan jenazah sebagai salah satu tanggungjawab sebagai muslim .Selaras dengan usaha peningkatan ilmu dan amalan penghayatan Islam dalam kalangan bakal guru, kami berharap dengan mengadakan program ini, sebagai satu cara untuk menambah kefahaman dan panduan ke arah melahirkan masyarakat yang mendalami ilmu agama dan dapat melaksanakan tuntutan agama dalam kehidupan mereka.


3.0  MATLAMAT
Selepas mengikuti Program Kursus Solat Jenazah, para guru pelatih diharapkan dapat :
3.1         Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan dan patuh kepada tuntutan agama.
3.2         Memupuk semangat ingin mempelajari ilmu fardhu kifayah.
3.3         Memiliki semangat berpasukan, dan sikap muhibah di antara satu sama lain.
3.4         Memperkembangkan potensi diri sebagai pendidik dengan mengamalkan nilai-nilai islam dalam kehidupan.

4.0  OBJEKTIF
Sasaran kepada guru pelatih PISMP semester 6 selepas mengikuti Program Kursus Solat Jenazah agar dapat :
4.1 Membolehkan setiap guru pelatih memahami dan dapat menguruskan jenazah secara   amali.
4.2 Setiap individu guru pelatih dapat terlibat secara langsung dalam program yang dianjurkan dan memupuk silaturahim dalam kalangan mereka.
4.3 Mewujudkan kerjasama dalam kalangan guru pelatih.       
4.4 Menambah ilmu pengetahuan kepada guru pelatih.

5.0  CADANGAN

Untuk mencapai dan merealisasikan hasrat  di atas, ahli jawatankuasa program bercadang untuk mengadakan Program Kursus Solat Jenazah tersebut mengikut ketetapan berikut:

Tarikh                         :  22 Oktober 2013 (Selasa).
Tempat                       :  Masjid Az-zubair Ibnu Awwam, Cheras.
Kumpulan Sasaran : 20 orang ahli Kelab Seni Warisan Islam, IPG IK.
Pensyarah Pembimbing : Puan Hasnah bt Abu Samah,
                                             Encik Dzulkapli b Wagini.

6.0  KUMPULAN SASARAN
Seramai 20 orang guru pelatih yang akan menyertai Program Solat Jenazah ini. Para guru pelatih adalah terdiri daripada pelajar-pelajar PISMP semester 6 Kelab Seni Warisan Islam IPG IK yang terdiri daripada 10 orang guru pelatih lelaki dan 10 orang guru pelatih perempuan.
*Sila rujuk LAMPIRAN 1: senarai nama peserta program.

7.0  AHLI JAWATANKUASA BINA INSAN GURU LAWATAN PENANDA ARASAN
Senarai Ahli Jawatankuasa Bina Insan Guru PISMP Pendidikan Khas yang telah dipilih ialah seperti berikut :
PENGERUSI            : NUR ‘IZZATI BT AHMAD SUBRI
NAIB PENGERUSI  : NUR ADILA HANI BT ABD HAMID
SETIAUSAHA          : NOOR AZIANIDA BT RAMLI
NAIB SETIAUSAHA : SITI NURHABIBAH BT MOHD RASHID
BENDAHARI            : NURUL HIDAYAH BT MOHD NOR

JAWATANKUASA
1)    JURU ACARA MAJLIS : i) MOHAMMAD SHAMIL B MOHD HASSAN

2)    PEMBACA DOA            : i) MOHAMAD FAQIH B BAHARUDIN


3)    PENGENDALIAN BENGKEL (LDK)
i)   FARAH LYANA BT ABDUL RASHID

4)    PERSEDIAAN TEMPAT: i) HAFIZUDDIN B JAAFAR
   ii) MOHD HARIS B IBRAHIM

5)    PENGANGKUTAN        : i) NUR FARIHAH BT KAMARUDIN
 ii) AMRIL NURMAN B LOKMAN

6)    HADIAH                           : i) NOR HIDAYAH BT ISHAK
 ii) HAFIZUDDIN B JAAFAR

7)    DOKUMENTASI             : i) MOHD ISKANDAR B MAZLAN
 ii) AIMAN ASYRAF B ARMAIN

8)    JURUKAMERA              : i) MUHAMMAD SYAFIQ B SHAMSI
ii)  TAN LI ANN

9)    MAKANAN                    : i) RABIHAH BT ABU BAKAR
  ii) MUHAMAD FAKHRUDDIN B SUBANI

8.0  ANGGARAN PERBELANJAAN
Berikut dinyatakan anggaran kewangan secara keseluruhan perbelanjaan program:
BIL
PENDAPATAN
RM
PERBELANJAAN
RM
1.

RM 5 × 20

100


MAKAN TENGAH HARI


100


JUMLAH: 100
JUMLAH
100


9.0   TENTATIF PROGRAM
11.30 pagi                                    :          Kehadiran peserta.
11.45pagi – 1.15 petang          :          Taklimat Pengurusan Jenazah / Teori
1.15 petang - 2.15petang         :          Solat Zohor / Makan tengah hari
2.15 petang – 4.15 petang       :           Soal jawab / Bengkel (LDK)
4.15 petang                                :           Bersurai

10.0      IMPLIKASI PENGANGKUTAN

Pengangkutan adalah diatas ikhtiar peserta sendiri.
*Semua implikasi kewangan adalah di tanggung oleh para peserta sendiri

11.0      PENUTUP
Secara tuntasnya, dengan kerjasama dan komitmen yang jitu dan berterusan daripada semua pihak yang terlibat dapat menjayakan Program Kursus Solat Jenazah ini dengan baik. Diharap melalui program ini akan dapat melahirkan guru yang memahami dan mendalami ilmu berkaitan dengan pengurusan jenazah, mempraktikkan nilai-nilai islam dan pemahaman terhadap keperluan mendalami ilmu fardhu kifayah.


Disediakan oleh :

........................................................
(NOOR AZIANIDA BT RAMLI)
Setiausaha Program Kursus Solat Jenazah,
Kelab Seni Warisan Islam,
Institut Pendidikan Guru,
Kampus Ilmu Khas,
Kuala Lumpur.

Disemak oleh :

.......................................................
(NUR ‘IZZATI BT AHMAD SUBRI)
Pengerusi Program Kursus Solat Jenazah,
Kelab Seni Warisan Islam,
Institut Pendidikan Guru,
Kampus Ilmu Khas,
Kuala Lumpur.

 
Disahkan oleh :

…………………………………..
( PN HASNAH BT ABU SAMAH)
Pensyarah Pembimbing,
Kelab Seni Warisan Islam,
Institut Pendidikan Guru,
Kampus Ilmu Khas,
Kuala Lumpur.











 
Images by Freepik