Sekolah integrasi ni merupakan sekolah yang mengandungi aliran perdana dan aliran khas iaitu masalah pendengaran. Sistem pendidikannya sama tapi belajar dalam kelas yang berbeza. Kanak-kanak normal belajar dalam aliran perdana, dan kanak-kanak pekak belajar dalam kelas aliran khas.
Kali ni aku dapat mengajar subjek Bahasa Melayu tahun 4 dan Pend Sivik Kewarganegaran tahun 4. Murid aku kali ni seramai 4 orang.
Apa beza praktikum kali ni dengan yang lepas?
Semester lepas aku praktikum di sek pend khas iaitu memng semua muridnya adalah murid pend khas (pekak) dan ada juga kelas masalah pembelajaran di Sek Keb Alor Setar, Kedah. Murid aku yang lepas seramai 3 orang dan aku mengajar Bahasa Melayu tahun 3 dan Pend Jasmani.
Praktikum kali ni, selain drpd mengajar, buat RPH, buat BBM, buat assignment, kami juga diberi beberapa tugasan oleh pihak sekolah..
Kami kena handle perasmian bulan kemerdekaan...
Pergi nilai 3, pergi kajan cari kain dan tikar getah utk lapik meja di pejabat Ped. khas...
Buat model kelas Pend Khas...
Pergi lawatan ke UPM...
Secara keseluruhannya macam2 perkara kami belajar, kami timba pengalaman pada praktikum pada kali ini.
Mana yang baik, kami tingkatkan lagi, dan mana yang masih lemah akan kami perbaiki dan insya Allah untuk praktikum semester hadapan akan buat dengan lebih baik lagi...