Selain datang ke sekolah untuk mengajar, adakalanya aku datang juga pada belah petang untuk join aktiviti kokurikulum, sukan, latihan merentas desa, gotong-royong, dan meeting (mengantukk).. Hampir tiap hari aku akan bangun sekitar jam 5 pagi untuk bersiap pergi sekolah. Sebab, selain aku ada lagi beberapa kepala yang nak mandi juga. Nasib baik la dalam kumpulan praktikum aku ni aku ni ada sorang memang asal Kedah, dapat la menumpang dok rumah dia kalau tak jenuh la nak mencari rumah sewa pulak.
Lepas sembahyang subuh, sarapan terus keluar ke sekolah. Tengah hari pas kelas kalau ada aktiviti selalunya dalam pukul 2.30 - 3.00 petang baru ada kat rumah dan baru dapat makan nasi. Kalau ada aktiviti petang, pas asar keluar lagi pergi sekolah dan nak dekat maghrib baru balik.
Pastu kalo x sempat buat Rancangan Perancangan Harian (RPH) masa belah siang, malamnya baru la aku buat dan fikir nak buat aktiviti apa masa nak mengajar dan fikir nak buat BBM apa. Dan selalunya aku akan tidur tiap malam pada jam 2 atau 3 pagi. Setiap habis satu pengajaran kena buat refleksi. Cukup seminggu kena buat laporan dan lengkapkan porfolio pula. Nak cerita pasal pengalaman berpraktikum ni memnag panjang berjela la macam buat esei. Lain kali kalau rajin aku update story lagi ye. Gambar pun tak banyak ambik.