Pages

Monday, January 28, 2013

Kemahiran Penyoalan


Kemahiran penyoalan

Pengenalan

-          Teknik menyoal merupakan teknik yang penting dalam pengajaran guru.
-         
       Hampir semua proses p & p melibatkan penggunaan teknik menyoal.


Prinsip

-          Ditujukan kepada semua murid
-          Murid diberi masa berfikir
-          Sesuai dengan kebolehan murid
-          Soalan dirancang daripada mudah kepada rumit, aras rendah ke aras tinggi.
-          Penyampaian soalan jelas
-          Melayan tindak balas murid dengan baik


Objektif

-          Untuk melibatkan murid secaara aktif dalam p&p
-          Menimbulkan minat dan ingin tahu murid
-          Membantu murid dalam perkembangan daya fikir
-          Menggalakkan murid menyoal
-          Membantu murid melahirkan idea


Komponen

-          Soalan yang ringkas dan jelas
-          Soalan yang berfokus, sama ada tunggal atau focus pelbagai (Fokus tunggal ialah soalan ditumpukan pada satu idea  sahaja. Manakala fokus pelbagai ialah soalan yang ditumpukan lebih daripada satu idea.)
-          Soalan yang boleh dialih dan disebarkan supaya banyak murid berpeluang murid berfikir
-          Membantu dengan memberikan petunjuk atau klu untuk memudahkan murid memebrikan jawapan
-          Melayan murid dengan adil
-          Soalan bertujuan mencungkil pengetahuan murid berdasarkan aras tertentu.

Wednesday, January 16, 2013

Muhasabah

Muhasabah sebelum tidur: 

Adakah aku telah menambahkan dosa atau pahla pada hari ini? Adakah aku telah menjadi seorang yg penyabar? 

Adakah aku menjaga lidahku dari mengumpat dan berkata buruk terhadap org lain?

 Adakah aku memandang serong terhadap makhluk Allah yg lain? 

Adakah aku telah laksanakan tanggungjawab aku dengan baik sebagai hamba Allah, anak, rakan, dan pelajar?

 Masya Allah... 

semoga aku dpt berubah menjadi lebih baik pd hari2 mendatang.. 

Selamat Malam..



TQ intanMartina.blogspot

terima kasih teman

Tiada siapa yg sempurna di dunia ni.. ya, aku kadang2 mudah stress dan beremosi bila berada dalam kesibukan dan masalah.

 Minta maaf kepada sesiapa yang kurang senang dengan aku, dan minta maaf juga jika ada yang terguris hati dan perasaan.

 Aku hanya memerlukan sokongan dan bantuan dari teman2 yang sedia berada di belakang ku. Terima kasih kerana memahami dan sedia membantu.

Hidup ini tidak boleh berseorangan. Kita perlukan teman sebagai penguat semangat dan penyokong apabila kita hampir tersungkur, hampir rebah, dan hampir menitiskan air mata.




Tuesday, January 15, 2013

SABAR, SABAR DAN SABAR

Aku sedang belajar untuk menjadi seorang muslimah yg lebih mengamalkan sikap bersabar menghadapi semua cabaran dan dugaan dalam kehidupan ini.

Aku sedang cuba untuk jadi lebih penyabar dan redha dengan cabaran kehidupan, dan lebih bersabar menghadapi dengan pelbagai karenah dan sikap manusia yang kadang kala menyakitkan hati dan tidak memahami tugas dan peranan orang lain.

Aku kagum dengan bebrapa orang sahabtku yg memiliki kesabaran yg agak tinggi berbanding dengan diriku. Aku akan cuba jadikan mereka sebagai guru atau contoh yang terdekat.

Tiap masalah dan cabaran dalam sesuatu tugasan itu, cuba hadapi dengan bijak. Jangan terlalu memikirkan hal tersebut hingga mengganggu kerja2 lain. Jika pasti bukan kesalahan aku, maka ignore je lah. Susah nak fahami sikap orang yang  tidak mahu  memahami tanggungjawab dan peranan orang yang lain.



 
Images by Freepik