Pages

Monday, September 26, 2011

Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) + Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) = 5 1/2 tahun

Aku skang ni, rasa nak balik rumah je.. Nak duduk je kat rumah, x nak balek2 asrama.. Tapi x bleh, dah hakikatnya aku pelajar a.k.a guru pelatih di IPIK. Aku ada lagi 3 tahun untuk abeskan pengajian disini..

What?! Apsal lama sgt. x abes2 lagi? Kawan2 aku selalu terkejut bile dapat taw aku mseh de lagi 3 thun disini.. Sbb2 rata2 dari diorang, sume dah abes dip, and mula bekerja and ada yg  masuk degree..

Huhu.. biasalah lumrah hidup.. Rezki masing2, x sama.. Buat pengetahuan rakan2 ku yang bukan warga IPG. Skang maktab perguruan sudah dikenali sebagai Institut Pendidikan Guru (IPG). Bakal2 guru2 di IPG kini tidak lagi memperoleh diploma or sijil seperti dulu tapi kini semuanya terus ke ijazah. Sebab itu, tempoh blajar kami lama ckit. Lepas apply gune SPM, kami disini belajar setahun setengah , 3 semester tuk kursus persediaan ijazah, yg dikenali sebagai Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP). Pastu barulah kami melangkah ke    Program  Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) selama 4 tahun iaitu 8 semester.

Pada semester 1 hingga 4 PISMP, setiap sem kami akan ke sekolah selama seminggu yang dikenali sebagai Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS / SBE). PBS ni bukan lah praktikal, tapi lebih kepada untuk memberi pendedahan dan suasana kepada bakal guru mengenai suasana sekolah,kelas, pengurusan sekolah, ambil sedikit pengalaman jadi cikgu, and juga mengumpulkan maklumat dan tugasan untuk kerja kursus pendek or tugasan projek.

Pada sem 5 hingga 7 nanti barulah kami akan praktikal atau lebih dikenali sebagai praktikum disini. Masa nilah baru kami mengajar seperti praktikal, dan dipantau serta diberi pemarkahan oleh pensyarah. Masa sem 5 praktikumya sebulan, pastu sem 6, 2 bulan and sem 7 lak 3 bulan. Ble sem 8 baru kembali kuliah penuh semula satu sem.

Ok, itu sje lah ckit pengetahuan mengenai IPG.. masih ramai sebenarnya x tahu IPG tu mcm mana, still masih ingt sama cam maktab perguruan yg dahulu.. Hmm..opss alamak, sebenarnya entry kali ni aku nak tulis pasal rumah, tp melencong lak pasal IPG.. hoho.. x pelah..

Ok, salam sayang
dari Nida / Kak Bunga / Azya NiedA





No comments:

 
Images by Freepik