Pages

Tuesday, May 31, 2011

Luahan yang datangnya Jauh dari dalam hatiku

Tiada sapa pun yg tahu apa yg sebenarnya tersirat dalam hatiku..
Apa yg aku nyatakan pada zahirnya tidak semestinya ianya sama dengan apa yg kurasa dan apa yg tersimpan dalam hatiku.. Aku x tipu, aku x berdusta,.. Tapi mungkin kalian yg tidak pernah benar2 bertanya pada ku, 'Are u okay,nida?' 'Ada apa masalah?' Macam mana keadaanmu sekarang?'.

Kadang2 aku bertindak seperti ingin merahsiakan sesuatu.Tetapi jika kalian bijak mendekatiku, mengambil berat akan diriku, sering bertanya padaku,.. mungkin lambat laun aku akan meluahkannya pada kalian.. Kadang2 x semua perkara itu bisa diceritakan.. Dan kadangkala juga ia mengambil masa untuk diceritakan.. Tapi mungkin juga langsung tidak diceritakan jika aku melihat kalian seperti tidak benar2 ingin mengetahuinya dan seperti ingin membantuku.

Kadangkala aku juga bertindak diluar kawalanku.. Walaupun sebenarnya aku tidak terniat melakukannya.. Aku tak terniat bertindak sedemikian.. Maafkan ku.. Aku juga insan yang lemah.. Tapi aku juga tidak suka dipandang rendah dan diremeh2 kan orang. Memang kadangkala, ada sesetengah perkara berada dalam pengetahuan ku dan ada juga sesetengahnya bukan berada dalam pengetahuanku.. Ilmu yang ada pada seseorang kita x boleh diukur mealui pandangan mata kasar sahaja.. Aku berdiam diri x bermakna aku tidak mengetahuinya. Kerana tidak semua mempercayai dan menerima kata-kata kita walaupun kita pernah mempelajari dan mengetahui mengenainya.Mengapa aku berkata sedemikian??... Kerna aku pernah mengalami pengalaman sedemikian.. Jadi jangan salahkan ku seratus peratus bila aku menyakiti kalian..

Aku sebenarnya bisa menerima teguran dan pandangan kalian, jika kena dengan caranya.. Bertegur secara berdepan boleh saja jika cara kalian tidak menjatuhkan dan memalukan ku.. Aku boleh saja terima, jangan risau.. Tapi kalau kalian tegur secara umum tapi memang ditujukan padaku dan kata2 kalian bisa menyucuk hatiku , aku memang x boleh trima.. Kadang2 aku memang tidak sengaja melakukan kesalahan dan menyakiti kalian.. Dan seringkali sahaja aku menyedari kesilapanku, dan aku juga sentiasa ingin merubah diriku.. Tapi aku juga perlukan kalian untuk aku terus kuat dan bisa mengharunginya. Bukan dengan cara seperti ingin menjatuhkan diri, perasaaan dan air muka ku!!

Aku memang manusia biasa. Iman kita sentiasa naik dan turun, ada pasang surutnya. Jadi tolonglah faham keadaanku.. Jangan menilai diriku jika kalian tidak benar2 mendalami isi hati dan diriku..

Aku ingin hidup gembira seperti kalian juga.. Adakah kini aku tidak gembira?? Entah la.. Aku tidak boleh menyatakannya.. Kerna jika aku nyatakan pada kalian adakah kalian ingin benar2 mendengar dengan penuh minat dan setia dan memandang tepat ke arah mataku ?? jIka iya sekali pun maaf mungkin sudah terlambat.. Biarkan saja aku begini.. Biarkan aku bermuhasabah diri dan melangkah setapak demi setapak untuk mengembalikan NIDA yang dahulu atau mungkin juga kalian akan berjumpa NIDA yang baru. Aku juga tidak pasti.. Kerna manusia hanya boleh merancang, tapi Allah yg berkuasa diatas segalanya.

Aku lebih suka melakukan sesuatu perkara itu secara senyap2 dan sendiri. Bila ada faktor yang lain kadang2 aku tidak bisa melakukannya.. Jadi kadangkala kesudahannya aku tidak dapat melakukan yang terbek buat diriku.

Ya, aku memang x sebaik korang.. Aku taw. Tapi aku yakin masing2 ada kelebihan, kekurangan, kelemahan dan keistimewaan tersendiri. Seseorang yang kelihatan seperti keanak-anakan tidak semestinya tidak matang dalam pemikiran, tindak tanduk, dan membuat keputusan dalam idupnya. Dan seseorang yang kelihatan matang tidak semestinya boleh berfikir, dan melakukan keputusan idup yang matang dan wajar juga. Berilah peluang pada diri sendiri dan orang lain untuk bersuara, bercakap dan bertindak.

Memang benar kita semua tidak sempurna.. Tapi kita bisa menjadikan apa yang kita ada dan rasa menjadi sempurna dimata kita sendiri. kita bisa jadikan apa yg kita miliki adalah yg terbek buat kita. Dengan itu idup kita kan lebih bermakna dan tidak mencari kesempurnaan dan kebahgiaan yg len.. Tak salahkan??.. Cuba baca dan fahami kata2 aku itu.

Maaflah jika kalian tidak senang atau terguris dengan kata2 ku ini. Aku hanya meluahkan apa yg terbuku.. Aku tidak bisa meluahkannya pada sesiapa pada masa dan saat ini.. Hanya di blog ni saja yg bisa ku taipkan. Mungkin ada follower yang mahu menberikan kata2 semangat dan nasihat padaku, walaupun aku tahu blog aku ni tak dibaca oleh ramai orang. Tapi aku amat hargai jika kalian dapat memahami apa yg ku sampaikan ini.

Monday, May 23, 2011

Perkembangan kanak-kanak, Dr gigi, JPN dan sweet home..

Alhamdulillah.. paper rini lebih baik dari paper yg lepas. Boleh la jugak jawab dan gorenk. Hope dpt result yg mantap.. hehe..

Pas exam tadi, balek asrama jap siap2 and kuar menuju ke klinik gigi nak cek gigi..

Dr kata ada sebatang kena cabut, bila2 boleh cabut tapi pagi isnin dan rabu sahaja.. tapi de appoinment ujung bulan depan tuk tampal gigi2 len.

Sakit x cabut gigi? aku kena cabut gigi atas yg ujung skali.. Dr kata dah rosak, so urat saraf die sampai menyebabkan gigi2 bahagian atas sampai kebawah sebelah kanan sakit. Itu sebab skng aku sakit menjerit oo ble minum air sejuk. Aku gune ubat gigi yg mahal2 pun x berkesan. siap beli colgate sensitive pro-relief and sensodyne lagi. Rupe2 nye memang ade gigi yang rosak nak kena cabut. Dah berbulan bulan sebenarnya sakit nie. tapi buat x taw je. kejap sakit kejap ilang. skang nak kumur2 pas gosok gigi lak sakit.

Sape pnah cabut gigi kat kerajaan? sakit x? nakgi swasta skng no pulus. kena tunggu elaun sem depan la..

pastu aku gi JPN amek IC baru.. yeah... dah siap IC baru.. baru x malu nak tunjuk IC kat org.. bygkan IC lama tu dari muke comot usia 12 tahun lg tu.. skng nak masuk 21 tahun baru tukar..

Skang tinggal lagi 2 paper. esok n lusa ptg kedua duanya. pastu pg khamis nak kemas2 barang masuk dlm stor. and maybe blek ptg and mlm lau de sape2 dapat jemput. nak balek sendiri skng cam dah riso. mak pun riso.. x nak wat family riso.. skng ni de kes simbah2 asid lak.. aduyaii..

Saturday, May 21, 2011

Entry yang ringkas tapi bermakna jika anda ingin tahu, memahami dan mengenali saya.

Bila saya dalam keadaan bersedih, kecewa, ada masalah, ada sesuatu yang berada dalam fikiran, pendek kata saya x okey, saya akan :

1. tak study.
2. termenung panjang.
3. banyak/selalu dengar radio/lagu, tak macam selalu.
4. tak banyak bercakap.
5. tersenyum dan diam saja.
6. menyendiri.
7. menangis dalam diam.
8. membawa diri / bertukar angin ke tempat lain.
9. Menarik nafas panjang. 
10. Tengok banyak movie/ siaran TV.
11. sukar memandang tepat ke wajah orang yang rapat dangan saya pada jarak yang dekat dan tempoh yang lama.

Selalunya lebih kurang seminggu saya akan tak okey. Kemudian baru keadaan saya akan menjadi seperti biasa semula. 



 Anda Faham??

Thursday, May 19, 2011

Nape rasa susah ni...

 Camna saya nak cakap nie.. aduhai.. pasti korunk pernah rasa kan.. Confirm punyer.. Senag citer saya kini -















Saya kini dilanda demam Exam!!!..

Dunia ku kini buku,buku,buku aja..
Tiap masa terluang kena study..
Nak exam la katakan..
Tapi sampai otak aku rasa cam entahla..
Tapi ada la gak masa tuk rehat and bergelak ketawa,..hihi..

Rini hari pertama aku exam..
First time sepanjang saya belajar kat IPIK ni, nilah paper pertama yang saya rasa sangat susah. - Falsafah dan Pendidikan di Malaysia.. Saya x tawlah memang susah ke atau saya je yag rasa gitu. Tapi memang rata-rata kawan2 kata susah and pas abes jawab exam tadi saya tengok ada yang menangis, menjerit, dan ada yang tak terkata-kata..

Dah lamasanya petang dari jam 2.30-5.00 ptg.. time2 gitu otak x leh nak jalan sgt dah.. Tapi memang serius aku tadi rasa cam susah nak jawab, rasa cam tak dapat nak gune otak aku semaksimumnya.. dah la sejuk dok dalam air-cond. Mende nak jawab pun sume fakta dan teori, falsafah, tokoh segala sume ada.

Exam seterusnya minggu depan lak. Isnin pagi, subjek Perkembangan kanak-kanak. Selasa dan Rabu ptg lagi, subjek Pengenalan Pendidikan Khas dan Intervensi Awal Kanak-kanak. 

Nida, Good Luck, k.. Buat yg terbek!! 




  

Tuesday, May 10, 2011

Taekwondo IPIK..

ni la gambar guru2 pelatih yang bergiat aktif dalam taekwondo IPIK.. ecehh.. ahahha.. sebenarnya banyak lagi ahli len, tapi x dek dalam gmbr ni.. len kali la lau ada aku post ek..







 
Images by Freepik