Assalamualaikum..
Hai hari ni dah 31 Disember 2013. Ini bermakna ada
sehari je lagi kita akan masuk ke tahun baru dan juga sehari je lagi aku akan
abes cuti semester. Yeahhh.. Alhamdulillah. Seronok, sebab aku akan berada
dalam tahun akhir pengajian. Alhamdulillah.
Sepanjang cuti hampir sebulan setengah ni, apa
yang aku dah buat?
Tidur?
Makan?
Atau
terpacak je kat depan laptop or TV?
No..
no.. no..
Semestinya, aku x
buang masa macam tu sahaja.
Pertama,
Kerja
part time!
Di mana?
Di kiosk Cool Blog. Boleh
la dapat sikit pendapatan sementara nak dapat elaun sem depan. Masa kerja aku
hanya masuk belah petang sampai malam. Seminggu 4 atau 5 hari shj aku kerja. So
tak ganggu pun aku nak buat kerja lain. Siap boleh jadi suri rumah lagi tolong
mak di rumah. Alhamdulillah.
Dari kiri Shabi, aku, dan kak aisyah
Kedua,
Cat
dan kemas bilik!
Yeah.. Alhamdulillah.
Dah bertukar wajah. Dari kaler peach + white, dah bertukar kepada romance
pink!. My favourite colour. Dengan kerjasama adik2 ku, kami sama2 cat sendiri
dan gubah bilik comel kami. Boleh la puas hati dengan bajet dan kemampuan diri
sendiri.
Ketiga,
Buat
BBM dan senaraikan games!
Memandangkan dah 2
semester aku praktikum, apa yg aku dapat simpulkan pensyarah kerap kali tegur
suruh aku buat permainan bahasa dlm pengajaran BM. Sedangkan aku tak lah rajin
dan kreatif tuk fikirkan permainan bhs yg menarik dan sesuai. M.A.L.A.S dan
penat.
Makanya aku amik
pengajaran lampau, aku pun guna masa cuti ni sebaiknya. Aku cari idea dan
senaraikan games yg aku boleh buat tuk praktikum akan datang.
Keempat,
Kemaskini
file2 dan buku2 sem2 lepas!
Mana yg dah tak guna
tuk 2 sem lg, aku bawa balik dan simpan kat rumah. Barang2 lain macam, baju,
rak, pun aku hantar balik ke rumah. Tak lah byk sgt kalo nak berangkut bawa
balik ke rumah kalo dah abes blaja or mana tahu tak dok umah sewa dah ke kan.
Kelima,
Baca
buku!
Yang ni Alhamdulillah
kesemua buku yang aku rancang dan bawa balik tuk baca time cuti ni, aku dapat
baca. Tapi ada 2 buku yang tak sempat nak abeskan. Ok la tu,kan.
Keenam,
Fikirkan
tajuk dan mula cari bahan utk Penyelidikan Tindakan (P.T)!
Seperti yang sedia
maklum, tahun akhir kami kena buat kertas cadangan dan laporan Penyelidikan
Tindakan. Dengar mcm susah dan rumit je. Tapi, aku percaya dengan berkat
kesungguhan, dengan bimbingan dari pensyarah insya Allah pasti aku boleh buat.
Kalau tak mcm mana senior2 lain boleh buat kan.
Ketujuh,
Pergi
Perpustakaan Negara.
Yang ni tak dirancang
pun pada mulanya. Mesti ramai terkejut, buat apa cuti2 ni pergi library.
Kihkih. Aku terrrrr…pergi sebenarnya. Alang2 dah pergi, tengok2 kut ada bahan
tuk buat pengenalan P.T, pastu pinjam 3 novel tuk dibaca. Yes, buku lagi!
Kelapan,
Kenduri
pertunangan dan perkahwinan!
Yang ni aku pasti,
ramai dpt jemputan sepanjang nov dan dis ni kan.. Aku pun sama. Mana yang dekat
area KL dan Selangor, kwn2 skola dan kampus dulu, aku usahakan datang. Aku
raikan diorang. Aku happy tgk kwn2 aku happy. Tahniah!!
Tapi ada juga yang x
dpt nak join sbb masalah masa, jarak dan wang.. kuikui.. sorry..
Ada lagi majlis kahwin yang aku pergi tapi x sempat nak amek gambar. Majlis pertunangan kawan baik aku sendiri pun aku x dapat nak datang. Tapi aku datang dua hari lebih awal utk berjumpa dan meraikan dia.
Bawah ni gambar classmate aku yang bertunang dengan classmate juga. Sweet tak??..Orang Utara dua2 nya. Aku x dapat nak datang, tapi dia wassup gambar dia. Insya Allah tahun depan diorang nikah.
Ni kenduri Fatin, kwn kelas masa sek men dulu. Skang die baru abes blaja dan bakal guru cam aku juga
Ni kenduri Lukhman, pun kawan kelas aku time sek men dulu. Sejuk mata tgk dia dgn zaujah
Ni majlis pertunangan Fatimah, kawan kelas aku masa sek men gak merangkap rakan sejawat pengawas sek.
Aku curik dari FB die..hikhik..
Bawah ni gambar classmate aku yang bertunang dengan classmate juga. Sweet tak??..Orang Utara dua2 nya. Aku x dapat nak datang, tapi dia wassup gambar dia. Insya Allah tahun depan diorang nikah.
Kesembilan,
Keluar
dengan kawan sekolah!
Yang ni tak rancang
sgt pun. Ada sorang schollmate ni yg baru abes blaja dan free. Dia la teman aku
ke Shah Alam sbb aku ada urusan. Dengan tak tahu jalannya, nseb bek ada GPS.
Pastu kitorang makan dan minum sama2. Berbual sepanjang hari, sepanjang perjalanan,
sampai ke rumah dia. Berjam2 kitorang borak non stop! Seronok sgt, girl talk.
Kesepuluh,
Duduk
rumah, abeskan masa dengan parent, adik2, dan kerja rumah!
Masa ni la nak
terperap dok kat rumah pun. Ti dah mula kuliah lagi belum tahu lagi macam mana.
Ada setahun je lagi kuliah. Pastu kut2 rezeki posting jauh2. Mana tahu kan.
Masa ni la sama ada rajin atau malas, kena juga buat kerja rumah. Sapa lagi
yang nak buat?. Kak Yonggggggggg gak.. hukhuk..
Alhamdulillah.. cuti kali ni tak dibazirkan masa
dengan sia2. Walaupun byk abeskan masa tuk tidur, online, chit chat, movie,
makan, dan sebagainya tapi aku tetap rancang dan susun aktiviti yang lain agar
cuti pada kali ini bermakna dan terisi.
Bersyukur kepada Allah Yang Maha Esa kerana masih
memanjangkan usiaku dan orang tua ku serta adik2 ku untuk terus menikmati
kehidupan yang sementara ini.
Alhamdulillah dengan rezeki yang Kau berikan.
No comments:
Post a Comment