Pages

Monday, June 10, 2013

Saranghaeyo, Arumi!



Saranghaeyo, Arumi! Arumi Kekasihku!

Haa itu la tajuk novel yang baru aku habeskan malam tadi. Sekali tengok novel ni macam tuk remaja sekolah menengah dan yang dah masuk kolej. Tapi aku baca je la dah cuti2 ni bosan juga x buat apa kan. Pandangan aku terhadap novel ni, BEST! memang best! cerita yang sweet2 dan ala2 k-pop. Hahaha. Harga pun x mahal, RM18 je.. Buku ni aku pinjam, bukan beli. hihi..

Cerita ni psl remaja yang belajar di kolej. Pasal kekeluargaan, pasal percintaan, kasih sayang, pengorbanan.. Kalo korang ada peluang, baca la buku ni..ye. Kat MPH ada :).

Dalam buku ni juga aku dapat belajar sedikit sebanyak pasal budaya dan bahasa korea. Ya, aku memang minat juga tengok movie korea tapi tengok gak la jalan citernye best ke x.. Aku x la taksub dan obses mcm fans yg lain. So, apa yg aku nak share kat sini, mungkin ada yang dah tahu dan mungkin ada yang baru tahu macam aku ni haa.. Tapi aku x kisah.. Nak share jugak supaya aku x lupe apa yg aku blaja dlm novel tu.. haha..

saranghaeyo = saya cintakan awak

gamsahamnida = terima kasih

gomawo = terima kasih

a-ni-e-yo = sama-sama

donguihamnida = sama-sama

an-yang-ha-se-yo = hai

choe-song-ham-nida = maaf

je-song-hamnida = maaf (formal)

omma = ibu

appa = ayah

annyeonghi jumusipsio = selamat malam

jee guru jer it a ra = pergi jauh2 dan diam

aegyo = aksi comel

chingu = kawan sebaya (lahir dlm tahun yang sama)

dongsaeng = adik (x kira jantina)

noona = kakak bagi adik lelaki

eonni = kakak bagi adik perempuan

hyung = abang bagi adik lelaki

oppa = abang bagi adik perempuan

sunbae = senior

hoobae = junior

bogoshipda = rindu

an-ni-o = menafikan

jagiya = darling, sweetie, honey

eo-yeo-ppeun = my sweetheart

dang-sin = my darling

yuh-bo = honey

aajunge musda = jumpa awak nanti

adeul = anak lelakiku

ne = ya

annyeong = bye

kalo dlm suasana formal atau baru kenal, biasanya menggunakan ssi' contohnya, Arumi ssi'.

Tapi buku ni bersambung la buku kedua, Mianhaeyo, Arumi! (Maafkanku, Arumi!)
Alaaa..so cerita ni masih tergantung.. Nak kena cari gak ni sambungannya.. Kalo x tak tahu la ending dia camne.. Ada sapa2 beli?? pinjam?.. haha  :-p




2 comments:

Darwisyah 'Ufairah said...

mcam best jer . nak try cari :D

nidapink90 said...

carik la.. best! hehe

 
Images by Freepik