Pages

Monday, June 29, 2015

Percutian ke Hatyai dan Krabi

Assalamualaikum


Hai,.. hari ni aku nak share psl pengalaman aku bercuti dgn kawan2 aku sebelum abes tamat belajar tahun lepas. Kitorg gamble je per, x pakai pemandu pelancong pun. Ktorg pergi Krabi, Thailand. Dan kalo korg nak tahu, total perbelanjaan seorang kat sana hanya RM700 sahaja tuk 5 hari 4 malam.. Percaya tak??.. aku pernah jumpa pakej bercuti ke krabi RM900. Dan ada yg sampai RM1000. RM700 tu termasuklah pasport, perbelanjaan bas, van sewa, hotel, chalet, makan minum sume. Cume kat sana aku tambah lagi RM150 tuk beli souvenier. Itu pun tak abes. 

Sebenarnya aku dah catat dlm fon setiap perbelanjaan dan butir2 sepanjang aku kat sana. Tapi fon tu aku dah format dan dah bagi adik aku pakai.. huhu.. so, aku tulis ni secara rambang la ye apa yg aku igt.. lau tak, bleh cter detail.

Kami kumpul duit tu dari semester 2 , setiap semester RM100, dan seorg bendahari yg akan pegang duit tu. Ble sampai semester 8, dah cukup RM700 tuk seorang. Sebelum final exam, kan ada study week. Masa tu la kami pergi bercuti. Yelah kalo tunggu lepas exam takut sume busy dgn hal masing2. Sebab dah abes blaja kann.. Dan yg pergi ni pun 11 org je, hanya separuh org je drpd kelas aku.

Kami bertolak hanya menaiki bas dari Puduraya KL pada belah pagi. Lau x silap, pukul 9 / 10 pagi. Tiket bas aku tak igt, tp yg pastinya lebih murah dari harga tiket flight. Kami sampai di Hatyai pada belah petang pada lewat waktu asar. Time, aku x ingat. Huhu.. Pengalaman naik bas ke Thailand ni mmg lama dan penat ckit la berbnding naik flight. Tapi kelebihannya, boleh jimat kos dan boleh menikmati pemandangan dan gelagat org Thai. Kami tukar mata wang Baht siap2 di KL. Sbb dengarnya kat Thai nilainya tinggi ckit.

Bila kami sampai di Hatyai, bas kami terus berhenti di tempat agensi perkhidmatan bas. Memandangkan hari sudah agak lewat, kami bercadang untuk bermalam di Hatyai sebelum bergerak ke Ao nang. Kami bertanya pada pekerja di perkhidmatan bas tu, dan mereka cadangkan kepada kami menginap di Hatyai Central Hotel yg tidak jauh dari situ. Kami pakat share satu bilik 3 - 4 org yg bernilai 600 Baht bersamaan dengan RM60 (lebih kurang la, dah x igt sgt dah ni,..hihi). Ok la, hotelnya selesa jugak.. :-)


Malam tu kami pun jalan2 cari makan, dan ambil angin malam. 




Esok paginya kami pun bersiap-siap untuk naik van sewa pergi ke Ao nang. Van tu kami dah booking awal2 daripada tempat perkidmatan bas yang kami turun semalam. Brpe baht 1 van tu, aku dah x igt. Perjalanan kami pagi dari Hatyai ke Ao nang lebih kurang 5 jam la gitu lau x silap. Sempat la berhenti 1 tempat rehat untuk makan tengah hari dan ke tandas. Yang menariknya korg nak tahu, kat Thai air kosong 1 jug dan semua ulam ulaman adalah free dan tidak dicaj. Pelanggan boleh ambil je banyak mana ulaman, dan sambal belacan untuk makan. Sampai ada kawan kami, yg kata kena makan banyak2 ni ulam sbb balik Malaysia nnti ulam kena bayar kat kedai. Hahaha..

Bila sampai kat Ao nang, kami sedaya upaya mencari hotel yang paling rendah yang kami mampu dan hampir untuk ke Krabi. Jenuh la juga kami google, kami tanya agensi pelancongan dan sebagainya. Dan akhirnya kami jumpa Adam Banglo yang harganya agak rendah dan mampu milik.. Chewahh.. Mulanya, kami dengar banglo tu igtkan betul2 rumah banglo utk disewa. Rupa-rupanya banglo tu umpama chalet kalau kat Malaysia. Lengkap dengan cafe, wifi dan laudry sume.







Sebenarnya kami masih menunggu 2 org rakan kami yang akan tiba ke Thai 2 hari selepas kami sampai. Sebabnya ada masalah pasport ckit.. huhu.. Esoknya baru kawan kami tu akan sampai. So, sementara tunggu kawan kami tu, kami pun abeskan masa dulu berjalan-jalan, makan, dan makan dan makan lagi di sekitar Ao nang town. Kami sewa skuter kat sana lau x salah aku seorang bayar 20baht. satu skuter tu boleh naik 3 orang. Dan kami sewa tu tuk 2 hari. Yang menariknya kat Thai ni, aku tgk budaya mereka, naik skuter memang boleh naik 3 orang dan tidak dikenakan kesalahan lalu lintas.



Dan aku nak gtaw ni, kat sana sume kedai makan walaupun kedai makan tepi jalan biasa je, mesti ada wifi.. so, x de masalah la..korg tetap boleh berhubung dengan insan tersayang di Malaysia. kehkehkeh..


Bila 2 org kawan yang kami tunggu tu dah sampai, kami pun cari pakej untuk pergi ke pulau-pulau menaiki bot. Yang ni bayarannya aku x igt la.. huhu.. tapi apa yg aku dpt ckp, sedaya upaya kami cuba cari yang terendah dan affordable utk semua perkara sepanjang kami bercuti disini. Pulau-pulau tu aku x igt ada berapa, dan apa nama tapi dalam masa sehari kami melawat kesemua pulau tersebut.Salah satunya Krabi la.. Best sangat. Ombak yg besar dan laut yang cantik.










Korang jgn salah faham.. yg kat depan belah kiri tu memng dah sah laki bini, tu psl berpeluk..hihi..

Ada banyak lagi gambar lain kat pantai yang cantik2 dan menarik, tp aku x dpt nak share atas sebab2 tertentu..hahah.. faham2 la sndri knpe.. maklumlah, aktiviti air, pastu ramai lak pelancong sume datang. So, nnti ada pulak yang dapat saham dosa upload gmbr kat sini.. kwang kwang kwang..

Pastu, biasa la, aktiviti2 lain kami berjalan ronda-ronda, makan, dan shpping sekitar Ao nang. Kat Ao nang kami x shopping sgt.. Bila balik ke Hatyai baru shopping tuk souvenier sbb kat Hatyai lebih murah daripada kat Ao nang. Kat sana, jgn risau nak cari makanan halal senang juga sbb ramai org islam kat sana. Tapi tetap kena hati2 terutama kalau nak beli fast food kat kedai serbaneka mcm 7 eleven tu. tengok kandungan betul2 dan pastikan cop halal ada. Pastu, kalo korg jln2 tgk brg2 kat kedai, mesti pekedai tu tegur korg dgn bahasa Thai. Sbb muka kita dgn diorg lebih kurg je, diorg tak dpt nak besa pun siapa kita. Bila kita dah kluar suara ckp english baru diorg tahu ohh, pelancong..hahah.. Diorg ada la jugak yg pandai ckp english dan ada yg tak, ala sama la mcm kita juga.





Lagi satu aku nak cakap kepada lelaki lelaki sila la kuatkan iman korg bila sampai kat sana.. Mak nyah bersepah2..hehe.. cantik2 kalah perempuan. Silap hari bulan korg bleh kena tarik masuk club diorg.. Tapi hati2 la ble jalan sorg2 kat town tu malam2. Diorg tak paksa, tapi memujuk.. Korg jln ramai2 x de masalah la.. hihi.. Kat sana juga ada banyak kedai urut dan spa. Masa ni la korg nak berurut dan ber spa pun sbb dapat harga yg murah ckit dari Malaysia. Aku sendiri ambil pakej treatment yg full body hanya 900baht bersamaan dgn RM90. Kena pandai cari jugak la.

Esoknya kami balik semula ke Hatyai dgn van sewa yg sama masa kami dtg ke Ao nang. Kira kami dah booking siap2 la. Sampai kat Hatyai kami dok lagi sehari semalam utk berjalan2 kat sana pula. Kami pergi tempat gajah (aku lupa nama tempat tu), pasar sampan, market (kat Malaysia mcm downtown), dan sebagainya. Tulah dah lama tersimpan story ni nak update, byk lupa dah. Tp yg pasti brgn kat Hatyai lebih murah daripada kat Ao nang dan Krabi.

Hari terakhir di Ao nang sebelum bertolak semula ke Hatyai


 Dalam van sewa


' Tuk tuk'






Dan akhirnya kami pun balik ke Malaysia dengan menaiki bas selepas waktu isya dan sampai di Puduraya KL hampir waktu subuh.. Oh ya, lupe nak ckp, kami semua naik motor dan tinggalkan motor tu di parking Puduraya.. Alhamdulillah..selamat je.. :-)



psstt... aku rasa nanti aku nak tukar templat dan imej blog ni.. dah lama betul tak bertukar.. nama blog pun macam rasa nak tukar.. any suggestion??








Friday, June 26, 2015

first entry 2015, bulan jun baru nak update??!!.. pe ke hal

Assalamualaikum

Ok, hai.. dah lama giler x update blog. Antara sebabnya ialah kekangan masa, malas, dan x de wifi kat rumah.. hahaha... Dulu masa belajar, sibuk mcm mana, rse rajin je nak update, pastu de wifi dan aku sndri pun pakai broadband yang boleh tahan juga gB nya. Skang aku dah potong dan pakai gB yg rendah je sbb zaman bekerja penggunaan interenet aku x setinggi mcm masa belajar dulu. Kwang kwang kwang..

Oh ya, bagi yang tak tahu aku skng dah diposting sebagai guru di Cheras.. Yeayyyy Alhamdulillah.. Tak lama aku tunggu, pas abes blaja tahun lepas, hujung bulan Jan tahun ni terus dapat penempatan. Alhamdulillah. Dan skng dah hampir 5 bulan aku bertugas di sebuah sekolah di Cheras area tasik permasuri, HUKM,dan juga hampir dgn IPG IK tempat aku menuntut ilmu 5 tahun setengah dulu. 

So, aku rasa dah banyak sangat story yg aku tangguhkan utk share di sini. Story aku gi Hatyai dan Krabi dgn kwn2 sebelu grad dulu pun x ter update kat sini. Padahal byk story aku nak share, psl pegalaman dan mungkin org yg niat nak pegi sana bleh la tgk kat blog aku ni. Tp tulah dah lama biar, dah byk lupe psl perbelanjaan sume.. So nanti aku akan update dan share mana yg aku igt.

So, nnti Insya Allah pasni, aku akan update beberapa entry.

Ok dah 12 setengah.. Waktu sekolah dah abes.. hari ni jumaat, balik awal ckit.. Bai
Assalamualaikum..


Pstt.. Baru konvo awal bulan ni.. haha..
 
Images by Freepik