Pages

Saturday, September 17, 2011

PBS di SKPK Kelantan.

    Pada 4 Sept hingga 8 Sept yang lalu, aku melalui PBS stand for Pengalaman Berasaskan Sekolah. Bagi sem ni  kami guru2 pelatih IPG sem 2 perlu menjalankan PBS mengikut subjek major kami masing2. Kelas aku P.Khas Masalah Pendengaran kena ke sekolah Deaf . Kat KL ada 2 , dua2 sekolah tu dah ada kwn2 aku yang lain cop dulu, so malas la nak ramai2 sgt dan lagipun aku x de transport nak pergi sendiri ulang alik. So aku pun ikut lah Adilah ke Kelantan.
 
    Buat pengetahuan semua, ni lah first time aku pergi ke negeri orang naik bus sorang2 taw. Risau jugak takut sesat. Tapi Alhamdulillah selamat juga sampai di Pasir Mas. Kesian Dilah n parent dia tunggu aku lama. Yelah, musim raya kan. Jem sikit. Sekarang umur aku dah menjangkau 21 tahun pada 2 Sept yang lalu. So kena la lebih berdikari, lebih matang, and bergerak sendiri. Tapi bukan bermakna aku x matang, x berdikari and x bergerak sendiri taw sebelum ni. Tapi kena la lagi2 matang, berdikari and bergerak sendiri. Kalau pegi shopping bleh je aku kuar sorang2, why not lau nak nek bus jauh2 tuk PBS  x leh lak kan? hehe.



    Rumah Dilah kat Tendong, SKPK Kelantan tu lak kat Jalan Hospital Lati, jauhnya lebih kurang setengah jam perjalanan. Hari2 ayah Dilah yang antar and jemput kami. Ayah Dilah pesara Navy. Masa first day sampai kat sekolah tu, aku rasa was2, sbb aku tengok sunyi sepi je, x nampak budak pon. Adalah beberapa org guru tapi sume cam x berkumpul depan sekolah tu. Pelik aku. Cuti ke hari ni. Mana la taw sekolah tu tambah cuti raya lagi ke kan. Kami sampai x la awal sgt, jam 7.15 pagi. Kami pergi ofis, tengok ada la sorang dua cikgu. Aku ckp nak jmpa guru besar, ada x?. Cikgu tu ckp 'owh,..guru besar belum sampai. 7.30 baru sampai.' .. Terkejut aku.. Setahu aku selalunya sekolah2 pukul 7 lagi dah mula ramai guru dan pelajar sampai, 7.30 dah perhimpunan. Mungkin budaya sekolah ni berbeza. Lepas tu kami berjumpa dengan guru penolong kanan. Dia yang layan kami, pastu kami join perhimpunan pagi. Oh sebelum tu, rupa-rupanya guru besar cuti hari tu, hari ketiga baru guru  besar datang.And aku terlupa murid2 deaf ni sebahagian besar memang dok asrama. So diorang akan dtg dari asrama terus ke perhimpunan. Sebab tu lah x nampak dak tu berkeliaran pagi2 cam sekolah biasa. And lagi satu memang la senyap, x bising, dah dak2 nyer deaf. Lau bising2 pun, cikgu2nyer yang wat bising.. hihi.




    Masa dalam perhimpunan rasmi tu, Ya Allah malunyer.. Malu sebab rasa takut tengok murid2 nyer ber sign language dgn lajunyer sesama diorang. Sampai aku x faham. Aku ni x la expert lagi sign, masih dlm proses belajar. Aku lebih kepada BIM, tapi kat sekolah lebih gune sign KTBM. Lau nak taw BIM tu ape and KTBM tu apa, bleh la tgk kat   SINI.  Tapi bile cikgunyer ber sign,aku bleh faham. Pas beberapa hari aku sampai kat sekolah tu, barulah berani and yakin nak guna sign language dgn budak2 tu. Tapi kadang2 stress gak la sebab ada masanya aku x faham apa dak2 ni cakap n dak2 tu pun ada kalanya x faham apa yang aku cakapkan.. Adoyai misunderstanding tul lah.


    Masa hari kedua kat sekolah tu, sekolah tu buat jamuan raya. Wah, best betul banyak makanan. Boleh makan banyak2.. hahaha.. Tapi aku x lah melahap sgt. Kena lah kontrol keayuan aku ckit.. hoho.. Budak2 tu semua pakai baju canteq2 masa hari tu, termasuklah para guru semua pakai lawa2 sume.. Hihi..




    Sepanjang aku berada di sana, hari2 aku ambil gambar tuk dimasukkan dalam laporan, assignment and juga sebagai kenang-kenangan. Budak2 tu bila nampak aku nak ambil gambar semua berkerumun aku, pegang2 handphone aku, sampai melekit lekit hp aku. Sabar jelah. Takkan nak marah, kang takut diorang kecil hati pula. Biasa la budak2. Nanti hp tu boleh lap2 bersihkan, kan.






    Masa hari ketiga, lepas balik dari sekolah rehat , makan, and solat jap kat rumah aku terus pergi rantau panjang dgn family Dilah. Akhirnya dapat juga aku pergi ke rantau panjang tu. Oh baru aku tahu Rantau Panjang tu macam mana. Balik dari Rantau Panjang tu, singgah kejap kat masjid Beijing. Masjid ni unik,reka bentuknya seperti reka bentuk di China. Sekali pandang, nampak macam tokong pun ada.




    Masa hari terakhir di sekolah tu, x banyak kerja dah yang nak dibuat sebab kebanyakannya aku dah dapat banyak maklumat yang diperlukan tuk laporan dan assignment aku. So aku banyak habiskan masa di makmal komputer. Tapi tiba2 guru KOKO panggil lak ajak masuk mesyuarat. Alamak malasnyer, dah last2 day pun nak kena masuk mesyuarat ke.. Adoyai. Aku bukan apa, sebab masa PBS sem lepas, banyak sgt mesyuarat aku kena gi, hampir tiap hari ada mesyuarat. Maklumlah ada guru penolong kanannya guru cemerlang.. Hihi tapi sebenarnya banyak ilmu dan pengalaman  yang aku dapat walaupun rasa penat and bosan. haha..





    Hari jumaat, hari cuti kat Kelantan. Pagi2 lagi pas subuh mak dilah dah ajak pergi ke Wakaf Baru. Aku on je. haha. Tpi sebelum tu mak dilah dah sediakan sarapan nasi kerabu dan nasi berlauk pagi tu. Dah la banyak, aku biasanya makan sikit2 je awal2 pagi. Mana larat nak makan macam tengah hari.Jenuh la aku nak abeskan. Segan aku kat family die lau x abes. hoho. Tapi last2 aku memang x larat, aku x abes gak. hoho. Tapi memang selalu hari2 time makan, mak dilah suruh makan banyak2 sampai x larat aku. Ada masanya mak dilah goreng mihun petang tu, aku dah makan kenyang dah pastu kul 7.30 mlm dah mkan malam.Sebab mak ayah Dilah buka puasa.  Aku kenyang lagi, dilah lak boh banyak nasi dlm pinggan aku. Waa...jenuh aku nak abeskan. X abes segan, dah la mak dilah selalu tegur adik dilah bile x abes makan, katanya ingat kat orang kat somalia tu yang x ckup makan tu. hehe..Ok aku paksa gak diri aku makan sampai abes. Kesannya aku sangat kenyang ok. Tq Dilah and family.

    Aku and Dilah balik ke KL pada mlm hari sabtu. Patutnya bus kami jam 9.00mlm. Tapi bas terlewat sampai sejam kemudian. Dah la ujan. Pstu bila bus dah sampai lak, bus tu x gerak lagi,sebab tunggu ada sorang lagi x sampai. Geramnyer aku. Lebih kurang jam 10.30 mlm baru bus gerak.. Sabar jelah. Mmm mungkin ada masalah kut, x sengaja lewat.. Dah la mlm, sejuk air-cond, ujan lak tu. Memang sejuk menggigil  la aku. Aku lak x bawa baju tebal, bawa cardigan je. Memang sejuk giler la. Aku dapat tido sekejap2 je sbb sejuk sgt. Mana la aku taw sejuk giker camtu, aku mana pernah gi jauh2 nek bus tanpa family.

   Apa2 pun banyak pengalaman sepanjang aku kat Kelantan tu, tapi PBS kali ni x penat sgt la, sbb aku byk free and x byk aktiviti cam sem lepas. Tapi hati aku agak tersentuh la dgn kanak2 deaf ni. Berat tanggungjawab aku, aku rasa sebagai guru deaf kelak terutamanya lau aku jadi guru bm deaf nnti. Sbb sgt ssh nak aja bm nak bagi kefahaman kat diorang. Kanak2 deaf ni agak sukar untuk memahami perkara2 yang abstrak berbanding perkara yang konkrit sebab diorang x leh mendengar so penguasaan bahasa mereka agak lambat ckit berbanding kanak2 normal yang lain. Mereka perlukan masa utk menguasai kefahaman BM yang tinggi. Sebab tu kanak2 khas ni belajar di sekolah khas lebih 2 thun dari biasa. Contohnya mereka akan berada di sekolah rendah sampai umur 14 thun. Mereka ambil UPSR pada usia 14 tahun.Tapi kelebihannya kami bakal2 guru p.khas ni kami ada elaun khas dan selalunya kelas p.khas ni blek awal ckit. Cam aku PBS baru2 ni, hari ahad sampai selasa abes pukul 1.15 ptg. Hari Rabu dan khamis lak abes kelas pukul 12.45 tgh hari. Ada orang ckp jadi guru p.khas ni senang. Sape ckp? Hanya orang yang berkecimpung dlm bidang khas ni je yg tahu and faham cabaran yang kami lalui. Tapi sebenarnya semua bidang dan kerjaya ada cabaran dan kesusahannya yang terpaksa ditempuhi. Tiada benda yang senang dalam dunia ni. Sedangkan nak makan pun nak kena cari makanan dulu, basuh tgn dulu, cari sudu garfu dulu, and nak kena buka mulut and nak kena kunyah lagi.. hihi. so, Fikir-fikirkan..


   
 

7 comments:

bintu assiddiq said...

waaauuu...
menarik2....
ak punx pernah pergi lagi rantau panjang n masjid beijing
(^_^)

bintu assiddiq said...

waaauuu...
menarik2....
ak punx pernah pergi lagi rantau panjang n masjid beijing
(^_^)

nidapink90 said...

hehe

Anonymous said...

Man orang pekak dah belajar di sekolah kebangsaan pendidikan khas kelantan Tahun 1998-2000 akhir. U belajar buku bahasa isyarat? atau siapa ajar u cakap isyarat?

nidapink90 said...

Hai en man. Sy x pasti awk akn bce blik.komen sy ni atau x.. bg mnjwb psoalan awak, saya belajar bahasa isyarat di institut dengan senior, pensyarah, rakan pekak, dan ada juga melalui buku.

Anonymous said...

Ok

Unknown said...

Assalamualaikum cikgu.. saya nama nurul barizah dari kelantan .. orang pekak la.. lama tak jumpa dengan cikgu

 
Images by Freepik