Pages

Sunday, August 21, 2011

Nasihat untuk aku, kau dan kau yang dah dapat assignment


Assignment dah dapat semua..
Ada yang dah hantar,
tapi
masih banyak yang belum hantar,
ada yang kena hantar sebelum raya,
tapi
ada yang kena hantar selepas raya dan 
PBS (Pengalaman Berasaskan Sekolah),
tapi
ada yang dah dapat bahan rujukan,
tapi 
ada yang belum,
tap
ada yang dah mula buat,
tapi 
ada yang masih belum mula satu pun,

Konklusinya, dari sekarang mesti kena mulakan semuanya.
Gunakan masa yang ada sebaiknya.
Kalau kita sungguh-sungguh, fokus, 
Insya Allah mesti kita dapat banyak hasilnya dan
dapat hantar assignment pada masa yang ditetapkan tanpa
perlu merayu-rayu kepada pensyarah
minta tangguh hantar sampai ke minggu hadapan. 

Biar bersusah-susah dahulu,
x cukup rehat,
x cukup tidur ,
berkurung je dalam bilik 
SEKARANG.
daripada terpaksa bersengkang mata,
kelam kabut,
stress sana, stress sini,
menyiapkan assignment last2 minit.

Aku mahu siapkan beberapa assignment 
sebelum balik raya ni. 
Aku nak lepas je raya dan PBS,
aku nak tinggal ckit je assignment yang nak kena siapkan.
Tapi,
tak tahulah aku mampu ke tak.
Aku sedar aku ni manusia biasa je,
bukannya robot,mesin
yang boleh beroperasi 24jam sehari.
Tapi,
insya Allah aku akan cuba semampu yang boleh
Tapi,
kalau memang x boleh x ape lah.
Yang penting aku dah cuba and usaha untuk mencapai target.




 


 p/S: gambar sem lepas, masa nak exam..

Saturday, August 6, 2011

C.I.N.T.A.

Menurut Wikepedia Cinta itu adalah satu perkataan yang mengandungi perkataan yang rumit. Yang dialami oleh semua makhluk. Cinta adalah sebuah emosi dan kasih sayang yang kuat dan ketertarikan peribadi.

Definisi cinta dalam Al-Quran pula disebut Hubb (Muhabbah) dan Wudda (Mawaddah) yang beerti menyukai, menyenangi, menyayangi.

Cinta itu adalah sebuah komitmen, bersifat naluri,merupakan fitrah semulajadi, memerlukan pengorbanan dan sentiasa meletakkan cinta itu ditempat yang teratas.

Cinta merupakan ungkapan, perasaan dan luahan dari seseorang kepada yang lain. Siapakah orangnya??

Yang paling utama semestinya Cinta kepada Allah.. Iaitu Pencipta kita dan sekalian makhluk di dunia ini. Bagaimana caranya untuk kita menunjukkan kecintaan kita kepada Nya?
Sudah tentulah dengan cara mentaati segala perintahNya dan sentiasa mengingatiNya dalam apa jua yang kita lakukan. Cinta inilah yang tidak akan luntur selamnya hingga ke akhirat kelak. Cinta kepada Allah lah yang hakiki.



Kemudian cinta juga kepada para Rasul dan nabi s.a.w. Cara untuk kita tingkatkan rasa cinta kita kepada Rasul kita ialah kita perlulah mengenali, mempelajari sirah Rasul dan menghayatinya. Bila kita dapat menghayati dan memahami perjuangan baginda, kita pasti akan berasa sayang dan rindu padanya. Oleh itu kita hendaklah berusaha untuk mengikut ajaran yang disampaikan oleh baginda kepada kita dan sentiasa mencontohi baginda dalam amalan seharian kita.



Kemudian terdapat juga cinta kepada manusia. Siapa?? Kepada ibu bapa, keluarga, sahabat-sahabat dan lain-lain. Sebelum mencintai diri orang lain, kita perlulah menyayangi dan mencintai diri sendiri dulu kemudian barulah dicurahkan rasa cinta dan sayang itu kepada yang lain. Kerana kita sayang dan mencintai diri sendiri, kita perlulah menjaga diri, dan menghargai diri kita. Jangan disakiti diri dan jiwa kita.



Rasa cinta dan sayang kepada insan lain seperti kepada kekasih yang bukan muhrim adalah tidak kekal selamanya. Kadang-kadang rasa cinta itu tidak dapat dikawal dengan akal dan jiwa yang bersih. Jadi berhati-hatilah kerana syaitan sentiasa berusaha mencari jalan untuk menyesatkan anak adam dan hawa ke lembah maksiat.





'Ya Allah, 
ketika aku menyukai seorang teman, tolong ingatkanlah aku bahawa di dunia 
tidak akan pernah ada sesuatu yang abadi.
Sehingga ketika seorang-seorang meninggalkanku,
aku akan tetap kuat dan tegar kerana
aku bersama Yang Tak Pernah Berakhir 
iaitu,
cinta-Mu Ya Allah.'


 

Friday, August 5, 2011

Puasa dan Kelebihan Solat Terawikh.



Kalau nak tahu mengenai puasa dan kelebihan solat terawikh, boleh la pergi ke link di atas.

Hehe.. aku x sempat n x de masa n malas nak olah sendiri.. Tapi memang niat nak share dgn korang. Moga korang sume dapat manfaatnya..

Tetapi terdapat juga sedikit keraguan dan kepalsuan mengenai kelebihan solat terawikh yang sering kita dengar. Kerna tiada hadis sahih yang boleh dipercayai. Itu saya tak berani nak cakap banyak. Kalau nak tahu lebih lanjut lagi, sila lah pergi ke lin di bawah ni.


Wallahualam.. 
 
Images by Freepik