Pages

Thursday, March 14, 2013

Perbezaan antara bahasa isyarat dengan kod tangan


Golongan pekak mempunyai cara komunikasinya yang tersendiri untuk bersosial dan berbual dalam komuniti mereka. Salah satunya dengan menggunakan bahasa isyarat yang terdiri daripada simbol-simbol bahasa yang bermakna dan difahami oleh mereka. Di Malaysia, biasanya warga pekak didedahkan dengan Bahasa Isyarat Malaysia (BIM), Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM), dan Kod Tangan Bahasa Inggeris (KTBI). Namun begitu, adakah setiap jenis bahasa isyarat terdapat perbezaannya atau tidak?
Bahasa isyarat dan kod tangan mempunyai beberapa perbezaan yang kadang kala tidak diketahui oleh orang lain. Dari segi sejarah, Bahasa Isyarat telah mula digunakan di Tanah Melayu sejak tahun 1954 di Sekolah Kanak-kanak Pekak Persekutuan Pulau Pinang. Kemudian Persekutuan Orang Pekak di Malaysia (POPM , 2000) telah menjalankan satu program untuk mengkaji dan mengumpulkan kesemua isyarat dari pelbagai negeri dan daerah untuk diselaraskan. Ini adalah kerana, setiap negeri dan daerah mempunyai sedikit perbezaan dari segi bahasa isyaratnya sama seperti orang yang mendengar yang mempunyai loghat bahasa melayu yang tersendiri bagi setiap negeri dan daerah. Maka buku BIM yang pertama telah diterbitkan dan mempunyai 1000 bentuk bahasa isyarat. Buku tersebut dijadikan rujukan oleh komuniti orang pekak. Selain itu, di Malaysia selain menggunakan BIM sebagai bahasa bagi orang-orang pekak, mereka juga turut menggunakan Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM) dan Kod Tangan Bahasa Inggeris (KTBI). Di Malaysia, KTBM merupakan terjemahan daripada Kod Tangan Bahasa Isyarat Amerika (ASL) pada tahun 1970-an. Ia merupakan kaedah komunikasi seluruh untuk sesi pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak pekak di sekolah. KTBM merupakan ciptaan oleh sekumpulan golongan akademik yang professional untuk pengajaran bahasa di sekolah.
Perbezaan dari penggunaannya pula, bagi BIM ia merupakan bahasa komunikasi harian yang digunakan oleh orang-orang pekak di Malaysia. Sejak dahulu lagi ia menjadi bahasa komunikasi yang dibanggakan oleh orang-orang pekak itu sendiri. Sedangkan KTBM dan KTBI itu digunakan oleh guru-guru dan kanak-kanak pekak di sekolah semasa sesi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran bahasa. Ini adalah kerana KTBM menyamai Bahasa Melayu yang sebenar. KTBM ini menggunakan komunikasi secara menyeluruh termasuklah anggota badan dan juga ekspresi muka. Walaubagaimana pun, guru-guru bagi kanak-kanak pekak ini turut menggunakan BIM bagi membantu meningkatkan kefahaman murid-murid pekak.
BIM dari segi semantiknya mempunyai makna yang berbeza bagi setiap simbol bahasa isyarat. Contohnya bagi perkataan ‘jatuh’ mempunyai isyarat yang berbeza mengikut situasi dan penggunaan ayat. Tetapi bagi KTBM dan KTBI , walaupun perkataan yang sama tetapi mempunyai makna yang berbeza, simbol isyaratnya adalah sama. Maka, untuk membezakan makna yang berlainan itu, ekspresi muka dan ayat yang betul perlu digunakan bagi memberikan makna yang tepat.
Seterusnya , perbezaan bagi BIM dan KTBM ini dapat dilihat dari segi sintaksisnya. Sintaksis ialah ilmu bahasa yang mengkaji bentuk , struktur , dan binaan ayat. Dalam BIM, golongan pekak menggunakan ayat yang tidak tepat dari segi tatabahasanya. Subjek dan predikat tidak disusun dengan baik semasa berkomunikasi dengan orang lain. Dalam BIM, ayat predikat didahulukan dan kemudian diikuti dengan ayat subjek. Tidak seperti KTBM yang menggunakan tatabahasa dan sintaksis dengan tepat. Dalam KTBM, subjek dan predikat disusun mengikut peraturan bahasa Melayu. Jika BIM diterjemahkan dalam bentuk penulisan, susunan ayat subjek dan predikat adalah tidak tepat dan tidak tersusun mengikut peraturan tatabahasa Bahasa Melayu.
KTBM lebih menekankan penggunaan Bahasa Malaysia yang baik dan betul tatabahasanya dan menggunakan penambahan imbuhan awalan dan akhiran dalam perkataan yang digunakan. Berbanding dengan BIM, ia lebih kepada ringkasan dan tidak ada penambahan imbuhan pada perkataan yang digunakan. Malah, jika BIM diterjemahkan dalam bentuk penulisan, susunan ayat BIM adalah tidak tepat serta tidak tersusun dengan baik. Bagi golongan pekak yang terpelajar biasanya mempunyai kemahiran BIM dan KTBM kerana mereka dapat menguasai Bahasa Malaysia dengan baik. Mereka menggunakan imbuhan dan ayat yang betul dalam Bahasa Malaysia. Tetapi, dalam buku KTBM edisi kedua dan seterusnya dikatakan sukar diingati dan jarang digunakan oleh kebanyakan warga pekak.
Antara perbezaan yang ketara dalam BIM dan KTBM ialah KTBM direka oleh kumpulan pendidik yang bukan pekak. Mereka mengambil dan menukarkan Bahasa Isyarat Amerika (ASL) untuk diubahsuaikan dengan Bahasa Malaysia. Kumpulan pendidik yang mencipta KTBM ini hanya mempunyai pengetahuan yang terhad dalam kebudayaan pekak. Oleh sebab itu, kebanyakan warga pekak tidak mengamalkan KTBM ini secara menyeluruh. Tetapi ia amat relevan digunakan untuk pengajaran Bahasa Malaysia di sekolah. Sedangkan BIM itu merupakan bahasa yang diciptakan oleh orang-orang pekak itu sendiri. Maka penggunaan BIM dalam komunikasi antara orang pekak adalah lebih difahami dan selesa digunakan. Begitu juga dengan Kod Tangan Bahasa Inggeris (KTBI) juga merupakan Kod Tangan yang digunakan di sekolah untuk sesi pengajaran dan pembelajaran bahasa inggeris. Isyarat Tangan ini mempunyai tatabahasa dan imbuhan yang betul sama seperti yang terdapat dalam KTBM. KTBI ini dapat membantu kanak-kanak pekak untuk meningkatkan penguasaan dalam Bahasa Inggeris. Ia adalah mengikut kandungan perkataan dalam standard kamus Bahasa Inggeris. Kebanyakan perkataan dalam KTBI juga diambil daripada perkataan ASL. Walaupun begitu, ASL dan KTBI mempunyai perbezaan dan tidak boleh disamakan. Jika terdapat dua orang yang berlainan yang masing-masing mengamalkan ASL dan KTBI, mereka mungkin tidak dapat memahami mesej yang ingin disampaikan.
Seterusnya perbezaan yang dapat dilihat antara BIM dan KTBM atau KTBI ialah, dalam KTBM dan KTBI setiap simbol isyarat mempunyai kata dasarnya yang tersendiri. Contohnya bagi isyarat ‘mendung’ dan ‘mega’ , ia berasal daripada kata dasar ‘awan’ . Dalam KTBM dan KTBI juga, terdapat simbol isyarat yang hampir sama tetapi kod huruf pada isyarat tersebut yang membezakannya. Contohnya, bagi isyarat orang, bangsa, pelajar, dan rakyat mempunyai bentuk isyarat yang sama. Tetapi yang membezakannya ialah kod huruf pada simbol isyarat tersebut. Maka dengan itu, pelajar atau murid yang mempelajari KTBM dan KTBI akan lebih mudah mengingati simbol isyarat tersebut. Dalam BIM, simbol isyaratnya lebih kepada sifat, ciri-ciri, dan perilaku perkataan tersebut. Contohnya bagi isyarat untuk haiwan, kebanyakannya mengikut sifat dan tingkahlaku haiwan tersebut.
Kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan BIM, KTBM, dan KTBI ialah BIM ini merupakan bahasa isyarat yang digunakan oleh golongan pekak sejak dahulu lagi. Setiap negeri dan daerah mempunyai isyarat tangan yang tersendiri tetapi telah pun diselaraskan dan diterbitkan dalam buku BIM. Namun begitu kelemahannya ialah dalam BIM tidak terdapat simbol isyarat untuk imbuhan. Dan penggunanya sering menggunakan ayat yang tidak lengkap dan tepat seperti dalam ayat baku Bahasa Malaysia. Sedangkan dalam KTBM, isyarat yang digunakan mempunyai tatabahasa dan imbuhan yang sama dalam Bahasa Malaysia baku. Ia dicipta oleh sekumpulan pendidik yang bukan pekak dan mempunyai pengetahuan budaya pekak yang terhad. Tujuan KTBM ini dicipta ialah untuk digunakan di sekolah bagi pengajaran Bahasa Malaysia. Begitu juga dengan KTBI yang digunakan semasa pengajaran Bahasa Inggeris di dalam bilik darjah. Walaupun begitu, kadang kala guru juga akan menggunakan BIM sewaktu pengajaran bagi memberikan kefahaman kepada murid-murid pekak.





Monday, March 11, 2013

Tugasan BMM3117 (2012)


Hasil pemerhatian pengalaman berasaskan sekolah (PBS)
BMM3117 Kaedah pengajaran bahasa melayu sekolah rendah

1.0  PENGENALAN
Saya telah menjalani pengalaman berasaskan sekolah (PBS) di Sekolah Kebangsaan Seri Cheras, Jalan Cheras, Kuala Lumpur pada 13 hingga 15 Ogos 2012. Saya dikehendaki untuk melakukan pemerhatian dan berinteraksi dengan komuniti sekolah sepanjang menjalani PBS. Saya perlu merekodkan dapatan saya mengenai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang kerap dan kurang dilaksanakan oleh guru dan implikasinya terhadap pengajaran dan pembelajaran.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), kaedah bermaksud cara atau aturan membuat sesuatu atau hukum atau prinsip. Kaedah itu merupakan sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat. Menurut Mok Soon Seng (1992 dalam Adenan Ayob, 2012) kaedah pengajaran adalah tentang cara sesuatu objektif pembelajaran didekati dengan langkah penyampaian tersusun. Hassan Langgulung (1981 dalam Adenan Ayob, 2012) turut mengatakan pendapat bahawa kaedah itu merupakan satu aktiviti pengajaran yang mempunyai langkah-langkah tersusun. Terdapat lapan jenis kaedah dalam pengajaran Bahasa Melayu iaitu kaedah natural, kaedah tatabahasa terjemahan, kaedah terus, kaedah ajuk hafaz, kaedah linguistik, kaedah kod kognitif, kaedah bahasa komuniti, dan kaedah oral-aural.
Teknik pula menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), bermaksud kaedah penciptaan sesuatu hasil seni seperti muzik, mengarang dan sebagainya. Anthony (1963 dalam Khairuddin Mohamad, 2012) mentakrifkan teknik itu ialah satu muslihat atau taktik yang digunakan oleh guru untuk mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu pengajaran bagi bahagian bahasa tertentu. Guru menggunakan teknik atau alat untuk menyampaikan sesuatu bahan pengajaran. Teknik pengajaran digunakan adalah untuk menarik perhatian murid, mengekalkan perhatian murid, dan juga untuk membangkitkan inkuiri murid. Terdapat empat jenis teknik iaitu teknik drama, teknik permainan bahasa, teknik latih tubi, dan teknik bercerita.

2.0  TUJUAN PERNYATAAN
Melalui aktiviti pemerhatian ini semasa menjalani PBS di sekolah, saya dapat memperolehi pendedahan awal mengenai pembelajaran murid. Saya dapat melihat bagaimana seseorang guru itu menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di dalam kelas. Selain itu, saya dapat membina kemahiran berinteraksi dengan murid, guru, dan kakitangan sekolah. Semasa saya menjalani PBS, saya perlu berinteraksi dengan guru, murid, dan pihak sekolah untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan untuk menyiapkan tugasan dan juga untuk meluaskan pergaulan sosial saya. Saya juga dapat membina kemahiran inkuiri penemuan dan kemahiran berfikir secara kreatif dan analitikal melalui tugasan yang diberikan. Pengalaman yang telah dikutip sepanjang berada di sekolah dapat didokumentasikan untuk perbincangan semasa sesi refleksi selepas PBS dilaksanakan.

3.0  PERNYATAAN PROFESIONAL
3.1  Sebelum PBS
Sebelum saya pergi ke sekolah untuk menjalani PBS, saya telah mengenalpasti apakah tugasan yang perlu saya siapkan. Salah satu tugasan yang perlu saya lakukan ialah melakukan pemerhatian dan interaksi dengan komuniti sekolah untuk dapatan pemerhatian mengenai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

3.2  Semasa PBS
Semasa menjalani PBS di Sekolah Kebangsaan Seri Cheras, saya telah berusaha untuk mencari dan berkenalan dengan guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu. Saya telah melakukan pemerhatian terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu untuk tahap satu.
Guru kerap menggunakan kaedah ajuk hafaz iaitu kaedah yang menggunakan latih tubi dan demonstrasi. Pada mulanya, guru akan menyebut ayat atau perkataan, kemudian diikuti oleh murid-murid sehinggalah murid-murid dapat mengingati perkataan atau ayat tersebut. Kaedah ini digunakan dengan cara hafazan dan menggunakan beberapa ayat asas melalui cara ajukan. Antara kebaikan menggunakan kaedah ajuk hafaz ini ialah sesi pembelajaran menjadi mudah kerana murid belajar melalui hafazan dan ajukan. Murid juga dapat menguasai pelajaran dengan cepat dan betul. Namun begitu, terdapat juga kelemahan dalam kaedah ajuk hafaz ini iaitu tugas guru menjadi makin bertambah kerana perlu menyediakan latihan pertuturan yang banyak, dan guru juga perlu menguasai cara sebutan yang betul terlebih dahulu.
Kemudian, kaedah tatabahasa terjemahan turut digunakan oleh guru di Sekolah Kebangsaan Seri Cheras. Kaedah ini lebih menekankan  kepada kemahiran menulis. Tujuan kaedah ini digunakan ialah untuk membolehkan murid-murid memahami tatabahasa sesuatu bahasa disamping melatih murid-murid menulis dengan menggunakan bahasa yang betul. Tatabahasa yang diajarkan oleh guru ialah tatabahasa formal. Kaedah tatabahasa terjemahan ini berteraskan pendekatan deduktif dan menekankan hafazan peraturan tatabahasa. Kebaikan menggunakan kaedah ini dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa ialah dapat menjimatkan masa kerana tidak perlu menggunakan masa yang panjang, dapat menjimatkan kos kerana tidak memerlukan penggunaan kos yang tinggi, dan tidak membebankan guru kerana tidak perlu menggunakan bahan bantu mengajar yang pelbagai. Kelemahan menggunakan kaedah ini pula ialah murid beranggapan bahawa pembelajaran struktur bahasa adalah tidak penting kerana lebih menekankan aspek hafazan.
Kaedah yang kurang digunakan oleh guru Bahasa Melayu tersebut semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah ialah kaedah natural, kaedah terus, kaedah linguistik, kaedah kod kognitif, kaedah bahasa komuniti, dan kaedah oral-aural. Saya merasakan guru patut mempelbagaikan kaedah pengajaran semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dan disesuaikan dengan jenis murid dan tahap. Dengan itu pembelajaran yang lebih berkesan akan berlaku.
Seterusnya, saya juga mendapati bahawa guru tersebut banyak menggunakan teknik  latih tubi dalam pengajaran bahasa untuk murid-murid menaakul isi-isi pelajaran. Teknik latih tubi ialah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari. Tujuan menggunakan teknik latih tubi ini ialah untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran, di samping menjamin ketekalan ingatan. Kebiasaannya, guru akan memberikan latih tubi selepas tamat mengajar sesuatu tajuk di dalam kelas. Kemudian guru akan memberikan kerja sekolah kepada murid-murid untuk disiapkan di rumah. Apabila kelas berikutnya diadakan, guru akan menyemak hasil kerja murid dan memberikan jawapan yang betul atau melakukan perbincangan dengan murid di dalam kelas. Saya mendapati guru tersebut tidak menggunakan teknik drama, teknik permainan bahasa, dan teknik bercerita semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran bahasa di dalam kelas. Implikasinya, murid akan berasa bosan dan tertekan kerana hanya diberikan latih tubi tanpa ada aktiviti-aktviti lain yang lebih menyeronokkan seperti drama, permainan, dan bercerita di dalam kelas. Guru perlu mempelbagaikan lagi teknik pengajaran agar dapat mengekalkan minat dan perhatian murid untuk belajar bahasa.

3.3  Selepas PBS
Selepas saya pulang dari menjalani PBS di Sekolah Kebangsaan Seri Cheras, saya telah meneliti hasil dapatan yang saya perolehi sepanjang berada di sekolah tersebut. Saya telah menyiapkan laporan aktiviti saya ini dalam bentuk penulisan dan perlu ditulis sebanyak 1000 hingga 1500 patah perkataan. Saya telah dapat membuat refleksi dan kesimpulan bahawa sepanjang saya berada di sekolah tersebut, saya telah berusaha untuk mencari guru ketua panitia Bahasa Melayu untuk berjumpa dan menyatakan hasrat saya mengenai tugasan Bahasa Melayu ini. Namun begitu, saya telah gagal mencari beliau dan akhirnya saya berjaya berjumpa dengan guru Bahasa Melayu tahap satu. Kemudian saya telah mengikuti kelas guru tersebut untuk menjalani pemerhatian saya terhadap pengajaran dan pembelajaran beliau. Kemudian saya telah mengenalpasti murid yang ingin saya temui dan menguji tahap penguasaan Bahasa Melayu murid tersebut.
Pada hari berikutnya, saya berasa bertuah kerana berpeluang untuk menggantikan guru yang tidak hadir selama 1 jam di kelas yang saya masuki pada hari pertama iaitu 1 Intelligent. Saya telah menggunakan masa 1 jam tersebut untuk berinteraksi dengan murid-murid dan menjalankan satu sesi pengajaran dan pembelajaran suku kata KVK. Saya telah menggunakan bahan bantu mengajar seperti tayangan slide power point, kertas bergambar, dan audio muzik. Sebelum saya memasuki kelas tersebut, saya telah membuat satu lakaran rancangan pengajaran harian untuk merancang aktiviti saya di dalam kelas. Saya telah menggunakan kaedah oral-aural dan teknik bercerita. Saya mendapati bahawa murid-murid tersebut gemar dengan bahan bantu mengajar saya terutamanya semasa menggunakan audio muzik. Namun begitu, masih terdapat beberapa kelemahan yang perlu saya perbaiki iaitu, saya tidak dapat mengawal keseluruhan kelas dengan baik. Terdapat murid yang kurang memberikan perhatian dan ada yang bergaduh sesama mereka. Saya juga tidak dapat menunjukkan tayangan dan video muzik dengan baik kerana ketiadaan alat LCD di dalam kelas tersebut.
Saya juga merasakan bahawa saya perlu berusaha untuk masuk ke kelas dengan lebih banyak untuk melakukan pemerhatian sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Dengan itu saya akan dapat meluaskan lagi pandangan dan pengalaman saya. Walaubagaimana pun, saya berasa berpuas hati kerana berpeluang untuk berinteraksi dengan pihak sekolah, guru, staf, dan juga murid. Saya dapat meluaskan lagi pergaulan saya, menambahkan pengalaman, dan pengetahuan dalam bidang pendidikan dan juga pengajaran bahasa melayu.


Rujukan

Adenan Ayob. (2012).Siri Pendidikan Guru Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar.







RPH BM (laras bahasa, menyampaikan maklmat dan komen)


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)


MATA PELAJARAN                        :           Bahasa Melayu
TAHUN                                  :            5 Bijak
BILANGAN MURID             :            20 orang
MASA                                     :            60 minit
TAJUK                                   :           Kepelbagaian laras bahasa di sekeliling kita.
OBJEKTIF                             :           Pada akhir pembelajaran, murid dapat ; 
1.    Menggunakan laras bahasa yang sesuai dan betul.
2.    Menyampaikan maklumat kepada pihak lain.
3.    Mengemukakan komen yang sesuai berdasarkan maklumat yang disampaikan oleh pihak lain.
HASIL PEMBELAJARAN   :
Fokus Utama                                  
3.1   Menyampaikan maklumat dalam pengucapan yang mudah, betul, menarik, dan berkesan.
Aras 2
i. Mengkategorikan isi berdasarkan topik yang dibincangkan.
ii. Mengemukakan sesuatu maklumat dengan menggunakan laras bahasa yang sesuai.

Fokus sampingan   
3.3 Menyampaikan maklumat kepada pihak lain dalam aktiviti yang terancang.
Aras 3
i. Melahirkan perasaan dengan menggunakan bahasa puitis berdasarkan sesuatu tema.

4.2 Mengemukakan komen yang sesuai berdasarkan pemerhatian, pengalaman, dan maklumat yang disampaikan oleh pihak lain.
Aras 2
i. Menghuraikan maklumat untuk memberikan teguran yang positif dan meyakinkan.

PENGISIAN KURIKULUM
Nilai Murni                            :           Toleransi, kebebasan bersuara, sikap keterbukaan, saling membantu dan bekerjasama.
Ilmu                                        :           Seni pergerakan.
Nilai Tambah                                    :           Kecerdasan pelbagai, kemahiran berfikir,      konstruktivisme.
Sistem bahasa                     :           Kosa kata dalam pelbagai aras.
Pengetahuan Sedia Ada    :          Murid pernah mendengar pelbagai jenis laras bahasa.
Bahan Bantu Mengajar      :           Bahan elektronik, dan bahan bercetak.
KOMPONEN
ISI PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
CATATAN/JUSTIFIKASI
Set Induksi.
(5 minit)
Tayangan video.
1.    Guru menayangkan video yang menunjukkan pelbagai jenis laras bahasa.
2.    Guru mengaitkan dengan tajuk pelajaran.
Pendekatan.
Berpusatkan bahan.
Kaedah.
Menggunakan tayangan video.
Langkah 1.
(10 minit)
Perbincangan mengenai laras bahasa.
1.    Guru melakukan perbincangan dengan murid mengenai laras bahasa.
Pendekatan.
Berpusatkan guru dan murid.
Kaedah.
Tayangan slide power point.
Langkah 2.
(30 minit)
Perbincangan dalam kumpulan.
Persembahan.
1.    Murid diminta untuk melakukan perbincangan dalam kumpulan.
2.    Murid perlu mencabut satu sampul surat daripada guru.
3.    Murid diminta untuk merancangkan satu persembahan mengenai laras bahasa yang tertulis dalam sampul surat yang dipilih.
4.    Murid melakukan satu persembahan yang berkaitan dengan satu jenis laras bahasa
Pendekatan.
Berpusatkan murid dan bahan.

Kaedah.
Kertas bercetak dalam sampul surat.
Persembahan.
Langkah 3.
(10 minit)
Penilaian
1.    Murid menjawab latihan pemahaman yang diberikan oleh guru.
Pendekatan.
Berpusatkan murid.

Kaedah.
Lembaran kerja.
Penutup.
(5 minit)
Rumusan.
1.    Guru meminta murid untuk membuat kesimpulan.
Pendekatan.
Berpusatkan murid.


Thursday, February 21, 2013

Kemahiran Penerangan


KEMAHIRAN PENERANGAN

konsep
-          Merupakan satu proses memberikan kefahaman kepada murif
-          Maklumat yang disampaikan itu dapat difahami oleh penerima iaitu murid dalam situasi p&p

Prinsip
-          Guru hendaklah merancang pengajarannya dengan teliti untuk memastikan bentuk penerangan yang sesuai
-          Penerangan hendaklah selaras dengan umur, kebolehan dan pengetahuan sedia ada muris yang berbeza.
-          Penerangan hendaklah sesuai dengan isi pelajaran.
-          Penyediaan contoh, ilustrasi, dan bahan bantu
-          Jangka masa menerang yang sesuai
-          Penggunaan bahasa yang sesuai
-          Daripada senang ke kompleks, daripada yang diketahui kepada sebelum diketahui, daripada kongkrit ke abstrak
-          Pemeringkatan/penyusunan  idea
-          Respons daripada murid

Objektif
-          Memahami konsep isu
-          Menghuraikan seseuatu proses atau prosedur
-          Menaakul sebab terjadinya satu peristiwa dan meramalkan kemungkinan sesuatu peristiwa
-          Menyampaikan maklumat dan menjelaskan isi pelajaran dalam masa singkat.
Kesan penerangan
-          Konsep pelajaran menjadi jelas dan tepat.
-          Murid akan memahami sesuatu prosedur secara teratur dan terperinci
-          Murid dapat menaakul sebab terjadi sesuatu peristiwa
-          Dapat menarik perhatian murid terhadap sesuatu isu/topic
-          Segala abm yang digunakan semasa menerang dapat memudahkan pemahaman murid.

Penerangan ialah satu proses memberi kefahaman kepada orang lain,  dan kemahirannya ialah menentukan yang penerangan itu difahami.   Kemahiran memberi penerangan dengan tepat dan berkesan salah satu kemahiran yang mesti ada pada guru.      Oleh itu ada banyak peringkat dan bentuk kefahaman, juga banyak peringkat penerangan,
a.         Pentarifan      -           menjelaskan sesuatu isu
b.         Penerangan    -           menerangkan proses, struktur dan langkah-langkah.
c.         Sebab              -           pemberian alasan
Penerangan berstruktur
(a)         Penggunaan keutamaan -  guru nyatakan dengan jelas, tepat dan padat fakta utama yang terlibat.
(b)        Penggunaan contoh   -    perkara yang dititik beratkan ialah mudah, berkait, penggunaan media yang sesuai dan menimbulkan minat.
(c)         Penyimpulan       -        guru menyatakan perkara utama dalam penerangannya.    Dr. G.A. Brown,     ‘Penerangan ringkas sangat penting untuk penerangan yang berkesan’.
Penerangan Penyampaian
(a)         Penggunaan penyampaian yang jelas                 -           guru menerangkan sesuatu  aspek pada  satu masa, dan memfokuskan semula dengan menggunakan ringkasan atau ilastrasi.     Ia hendaklah menggunakan bahasa yang sesuai dan berhenti sejenak sebelum sesuatu aspek penting diterangkan.
(b)        Penggunaan penekanan variasi rangsangan      -           guru hendaklah menggunakan peringkat, nada dan intonasi suara yang boleh menyampaikan kepentingan yang berkaitan  dengan sesuatu.     Gerak geri dan pergerakan hendaklah digunakan dengan sewajarnya.
(c)         Penggunaan penekanan – petunjuk dan perkaitan dan keutamaan -   menggunakan perkataan atau rangkai kata yang boleh membawa kepada sesuatu yang penting dalam penerangannya -   contoh:
Petunjuk        -           ‘Tiga bidang utama………….’
Perkaitan       -           ‘Ini  membawa kepada……………’
Keutamaan    -           ‘Dengan  ini……………….’
(d)    Jauhkan kekaburan          -           ini ada kaitan dengan penerangan yang jelas.     Elakkan menggunakan perkataan ‘…….. dan lain-lain, ……. dan sebagainya…….. dan yang sama sepertinya’.
(e)     Sekuens      -           guru boleh menggunakn pendekatan induktif atau deduktif, pelbagai rangsangan dan kaitan untuk menunjukkkan penerangan  ke arah yang betul.
(f)     Maklumat balas     -           penerangan guru janganlah panjang lebar, beri peluang murid menjelaskan kefahaman, sikap dan minat dan memberi peluang mendapat maklum balas. Guru hendaklah mengawal penyampaian, kelancaran, bahasa dan bilangan contoh yang digunakan.

Set Induksi


Definisi Set Induksi
Omardin Ashaari (1997) mendefinisikan set induksi adalah proses terawal dalam sesuatu pengajaran yang dirancang dengan sengaja untuk tujuan-tujuan tertentu.
Ee Ah Meng (1987) menyatakan set induksi ialah kemahiran yang berkaitan dengan cara untuk menyediakan pelajar anda bagi mengikuti sesi pengajaran iaitu orientasi prapengajaran.
Mok Song Sang (2001) menyatakan set induksi merupakan bahagian permulaan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran dimana tujuan utama mengadakannya ialah untuk membina aliran fikiran serta menimbulkan minat murid-murid supaya mereka dapat memusatkan perhatian terhadap isi pelajaran yang hendak disampaikan.
Berdasarkan kepada ketiga-tiga definisi di atas, dapatlah disimpulkan bahawa set induksi ialah satu cara memulakan pengajaran dimana kemahiran memulakan pengajaran amat penting kerana di sini guru meyampaikan ideanya kepada pelajar dan menanamkan ke dalam fikiran pelajar bahan-bahan pengajaran yang hendak disampaikannya. Sementara itu, guru juga perlu menumbulkan minat dan menggerakkan para pelajar supaya mereka sedia belajar dan memikirkan pengetahuan serta kemahiran yang dipersembahkan oleh guru mereka.

 Prinsip-prinsip Panduan
Ee Ah Meng (1987) menyatakan bagi mencapai kejayaan dalam set induksi atau permulaan pelajaran, guru hendaklah mematuhi prinsip-prinsip berikut:
i) Bermakna
Permulaan pelajaran sepatutnya bermakna kepada murid-murid dari segi minat, pengalaman, kebolehan dan umur.
ii) Perkaitan
Permulaan pelajaran sepatutnya berkaitan dengan isi dan objektif pelajaran.
iii) Perkaitan
Permulaan hendaklah berkaitan dengan pengetahuan sedia ada murid-murid.
-          Menarik perhatian, minat dan ingin tahu murid
-          Jangka masa terhad (3-5 minit)

Objektif-objektif Set Induksi
Antara objektif-objektif kemahiran Set Induksi adalah seperti yang berikut:
i) Mendapatkan perhatian murid.
ii) Memotivasikan murid-murid.
iii) Mencadangkan cara-cara menjalankan tugas.
iv) Menyatakan had tugas yang akan dilaksanakan.
v) Membuat perkaitan antara yang telah dialami dengan yang di luar pengalaman murid-murid.
 Komponen-komponen Set Induksi.
Komponen-komponen utama dalam kemahiran Set Induksi ialah menarik perhatian, mewujudkan motivasi, perkaitan kognitif dan menstruktur.
i) Menarik Perhatian
Untuk menarik perhatian murid-murid, guru boleh mengubah unsur-unsur ketegangan, gerak-geri dan kontak mata, menunjukkan sesuatu yang menghairankanm mengadakan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan atau berusaha menimbulkan rasa ingin tahu murid-murid seperti penggunaan bbm.
ii) Mewujudkan Motivasi
Sebelum mengajar, guru perlu memastikan murid-murid dalam keadaan yang sedia dan bermotivasi untuk belajar. Apabila pelajar memberi perhatian, barulah pelajaran sebenarnya boleh dimulakan dengan senang dan mudah. (Omardin Ashaari,1997). Dengan semanagat, kemesraan, merangsang naluri ingin tahu, menggunakan unsur saspens, cerita, sola jawab dan aktiviti yang menarik.
iii) Perkaitan Kognitif
Guru yang membuat perkaitan antara pelajaran baru dengan pengetahuan sedia ada murid akan dapat menyampaikan pengajarannya dengan lebih berkesan. Membuat perkaitan antara isi pengajaran yang akan disampaikan dengan pengetahuan sedia ada murid/isi pelajaran lepas.  Misalnya, guru yang mengajar ciri-ciri segitiga sama kaki boleh membincangkan ciri-ciri umum sesebuah segitiga terlebih dahulu.



iv) Menstruktur
Dalam proses menstruktur, guru memberitahu tugas yang akan dijalankan atau cara-cara menjalankan tugas itu. Contohnya, “Kita akan cuba menamakan lima bahagian Bunga Raya ini setelah melihat bahagian-bahagian itu dengan teliti”. Dengan menghadkan tugasan, menyatakan tujuan tugas, mencadangkan cara menjalankan tugas, menggunakan soalan yang berkaitan.

Kesan Kemahiran Set Induksi ke Atas Pengajaran dan Pembelajaran.
 Kesan-kesan penggunaan Set Induksi adalah seperti yang berikut:
i) Motivasi murid tinggi. Mereka ingin belajar dengan lebih tekun lagi.
ii) Perhatian murid-murid terhadap pelajaran lebih baik. Ini memudahkan pembentukan konsep.
iii) Murid-murid akan berusaha kea rah jangkaan prestasi yang ditetapkan dan diumumkan oleh guru.
iv) Pembelajaran lebih bermakna dan menyeronokkan kerana perkaitan dibuat antara pelajaran baru dengan pengetahuan sedia ada murid-murid.
v) Naluri ingin tahu murid dapat dipenuhi.
vi) Corak interaksi antara guru dan murid akan berubah-ubah. Ini akan mewujudkan suasana pengajaran-pembelajaran yang lebih menggalakkan.

 
Images by Freepik