Pergerakan asas merupakan aktiviti yang dihasilkan oleh pelaku untuk menguji kebolehan mereka mengawal pergerakan-pergerakan badan (Susan Capel-1986). Freeman pula mengatakan bahawa pergerakan asas itu ialah pergerakan melalui media fizikal yang berkaitan dengan pergerakan motor kasar.
Konsep pergerakan asas itu menjelaskan mengenai bagaimana kemahiran bagi sesuatu pergerakan dilakukan. Ia terbahagi kepada 4 iaitu :
1) Kesedaran Tubuh Badan.
1) Kesedaran Tubuh Badan.
• Ia bermaksud apa yang boleh dilakukan oleh tubuh badan.
• Bermaksud tubuh badan yang boleh melakukan pelbagai bentuk.
• Contohnya membentuk badan, imbangan badan, pemindahan berat badan dan layangan.
• Kebiasaannya aktiviti ini di lakukan sebelum memulakan aktiviti sukan iaitu di panggil aktiviti memanaskan badan.
2. Kesedaran Ruang.
• Ia bermaksud kemana arahnya tubuh badan kita.
• Ruang melibatkan lokasi (am dan diri), arah (kiri kanan, depan belakang, atas bawah), aras (tinggi, sederhana, tinggi), dan laluan (zig zag, lurus, berpenjuru)
3. Kualiti Pergerakan.
• Ia melibatkan persoalan bagaimana.
• Pergerakan tubuh badan dapat diukur melalui daya, masa dan alirannya.
• Daya merujuk kepada kuat atau ringan sesuatu beban badan itu.
• Masa bermaksud cepat atau lambat sesuatu pergerakan itu dilakukan.
• Aliran pula terbahagi kepada dua iaitu terikat dan bebas.
4. Perhubungan
• Perhubungan ialah pergerakan dengan siapa dan apa.
• Dilakukan secara solo, berpasangan, dan berkumpulan. Ia dilakukan secara depan-belakang, sisi-sisi dan cermin.
• Pergerakan perhubungan dengan alatan pula dilakukan secara bawah, keliling,dan atas.
2 comments:
Terima kasih kerana membantu saya dengan maklumat yang dipaparkan.izinkan saya mengambilnya sebagai rujukan. Terima kasih.
Terima kasih kerana membantu saya dengan maklumat yang dipaparkan.izinkan saya mengambilnya sebagai rujukan. Terima kasih.
Post a Comment