Pages

Friday, October 28, 2011

Rumusan artikel Masalah Bahasa dan Komunikasi

Rumusan artikel dalam jurnal yang dipilih.

Artikel 1.
Kategori penilaian dan perbezaan diagnosis terhadap major dan minor
perkembangan masalah bahasa dan pertuturan.

            Kebolehan berbahasa dan berkomunikasi dalam kehidupan seharian amatlah perlu dan penting bagi setiap diri individu. Namun begitu terdapat dalam kalangan kita yang mengalami masalah untuk berbahasa dan berkomunikasi sesama manusia. Sebagai contoh di luar negara terdapat kajian yang mengatakan bahawa terdapat anggaran 1:10 yang mengalami kecacatan dalam menggunakan bahasa, pertuturan dan pendengaran.
            Masalah pertuturan itu merupakan masalah yang dihadapi oleh seseorang yang mempunyai masalah dalam penghasilan suara dan kualitinya. Masalah berbahasa pula ialah seseorang yang mengalami kecacatan dan kekurangan dalam berkebolehan untuk menggunakan bahasa, perkataan dan memahaminya dengan baik. Mereka mungkin akan mengalami masalah untuk memahami isi perbualan orang lain.
            Penilaian untuk penentuan kekurangan kanak-kanak dalam kefungsian berbahasa biasanya dikendalikan oleh ahli terapi bahasa dan pertuturan dan pakar psikologi. Ahli terapi tersebut bekerjasama dengan pakar psikologi pendidikan untuk menentukan jenis-jenis masalah kecacatan kanak-kanak itu.Terdapat beberapa jenis penilaian yang spesifik dalam komunikasi anataranya ialah penilaian tindak balas terhadap bunyi-bunyian. Penilaian ini lebih menjurus kepada masalah pendengaran dan proses auditori. Kebiasaannya kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran ini akan mengalami pula masalah untuk bertutur dan menggunakan bahasa dengan baik. Kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan setahun yang masih tidak memberikan tindak balas terhadap alatan yang menghasilkan bunyi-bunyian dan juga suara manusia, disyaki mengalami masalah penengaran. Antara ujian yang boleh dilakukan terhadap kanak-kanak ini ialah ujian auditori dan ujian sensori motor.
            Seterusnya ialah penilaian terhadap penerimaan bahasa bagi kanak-kanak. Terdapat tiga kaedah umum untuk menilai pemahaman bahasa terhadap kanak-kanak iaitu menunjukkan gambar, memberikan arahan, dan bertanyakan soalan kepada kanak-kanak tersebut. Terdapat juga beberapa jenis ujian yang berkaitan dengan penilaian ini iaitu ujian auditori untuk pemahaman bahasa, ujian kosa kata bergambar, dan ujian perbezaan auditori. Penilaian yang ketiga ialah penghasilan pertuturan oleh kanak-kanak. Antara tanda-tanda bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah ini ialah tidak ada penghasilan bunyi-bunyian vokal sehingga usianya 6 bulan, tidak ada babling dan cooing dalam usia setahun dan tidak ada pertuturan yan jelas antara umur 1-4 tahun. Ujian yang boleh diberikan kepada kanak-kanak untuk penilaian ini ialah ujian perkembangan artikulasidan ujian skrin Templin-Darley.
            Dalam penilaian penghasilan bahasa pula mementingkan aspek dari segi kanak-kanak itu memberikan respon dan menggunakan bahasa badan dalam sesuatu komunikasi berlaku. Pemerhatian terhadap perkembangan bahasa kanak-kanak ini perlu dilihat secara semulajadi dengan pelbagai penggunaan kosa kata dan tatabahasa. Contoh ujian formal bagi penilaian ini ialah ujian tatabahasa Berry-Talbot-Exploratory. Penilaian yang kelima ialah penilaian proses auditori. Untuk penilaian ini pemerhatian sahaja adalah tidak mencukupi tetapi boleh digunakan beberapa kaedah terhadap kanak-kanak seperti menyanyikan lagu dan dengan itu kita dapt mengenalpasti adakah kanak-kanak itu dapat memberikan perhatian atau tidak. Kita juga boleh menggunakan kaedah suku kata satu untuk menunjukkan perbezaan konsep terhadap bunyi-bunyian. Ujian memori auditori dapat digunakan dengan cara teknik berulang seperti lagu twinkle-twinkle little stars.
            Penilaian pragmatik pula memberi fokus kepada penggunaan bahasa untuk kanak-kanak berkomunikasi. Cara terbaik untuk menilai mereka untuk penilaian ini adalah dengan cara pemerhatian. Persekitaran semulajadi merupakan yang terbaik untuk penilaian klinikal untuk kanak-kanak masalah bahasa ini. Penilaian tahap perkembangan bukan bahasa kanak-kanak mengandungi pelbagai jenis kecacatan. Ciri-ciri penilaian major ialah pergerakan kemahiran motor dan juga proses visual. Antara contoh ujian penilaian yang boleh dijalankan ialah konsep kematangan (Draw-a-man test), kebolehan motor (Purdue Peg Board), Konsep visual (ujian Skemp’s)  dan sebagainya.
            Pelbagai ujian diagnosis dan penilaian untuk mengenalpasti perbezaan perkembangan masalah bahasa dan komunikasi bagi kanak-kanak dari peringkat awal kanak-kanak lagi. Kanak-kanak akan mengalami masalah dalam komunikasi apabila tidak mendapat kemahiran bertutur dn bercakap dengan baik. Komunikasi itu amat penting dalam kehidupan sosial bagi seseorang dan memudahkan untuk mempelajari serta berinteraksi dengan persekitaran.

No comments:

 
Images by Freepik