Pages

Sunday, May 26, 2013

Cuti 3 minggu... Yeahhh

Assalamulaikum..

oh yeah oh yeah..cuti dah bermula.. tak perlu lg busy dgn buku akademik, x perlu bgn awal2 bersiap gi kelas, x perlu tido lmbt tiap hari buat assignment. yuhuuuuuuuuuuuuuuu....

cuti kali ni ada 3 minggu sama dgn cuti sekolah (2 minggu) tapi kitorang guru pelatih IPG extra 1 minggu lepas cuti sekolah tu. Semestinya aku dah susun dlm reminder yg aku ada event tiap minggu.

First, semalam 25 mei pergi majlis pertunangan kawan masa kecik2 dulu. Nur Izuwana. Dapat la pergi tengok2 kawasan rumah aku tinggal dulu. Rindu sgt. Gambar aku dgn dia byk dlm camera cameraman dia. Kalo aku dpt Insya Allah aku upload. Hmm konpem la dia lagi canteq dari aku. Dah hari bahgia dia, mana boleh lawan tokey.. Choiii...

Second, 2 jun ni nak hantar adik, Suriati daftar Uitm Jengka, Pahang. Uni yg pernah aku masuk dulu. Sama dgn adik aku lg sorang tu Rosman. Dia pun dah tengah belajar di UiTM Seri Iskandar, Perak. Yang samanya ialah dua2 adik aku ni masuk Uni yang pernah kakak dia ni masuk!! Dah takdir agaknya.. So lebih kurang seminggu je lagi. Suriati last keje hari ni, pastu aku nak kena bawa dia pergi amek sijil SPM dia, buat medical check up, beli barang2 keperluan dia..

Third, 8 jun ni lak majlis kawen Ridhwan,ketua kelas aku masa form 5 dulu. Dia la yang kawen dulu dari kami2 ni semua. Kami semua dah lama x berkumpul. Kiranya ni kami akan reunion sekali la. Jumpa and gerak sekali pergi wedding tu. Tak jauh mana pun. Kat Bndr Tun Razak ja. Yang menariknya Ridhwan dgn pasangannya ni memng dah lama sejak zaman sekolah lagi. Kalau yang lain tu banyak yang dah bertukar ganti pasangan. Mungkin dah jodoh. Tahniah Wan!! Yang ni pon kalo ada gmbr menarik ti aku update.

Keempat, aku join larian kitar semula 2013 http://www.ppsppa.gov.my/larian2013/  di padang Merbuk K.Lumpur. Yang menariknya setiap peserta kena bawa sama ada 10 naskhah surat khabar atau 10 botol plastik atau 10 kotak tretapek atau 10 tin aluminium. Terdapat hadiah dan cenderahati yang menarik diberikan kepada setiap peserta dan pemenang. Kalau berminat sempat lagi nak daftar sampai 31 Mei ni. Layari laman web utk maklumat lanjut.

Kelima, yang ni x pasti lagi jadi atau tak. Aku rancang nak pergi bercuti kat rumah kawan bek aku,Adila Hani di Kampar. Memandangkan tiap sabtu/ ahad aku ada event, jadi aku dapat pegi dalam 3-4 hari saja. Kawan aku ni tiap isnin akan datang KL belajar kat Darussyifa. So ari selasa, aku bleh follow dia.

Hmm..buat masa ni itu aja rancangan aku utk sepanjang cuti ni. Hari lain lau x de pape memang dok rumah la.. Baca novel, baca bahan bacaan ringan, jaga adik, jaga rumah, baca blog, and baca status org. hahahaha..
 Sebelum klik pangkah kat entry ni baca ckit perkongsian kat bawah ni



Ok, Happy Holiday..
Have a nice day..


Sunday, May 5, 2013

Saya sudah.. Anda??

Alhamdulillah dah selamat mengundi SK Bndar Tun Hussien Onn (2), Selangor. Aku beratur selama 1 jam 20 minit di saluran 5 untuk mengundi. Semua aku tengok sabar menunggu. Yang buat aku rasa kagum, ada warga emas yang dah uzur pun datang mengundi dengan berkerusi roda, yang patah kaki pun ada datang dengan bertongkat. Yang x sihat pun datang ditemani teman. Buat aku terfikir masih ramai rakyat di Malaysia ni yang mempunyai rasa tanggungjawab untuk keluar mengundi. Tapi ada juga rakyat yang sihat walafiat, cukup umur yang tak keluar mengundi. Mungkin ada antaranya masih belum daftar mengundi. Kenapa? x susah pun nak daftar, sekarang semuanya dihujung jari anda.

Siapa pun yang akan menang, itu adat lah. Ada menang, ada kalah. Tapi harap2 tampuk kepimpinan yang seterusnya dapat kekalkan keamanan, kesejahtaraan rakyat. Dan lagi bagus kalau kebajikan rakyat makin terpelihara dan kos hidup seperti minyak, tol, dan barang keperluan lain dalam harga yang terkawal.
Tapi terkilan gak sebab dun dan parlimen aku x de parti yang aku nak pangkah. Ada pun 3 parti termasuk calon bebas. So terpaksa juga lah pilih mana yang ada. Harap aku buat keputusan yang betul.



Saya sudah.. Anda??

Monday, April 29, 2013

Praktikum di SKPK Alor Setar

Alhamdulillah baru je habis berpraktikum selama sebulan di SKPK Alor Setar, Kedah. Fuh, rasa penat di badan ni pun tak hilang lagi. Aku dapat kelas tahun 3 ajar BM dan PJ. Murid-murid aku 3 orang aja, 2 lelaki dan sorang perempuan. Ha jangan terkejut dan jangan kata 'haa 3 org je?? senangla nak ajar' . Tolong sikit ye, 3 orang kanak-kanak masalah pendengaran x sama dengan 3 orang kanak-kanak normal yang biasa. Cabarannya kanak-kanak pekak ni memerlukan pengajaran visual dan budak2 ni x mudah untuk faham benda yang bersifat abstrak dan x maujud. Jadi sebagai guru kena la fikir macam mana nak ajar bagi budak2 ni faham dan kena rancang bahan bantu mengajar (BBM) yang bersesuaian. Susunan ayat pun tungang terbalik. Contoh 'saya bas naik'. Bermaksud 'saya naik bas'. Selalunya penguasaan bahasa dalam kalangan kanak-kanak pekak ni agak lemah dan perlu dibimbing.

Selain datang ke sekolah untuk mengajar, adakalanya aku datang juga pada belah petang untuk join aktiviti kokurikulum, sukan, latihan merentas desa, gotong-royong, dan meeting (mengantukk).. Hampir tiap hari aku akan bangun sekitar jam 5 pagi  untuk bersiap pergi sekolah. Sebab, selain aku ada lagi beberapa kepala yang nak mandi juga. Nasib baik la dalam kumpulan praktikum aku ni aku ni ada sorang  memang asal Kedah, dapat la menumpang dok rumah dia kalau tak jenuh la nak mencari rumah sewa pulak.

Lepas sembahyang subuh, sarapan  terus keluar ke sekolah. Tengah hari pas kelas kalau ada aktiviti selalunya dalam pukul 2.30 - 3.00 petang baru ada kat rumah dan baru dapat makan nasi. Kalau ada aktiviti petang, pas asar keluar lagi pergi sekolah dan nak dekat maghrib baru balik.

Pastu kalo x sempat buat Rancangan Perancangan Harian (RPH) masa belah siang, malamnya baru la aku buat dan fikir nak buat aktiviti apa masa nak mengajar dan fikir nak buat BBM apa. Dan selalunya aku akan tidur tiap malam pada jam 2 atau 3 pagi. Setiap habis satu pengajaran kena buat refleksi. Cukup seminggu kena buat laporan dan lengkapkan porfolio pula. Nak cerita pasal pengalaman berpraktikum ni memnag panjang berjela la macam buat esei. Lain kali kalau rajin aku update story lagi ye. Gambar pun tak banyak ambik.















Monday, March 18, 2013

jom ikut aku rawat muka yg kena sunburn

Assalamualaikum,..hai pembaca yang budiman..

Sukan Kejohanan Olahraga (KOT) IPG IK  baru je habis sabtu lepas. Sebelum KOT hari sabtu tu, hari jumaat dari pagi sampai tengah hari raptai KOT diadakan terlebih dahulu. Maka bila dah 2 hari berturut-turut berpanas di stadium, confirm muka kami semua terbakar / sunburn dan muka serta tangan pun berbelang gak. Hai sapa yang nak muka dia berbelang kan.

Yang lelaki tu x pela boleh tahan lagi, kami ni yang perempuan ni pasti la susah hati.. Tapi Alhamdulillah aku ada cara aku tersendiri untuk rawat / kurangkan masalah kulit muka yang burn tu. Yang penting langkah pencegahan aku buat. Iaitu sebelum pergi ke stadium aku akan pakai sunblock dari mentholatum yang mengandungi SPF 50+PA+++.  Lepas tu aku pakai bedak Pixy Ultimate Make Up Cake Light Yellow lebih  ckit. Motif?? Sebab kan panas kat staduim nnti, nak jaga muka dari panas matahari dan nak elakkan burn. itu saja, bukan apa pun. Lepas tu ble berpeluh cair juga bedak tu kan.





Ok, pada hari pertama selepas habis raptai KOT, lepas aku cuci muka dengan pembersih muka safi sari mentimun, aku tempek bedak sejuk berubat dari sendayu tinggi. Bedak tu mak aku punya. Mak aku yang cadangkan suruh pakai sbb masa tu aku balik rumah mak aku, dan x de mask nak pakai. Barang2 banyak kat rumah sewa. Sorry la x de gambar nak tunjuk, aku cari kat google x jumpa. Kalo search kat laman sesawang sendayu tinggi mesti ada. Masa pakai tu rasa sejuk dan macam pedih ckit la sebab ia berubat nak rawat cela pada muka kita. Kalo dah biasa pakai, mesti x rasa dah pedih tu. Bedak tu bagus juga tuk rawat jerawat dan resdung dan nak licinkan muka. Aku pakai sepanjang malam dan esok paginya baru aku cuci.

Lepas tu hari kedua, selepas habis KOT yang sebenar pula belah malam tu selepas mandi, bersihkan muka dengan air bersih aku pakai  nano white hydrating whitening mask lebih kurang 20 minit.



Antara kebaikan mask ni ialah mengandugi Omega White - C yang merupakan bahan pemutih yang efektif pada permukaan kulit dan hingga meliputi sel pada bahagian epidermis. Selain itu, mask ni juga dapat menyeimbangkan kelembapan dan melicinkan kulit.

Lepas pakai mask ni, aku pun cuci muka dengan pembersih muka safi sari mentimun.


Pencuci muka ni bagus sebab ia mengecilkan pori, menghaluskan kulit, segar dan tampak bermaya. Dan sememangnya semua orang tahu khasiat timun sgt baik utk kulit.  Lepas tu, aku pakai pula toner safi sari mentimun dan pokok lidah buaya, pelembap safi muka sari pokok lidah buaya, dan juga krim kecantikan safi aloe vera. (hmm aloe vera dgn lidah buaya tu sama la kan) Khasiat dalam pelembap dan krim safi ni plak dapat membekalkan mineral dan vitamin yang pelbagai pada kulit. Ia dapat menjadikan kulit sihat, segar,dan berseri. Aku pakai tebal2 dan lebih2 ckit. Lepas tu tidur. Esoknya bagun pagi cuci muka cam biasa, dan sapu lagi toner, pelmbap, krim semua.

Hari ketiga, malam tu selepas bersihkan muka dengan pembersih safi, aku letakkan yogurt natural pada muka. Ada orang bagi aku petua tu, katanya guna yogurt tuk atasi muka terkena sunburn. Cara pakainya mudah saja. Keluarkan dari peti sejuk, sapukan dimuka buat macam masker. Lagi bagus kalau rajin bledkan sekali dengan timun. Tapi aku dah balik rumah sewa, kat rumah ni x de mesin blender. Aku biarkan sampai kering, lepas tu baru aku cuci dengan air. Lepas tu lap kering2, aku pakai toner, pelembap, dan krim kecantikan mcm biasa.



Hmm..kesannya??.. aku cuba tanya pada adik dan rakan terdekat. Diorang komen, nampak ok muka aku. Tak ketara kesan sunburn pada muka aku. Kesan berbelang sebab pakai tudung tu ada tapi x nampak sangat. So, aku sangat puas hati. At least boleh kawal dan mengurangkan kesan sunburn dan masalah kulit muka berbelang. Alhamdulillah..

Hmm.. yogurt masih banyak.. Aku akan pakai lagi..

gambar sebelum ke padang masa karnival permainan. 
Pakai sunblock dan bedak dan lipbalm.
Gambar masa KOT  x ambil sekeping pun..
huhu...

Thursday, March 14, 2013

Pentaksiran dalam Pendidikan Khas



Konsep dan Definisi
Dalam konteks pendidikan, pentaksiran dianggap sebagai suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2000). Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah sah dan boleh dipercayai untuk memastikan keadilan kepada murid serta mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran.  

Maklumat hasil pentaksiran akan dirujuk untuk memperbaiki kelemahan murid dan meningkatkan pencapaiannya. Pentaksiran dibuat mengikut peringkat kebolehan dan standard perkembangan murid tersebut. Di samping itu juga,  pentaksiran juga memerlukan pengumpulan bukti dan data pencapaian murid dalam tempoh satu masa untuk mentaksir pembelajaran dan pemahamannya.

Pentaksiran dalam Pendidikan Khas pula bermaksud memberi maklumat dan gambaran tentang tahap penguasaan murid dalam pelbagai kemahiran seperti membaca, menulis, mengira dan sebagainya. Dengan cara itu guru dapat mengesan punca masalah yang dihadapi oleh murid dan merangka intervensi, strategi pengajaran dan penempatan yang sesuai mengikut tahap kebolehannya.

 Matlamat keseluruhan pentaksiran ialah untuk kemajuan murid dalam pembelajaran. Pentaksiran memberikan murid, ibu bapa dan guru maklumat yang terperinci tentang perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Maklumat hasil pentaksiran akan dirujuk untuk memperbaiki kelemahan murid dan meningkatkan pencapaiannya. Pentaksiran yang dibuat adalah mengikut peringkat kebolehan dan standard perkembangan murid tersebut. 

Pentaksiran juga memerlukan pengumpulan bukti dan data pencapaian murid dalam satu tempoh masa untuk mentaksir pembelajaran dan pemahamannya. Bukti dan data ini dapat diambil dalam bentuk dialog, jurnal, lembaran kerja, portfolio dan beberapa jenis ujian seperti ujian diagnostik. Segala bukti dan data tersebut menggambarkan tahap kebolehan, kekurangan dan kelebihan murid berkenaan untuk penempatan yang sesuai mengikut tahap kebolehannya.

Manakala, menurut Popham (2000), beliau berpendapat istilah pengukuran, pengujian dan pentaksiran digunakan silih berganti dan dianggap sebagai sinonim. Pentaksiran melibatkan proses membuat keputusan berdasarkan kepada suatu peraturan atau piawaian. Pentaksiran merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran.

Pentaksiran adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. la merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. la hendaklah dilaksanakan secara tidak formal selaras dengan Seksyen 19 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). Manakal menurut Mokhtar Ismail, pentaksiran ialah langkah untuk menentukan tahap sejauhmana seseorang memiliki sifat tertentu.

Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, pentaksiran merupakan proses yang melibatkan pengumpulan data-data kuantitatif mengenai pembelajaran atau perubahan perlakuan pelajar akibat daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Nilai kuantitatif ini melambangkan tahap atau kedudukan pencapaian pelajar dalam sesuatu aspek yang dinilai.

Pentaksiran boleh dilaksanakan melalui pelbagai kaedah seperti ujian, pemerhatian, temu bual, projek, portfolio dan sebagainya. Pemilihan kaedah bergantung kepada jenis maklumat yang diperlukan. Umapamanya, kemahiran bermain hoki boleh diukur melalui pemerhatian sementara nilai dan sikap boleh diukur melalui temu bual.  Oleh itu, kita perlulah menggunakan kaedah dan alat ukur yang sesuai agar pentaksiran yang dibuat itu sah.

Secara keseluruhannya pentaksiran bertujuan untuk mengenalpasti kecerdasan dan potensi murid bagi memperkukuh dan mempertingkatkan perkembangan mereka. Hasil pentaksiran membolehkan guru mengambil tindakan susulan yang berkesan dan seterusnya membantu guru mengembangkan potensi murid ke tahap optimum dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor. 

OBJEKTIF PENTAKSIRAN 
Pentaksiran bertujuan untuk membantu guru dalam perkara berikut:
i.     Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh. 
ii.    Mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh. 
iii.  Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pembelajaran dari semasa   ke semasa
iv.   Merangsang aktiviti mengikut keperluan perkembangan dan pertumbuhan murid. 
v.    Mengesan keberkesanan pengajaran. 
vi.   Mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur.  

TUJUAN PENTAKSIRAN
i.      Mengesan keberkesanan pengajaran.
ii.     Menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan sertamerta. 
iii.    Merancang aktiviti pengajaran mengikut keperluan perkembangan dan pertumbuhan murid.
iv.    Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.
v.     Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pengajaran dari masa ke semasa. 
vi.    Mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh.  
vii.   Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang murid dalam pembelajaran.
viii.  Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran.
ix.    Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran.
x.     Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran.

PRINSIP-PRINSIP PENTAKSIRAN
·         Instrument
·         Kumpulan yang ditaksir
·         Respon
·         Kumpulan yang menaksiran
·         Skor

CIRI-CIRI PENTAKSIRAN
·      Kesahan skor
       Merujuk kepada relevan dan kecukupan cakupan.
·      Kebolehpercayaan Skor
       Merujuk kepada ketekalan dan ketepatan.
·      Keobjektifan
       Ketepatan seseorang pentaksir memberikan skor
·      Kebolehtadbiran
     Kelicinan kerja-kerja mentadbir ujian yang dilaksanakan secara berpusat atau  berasaskan sekolah.
·     Kemudahtafsiran
      Meklumat tentang calon berdasarkan skor, diskriminasi antara calon, ketepatan tujuan mengadakan ujian.
·     Kekomprehensifan
      Kertas soalan mewakili semua objektif penting Sukatan Pelajaran atau pengajaran.

KEPENTINGAN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN
1. Mengenalpastia masalah
Ø  Dapat mengesan pelajar sama ada dapat menguasai kemahiran dalam bacaan dan mengira.
Ø  Guru dapat mengesan punca kelemahan pelajar dan kekuatan pelajar.
Ø  Dapat mengesan pelajar yang berisiko tinggi sama ada perlu diberi rawatan
segera.
2. Penempatan
Ø  Tahap pencapaian pelajar untuk penempatan seperti kelas khas, pemulihan.
Ø   Penempatan yang sesuai penting untuk mereka supaya dapat membantu mereka mendapat perkhidmatan yang khusus.
3. Pemilihan strategi pemulihan
Ø  Strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan seperti menggunakan bahan bantu mengajar yang menarik supaya mereka senang menguasai kemahiran.
Ø  Persediaan RPI sebelum pengajaran dijalankan dan tetapkan objektif
pembelajaran.
Ø  Menggunakan strategi seperti melukis gambar, mendengar muzik untuk belajar
bahasa.
Ø   Apabila mereka telah diajar sesuatu, perkara tersebut harus sentiasa
berulang-ulang supaya mereka senang ingat kemahiran.

PROSES PELAKSANAAN PENTAKSIRAN
a) Merancang: Sebelum sesuatu pentaksiran dilaksanakan, guru hendaklah merancang perkara-perkara berikut:
i.       Mengenal pasti murid yang hendak dinilai.
ii.       Menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai. 
iii.       Menentukan instrumen yang hendak digunakan.
iv.       Menentukan aspek yang hendak diperhatikan. 
xi.        Menentukan tempoh masa pemerhatian.
xii.       Menentukan bila hendak menjalankan penilaian dan pentaksiran.
b) Membina Instrumen: Instrumen yang dibina perlu mempunyai ciri-ciri berikut:
i. Tujuan yang jelas. 
ii. Menepati apa yang hendak dinilai. 
iii. Item boleh diukur.
iv. Setiap item hanya mengukur satu kemahiran sahaja.

JENIS-JENIS PENTAKSIRAN  
Jenis-jenis pentaksiran dalam pendidikan khas boleh dikategorikan kepada:            
              i.    Pentaksiran Kemahiran Pembelajaran Asas
              ii.    Pentaksiran Sosial dan Tingkah Laku
              iii.    Pentaksiran Kemahiran Lisan
              iv.    Pentaksiran Kemahiran Bacaan
               v.    Pentaksiran Kemahiran Menulis
               vi.    Pentaksiran Kemahiran Matematik

Contoh soalan Pengajaran Bahasa untuk Kanak-kanak Masalah Pendengaran beserta jawapan


1. apakah laluan pembelajaran bahasa yang digunakan sekiranya guru menggunakan komunikasi seluruh semasa mengajar?
 • Visual
 • Auditori
 • Auditori-visual

 2. Apakah ciri2 pengajaran naturalistic
 • Berpusatkan murid
 • Murid yang menentukan objektif
 • Sesuai untuk kanak2
 • Tidak menekankan rujukan
 • berasaskan kpda penggunaan bhsa dlm situasi komunikatif
 • kurang menekankan rujukan kpda analisis gramatikal, tatabahasa

 3. Apakah ciri2 pengajaran strukutr
 • Berpusatkan guru
 • Guru yang menentukan objektif
 • Diajar dari susah ke senang
 • Lebih tersusun
 • Menekankan analisis gramatikal dan tatabahasa
 • Banyak latih tubi dan hafalan

 4. bagaimanakah seseorang guru melaksanakan inventori bacaan tidak formal untuk menentukan tahap bacaan seseorang murid?
 • Guru beri bahan bacaan berperingkat (bacalah sayangku)
 • Beri soalan kefahaman

 5. mengapakah guru perlu menggunakan opsyen komunikasi yang berbeza semasa mengajar murid bermasalah pendengaran?
 • Setiap murid mempunyai tahap dan jenis pendengaran yang berbeza
 • Kaedah pembelajaran murid berbeza2

 6. apakah factor yang menjadi penyebab kepada masalah perbualan dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran
 • Murid tidak dapat mngikuti perkembangan perbualan
 • Murid sering bercakap keluar tajuk
 • Murid tidak pandai mengambil giilran apabila bercakap
 • Kurang penguasaan kosa kata

 7. jelaskan ciri2 model pengajaran “bottom-up”
 • Penekanan terhadap teks
 • Membaca bertujuan mencari makna
 • pembaca mulai dari unit terkecil seperti:
 1. Mengenal huruf.
 2. Memahami perkataan.
 3. Memahami kalimat.
 4 . Mencari makna yang tersirat dan tersurat dari kalimat.
 • Bermula dari fonologi, morfologi, sintaksis dan semantic
 • Pembaca memproses unit linguistik yang terkecil dahulu dan beransur-ansur menyusun unit terkecil bagi memahami unit yang lebih besar iaitu binaan ayat

 8. Jelaskan ciri-ciri model pengajaran “top-down”
 • Pembaca menggunakan pengetahuan bahasa bagi meramalkan teks
 • membaca secara terus-menerus untuk menguji sama ada untuk menerima atau menolak hipotesis yang dibuat semasa proses membaca
 • Maklumat grafik hanya digunakan untuk menyokong hipotesis tentang makna
 • Membaca bagi tujuan mendapatkan makna adalah objektif utama dan lebih baik daripada menguasai huruf, hubungan bunyi dan perkataan
 • Bermula dari semantic, sintaksis, morfologi, fonologi.

 9. bezakan kaedah-kaedah berikut:
 “kloze” , visualisasi , “multisensory”, “test-study-test”

 Kloz
 - Kosongkan perkataan drpd teks ikut bilangan nombor
 - Kosongkan nombor dlm blgn sikit kpd banyak
 - Mula dari vokal, konsonan dan campuran.

 Visualisasi

 - Focus ejaan
 - Membaca secara lisan
 - Guna visual
 Kaedah
 1. Tengok
 2. Eja
 3. Tulis
 4. Tutup huruf dalam perkataan
 5. Tulis semula
 6. Tgk dan semak

 Multisensory

 • Menekankan pengamatan pelbagai deria
 • Kaedah VAKT
 Kaedah
 1. Lihat huruf
 2. Dengar guru sebut huruf
 3. Rasa pergerkaan tangan
 4. Lihat pergerakan tangan
 5. Sebut dan dengar sendiri

 test-study-test

 • Jalankan ujian unutkkesan kawasan kelemahan murid
 • Guru buat perbincangan
 • Guru buat penilaian semula

 10. Stategi ajar perkataan
 Prosedur pengajaran
 • Guru menulis perkataan yang murid boleh baca tetapi tidak boleh mengeja di papan tulis atau kertas
 • Murid membaca perkataan secara lisan
 • Murid membaca abjad dalam perkataan
 • Murid menulis perkataan diatas kertas
 • Guru minta murid lihat perkataan dan “menangkap gambar” perkataan tersebut
 • Guru meminta murid menutup mata dan mengeja perkataan secara lisan dan semasa mengeja membayangkan perkataan tersebut.
 • Guru minta murid menulis perkataan dan semak ketepatan ejaan dengan perkataan yang telah diberikan
 5 langkah strategi mengkaji perkataan
 • Sebut perkataan
 • Tulis dan sebut perkataan
 • Semak perkataan
 • Tekap atau surih dan sebut perkataan
 • Tulis perkataan dari ingatan dan semak
 • Ulangi 5 langkah diatas

 11. Apakah perbezaan penulisan narratiff dengan penulisan deksrptif?
 Naratiff Deksriptif
 • Berbentuk penceritaan dan boleh disambung
 • penceritaan mengenai perjalanan sesuatu subjek • Menggambarkan sesuatu perkara dengan terperinci
 • Menyatakan sifat subjek

 12. Mengapakah Rancangan Pendidikan Individu penting untuk murid-murid bermasalah pendengaran?
 • mempunyai matlamat khusus untuk pelajar tersebut
 • pelajar pekak mempunyai tahap dan jenis kepekakan yang berbeza
 • guru dapat merancangn pengajaran dan aktiviti mengikut keadaan pelajar
 • setiap kanak2 mempunyai tahap pemerolehan bahasa yang berbeza
 • supaya dapat menyedia bantuan sokongan bersesuaian dengan kepekakan pelajar

 13. Mengapakah bahan bantu mengajar untuk murid bermasalah pendengaran perlu berbeza daripada kanak-kanak biasa?
 • Ciri2 bahan bantu mengajar pelajar pekak
 o Besar
 o Warna warni
 o Benda maujud
 o Penggunaan ict interaktif
 o Banyak berorientasikan visual
 • Sebab
 o Pelajar pekak banyak belajar melalui visual
 o Lebih suka kpd bnda2 bergerak
 o Murid lebih faham mengenai sesuatu subjek itu

 14. Jelaskan 5 faktor yang mempengaruhi penguasaan bahasa murid bermasalah pendengaran
 - Persekitaran
 o Pendedahan kepada kosa kata yang pelbagai mempengaruhi penguasaan bahasa.
 o Selalu bercakap atau membuat aktiviti bersama untuk menambahkan kosa kata kepada kanak2
 o Kank2 dari umur 1 tahun ke 5 tahun merupakan tahun yang menerima bahasa yang paling pesat.
 o Kank2 pekak yang mempunyai ibu bapa pekak lebih banyak menerima kosa kata berbanding kank2 pekak yang mempunyai ibu bapa normal kerana ibu bapa pekak lebih mengetahui kosa kata berbanding ibu bapa normal dan keadaan ini membantu perkembangan dan pengusaan bahasa.
 - Latar belakang keluarga
 o sosial
 Melibatkan dimana sejauh mana pergaulan yang berlaku antara anak dengan ibu bapa seperti dalam komunikasi dan perangai
 o Pendidikan
 Ibu bapa yang berpendidikan lebih tahu akan sumber2 yang boleh mempengaruhi keperluan kanak2 berbanding ibu bapa yang tiada pendidikan diaman ibu bapa tersbut tidak mengetahui dimana hendak mendapatkan keperluan tersebut.
 o Kesihatan
 Ibu bapa ynag tidak sihat tidak akan mampu memberikan penguasaan komunikasi yang baik
 o Ekonomi
 Keluarga yang berkemampuan mampu utnk menghantar anak ke pusat perkembangan walaupun bayaran yang mahal.
 Pemakanan orang yang berkemampuan berbeza dengan orang yang tidak berkemampuan dimana keluarga berkemampuan mampu memberi makanan yang memenuhi keperluan bdan kank2 tersebut berbanding keluarga yang tidak mampu dimana makanan yang diberikan serba kekurangan
 Orang berkemampuan mampu meluangkan masa dengan kank2 berbanding orang tidak berkemampuan kerana orang tidak mampu sibuk mencari duit dan keadaan ini akan mempengaruhi kank2 tersebut.
 - Kanak2 itu sendiri
 o Tahap kehilangan
 Kanak2 yang tahap ringan lagi banyak menguasai bahasa berbanding kanka2 tahap teruk
 o Umur semasa kehilangan
 Kanak2 yang lahir pekak bahasanya sangat teruk berbanding kank2 yang pernah mendengar sebelum pekak.
 o Jenis2 kehilangan pendengaran
 Kank yang mengalami konduktif lebih baik penguasaan bahsa berbanding kank2 sensori neural atau campuran
 - Intervensi awal
 o Langkah yang diambil utk mengurangkan kesan kecacatan dan kecacatan berganda.
 o Jenis intervensi awal
 o Kualiti intervensi awal
 Intervensi yang dilakukan tidak diamalkan pada rumah akan mempengaruhi intervensi tersebut
 o Akan mendapat latihan auditori, pertutur dengan itu akan dapat pengalaman bahasa lebih baik

 15. Jelaskan mengapa bahasa murid bermasalah pendengaran berbeza berbanding murid aliran perdana
 • Morfologi
 o Apabila kata dasar mengalamai proses ‘pengimbuhan’, ‘pemajumukan’ dan ‘pergandaan’ kata sangat sukar dikuasai. Hal ini mengelirukan kefahaman dan penggunaan mereka kerana sifat BM yang boleh mengubah makna dan kelas sesuatu kata apabila mengalami proses tersebut.

 o Kanak-kanak pekak selalu menggunakan kata dasar sahaja
 o Tidak pandai memilih perkataan untuk menggambarkan maksud
 Menonton dan melihat
 o Perbendeharaan kata yang terhad
 o Tidak mahir menggunakan perkataan yang mempunyai banyak makna
 o Tidak faham perkataan abstrak
 o Kurang membaca
 • Sintaksis
 o Ayat tidak gramatis
 Pembinaan ayat yang tidak lengkap
 Penggunaan subjek dan prediket yang tidak betul
 o Terpengaruh dengan gejala defism
 Menulis ayat mengikut makna baharu diikuti kata kerja
 o Tidak memahami ayat abstrak
 o Imbuhan yang salah
 o Penggunaan ayat yang tidak tepat
 • Semantic
 o Tidak faham peribahasa

 16. Jelaskan langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh guru untuk meningkatkan penguasaan bahasa murid-murid bermasalah pendengaran
 • Fonologi
 o Memilih kaedah komunikasi yang sesuai
 o Membuat latihan pertuturan
 o Membuat latihan auditrori
 • Morfologi
 o Mengadakan program intervensi bahasa
 o Memilih kaedah pengajaran yang sesuai
 o Membuat latihan yang mempunyai banyak makna
 o Menggalakkan penggunaan kamus
 • Sintaksis
 o Mengadakan jadual tukar ganti ayat
 o Menggunakan gambar sebagai bahan rangsangan
 o Mengadakan pertandingan menulis
 o Mengadakan latih tubi ayat gramatis
 • Semantic
 o Mengadakan projek nilam
 o Mengadakan kempen membaca
 o Menggalakkan penambahan bahasa
 o Latih penggunaan peribahasa
 o Latih penggunaan ayat kompleks

 17. Berikan sebab kanak-kanak bermasalah pendengaran lemah dalam penulisan mentalis
 • Sukar untuk menyatakan hasrat melalui perkataan
 • Sukar memahami perkara-perkara abstrak
 • Mengalami kesukaran dalam pembinaan ayat yang gramatis
 • Tidak mempunyai pengetahuan luas tentang isi penulisan
 • Tidak mahir tentang format penulisan
 • Tidak tahu sub tajuk dalam penulisan itu
 • Penulisan yang pendek
 o Tidak pandai menghurai
 o Kurang pengusaan pengetahuan
 o Kurang penguasaan kosa kata

 18. Jelaskan 2 perubahan cara mengajar yang boleh dilakukan untuk membolehkan murid-murid bermasalah pendengaran membuat penulisan mentalis dengan baik
 • Mempelbagaikan cara mengajar
 o Susun gambar, jadual tukar ganti, prosedur kloz
 • Mengadakan “team-teaching”
 o Mengajak guru lain mengajar
 o Berpasangan dengan pelajar normal
 o Menggalakkan murid melibatkan dalam aktiviti pelajar normal
 • Memberi pengalaman bahasa
 o Membuat lawatan sambil belajar
 o Mengadakan aktiviti bersama orang luar
 o Membuat aktiviti bahasa ( berpantun, berdebat, bahas)

 19. Bagaimanakah ujian diagnostic berbeza dengan ujian-ujian lain
 • ujian diagnostic hanya dijalankan dari 1 orang sehingga 4 orang sahaja.
 • Bertujuan untuk mengenal pasti punca masalah murid secara terperinci
 • Bahan ujian dibuat secara terperinci
 • Tiada peruntukan bahasa yang khusus
 • Diberhentikan apabila murid melakukan 3 kali kesalahan berturut2
 • Aras solan digubal mengikut kebolehan pelajar

 20. Jelaskan 2 langkah yang guru mesti lakukan setelah mendapat keputusan hasil analisis ujian diagnostic
 • Merancang aktiviti pengajaran yang sesuai dengan kelemahan pelajar
 o Menggunakan kaedah yang berbeza sesuai dengan kelemahan pelajar tersebut
 • Menyediakan bahan bantu mengajar yang bersesuaian dengan pengajaran n pembelajaran
 • Merancang RPH yang bersesuai dengan kelemahan pelajar
 • Melakukan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kelemahan murid

 21. Apakah perbezaan teknik sumbsaran dengan teknik K-W-L
 Sumbang saran K-W-L
 • Murid boleh mengeluarkan pendapat tanpa halangan
 • Guru sebagai fasilitator
 • Menggalakkan murid berbincang pendapat
 • Murid mengambil masa yang lama
 • Kelas kurang kawalan
 • Dijalan kan berkumpulan
 • Lebih mementingkan pencapaian kumpulan • Proses yang berlaku sebelum, semasa dan selepas pengajaran
 • Guru mengajar berdasarkan keputusan murid
 • Menggalakkan murid menyuarakn pendapat
 • Masa hanya diambil sebelum dan selapas pengajaran sahaja
 • Keadaan kelas lebih terkawal
 • Dijalan kan dalam individu atau berkumpulan
 • Lebih mementingkan pencapaian individu

Jenis-jenis Ujian


Ujian Saringan (US) 
Ujian Saringan merupakan ujian yang dijalankan untuk menapis atau menyaring murid-murid berkeperluan khas daripada kelas perdana. Guru dapat mengesan kurid-murid yang dijangka memerlukan program pemulihan khas hasil daripada Ujian Saringan. 

Ø Ujian Saringan ialah satu alat untuk meninjau secara am kelemahan dan kekuatan murid dalam kemahiran mata pelajaran asas.
Ø Instrumen US didasarkan kepada apa yang sudah dipelajari oleh murid dalam kelas biasa.
Ø Menguji murid yang dijangka memerlukan perkhidmatan pendidikan pemulihan.

Faktor yang menentukan bilangan murid :
• Skor yang rendah dalam Ujian Saringan.
• Jumlah yang dapat diselenggarakan oleh guru pemulihan.
• Masalah murid.
• Kemudahan ruang untuk kelas pemulihan.

Ujian Diagnostik
Definisi
Adalah satu alat pengukuran yang membolehkan guru pemulihan khas mengesan punca dan kawasan kelemahan secara terpeinci yang dihadapi oleh seseorang murid.

Tujuan Ujian Diagnostik
• Ujian diagnostik bertujuan membantu guru mengenalpasti secara khusus kesulitan kesulitanyangdihadapiolehmurid.
• Ujian diagnostik bertujuan membantu guru mengenal pasti punca kegagalan murid untuk menguasai sesuatu kemahiran.
• Ujian diagnostik bertujuan membantu guru mengenal pasti kumpulan tertentu mengikut kebolehan dan kawasan-kawasan kesukaran yang dihadapi oleh murid.
• Ujian diagnostik bertujuan membantu guru merancang satu program pengajaran yang khusus pada individu atau kumpulan dengan lebih tepat dan sistematik.
• Ujian diagnostik bertujuan membolehkan guru merancang dan membina program dan bahan bantu mengejar yang bersesuaian mengikut tahap murid.

Membina Ujian Diagnostik
Ø Sebelum membina sesuatu ujian diagnostik, beberapa perkara utama perlu ditentukan: 
• Objektif ujian
• Kemahiran yang hendak diuji
• Bagaimana hendak menguji individu / kumpulan.
• Siapa yang hendak diuji – sasaran.

• Ujian yang dirancang dengan teliti, cermat dan sempurna dapat memberikan penilaian yang lebih adil terhadap murid pemulihan. Oleh itu, borang JPU perlu disediakan.-

• Ujian berbentuk lisan dan bertulis lebih sesuai untuk menilai kesukaran yang dihadapi oleh murid dalam pembelajaran.

• Kemahiran tersebut mestilah telah diajar sebelum ia diuji. Kemahiran tersebut hendaklah disusun dari senang ke susah.

• Item yang hendak dibina berdasarkan kemahiran yang telah diperincikan terlebih dahulu.

Ujian Formatif
Ujian jenis ini dilaksanakan bertujuan untuk menentukan kemajuan pelajar-pelajar dari semasa ke semasa sepanjang pembelajaran mereka. Ujian ini dijalankan semasa kursus diadakan dan tujuannya ialah untuk mempercepatkan proses pembelajaran. 

Ujian Sumatif
Ujian sumatif bertujuan untuk mengesan secara menyekuruh taraf pencapaian murid di akhir sesuatu pembelajaran. Matlamat utama penilaian jenis ini ialah untuk memberi markah atau gred kepada seseorang murid supaya dapat membandingkannya dengan markah murid lain dalam kumpulannya.

Perbezaan Antara Ujian Formatif dan Ujian Sumatif 

Ujian Formatif

• Mengecam pencapaian murid mengikut sesuatu kemahiran 
• Dijalankan secara formal atau tidak formal (teknik kuiz, soal jawab, dan sebagainya)
• Berlaku dalam jangka masa yang pendek (selepas murid memperlajari sesuatu kemahiran)
• Dilaksanakan secara berterusan.
• Tajuk atau soalan yang diuji adalah terhad.
• Aras kesukaran soalan berubah-ubah.
• Tatabahasa kurang dipentingkan (teknik soal jawab)
• Markah yang diperoleh oleh murid adalah umum (lulus ataupun gagal)
Ujian Sumatif

• Mengesan pencapaian murid secara keseluruhan (pada akhir pembelajaran kesemua kemahiran)
• Dijalankan secara formal pada waktu yang telah ditetapkan
• Tempoh masa adalah panjang iaitu setelah kesemua kemahiran dipelajari oleh murid)
• Dijalankan untuk proses pensijilan
• Contoh : UPSR, PMR, SPM,STPM, dan sebagainya.

Ujian Bakat
Ujian jenis ini adalah khusus untuk menelah prestasi seseorang pelajar dalam pelajaran atau kemahiran bahasa asing yang akan dipelajarinya.

Ujian Pencapaian 
Ujian pencapaian yang juga disebut sebagai ujian sumatif adalah jenis ujian yang diberi setelah kursus tamat dan tujuannya ialah untuk menilai hasil pengajaran. Ia diberikan untuk menilai kemajuan murid dalam pelajarannya dan juga untuk mengukur pencapaian murid secara menyeluruh.

Ujian Kefasihan 
Untuk kefasihan digunakan untuk menentukan tahap mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa. Digunakan untuk menempatkan seseorang dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai dan pengetahuan dan kebolehan mereka.

Ujian Kemajuan : 
Ujian Kemajuan digunakan di dalam bilik darjah dan hanya dinilai oleh guru kelas. 
Untuk kemajuan bertujuan untuk mengukur dan menilai setakat mana pelajar-pelajar telah menguasai bahan/perkara –perkara yang diajar tentang 1 tajuk tertentu.

Ujian Kemahiran Lisan 
Kemahiran lisan melibatkan dua kemahiran asas iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur.

i. Kemahiran mendengar
• Kemahiran paling asas 
• Berlaku pada peringkat penerimaan 
• Murid yang telah menguasai kemahiran ini mampu bertutur, memahami, dan mentafsir apa yang didengar. 

ii. Kemahiran bertutur 
• Melafazkan bunyi-bunyi bahasa daripada alat-alat artikulasi 
• Peringkat penglahiran 
• Perlu ditiru dan diajuk

Tujuan kemahiran lisan :
• Menyebut perkataan dan ayat dengan betul 
• Melatih murid mendengar dan memahami pertuturan orang lain.
• Untuk berinteraksi dengan orang lain (menyampaikan perasaan, kehendak, dll).
• Melatih murid agar berkeyakinan dan percaya kepada diri (berani bercakap, menyatakan perasaan dan kehendak)
• Membolehkan murid bertutur menggunakan ayat yang tersusun, perkataan yang sesuai, dan perbendaharaan kata yang luas. 

Kemahiran-kemahiran yang boleh dinilai melalui aktiviti:
1. Bertutur dengan tenang menggunakan gaya yang betul 
2. Bertutur dengan nada, intonasi, dan sebutan yng betul.
3. Mendengar dengan baik, memahami perkara yang didengar, dan menghormati pertuturan orang lain.
4. Bercerita dan membuat laporan menggunakan bahasa yang menarik dan betul.
5. Berkebolehan memberi arahan dengan berkesan.
6. Mengunakan bahasa yang baik mengikut situasi. 

Kemahiran lisan boleh dinilai melalui aktiviti seperti yang berikut:
• bacaan kuat 
• syarahan 
• perbahasan 
• bercerita 
• perbincangan 
• temu bual 
• soal jawab 
• deklamasi sajak 
• mendengar dan memberi respon secara lisan
 
Images by Freepik