Pages

Wednesday, November 9, 2011

Kaedah Membaca.

PENGENALAN.
            Abd. Aziz (2000 dalam Khairuddin Mohamad, 2011) mengatakan bahawa kefahaman merupakan aspek terpenting dalam sesuatu aktiviti bacaan. Untuk membolehkan seseorang itu membaca, kefahaman yang tinggi amatlah perlu bagi memudahkan individu itu memperoleh maklumat daripada apa yang dibacanya.
            Bagi peringkat awal bacaan kanak-kanak, terdapat beberapa jenis kaedah membaca yang boleh digunakan oleh guru untuk mengajar murid-murid. Kaedah merupakan prosedur menyeluruh terhadap sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa. Antara kaedah yang sering digunakan oleh para guru ialah kaedah abjad, kaedah fonetik, kaedah pandang sebut, dan kaedah cerakinan.


Kaedah Abjad.
  • Kaedah klasik dan kaedah yang paling tua.
  • Pernah digunakan pada zaman kerajaan Greek dan Rom.
    Dimulai dengan pengenalan abjad dan kemudian membunyikan abjad tersebut.

Zulkifley Hamid (1994 dalam Khairudin Mohamad, 2011 ) mengatakan bahawa kaedah abjad berpegang kepada prinsip bahawa setiap perkataan terdiri daripada beberapa huruf.
  • Guru memperkenalkan huruf vokal dan konsonan terlebih dahulu.
  • Vokal : a,  e, i, o, u
  • Konsonan : b,c,d,f,g,h,j,k,l,m,n,p,q,r,s,t,v,w
  • Nama-nama abjad perlulah disebut dan dihafal oleh murid.
  • Aktiviti mengeja suku kata dalam perkataan.
  • Guru mengaitkan gambar dengan sesuatu huruf.
  • Contoh : ‘a’ untuk api.
Kelebihan Kaedah Abjad.
Terdiri daripada suku kata yang hampir tetap bunyinya dalam sistem bahasa Melayu.
Setelah mengenal huruf dan membunyikan vokal konsonan dengan baik, murid dapat membaca perkataan baharu.
Kemahiran asas dan binaan yang kukuh dalam aktiviti asas membaca.
Murid-murid dapat mencapai tahap kecekapan yang tinggi dalam kemahiran membaca.









Kelemahan Kaedah Abjad.
Murid dapat menyebut dengan lancar perkataan yang diberi tetapi tidak memahaminya.
Murid membaca secara merangkak-rangkak kerana terbawa-bawa cara membaca sambil mengeja.
Terdapat kemungkinan bahawa murid akan lupa pelajaran yang lepas jika tidak diulang kali dalam bilik darjah.
Murid akan berasa bosan kerana aktiviti yang lebih kepada hafalan dan kurang penghayatan.











Rumusan Kaedah Abjad.
            Kaedah abjad ini merupakan kaedah yang mengutamakan abjad depan bagi setiap perkataan. Guru akan mengajar murid huruf pangkal bagi setiap perkataan atau objek. Contohnya untuk perkataan ‘api’ , huruf pangkalnya ialah ‘a’. Maka murid akan mengingati bahawa huruf ‘a’ itu digunakan untuk perkataan ‘api’. Setelah murid menguasai kaedah ini, barulah murid akan diajar menggunakan kaedah yang seterusnya.

Kaedah Fonetik.

             -  Sesuai untuk kanak-kanak yang baru mengenal huruf.
             
             -  Murid perlu mengenal huruf dan mengaitkannya dengan bunyi.


-  Asosiasi bunyi.  
                            
Contoh : Guru membunyikan ‘aa’ dan mengaitkannya dengan peristiwa atau kejadian di kawasan persekitaran seperti terkena api, ‘aaaaaaaaaaa panas!’

-  Asosiasi gambar.
 
Contoh : Guru menggunakan kad gambar emak untuk bunyi ‘ee’.



Guru memperkenalkan bunyi-bunyi ‘a’, ‘i’, ‘u’ dahulu kerana ‘e’ dan ‘o’ lebih kurang digunakan.
Konsonan pula diperkenalkan dahulu ‘k’,’s’,’t’,’d’,’r’,’l’,’m’,’g’, dan ‘n’ kerana ia bunyi-bunyi yang lebih mudah berbanding konsonan yang lain.


Kelebihan Kaedah Fonetik.

          Huruf yang dilihat dapat dikaitkan dengan bunyi oleh murid.
          Penggunaan asosiasi dapat mempercepatkan proses mengingat.
          Murid dapat mengurangkan beban memori.
          Terdapat huruf-huruf tertentu yang lebih mudah boleh diperkenalkan dahulu


Kelemahan Kaedah Fonetik

1.Murid-murid lembap tidak sesuai belajar mengikut kaedah ini.
2.Sesuai untuk murid-murid yang pandai.
 3.Persiapan awal oleh murid perlu dilakukan sebelum aktiviti membaca.
4.Murid hendaklah mengetahui bunyi dan bentuk huruf terlebih dahulu.
5.Kaedah ini lebih sesuai digunakan kepada murid yang telah mahir menyebut dan mengingat bunyi huruf yang telah diajarkan.

Rumusan Kaedah Fonetik.
            Kaedah Fonetik menggunakan bunyi-bunyian vokal dan konsonan untuk memperkenalkan perkataan. Contohnya bunyi vokal untuk ‘e’ merupakan furuf vokal untuk perkataan ‘emak’. Contoh huruf konsonan pula iaitu huruf ‘l’ boleh dikaitkan dengan objek lori. Maka, murid akan mengingati bunyi-bunyian vokal dan konsonan itu untuk dikaitkan dengan perkataan dan objek yang lain.


Kaedah Pandang Sebut.

Dicadangkan penggunaannya di Amerika Syarikat oleh Samuel Worcester



  • 2 aktiviti :        Membunyikan suku kata berdasarkan gambar
                            Membunyikan ayat berdasarkan gambar

  • Bertujuan untuk murid membiasakan diri mengecam perkataan tanpa perlu mengeja dan ia dapat memendekkan masa murid untuk mengeja.



    Konsep Kaedah Pandang Sebut
    • ·         Murid-murid menyebut perkataan pada kad-kad imbasan yang ditunjukkan oleh guru.
    • ·         Kemudian aktiviti membaca bahan yang sama daripada buku teks.
    • ·          Murid mengecam gambar dan menyebut perkataan.
    • ·         Murid diperkenalkan kumpulan huruf yang membentuk perkataan tersebut.
    • ·         Murid menyebut berulang kali perkataan tersebut.


    • Kebaikan Kaedah Pandang Sebut.
      *      Murid tidak perlu belajar mengeja perkataan dahulu maka masa dapat dijimatkan.
      *      Murid dapat memahami maksud perkataan semasa menyebutnya.
      *      Kaedah ini merupakan kaedah terpantas untuk mempelajari kemahiran membaca.
    Kelemahan Kaedah Pandang Sebut.
    • §  Murid tidak pandai mengeja.
    • §  Murid tidak dapat menyebut perkataan baharu kerana tiada pendedahan.
    • §  Perbendaharaan kata murid terbatas.
    • §  Kaedah ini hanya sesuai untuk murid-murid yang pandai.


    Rumusan Kaedah Pandang Sebut.

                            Kaedah pandang sebut ini merupakan kaedah yang digunakan dengan cara pengamatan dan mengingat. Contohnya apabila guru menunjukkan kad gambar dadu dan tertera ejaan ‘dadu’, murid akan mengamatinya dan mengingati perkataan dan gambar tersebut. Apabila murid itu terpandang perkataan atau objek yang sama dalam situasi lain, murid tersebut akan terus mengetahui bunyi dan ejaan ‘dadu’ itu.


    Kaedah Suku Kata.
    Kaedah suku kata merupakan satu deretan bunyi yang mengandungi satu puncak kelantangan. (Daniel Jones.)
    v  Suku kata merupakan ujaran terkecil dari sebuah kata yang didengarkan pada kehadiran vokal.
    v  Satu suku kata sekurang-kurangnya mengandungi satu buah vokal dan konsonan.

    Jenis-jenis suku kata.

    i)             Kata tunggal satu suku kata. Contoh : K + V + K     (sos)
    ii)            Kata tunggal dua suku kata. Contoh : V + KV          (api)
    iii)           Kata tunggal tiga suku kata. Contoh : KV + KV + KV          (kereta)
    iv)            Kata tunggal empat suku kata. Contoh : KV + V + KV+ KV           (suasana)


    Kelebihan Kaedah Suku Kata
     
    • Murid-murid dapat mengeja dengan baik kerana dilatih untuk mengeja bagi tiap-tiap perkataan yang dibaca.
    • Guru tidak perlu menggunakan bahan bantu mengajar yang banyak dan ini memudahkan guru-guru menjalankan tugasnya.



    Kelemahan Kaedah Suku Kata

              Murid tidak lancar membaca kerana lebih fokus kepada huruf.
              Terlalu mementingkan ejaan hingga menyebabkan fahaman tidak berjaya diperoleh
              Kanak-kanak mudah keliru kerana nama-nama huruf tidak menepati bunyi huruf-huruf tersebut.


    Rumusan Kaedah Suku Kata.
                            Kaedah suku kata ini,murid akan mengenal perkataan melalui ejaan suku kata vokal dan konsonan. Contohnya perkataan ‘susu’, suku kata yang digunakan ialah kv+kv=kvkv. Murid akan mengeja setiap satu suku kata dan hasilnya murid tersebut akan mengetahui perkataan apakah yang tertera itu.




    RUMUSAN.

                            Membaca merupakan proses yang kompleks. Oleh itu terdapat beberapa kaedah untuk mengajar murid-murid mengenai bacaan awal. Kaedah bacaan awal terdapat beberapa jenis iaitu kaedah abjad, kaedah fonetik, kaedah pandang sebut dan kaedah suku kata.
                Kaedah abjad lebih berfokus terhadap pembunyian abjad dan guru pada mulanya akan mengajar huruf vokal dan konsonan yang lebih mudah dan selalu digunakan dahulu. Kaedah fonetik pula, murid perlu mengenal huruf dan mengaitkannya dengan bunyi-bunyian. Kaedah fonetik terdapat dua jenis aktiviti iaitu asosiasi bunyi dan asosiasi gambar. Manakala kaedah pandang sebut pula ialah yang melibatkan aktiviti membunyikan suku kata dan ayat berdasarkan gambar. Kaedah pandang sebut hanya memerlukan kanak-kanak mengecam perkataan tanpa perlu mengeja dan ini akan menjimatkan masa kanak-kanak untuk mengeja perkataan. Kaedah yang keempat pula ialah kaedah suku kata. Kaedah suku kata merupakan ujaran terkecil yang mengandungi sekurang-kurangnya sebuah vokal dan konsonan.
                Setiap kaedah bacaan awal kanak-kanak ini terdapat beberapa kelemahan dan kelebihannya yang tersendiri. Ia terpulang kepada guru-guru untuk memilih kaedah mana yang lebih sesuai dengan murid-murid mereka.



    REFLEKSI.

                Kerja kursus pendek ini iaitu Literasi Bahasa Melayu (WAJ 3104) yang bermula dari 1 Julai hingga 18 Ogos 2011 memerlukan pembacaan dan pengumpulan maklumat yang lengkap. Sebaik sahaja saya mendapat tugasan ini, saya berusaha untuk mengumpulkan maklumat yang diperlukan dan berkolaborasi dengan pensyarah pebimbing dan juga rakan-rakan.
                Saya berjaya mendapatkan maklumat daripada buku-buku rujukan di perpustakaan, daripada rakan dan juga dari sumber internet. Adakalanya saya menghadapi sedikit kesukaran seperti maklumat yang kurang jelas dan tidak lengkap. Malah kadang-kadang masalah gangguan kelajuan internet yang minimum juga turut menyebabkan saya terganggu konsentrasi dan turut menimbulkan masalah dalam usaha untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.
                Setelah saya menyiapkan tugasan ini saya memperoleh banyak ilmu berkaitan kaedah bacaan awal untuk kanak-kanak. Kini saya telah mengetahui beberapa jenis kaedah yang boleh diaplikasikan sebagai seorang bakal guru kelak. Saya juga turut mengetahui bahawa tidak semua jenis kaedah bacaan awal itu boleh digunakan untuk semua tahap dan golongan kanak-kanak.
                Saya menyedari bahawa setiap golongan kanak-kanak itu terdapat cara dan kaedah yang bersesuaian untuk diajarkan kepada mereka mengenai bacaan awal. Oleh itu, sebagai seorang bakal guru saya perlulah peka dengan kanak-kanak dan mengetahui kaedah manakah yang bersesuaian dengan mereka dan berusaha untuk mengajar mereka membaca.



    RUJUKAN.

    Kamarudin Hj. Hussin. (1998). Pedagogi Bahasa Perkaedahan. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
    Khairuddin Mohamad. (2011). Siri Pendidikan Guru Literasi Bahasa Melayu. Shah    Alam: Oxford Fajar.
    Mohd Nor Izwan Sulaiman. Peringkat-peringkat pengajaran membaca. Dilayari pada 7 Ogos 2011 di URL http://mohdnorizwansulaiman.blogspot.com/2009/05/peringkat-peringkat-pengajaran-membaca.html.
    Ramlan Hamzah. (2008). Kemahiran Belajar untuk PPISMP. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
    Tiada nama pengarang. Dilayari pada 17 Ogos 2011 di URL http://www.scribd.com/doc/39765457/LITERASI-BAHASA




  • Wednesday, November 2, 2011

    Konsep Pergerakan Asas

    Pergerakan asas merupakan aktiviti yang dihasilkan oleh pelaku untuk menguji kebolehan mereka mengawal pergerakan-pergerakan badan (Susan Capel-1986). Freeman pula mengatakan bahawa pergerakan asas itu ialah pergerakan melalui media fizikal yang berkaitan dengan pergerakan motor kasar.
                Konsep pergerakan asas itu menjelaskan mengenai bagaimana kemahiran bagi sesuatu pergerakan dilakukan. Ia terbahagi kepada 4 iaitu :

    1) Kesedaran Tubuh Badan. 

          Ia bermaksud apa yang boleh dilakukan oleh tubuh badan.
          Bermaksud tubuh badan yang boleh melakukan pelbagai bentuk.
          Contohnya membentuk badan, imbangan badan, pemindahan berat badan dan layangan.
          Kebiasaannya aktiviti ini di lakukan sebelum memulakan aktiviti sukan iaitu di panggil aktiviti memanaskan badan.

    2. Kesedaran Ruang.

          Ia bermaksud kemana arahnya tubuh badan kita.
          Ruang melibatkan lokasi (am dan diri), arah (kiri kanan, depan belakang, atas bawah), aras (tinggi, sederhana, tinggi), dan laluan (zig zag, lurus, berpenjuru)

    3. Kualiti Pergerakan.

          Ia melibatkan persoalan bagaimana.
          Pergerakan tubuh badan dapat diukur melalui daya, masa dan alirannya.
          Daya merujuk kepada kuat atau ringan sesuatu beban badan itu.
           Masa bermaksud cepat atau lambat sesuatu pergerakan itu dilakukan.
          Aliran pula terbahagi kepada dua iaitu terikat dan bebas.

    4. Perhubungan
     
          Perhubungan ialah pergerakan dengan siapa dan apa.
          Dilakukan secara solo, berpasangan, dan berkumpulan. Ia dilakukan secara depan-belakang, sisi-sisi dan cermin.
          Pergerakan perhubungan dengan alatan pula dilakukan secara bawah, keliling,dan  atas.

    Friday, October 28, 2011

    Rumusan artikel Masalah Bahasa dan Komunikasi

    Rumusan artikel dalam jurnal yang dipilih.

    Artikel 1.
    Kategori penilaian dan perbezaan diagnosis terhadap major dan minor
    perkembangan masalah bahasa dan pertuturan.

                Kebolehan berbahasa dan berkomunikasi dalam kehidupan seharian amatlah perlu dan penting bagi setiap diri individu. Namun begitu terdapat dalam kalangan kita yang mengalami masalah untuk berbahasa dan berkomunikasi sesama manusia. Sebagai contoh di luar negara terdapat kajian yang mengatakan bahawa terdapat anggaran 1:10 yang mengalami kecacatan dalam menggunakan bahasa, pertuturan dan pendengaran.
                Masalah pertuturan itu merupakan masalah yang dihadapi oleh seseorang yang mempunyai masalah dalam penghasilan suara dan kualitinya. Masalah berbahasa pula ialah seseorang yang mengalami kecacatan dan kekurangan dalam berkebolehan untuk menggunakan bahasa, perkataan dan memahaminya dengan baik. Mereka mungkin akan mengalami masalah untuk memahami isi perbualan orang lain.
                Penilaian untuk penentuan kekurangan kanak-kanak dalam kefungsian berbahasa biasanya dikendalikan oleh ahli terapi bahasa dan pertuturan dan pakar psikologi. Ahli terapi tersebut bekerjasama dengan pakar psikologi pendidikan untuk menentukan jenis-jenis masalah kecacatan kanak-kanak itu.Terdapat beberapa jenis penilaian yang spesifik dalam komunikasi anataranya ialah penilaian tindak balas terhadap bunyi-bunyian. Penilaian ini lebih menjurus kepada masalah pendengaran dan proses auditori. Kebiasaannya kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran ini akan mengalami pula masalah untuk bertutur dan menggunakan bahasa dengan baik. Kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan setahun yang masih tidak memberikan tindak balas terhadap alatan yang menghasilkan bunyi-bunyian dan juga suara manusia, disyaki mengalami masalah penengaran. Antara ujian yang boleh dilakukan terhadap kanak-kanak ini ialah ujian auditori dan ujian sensori motor.
                Seterusnya ialah penilaian terhadap penerimaan bahasa bagi kanak-kanak. Terdapat tiga kaedah umum untuk menilai pemahaman bahasa terhadap kanak-kanak iaitu menunjukkan gambar, memberikan arahan, dan bertanyakan soalan kepada kanak-kanak tersebut. Terdapat juga beberapa jenis ujian yang berkaitan dengan penilaian ini iaitu ujian auditori untuk pemahaman bahasa, ujian kosa kata bergambar, dan ujian perbezaan auditori. Penilaian yang ketiga ialah penghasilan pertuturan oleh kanak-kanak. Antara tanda-tanda bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah ini ialah tidak ada penghasilan bunyi-bunyian vokal sehingga usianya 6 bulan, tidak ada babling dan cooing dalam usia setahun dan tidak ada pertuturan yan jelas antara umur 1-4 tahun. Ujian yang boleh diberikan kepada kanak-kanak untuk penilaian ini ialah ujian perkembangan artikulasidan ujian skrin Templin-Darley.
                Dalam penilaian penghasilan bahasa pula mementingkan aspek dari segi kanak-kanak itu memberikan respon dan menggunakan bahasa badan dalam sesuatu komunikasi berlaku. Pemerhatian terhadap perkembangan bahasa kanak-kanak ini perlu dilihat secara semulajadi dengan pelbagai penggunaan kosa kata dan tatabahasa. Contoh ujian formal bagi penilaian ini ialah ujian tatabahasa Berry-Talbot-Exploratory. Penilaian yang kelima ialah penilaian proses auditori. Untuk penilaian ini pemerhatian sahaja adalah tidak mencukupi tetapi boleh digunakan beberapa kaedah terhadap kanak-kanak seperti menyanyikan lagu dan dengan itu kita dapt mengenalpasti adakah kanak-kanak itu dapat memberikan perhatian atau tidak. Kita juga boleh menggunakan kaedah suku kata satu untuk menunjukkan perbezaan konsep terhadap bunyi-bunyian. Ujian memori auditori dapat digunakan dengan cara teknik berulang seperti lagu twinkle-twinkle little stars.
                Penilaian pragmatik pula memberi fokus kepada penggunaan bahasa untuk kanak-kanak berkomunikasi. Cara terbaik untuk menilai mereka untuk penilaian ini adalah dengan cara pemerhatian. Persekitaran semulajadi merupakan yang terbaik untuk penilaian klinikal untuk kanak-kanak masalah bahasa ini. Penilaian tahap perkembangan bukan bahasa kanak-kanak mengandungi pelbagai jenis kecacatan. Ciri-ciri penilaian major ialah pergerakan kemahiran motor dan juga proses visual. Antara contoh ujian penilaian yang boleh dijalankan ialah konsep kematangan (Draw-a-man test), kebolehan motor (Purdue Peg Board), Konsep visual (ujian Skemp’s)  dan sebagainya.
                Pelbagai ujian diagnosis dan penilaian untuk mengenalpasti perbezaan perkembangan masalah bahasa dan komunikasi bagi kanak-kanak dari peringkat awal kanak-kanak lagi. Kanak-kanak akan mengalami masalah dalam komunikasi apabila tidak mendapat kemahiran bertutur dn bercakap dengan baik. Komunikasi itu amat penting dalam kehidupan sosial bagi seseorang dan memudahkan untuk mempelajari serta berinteraksi dengan persekitaran.

    Monday, October 24, 2011

    Lamanyer.....

    5 tahun setengah. bermula dari 2009 hingga 2014 barulah aku akan grad. Hmmm..lamanyer.. macam nak wat medic jer.. Kawan2 sebaya sume dah konvo, dah abes diploma dan ada yang dah sambung ijazah. Ye, memang aku skang dah masuk ijazah tahun pertama bagi semester yang kedua dan akan exam x lama lagi.Tapi kadang-kadang rasa cam lama sangat dan sedikit bosan. Orang lain at least akan habes diploma dahulu or asasi dulu or matrik dulu. kemudian akan sambung ijazah di tempat yang baru, kelas yang baru, suasana yang baru dan kawan yang baru. Aku?? Sepanjang 5 tahun setengah ni di tempat yang sama , kelas yang sama, rakan yang sama dan suasana yang sama. Bosan x u all agak2 nye lau jadi cam aku?.

    Ye, memang la foundation dulu setahun setengah tapi pastu terus sambung ke degree selama 4 tahun , macam x de 'perhentian'.Bosan x u all agak2 nye lau jadi cam aku?. Ada setengah orang umo 22 pun dah dapat degree. aku? umo 24 nnti bru dapat degree. (nak ikutkan patutnye umo 23 la tapi dah aku lewat masuk setahun, jadual gitu).

    Ye, aku tahu bukan senang nak menjadi manusia yang memanusiakan manusia lain lebih2 lagi skang pendidik yang baru2 sume kerajaan nak keluarkan yang bersiswazah. Tapi sedangkan sesetengah kursus lain pun yang ada foundation cume setahun dan terus ke degree selama 3 tahun and totalnye 4 tahun je. Sorry la bukan aku x bersyukur , aku bersyukur sangat. Ramai yang nak masuk IPG ni tapi x dapat sbb x layak or x lepas interview or memang x de rezki tapi cuba bayangkan ble berjumpa kawan2, makcik2 jiran, kawan2 parents ble bertanya bpe tahun lagi nak abes? penat aku nak menjawabnye. Dan aku sendiri pun kadang2 dah mula bosan. Tapi aku sedar kelebihannya ialah memang kami pelajar IPG ni dapat tajaan, elaun dari kerajaan bagi setiap bulan/ semester. Tak perlu wat pinjaman dan mohon biasiswa, pastu insya Allah kerja terjamin, pastu pekerjaan yang baik, yang mulia yang boleh dapat pahala berterusan. Tak semua kelebihan2 tu pelajar2 IPT lain akan dapat. Mereka mungkin terpakasa bertungkus lumus untuk belajar untuk menjadikan wang pinjaman mereka tu sebagai biasiswa mereka , pastu ble dah grad nnti nak kena bersaing dengan ramai graduan untuk lepas interview dan merebut peluang pekerjaan. Kalo setakat kebolehan, kemahiran yang suam2 kuku tu hmm maaflah agak sukar bagi anda.

    Pendapat aku mungkin pihak BPG boleh mengkaji balik adakah perlu sampai 5 tahun setengah bagi tempoh pengajian kami atau boleh dipendekkan sedikit kepada 4 tahun setengah atau 4 tahun je di masa akan datang.hmm.........

    Tapi walaubagaimana pun, sabar jelah duhai hati. jangan difikirkan sangat. teruskan saja pengajianmu dan nanti taw2 ja dah nak abes pun belajar. betul x?
    Assalamualaikum..

    Sekarang aku sedang bercuti di rumah sempena perayaan deepavali rabu depan. Aku cuti sampai seminggu kut. Pas abes seminggu pun kemungkinan x de kelas, lau ada pun satu due kelas la. Pastu ada Muktamar PGPI 2010/2011 dan raya haji. -

    Mula-mula cuti ni rasa cam x tau nak buat apa. Aku dok rehat je, wat keje2 umah and tengok korean drama. - My Girl. Ya, aku tahu korang sume dah tengok. Cerita dah berzaman kan. Tapi serius aku pun dah lama simpan dalam Buffalo aku ni tapi x tengok2 lagi sebab ble aku try tengok sikit episod satu die cam intro die kurang menarik. Tapi aku dengar ramai kata citer ni best. So aku layan je lah and sekarang dah sampai episod 11. Semuanya ada lebih kurang 16 episod lau aku x silap. Tapi bagi pendapat aku lagu2 dalam drama tu ok memang best la jugak, tapi secara keseluruhannya bagi aku x la best sangat sebab ada lagi cerita Korean and Japan lain yang lebih best yang pernah aku tengok yang mampu mengalirkan air mata aku nie. Tapi ble dah tengok separuh jalan nie, memang aku nak tengok lagi la kan sebab nak tahu apa sambungan ceritanya dan apa kesudahannya. - Pendapat manusisa memang berbeza. Walaupun majoriti ada mengatakan pendapat yang lain, tapi bagi sesengah individu mempunyai pandangan yang lain yang kadangkala boleh diguna pakai.

    Bile aku tengok kalendar ble aku kira2 hari ada la dalam lebih kurang 2 minggu la lagi nak final exam. Rasanya lah sebab jadual sebenar IPG aku x keluarkan lagi. Tapi dipercayai mula exam pas raya haji ni.So, aku kena la study tuk exam. Malangnya aku cume bawa balik satu buku dan lappy je ke rumah ni. Sedangkan cuti aku seminggu. Rasa rugi je masa yang banyak tu aku x bleh nak ulangkaji banyak subjek. Masa nak balik ritu aku rushing kemas2 sebab tetibe rancang nak ke Sg Gabai ritu and terus balik ke rumah.So, aku fikir2 mungkin nak balik awal ckit mungkin balik jumaat ke. Tapi x taw la sbb abah sibuk juga, masa die di rumah x menentu jugak.
    - Tapi itu bukanlah dijadikan alasan untuk tidak mengulangkaji pelajaran. Gunakan peluang yang ada contoh layarilah internet tuk search nota or baca sume powerpoint or softcopy yang ada dalam lappy dulu sebelum balik baca buku. 
    -Disini pentingnya merancang  sesuatu perkara, dah tau nak balik dah kan sepatutnya malam sebelum tu dah prepare barang nak pack walopun rumah dekat.
    -Masa yang ada kat rumah ni gunakan dan hargai sebaiknya. Contoh, masa nilah nak eratkan lagi hubungan sesama keluarga. Tolong ibu bapa, tambah pahala dan keredhaan ibu bapa. Latih diri jadi lebih penyabar dengan karenah adik2.
    -Untuk cemerlang, bukan sekadar dengan buku je, tapi yang paling utama jaga hubungan kita dengan Allah, sesama manusia,dan  keluarga. Barulah jadi insan yang betul2 cemerlang.

    Monday, October 17, 2011

    Masalah tisu kaki

    Assalamualaikum.. hai,

    aku sebenarnye baru balik dari klinik. Dah seminggu aku sakit kaki dekat dgn tumit. Masalahnya x lebam pun, tp sakit. Dah seminggu gitu, sejak ujian amali pj selasa lepas. Tahun lepas masa ujian amali pun kaki aku sakit gak. Tapi time tu belah kiri sakit, memang lebam la sampai ungu biru warnanya, dan kaki aku nampak besar. Masa tu aku gi klinik, doctor check mcm x de pape pun, x ray pun x.. aku risau gak.. Amek masa gak la nak baik masa tu. Skang sakit kaki kanan lak. Tapi kali ni x nmpak lebam apa pun. Tapi tetap sakit. Ble gi klinik, doctor kata x de apa. Masalah tisu je. Kalo berpunca dari eksiden ke, nampak lebam ke, sakit sgnt smpai x bleh nak jalan, baru die x-ray. Tapi yang tahun lalu tu, kaki lebam x  x-ray pun.. huhu.. And doctor kata memang amek masa ni nak bek, kadang2 ada yg smpai sebulan.. Tapi x de pape lah.. huhu.. Aku diberi ubat sapu and makan. Cepat la bek, x nak dah jalan cam orang tempang.. hoho..

    Sunday, October 2, 2011

    Mikroteaching, UAK, Kediaman Terbuka, Dinner, Amali,Mesyuarat Agung, Exam, PBS, Cuti

    Assalamualaikum dan selamat tengah hari.. Semua dah lunch? Aku x lunch lagi.. Jap lg pas aku update blog and off lappy nie.

    Mmm.. assignment semua dah hantar, tapi msih belum selesai semuanya.. Sebab masih ada perbentangan mikroteaching and penulisan refleksi. So ada lagi yang belum lengkap.

    Minggu depan selama 3 hari aku ada Ujian Akhir Kursus (UAK), ujian ini amat penting sama macam exam akhir nanti sebab kalau UAK ni tak lulus, makanya x boleh la nak ambil exam akhir nanti.. Lepas tu ada plak hari terbuka kolej kediaman dan dinner kediaman. Tema dinner kali ni ialah 'Twins'. So maksudnya disini, kena la cari twins cam muke yang iras ke, pakai baju sama ke and syaratnye juga kena bersama je sepanjang dinner mlm tu nnti. Lepas tu, minggu depannya pulak adalah minggu ujian amali. Semua pelajar dan subjek yang ada amali semua terlibat.

    So, aku kena hadkan dan kawal la diri ni untuk online. Kena fokus study, and praktis amali. Dan lagi satu x lama lagi ada mesyuarat agung Per. Guru Pelatih Islam (PGPI) lak, aku sebagai bendaharinya perlu siapkan laporan kewangan tuk perbentangan dalam mesyuarat tu nanti. Tapi sebelum tu kena la settle kan kutip semua yuran ahli yang masih tertunggak, kemaskini invois, bil2 dan akaun sem ni. Wah, risau jugak ni takut timbul masalah dan persoalan. Hope semuanya ok..

    Lagi sebulan lebih, nak exam akhir lak,. Aku harap exam kali ni pun pointer aku masih ditahap yang baik dan terus meningkat. Aminn.. So sementara sebelum exam tu, ble de masa aku kena la rajin2 balik umah jenguk family.. Ti ble dekat2 exam nak kena fokus study tul2, ulangkaji n x dpt la nak balik umah. Memang la bukan 24 jam study kan tapi, masa senggang yg ada tuk istirehat dan tuk diri sendri gak. Yelah, kuliah lagi, pebentangan lagi kan. Pastu dah cuti..

    Tak sabar nak abeskan sem 2 tahun 1 PISMP nie.. Nak cuti semester bersama family tercinta. PBS tuk sem depan pun dah pilih, SK Desa Baiduri. Dekat gak dgn rumah. Kali ni wat sorang2 ja.. Tak pe, x kisah.. :)
     
    Images by Freepik