Tak lama lagi tahun 2010 bakal meninggalkan kita.. bagaimana persiapan anda untuk kedatangan tahun 2011 ini?.. Saban tahun aku terasa masa itu cepat berlalu.. Tapi apa yang aku dah buat sepanjang tahun-tahun yang lepas??..
Imbas kembali :
..................... .. ....
Semasa aku dilahirkan, aku percaya aku merupakan buah hati pengarang jantung family ku.. mana taknyer aku lah anak sulong dan cucu sulong yang dah selamat dilahirkan.. Kata family aku, masa aku kecik-kecik dulu aku kuat menangis.. huhu.. susah juga nak jaga aku.. dan masa diawal-awal perkahwinan ibu bapa aku pun, kami sekeluarga bukanlah hidup dalam keadaan senang lenang.. baru nak membina keluarga dan belajar hidup berdikari jauh dari ibubapa (atuk nenek aku).. Mereka berasal dari perak darul ridzuan.. Ibubapa ku berhijrah ke Selangor Darul Ehsan..
Bukan senang nak membesarkan anak.. macam-macam kesusahan dan dugaan yang perlu ditempuhi,.. tak perlulah aku ceritakan,.. rasanya semua orang tahu kan, bagaimana kesusahan ibu bapa mahu membesarkan anak-anak mereka..
Kemudian lahir pula sorang-sorang adik-adikku yang lain.. Alhamdulillah sehingga kini hubungan kami adik-beradik masih baik x dek perang dunia ketiga.. Dan lagipun aku kan kakak yang baik dan gila-gila.. harharhar... (angku bakul sendiri nampak..).. Jadi makin besar lah tanggungjawab ibubapaku untuk membesarkan kami semua..
Kemudian masa aku dalam darjah 6, aku sudah berpindah di Kuala Lumpur.. Tapi tak la KL sangat pun sebenarnya, sebab rumah aku ni kira dekat sempadan la KL and Selangor, so kadang-kadang ada gak la kekeliruan alamat rumah aku ni.. - KL / Selangor.?
Masa mula-mula pindah sini, ade la aku 'gila' sikit.. Gila macam mana tu??..Susah aku nak cakap.. Dan ada satu ketika tu aku demam sampai nampak sesuatu yang agak pelik.. hmm.. macam mana yer?.. toksah citer la.. hehe.. hmm.. point nyer disini ialah, bagaimana ibu bapa ku menghadapi karenah ku dan perangai ku time tu.. ntahla.. aku pun x paham.. mungkin sebab mula-mula pindah, biasalah kawasan rumah baru, dah plak tu asalnya tapak rumah ni kawasan utan.. hmm.. faham-faham sendiri la yek..
Aku masih ingat masa aku darjah enam aku sekolah agama kat bukit cheras.. ustazah aku ni la yang bagi nasihat mengenai pemakaian tudung, Dialah yang beritahu tentang hukum dan azab jika tidak bertudung. Alhamdulillah aku rasa kerna dialah aku mula nak bertudung bila mula akil baligh, lau tak mungkin aku free hair agaknyer skang ni.. maklumlah aku pun tinggal kat kawasan mana sekarang ni kan.. dengan pengaruh sana-sini, lau x de ilmu agama dan bimbingan tak tahu la apa jadi dengan aku. Tapi hidup aku kira sederhana jelah, tak la baik sangat..
Sampaila aku makin meningkat usia ke alam remaja... ada kalanyer aku rajin la blaja..(selalunya time awal-awal sekolah dibuka).. dan adakalanya aku malas la gak sampai x siap keje sekolah.. kikih.. ala korang pun same kan kan kan... (yer kut).. masa ni juga la aku ada minat pada seseorang..haha.. siapa? rahsia.. mm.. tapi lama-lama aku berusaha untuk melupakannya.. Alhamdulillah aku berjaya.. hihi.. First love?.. hmm tak rasenyer.. rasenyer first love aku masa sekolah rendah dahulu.. haha.. kenangan zaman kanak-kanak aku.. ok, imbas sekejap time tu..
Masa tu kami satu sekola, sangat kelakar dia suka aku, aku pun diam-diam suka dia.. haha.. ala budak-budak.. tapi kan dia la satu-satunya lelaki yang pernah bagi aku bunga.. pandai kan budak-budak zaman sekarang.. umo baru dalam 10-11 tahun dah pandai bagi bunga kat girl.. haha.. tapi bunga plastik je la.. tp dia tak bagi sendiri taw, dia suwuh kawan yang bagikan.. time tu lak bulan mei,..bulan nak sambut hari guru.. memang ada jualan bunga kat sekolah..
Ble nak dekat PMR pun aku still bersikap kadang-kadang rajin, kadang-kadang tak. kira study last minit gak la.. Dan hasilnyer??.. tentula bersesuaian dengan usahanya.. x banyak A pun dapat.. huhu.. sederhana je la.. sdiy gak la sbb kengkawan dpt result lagi bek.. tp still cool taw..haha..
And then ble aku form 4, aku dah start couple.. walhal sebelum tu beria-ria benar aku cakap kat kawan-kawan semua aku takkan couple selagi tak habis belajar. bagi aku couple-couple ni buang masa je.. aku tengok ramai student kejap couple dengan orang tu pastu putus and couple lak dengan orang len.. aku tak paham dengan diorang. Bagi aku tu semua buang masa je.. tak de faedahnyer pun.. tapi bila aku sendiri mengalaminya. baru aku tahu. baru aku kena dengan diri aku sendiri. kawan aku pun perli aku balik.. huhu.. Dan pengajaran yang aku dapat kat sini ialah jangan cakap besar, bila kita dah kena sendiri kat batang hidung baru tahu..
Aku akui, masa ber couple ni memang indah la,.. tapi banyak gak la mengeluarkan air mata dan wang ringgit utuk topup.. bese la tu.. ramai camtu aku rase.. dan aku akui aku sendiri lalai ketika itu.. tak taw salah siapa.. mungkin salah aku sendiri, x dapat kawal dan x jaga diri aku sendiri sampai ada kalanya aku lalai dengan kerja-kerja aku dirumah.. huhu..sepatutnya aku kena pandai seimbangkan semua hal dalam kehidupanku. Tapi syukur juga kerana masa ketika nak spm aku cuba berusaha sebaiknya walaupun aku bukan lah seorang yang straight A's.. Alhamdulillah aku x gagal dlm SPM, malah mendapat result diluar jangkaan aku.. itu semua kuniaan Allah.. Aku bersyukur sangat-sangat..
Pas SPM aku ade la timba pengalaman mengajar sikit kat sebuah pusat tuiesyen.. maklumlah cita-cita aku kan pendidik.. tapi ni bukan first time aku kerja taw, aku pernah jadi cashier masa cuti sekolah form 4 dulu. Aku memang x apply mana-mana peluang tuk belajar pun kecuali institut pendidikan guru malaysia (ipgm). tapi last2 minit aku apply gak IPTA tu pun selepas kawan aku dok nasihat aku, katanya result aku elok, pegilah apply.. so, aku men apply je la, bukan niat nak masuk.. tap entah macam mana aku cume dpt interview ke ipgm je, tapi x berjaya mengukuti pengajian di ipgm.. U pun aku x dpt.. kemudian aku ambil form 6 di BTHO 2. huhu..sedih gak la..hmm.. seingat aku la dalam sebulan sebelum tu aku pun clash dengan bf aku tu.. huhu.. kesian die.. tapi dengar nya dia sekarang dah ada makwe baru.. sama padan.. moga2 kami sama2 dapat jodoh yang terbaik buat diri kami masing-masing.. Aminn..
Lepas tu, aku dapat tawaran belajar kat U bagi intake kedua.. aku pun pergilah dengan perasaan yang x rela..huhu.. aku pergi pun sebab ibu bapaku. aku tahu mereka pasti nak aku masuk U tu., lau ikutkan rasa hati ni, memang aku nak gak masuk ipgm.. huhu.. tapi dah tak de rezeki masa tu.. camne?..
Masa kat U, memang tak stabil la emosi aku.. kejap ok, kejap tak,.. dalam kelas pun, mata pandang depan, tapi fikiran di awang awangan.. tak taw la,.. mungkin aku sendiri yang x nak terima pelajaran disitu.. aku dah set awal-awal dalm hati dan jiwa aku ni, aku kena belajar kat ipgm gak tuk capai cita-cita ku.. teruk gak la time tu, selalu panjat tangga pergi pejabat kaunseling. sampai aku sanggup pergi Universiti induk kat Shah Alam tuk merayu tukar kos.. yelah masa aku apply dulu, aku men apply je bukan de niat nak masuk pun, so x pikir tul2 nak amek pe.. Last-last aku memang x tahan, dan aku decide nak quit U. Memang ramai la yang menentang keputusan aku tu.. hmm ingat senang ke aku nak buat keputusan camtu.. aku kena kuat dan menyusun balik langkah aku untuk gapai masa depan yang cerah.. tapi aku bersyukur sebab ibu bapa aku memahami keadaanku dan tak pernah memaksaku.. tapi aku tahu mereka pasti mahu aku belajar sampai abis kat U.. mereka pasti amat sedih dan kecewa tapi yang membuatkan ku bertambah sedih dan bersalah ialah mereka x pernah menunjukkan wajah kecewa dan sedih depan aku.. aku memang betul2 berada dalam situasi yang amat teruk sekali dalam idupku..
Lepas quit U, aku tinggal di kampung menemani atuk nenekku.. Sebenarnya aku balik kampung tu, sebab aku x sanggup tengok ibubapaku menghadapi jiran-jiran yang mungkin bertanya dengan ibubapaku, mengapa aku ada kat rumah? bukan ke cuti sem belum bermula.. ibubapa ku takkan nak selindung2 pulak kan.. mereka akan memberitahu kisah yang sebenar, tapi aku tahu mesti mereka berasa malu dengan jirang tetangga. aku x mahu menyusahkan mereka.. dan lagipun , dengan adanya aku dikampung kuranglah rasa sunyi atuk nenekku.. masa itulah aku pergi driving school..
Mengapa aku berani membuat keputusan macam tu? mengapa aku berani quit dari U? .. aku dah pun berfikir sedalam-dalamnya dan menentukan halatuju ku.. selepas quit U, aku telah berfikir sedalam-dalamya dan mengkaji dengan lebih jauh ke dalam bidang pengajian yang aku mahu apply nanti agar tidak melakukan kesilapan lagi. Aku apply balik semua termasuklah ipgm, U, poly, dan juga kolej2 bersekutu.. Targetku ialah IPGM .. seandainya memang tiada rezeki buatku, maka aku akan pergi belajar di U pilihanku dengan cos yang aku pilih, kemudian jika aku x dpt tawaran tersebut pulak, aku akan pergi sambung belajar kat politeknik atau kolej bersekutu Uitm. Alhamdulillah aku dpt tawaran ipgm, U, dan kolej bersekutu Uitm sebagaimana yang aku minta.. itu semua kuasa Allah Yang Maha Penyayang dan Pemurah.
Maka aku pun pergi menyambung pengajian di U pada tarikh yang ditetapkan dulu, sebabnya masa tu tarikh pendaftaran ipgm belum lagi tiba. selepas dalam seminggu pastu, aku quit U dan masuk pulak ipgm di Cheras. Sangat2 happy.. tapi kesannya, kasihan orang tua ku.. beribu-ribu duit mereka habiskan demi aku.. huhu.. mereka cukup sabar dan tak pernah merungut. mereka faham situasiku dan perasaanku..
Pengajaran yang aku rasa patut kongsi dengan pembaca mengenai keluar masuk U aku ni ialah :
1) Seharusnya berfikir lebih mendalam dan pertimbangkan dari semua segi dalam membuat keputusan.
2) Perlu berani menghadapi dan menyelesaikan kesulitan yang menimpa.
3) Perlu berusaha sebaiknya.
4) Perlu rajin berdoa dan solat hajat jika benar2 mahu mendapatkan sesuatu perkara
5) Perlu yakin dengan bantuan, kasih sayang dan belas daripada Allah
6) Perlu rajin membantu ibubapa dan berusaha mendapatkan keredhaan daripada mereka. - Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa kita terhadap kita.
7) Jangan mudah percaya dengar khabar angin oleh orang lain tanpa fakta yang sahih. (Contoh disini ; masa saya nak quit U kat perak dulu, ramai orang cakap nanti nama saya kena blacklist dlm senarai U tu.. nanti lau minta lagi, x dapat. tapi terbukti tidak sebab, pastu saya apply lagi, syukur saya dapat pula kat Pahang).
ok, dah stop sad story..hahha.. mm.. sekarang ble aku dah blaja kat institut perguruan ilmu khas (ipik), macam-macam hal lak berlaku.. akhirnya aku dah tamatkan 3 sem kurus persediaan program ijazah sarjana muda perguruan (ppismp).. bila menjelang 2011 nanti bermula lah aku belajar di peringkat ijazah pula.. wah,..riso lak aku.. aku dah la bukan rajin sangat pun sebenarnya.. huhu..
Di IPIK ni aku cos pendidikan khas.. bahagian mana, aku x taw lagi.. tahun depan baru tau aku bahagian masalah penglihatan ke, pendengaran ke, pemulihan ke, atau pembelajaran..
Masa mula-mula masuk sini, aku mula memasuki komuniti orang pekak. Sebabnya dalam class aku sendiri, ada 2 orang yang mempunyai masalah tersebut. malah di asrama juga ada.. sedikit demi sedikit aku mula belajar mengenai budaya dan cara hidup mereka. Malah aku juga mula belajar sedikit bahasa isyarat. Memang nampak bes tengok orang berbahasa isyarat, tapi bukan senang nak kuasainya dengan baik. Perlu rajin belajar dan praktis selalu.Aku kadang-kadang je rajin.
Masa sem 2, aku mula join Persatuan Guru Pelatih Islam (PGPI). Hingga kini aku masih menjadi ahli PGPI. Aku bukanlah seorang yang baik sangat dan mempunyai ilmu agama yang tinggi untuk membimbing orang lain pula dalam islam. Masing-masing dengan tujuan mereka sendiri jika join PGPI ni. Aku sendiri mahu memperbaiki diri kearah yang lebih baik lagi dan mahu banyak belajar lagi dalam pelbagai perkara. Dalam PGPI, aku dapat belajar banyak mengenai agama, belajar macam mana nak menguruskan sebuah persatuan, belajar untuk mencapai kata sepakat dalam banyak hal, dan sebagainya. Aku sedar aku sendiri banyak lagi perlu belajar dan perlu diberi bimbingan. Sebab itulah aku berada dalam PGPI ini. Sesekali aku sedikit lalai dan goyah sedikit, maka dengan adanya PGPI ini, sekurang-kurangnya aku dapat mengawal sedikit tingkah laku dan mempelajari pelbagai macam perkara.
Hmm.. tapi salah satu sikap buruk aku ni, huhu suka benar la membeli belah.. susah kalau keluar tu x beli apa2. Maka, cepat la duit elaun aku tu habis selalu. Kejap2 beli kasut, kejap2 beli beg, kejap2 beli baju, kejap2 beli tudung la shawl la.. huhu.. Kadang-kadang kawan aku fed-up dengan aku lau keluar shopping..huhu.. Tapi, aku bertekad, pasni aku mahu lebih disiplinkan diri tuk kawal diri aku daripada buat kerja-kerja membazir ni.. Aku nak menyimpan tuk belanja posting ti sementara x masuk gaji lagi dan lagi satu nanti aku nak beli kereta. so, mak aku kata dengar cakap mak, simpan duit dulu baru beli kereta. kalau x nanti susah.. Baiklah, aku dengar cakap mak aku..Ble aku terasa cam aku 'buang' duit je nanti, aku kena kenangkan ibubapa aku.. kenangkan kesusahan mereka cari duit tuk makan pakai sekeluarga.. Sampai ke hati kita nak bazir2 kan je duit camtu je?.. X de hati perut ke?.huhu..
Sem 3 yang lepas, aku ada sedikit kesulitan tuk subjek PJ aku.. Kaki ku bengkak masa ujian merejam bola tampar. Dahla esoknya kena lari padang lak 6 kali pusingan. Walopun ada surat doctor aku kena buat gak mana yang boleh, aku x nak markah aku sikit je.. camne nak lulus subjek pj nanti.. Pulak tu, entah macam mana aku demam pulak sebelum nak pergi kem sukan rekreasi. Dah la ada pemarkahan.. Risau betul, tapi aku x larat dan x mampu nak teruskan. Jadi, aku pun balik la pada malam tu jugak. Pas beberapa hari demam ku masih berlarutan, aku ke hospital buat pemeriksaan. Doktor sahkan aku terkena jangkitan virus kencing tikus. Nama saintifiknya, apa entah, lupak pulak. So tinggal la aku kat hospital beberapa hari. Hari-hari kena amik darah..huhu.. aku dah la kurus,.
Terima kasih kpd semua kawan2 yang dah melawat aku masa sakit. Aku tahu ada gak yang nak datang melawat tapi x berkesempatan. X apa aku faham.. kalau dah ingat kat aku pun, dah cukup baik.
Sekarang ni, aku masih bercuti.. lagi 2-3 hari semester baru pun akan bermula. Aku akan mula belajar dalam program ijazah. Risau juga, takut ada masalah. Sementara ni, acu ku pula (bapa saudara), sedang buat persiapan perkahwinannya yang akan berlangsung lagi sebulan dua ni. Bakal maksu ku itu orang terengganu dan sama baya lak dengan aku taw!.. jangan terkejut.. hehe.. Tapi aku ok je, aku open.. aku terima je.. Dia pun ok dan ok ape dpt makcik sebaya.. cam kawan2 je.. tapi aku tetap hormat dia sebagai bakal isteri bapa saudara ku.
Adik lelaki aku yang pertama sekarang baru lepas SPM, dia akan pergi plkn di Mantin x lama lagi. Semoga dia selamat dan seronok disana. X lupa juga berharap agar dia berjaya mendapat result SPM yang cemerlang dan berjaya masuk IPTA dalam bidang pilihannya.
Adik perempuan aku yang sorang tu dah nak masuk form 5. Moga-moga dia rajin belajar daripada awal dan dapat capai result yang cemerlang gak nanti.. Jenuh tadi aku menerangkan pelajaran sejarah form 5 kat dia sampai aku rasa nak sakit tekak aku ni.
Kemudian, adik perempuan aku yang sekolah rendah nak masuk darjah 5 ni. Seorang yanG banyak main dan nakal juga. Biasalah budak-budak.. Moga-moga dia bertambah rajin belajar dan mendengar kata oramg tua.
Adik bongsu lelaki aku, kini dah berusia setahun lebih. Sangat comel dan lucu.. haha.. Dialah penyeri kami, tawa kami dengan karenah dan sikapnya.. Moga-moga dia membesar dengan baik.
mmm..berdasarkan kronologi diatas, mungkin ada beberapa soalan yang bermain dalam minda si pembaca dan dalam minda ku sendiri =
1) Rumah aku kat Selangor tu kat mana? dan yang kat KL tu kat mana ?
2) Siapa boy yang bagi aku bunga mase sekolah rendah dulu tu?
3) Aku dapat berapa A masa pmr dan spm dulu?
4) Siapa couple aku dulu dan sekarang aku ber couple lagi ke atau single?
5) Kenapa clash?
6)Bagaimana keadaaan aku sekarang?
7) Apa perasaan aku sekarang?
8) Adakah aku akan berjaya mendapatkan ijazah?
9) Adakah aku dapat memperbaiki hidupku kearah yang lebih baik lagi?
10) Adakah aku berjaya menjadi guru yang baik?
Dan jawapan bagi persoalan-persoalan tersebut.. hmm... carilah sendiri jawapannya.. Malah mungkin juga jawapannya akan kita ketahui kelak dengan peredaran masa dan waktu..
Dan soalan bonus ; Mengapa aku tulis entry ni? Untuk apa?
Yang ini aku ada jawapnnya ;
Aku menulis entry ini sekadar untuk memberi kesedaran kepada diriku bahawa banyak sudah berlaku sepanjang hidupku 20 tahun ni disamping insan-insan yang tersayang diselilingku. Untuk memberi kesedaran dan peringatan pada diri sendiri dan dijadikan tauladan dan panduan kepada pembaca agar tidak mengikuti langkahku yang mungkin ada silapnya dan mengambil pengajaran disebaliknya.Sebagai peringatan buatku juga agar sentiasa mensyukuri nikmat Allah dan sedar akan siapa diri ini yang sebenarnya...
Friday, December 31, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
TEPI SKET!!!
Oh~
Pjg btol..
Pnat mate!
Setiap orang akan melalui jalan yang berbeza, perjalanan itu sebenarnya adalah pengalaman yang mendewasakan kita. Pengalaman yang mengajar erti kehidupan... Chaiyok...!!
Mr polie..thanks
Post a Comment