Pages

Thursday, January 6, 2011

Jimatkan Masa!

Masa.. orang selalu kata masa itu emas sebab ia amat berharga.. . Tapi kita selalu dengar masa yang ada seolah2 tidak mencukupi buat kita. Tapi sebenarnya kitalah yang perlu bijak menguruskan masa dan keperluan harian agar masa kita dapat diisi dengan sebaiknya.

Bagaimana caranya untuk kita menguruskan masa agar kita dapat melakukan pelbagai perkara dalam 24 jam sehari?..

Pendekkan masa membaca akhbar.
Jika anda selalu menghabiskan masa 60 minit untuk membaca akhbar setiap hari, jadikan ia selama 30 minit sahaja. Caranya baca tajuk besar dahulu, tinggalkan tajuk yang tidak ada kepentingan dan baca sejenis akhbar sahaja. Lihat foto, perhatikan rajah, baca berita yang perlu anda ketahui sahaja dan gunakan jari telunjuk untuk mempercepatkan gerakan anak mata dari atas ke bawah.

Pendekkan masa di bilik air.
 Pendekkan masa dari 30 minit menjadi 12 minit. Caranya jika bercukur gunakanalat pencukur yang tajam, berus gigi yang keras dan ubat gigi yang penuh. Gunakan air kolah berbanding shower, gunakan ketul sabun yang besar serta gunakan tuala yang kuat daya serapan air.

Buat kerja serentak.
Buatlah kerja dua tiga jenis yang boleh dilakukan dalam masa yang sama. Contohnya memegang buku bacaan sambil menonton TV, menjerang air sementara menggosok baju, menyapu halaman sementara pansakan enjin kereta dll.

Tambah kelajuan. 
Tambahkan kepantasan anda dalam melakukan sesuatu kerja. Buatlah juga kerja anda dalam keadaan lancar.

Tabiat menggunakan kompuet dan internet.
Melayari internet seperti Facebook, YM, Twitter, Tagged dan sebenarnya mencuri banyak masa anda. Sedar atau tidak sedar apabila anda melayari internet, seringkali anda menghabiskan masa di depan komputer lebih daripada 2 jam!.. Fikir2 kan lah..

Bergayut di telefon.
Bercakaplah dalam telefon dengan padat, ringkas dan jelas. Jika perbualan anda itu panjang lebih dari setengah jam, adalah lebih baik anda berjumpa sahaja!.

 

P/S : Sumber rujukan ialah daripada Solusi tulisan oleh Hj Muhammad Zakaria dan diolah balik oleh saya.. hehe..

2 comments:

mvp_dina13 said...

TEPI SKET!!!

but stil, ad org 2 jln cm ladies cm lk dr bru blk dr psar.. sape ye cik bunga?

nidapink90 said...

yeker.. sape yek org nyer

 
Images by Freepik