Pages

Friday, July 27, 2012

Perbandingan Antara Budaya Orang Pekak dan Budaya Orang Yang Mendengar.

Perbandingan Antara Budaya Orang Pekak dan
Budaya Orang Yang Mendengar.

            Menurut kamus dewan edisi terbaru, budaya bermaksud peradaban, kemajuan fikiran, dan akal budi (cara berkelakuan dan sebagainya). Setiap bangsa dan kaum mempunyai budayanya yang tersendiri. Tetapi sedarkah kita semua bahawa wujudnya budaya pekak dalam masyarakat kita yang menghadapi masalah pendengaran. Orang pekak juga sebenarnya mempunyai budaya dan gaya hidup mereka yang tersendiri. Tetapi adakah ianya sama dan mempunyai perbezaan dengan budaya orang yang mendengar?
            Sebenarnya terdapat beberapa perbezaan antara budaya orang pekak dengan budaya orang yang mendengar. Perbezaan yang pertama yang dapat kita lihat ialah dari segi penggunaan bahasa dan linguistik. Dalam budaya orang pekak, orang pekak menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi dalam komunitinya. Contohnya di negara Malaysia, Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) digunakan sebagai bahasa komunikasi dalam komuniti orang pekak. Bagi orang yang mendengar, rakyat Malaysia biasanya menggunakan bahasa lisan seperti bahasa melayu, bahasa inggeris, bahasa cina,bahasa hindi, dan sebagainya. Bagi komunikasi lisan yang biasa, penggunaan verbal dan suara adalah faktor utama untuk berkomunikasi. Dalam bahasa isyarat pula, penggunaan isyarat pada tangan, badan, dan mimik muka yang dititik beratkan untuk berkomunikasi. Tetapi bagaimana pula untuk orang pekak berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang yang mendengar? Orang pekak biasanya membawa buku nota kecil dan sebatang pen walau kemana mereka pergi agar mudah untuk berkomunikasi dengan orang yang mendengar yang tidak tahu menggunakan bahasa isyarat. Dalam aktiviti sosial atau dalam majlis tertentu yang mempunyai kelompok orang yang mendengar dan orang pekak, terdapat seorang jurubahasa isyarat di hadapan berdekatan dengan orang yang berucap bagi menyampaikan maklumat dan menukarkan bahasa lisan kepada bahasa isyarat.
            Sebagai orang yang mendengar, biasanya kita boleh berkomunikasi dengan hanya menggunakan organ mulut untuk bertutur dan telinga untuk mendengar. Dua organ ini sahaja sudah cukup untuk orang yang mendengar saling berkomunikasi dan berinteraksi. Tetapi bagi orang pekak mereka memerlukan kontek mata yang jelas tanpa ada halangan seperti asap rokok, dan tiada gangguan benda pada mulut dan tangan. Mereka juga memerlukan kawasan yang mempunyai pencahayaan yang baik untuk berkomunikasi. Walaupun begitu terdapat juga kelebihan dalam penggunaan bahasa isyarat ini kerana ia dapat digunakan walaupun berada pada kedudukan jarak yang jauh, disebalik cermin, dan juga ketika di dalam air.
            Dari segi perhubungan bagi orang pekak, mereka juga mempunyai perhubungan dengan sesama manusia seperti dengan keluarga, percintaan, perkahwinan, dan sebagainya. Bagi individu pekak yang dilahirkan dalam keluarga yang boleh mendengar, mereka mempunyai masalah untuk saling berkomunikasi kerana tidak memahami antara satu sama lain. Mereka mungkin tidak mempunyai hubungan yang rapat dengan keluarga mereka. Tetapi terdapat juga keluarga yang memahami dan turut mempelajari bahasa isyarat agar mudah untuk berkomunikasi dengan orang pekak dan mereka tidak berasa seperti disisihkan. Kanak-kanak pekak lebih selesa berkawan dengan kanak-kanak pekak yang lain berbanding kanak-kanak yang boleh mendengar. Tetapi apabila mereka semakin meningkat dewasa, mereka mula berkawan dengan orang yang boleh mendengar kerana mereka mula menyedari akan kepentingan untuk berkawan dengan orang yang mendengar. Golongan pekak ini juga menjalani kehidupan sosial seperti orang yang mendengar. Contohnya, mereka juga mempunyai kekasih dan turut berkahwin. Tetapi mereka tidak keluar bersama kekasih mereka di tempat-tempat yang gelap dan sunyi kerana kesukaran untuk menggunakan bahasa isyarat. Orang pekak juga berkahwin seperti orang yang mendengar tetapi jika orang pekak tersebut beragama islam yang memerlukan akad dan nikah, mereka akan menggunakan khidmat jurubahasa untuk urusan ijab dan kabul. Mereka tidak perlu berjabat tangan dengan kadi dan melafazkan akad tetapi cukup dengan berbahasa isyarat dan berniat didalam hati.
            Setiap orang pasti mempunyai anutan agama dan kepercayaannya yang tersendiri seperti agama islam, buddha, hindu, dan kristian. Walaupun orang pekak tidak mempunyai keupayaan untuk mendengar dan bertutur seperti orang yang mendengar, namun terdapat juga dalam kalangan mereka yang berpegang kepada kepercayaan agama sama seperti orang yang mendengar. Tetapi biasanya, golongan pekak mempunyai pengetahuan dan pegangan agama yang lebih rendah berbanding dengan orang yang mendengar. Ini adalah kerana kurangnya maklumat yang disampaikan kepada mereka. Negara kita juga mempunyai masalah dalam penyebaran agama kepada golongan pekak. Ini adalah kerana golongan pendakwah dan guru agama tidak mempunyai kemahiran untuk berbahasa isyarat dan tidak memahami budaya orang pekak. Namun begitu, kini di masjid-masjid utama di Malaysia disediakan seorang jurubahasa setiap kali khutbah jumaat diadakan agar orang-orang pekak beragama islam juga turut menerima maklumat dan khutbah yang disampaikan.
            Orang pekak turut mendapatkan ilmu pendidikan dengan belajar di sekolah. Di Malaysia terdapat beberapa jenis sekolah yang boleh disertai oleh kanak-kanak pekak. Kanak-kanak pekak boleh dihantar belajar di sekolah rendah biasa dengan kanak-kanak yang mendengar dalam program inklusif. Malah terdapat juga sekolah pendidikan khas untuk kanak-kanak pekak. Golongan pekak juga diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi sama seperti orang yang mendengar. Antaranya ialah politeknik, universiti, institut perguruan, dan kolej-kolej swasta. Namun begitu, mereka perlu berusaha dengan lebih gigih lagi berbanding orang yang mendengar kerana input yang diterima oleh mereka di dalam kelas biasanya adalah kurang kerana mereka tidak dapat mendengar dan hanya bergantung kepada input visual sahaja. Maka, mereka perlu untuk menambahkan pengetahuan dengan cara mendapatkan buku-buku tambahan, merujuk sumber internet, bertanya pada pensyarah dan rakan-rakan , dan juga mendapatkan khidmat jurubahasa. Namun begitu, kebanyakannya yang dapat kita lihat, golongan pekak mempunyai tahap akademik yang lebih rendah berbanding dengan orang yang mendengar. Ini adalah disebabkan oleh kekurangan yang dialami oleh mereka. Mereka tidak dapat mendengar input yang disampaikan oleh pensyarah dalam kuliah dan mereka juga tidak dapat mendengar perbincangan oleh rakan-rakan mereka yang mendengar. Kemudian, disebabkan oleh masalah pendengaran yang dihadapi oleh orang pekak, mereka mempunyai penguasaan bahasa yang agak lambat berbanding dengan orang normal. Oleh itu, mereka mempunyai masalah untuk kefahaman yang tinggi dalam akademik. Tetapi tidak dapat dinafikan juga terdapat orang pekak yang berjaya dalam pelajaran dan dalam kehidupan mereka, tetapi mereka memerlukan usaha yang kuat dan sokongan oleh orang-orang disekelilingnya terutama daripada keluarga mereka.
            Selain itu, orang pekak juga mempunyai pengetahuan dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi sama seperti orang yang mendengar. Kehidupan moden dan akses maklumat yang semakin tersebar luas kini membolehkan orang pekak menggunakan ICT sebagai satu medium untuk berkomunikasi dan mendapatkan maklumat. Contohnya, orang pekak boleh menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS), pesanan bergambar (MMS), webcam, 3G, dan sebagainya untuk berkomunikasi secara visual dan tulisan dengan orang lain. Mereka juga mempunyai jaringan sosial seperti facebook, yahoo messenger, youtube, dan sebagainya sebagai satu kaedah komunikasi. Mereka juga menggunakan web dan blog untuk menyebarkan dan mendapatkan maklumat dari seluruh dunia. Mereka juga dapat menonton televiesyen seperti orang yang mendengar tetapi mestilah mempunyai ciri-ciri tertentu. Contohnya, jika mereka ingin menonton rancangan berita dalam televiesyen, mereka perlu memilih siaran berita yang mempunyai jurubahasa isyarat seperti yang disedikan oleh rancangan televiesyen Malaysia (RTM). Dan mereka gemar menonton rancangan yang mempunyai sari kata seperti rancangan luar negara, dan juga rancangan yang tidak mempunyai dialog tetapi dapat difahami seperti rancangan Mr. Bean yang turut dikenali ramai.
            Aktiviti sukan dan rekreasi juga turut diminati oleh orang-orang pekak. Mereka juga mempunyai minat dan kemahiran yang sama seperti orang yang mendengar. Terdapat pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan (NGO) yang menyediakan program dan sukan untuk golongan orang pekak. Contohnya MSFD iaitu Malaysia Sports Federation of the Deaf bergabung dengan Komuniti Sukan Orang Pekak Antarabangsa (CISS) menguruskan Deaflympik setiap 4 tahun dan Sukan Orang Pekak Asia Pasifik.
            Dari segi kerjaya pula, orang pekak turut mempunyai kerjaya yang baik seperti orang yang mendengar. Mereka juga memerlukan pekerjaan untuk memenuhi keperluan dan kehendak dalam kehidupan mereka. Namun begitu, tidak semua jenis pekerjaan yang sesuai untuk mereka ceburi. Orang pekak sesuai untuk menceburi bidang pekerjaan yang tidak memerlukan banyak komunikasi lisan seperti tukang masak, tukang cuci, menyusun barang-barang, akauntan, atlet, tukang jahit, penulis, mekanik, dan sebagainya. Jika orang pekak turut rajin belajar dan berusaha, mereka juga boleh mendapatkan pekerjaan yang lebih baik dan profesional, malah mereka juga boleh menjadi kaya dan bersaing dalam masyarakat yang mendengar. Bagi orang yang mendengar, mereka boleh memilih dan menceburi semua bidang yang diminati bersesuaian dengan kemahiran dan kelayakan yang dimiliki. Tidak seperti orang pekak yang terpaksa memilih bidang pekerjaan yang bersesuaian dengan keupayaan mereka.
            Kesimpulannya, budaya orang pekak dengan budaya orang yang mendengar terdapat sedikit persamaan dan perbezaannya. Sebagai orang yang mendengar dan mempunyai pancaindera yang mencukupi kita perlulah bersyukur dan juga turut memahami dan belajar mengenai budaya orang pekak agar kita lebih mudah memahami dan bergaul dengan orang pekak. Orang pekak juga berasa berbangga dengan budaya mereka sendiri dan sentiasa mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Mereka perlu lebih terbuka dan menerima budaya orang yang mendengar agar kita sama-sama dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik dan harmoni.
           
           

Monday, July 23, 2012

Audiogram, ujian audiometer dan ciri-ciri akustik bilik darjah.



Rumusan tentang artikel akustik bilik darjah :
Meningkatkan akustik dan akademik kawalan bunyi untuk bilik darjah.

            Suasana dan persekitaran pengajaran telah banyak berubah kini berbanding suatu ketika dahulu. Kelas semakin luas , pelbagai bahan, rujukan dan teknologi digunakan di dalam kelas. Pelbagai teknologi dan pengaruh persekitaran yang mempengaruhi akustik bilik darjah dan turut mempengaruhi keupayaan kanak-kanak untuk belajar secara berkesan. Contohnya penggunaan komputer dan kebisingan dari kawasan persekitaran memberi sedikit kesan kepada kanak-kanak di dalam bilik darjah.
            Terdapat beberapa masalah yang berlaku di dalam bilik darjah yang berkaitan dengan akustik bilik darjah iaitu, terdapat sesuatu isu yang menghalang arahan lisan yang diberikan kepada kanak-kanak itu sampai dengan tepat, bilangan kanak-kanak yang ramai dalam sebuah bilik darjah,  aktiviti yang banyak yang turut mengganggu penyampaian bunyi, tempat duduk pelajar yang tidak sesuai, maklumat yang disampaikan adalah laju dan tidak sesuai dengan usia kanak-kanak, bunyi bising dan gangguan dari alat pemanas dan pengudaraan di dalam bilik darjah, dan juga bunyi bising dari bahan pengajaran seperti penggunaan komputer.
            Masalah kebisingan ini boleh memberikan kesan yang buruk dalam bilik darjah kepada murid-murid dari segi kefokusan, perhatian, perangai dan sifat, prestasi akademik, pemerolehan bahasa, dan kesihatan murid. Untuk guru pula masalah kebisingan yang berlaku boleh menyebabkan guru lebih berasa letih, mempengaruhi gaya pengajaran, mempengaruhi pertuturan, dan meningkatkan lagi tekanan dan ketidakselesaan pada diri guru tersebut.
            Akustik bilik darjah dapat dibaiki dengan beberapa cara seperti menggunakan karpet pemaidani, kayu keras, lantai batu, langsir, bidai dan, papan notis. Selain itu sekolah juga boleh menggunakan amplifikasi bunyi bertujuan untuk menguatkan suara guru, namun ia memerlukan perbelanjaan yang agak mahal dan biasanya sekolah-sekolah tidak mempunyai peruntukan yang mencukupi.
            Namun begitu jika dilihat dari sudut lain, sebenarnya bunyi kebisingan itu turut wujud disebabkan oleh suara kanak-kanak itu sendiri semasa membuat perbincangan  dan melakukan aktiviti. Guru perlu melakukan sesuatu dan menghentikan suasana yang bising tersebut kerana ia boleh mengganggu rakan-rakan sekelas dan mereka perlu bersikap bertimbang rasa dan hormat kepada yang lain juga.
            Selain itu, terdapat juga cara lain yang boleh digunakan oleh guru, iaitu menggunakan Papan Putih Interaktif atau Interactive White Boards (IWB). Ia merupakan sebuah alat teknologi yang boleh digunakan untuk membantu mengurangkan masalah murid-murid yang berbuat bising. Apabila kebisingan berlaku, guru menggunakan cahaya yang terang dan semakin kebisingan berlaku, warna tersebut akan menjadi semakin terang. Maka murid-murid akan menyedari bahawa, mereka telah terlalu bising. Dengan itu, ia dapat membantu guru mengajar di dalam kelas tanpa rasa terganggu dengan kebisingan yang dilakukan oleh murid-muridnya. Dalam masa yang sama juga murid-murid turut menyedari bahawa kelakuan mereka itu turut memberi kesan kepada rakan-rakan sekelas mereka.

Pentafsiran dari audiogram.

            Saya telah melakukan ujian nada tulen terhadap rakan sekelas saya iaitu Nur ‘Adilah bt Mohamad Kamal untuk menguji tahap pendengaran dengan menggunakan berbagai jenis frekuensi. Alatan yang digunakan ialah audiometer iaitu suatu instrumen elektrik. Keputusan ujian tersebut direkodkan ke dalam sebuah peta grafik iaitu audiogram. Pada kertas audiogram tersebut, terdapat julat atau frekuensi bunyi yang mampu didengari oleh kedua-dua belah telinga serta intensiti iaitu kekuatan bunyi yang boleh didengari. Semasa menjalani ujian ini, bunyi akan diturunkan intensitinya sehingga tidak dapat mendengar lagi iaitu sehingga ke tahap ambang pendengaran.
 







Gambar 1: Audiometer.

            Cara membuat bacaan audiogram ialah, nombor-nombor yang mendatar di bahagian atas graf ialah merupakan frekuensi bunyi dan nombor-nombor di bahagian kiri pula menunjukkan tahap pendengaran individu. Bacaan graf tersebut perlulah dibaca dari belah kiri ke kanan. Ia dibentuk daripada bunyi yang paling perlahan di bahagian atas hingga bunyi yang paling kuat di bahagian bawah graf.















Rajah 1:Contoh audiogram tahap pendengaran normal.

Berdasarkan audiogram yang diperoleh hasil daripada ujian nada tulen tersebut, saya mendapati Nur ‘Adilah mempunyai tahap pendengaran di telinga kanannya sebanyak 10 dB hingga 55 dB. Maka saya dapat simpulkan bahawa Nur ‘Adilah mempunyai tahap pendengaran yang sederhana bagi telinga kanannya. Ini adalah kerana tahap pendengaran individu yang normal ialah antara -10 dB hingga 25 dB, 25 dB hingga 45 dB adalah di tahap pendengaran yang ringan, 45 dB  hingga 65 dB pula ialah tahap pendengaran sederhana, tahap pendengaran yang teruk ialah 65 dB hingga 85 dB,  dan 85 dB hingga 130 dB pula ialah tahap pendengaran yang sangat teruk. Bagi telinga belah kiri pula, dalam bacaan audiogram menunjukkan bahawa tahap pendengarannya ialah 15 dB  hingga 40 dB. Maka tahap pendengaran bagi telinga kirinya ialah ringan.


 






             Gambar 2: Ujian nada tulen dijalankan terhadap Nur ‘Adilah.

            Selain itu, semasa saya menjalankan ujian nada tulen tersebut, saya telah memilih sebuah bilik kuliah yang kosong dan menutup kesemua tingkap dan pintu bagi mengurangkan gangguan bunyi dari luar. Namun begitu, memandangkan kedudukan bilik kuliah tersebut adalah berhampiran dengan kawasan jalan raya, terdapat sedikit gangguan kerana terdapat gangguan bunyi yang datangnya daripada bunyi motosikal dan kenderaan berat yang lain yang melalui jalan raya tersebut. Sebenarnya bagi menjalani ujian nada tulen ini, penguji dan pesakit perlu berada dalam bilik yang kalis bunyi agar hasil ujian tersebut akan menjadi lebih baik dan tepat.

Cara-cara menjalankan ujian audiometer automatik nada tulen.

            Pada mulanya penguji perlu menggunakan audiometer untuk menguji pendengaran pesakit. Pesakit perlu memakai fon kepala dan memegang suis. Fon telinga itu berfungsi untuk menghalang daripada gangguan bunyi-bunyi lain yang tidak dikehendaki. Ia juga berperanan untuk mengalirkan nada ke telinga yang sedang diuji. Ujian ini perlu dijalankan di bilik yang bersesuaian dan kalis bunyi agar tidak timbul gangguan dari bunyi-bunyi yang lain dan boleh mengganggu kefokusan pesakit untuk mendengar bunyi yang disalurkan melalui fon telinga tersebut. Dalam bilik kalis bunyi, ia perlulah dilapisi dengan bahan lembut untuk menyerap bunyi – bunyian dan gemaan. Pintu bilik tersebut perlulah ditutup ketat dan teguh. Fon telinga yang dipakai oleh pesakit pula adalah berbentuk seperti cawan dan lebih besar meliputi telinga. Pesakit hendaklah membuka dan menutup mulut beberapa kali agar kedudukan fon telinga tersebut adalah lebih tepat. Selain itu, pesakit juga perlulah duduk secara bertentangan dengan penguji agar pesakit tidak akan berasa terganggu dengan pergerakan yang dilakukan oleh penguji atau penilai.
            Pesakit akan diuji setiap belah kanan dan kiri telinga secara bergilir-gilir kerana setiap telinga mempunyai sensitiviti bunyi yang berlainan. Nada bunyi akan meningkat intensitinya sehingga pesakit akan memberikan respon dengan cara menekan suis. Semasa pesakit menekan suis, ia bermakna bahawa pesakit telah dapat mengesan bunyi yang dipancarkan dan nada bunyi tersebut akan menurun intensitinya sehingga pesakit akan melepaskan suis tersebut.  Sesuat frekuensi yang berbunyi bagi setiap nada, ia akan berbunyi selama dua minit dan kemudian ia akan bertukar secara automatik kepada frekuensi yang lain pula.
            Penguji akan mencatatkan bacaan pada audiometer tersebut didalam graf yang dipanggil sebagai audiogram. Bunyi dari audiometer akan digandakan dan intensitinya akan dikuatkan jika pesakit tidak dapat mengesan bunyi pada fon telinganya. Jika pesakit tidak mendengar bunyi yang diperdengarkan, gandaan bunyi akan berlaku dan diteruskan sehinggalah pesakit memberikan respon.

Perbandingan Ciri-ciri Akustik Bilik Darjah yang Ideal
 Dengan Bilik Darjah yang Dikaji.

Saya telah menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dari 5 hingga 9 Mac 2012 di Sekolah Kebangsaan Desa Baiduri (SKDB) Cheras, Selangor Darul Ehsan. Saya perlu melakukan pemerhatian untuk membuat perbandingan ciri-ciri akustik bilik darjah yang ideal untuk murid normal atau murid bermasalah pendengaran.
Akustik merupakan satu cabang fizik yang mengkaji penghasilan, kawalan, penghantaran, penerimaan bunyi dan kesan-kesannya. Akustik bilik darjah yang baik mampu memberi kesan terhadap seisi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Jika sesuatu bilik darjah itu tidak mempunyai ciri-ciri akustik yang ideal, maka murid-murid akan menghadapi masalah untuk menerima pengajaran guru ketika berada di dalam kelas terutamanya bagi murid yang mempunyai masalah dalam pendengarannya. Oleh itu, akustik bilik darjah yang ideal adalah amat penting bagi mengurangkan gangguan pada bunyi dan gemaan dari luar bilik darjah, dan dalam bilik darjah.
Semasa saya melakukan pemerhatian bilik darjah sepanjang saya berada di SKDB pada 5 hingga 9 Mac yang lalu, saya dapati hampir kebanyakan bilik darjah yang saya masuki mempunyai akustik bilik darjah yang sederhana baik. Bilik darjah tersebut dipasangkan kain langsir yang sederhana tebal dan cukup untuk menutupi tingkap dalam bilik darjah tersebut. Kain langsir yang sesuai membolehkan penyerapan bunyi dan gemaan berlaku, malah cahaya matahari yang terik juga dapat ditapis bagi menjamin keselesaan murid dan guru. Selain itu, saya juga dapati bahawa meja guru turut dialas dengan menggunakan alas meja. Alas meja tersebut turut membantu untuk menyerap gemaan dan bunyi yang tidak diperlukan. Namun begitu, meja-meja murid tidak dialas dengan alas meja yang bersesuaian. Adalah lebih baik jika meja-meja murid yang disusun rapi itu turut dialas dengan alas meja seperti kertas pembalut atau kain alas meja agar ia turut berperanan untuk menyerap gema dan bunyi.
 Saya juga mendapati bahawa papan notis di bahagian hadapan dan belakang bilik darjah tidak dibiarkan kosong. Nota-nota, carta aliran, dan memo penuh dipenuhi pada ruangan papan notis tersebut. Malah terdapat juga nota-nota yang berbentuk kad yang menarik turut dilekatkan serta digantungkan pada ruangan dinding di bahagian hadapan dan belakang bilik darjah. Selain ianya berfungsi sebagai hiasan yang menarik dan sebagai nota tambahan kepada murid-murid, ia juga dapat mengurangkan gangguan bunyi dan gemaan bagi memberikan keselesaan untuk murid menerima pengajaran dengan mudah dan jelas. 
Selain itu, berdasarkan pemerhatian saya juga di setiap sudut bilik darjah tidak dibiarkan kosong. Contohnya terdapat bilik darjah yang saya masuki meletakkan sudut bacaan di hujung sudut belakang kelas. Guru menyediakan meja dan almari rendah untuk diletakkan bahan bacaan seperti buku cerita dan turut diletakkan hiasan seperti pasu bunga di sudut tersebut. Semakin banyak barangan dan bahan yang terkandung dalam sesuatu bilik darjah, maka akustik bilik darjah juga turut baik dan menjadi semakin ideal.
 Tetapi menurut pendapat saya, adalah lebih baik lagi jika guru menambahkan lagi bahan-bahan yang boleh membantu membentuk akustik bilik darjah yang lebih baik bagi memastikan kualiti pengajaran yang ingin disampaikan berjaya diterima oleh murid. Guru boleh menggunakan lapik telur di bahagian siling atau dinding bagi mengurangkan lagi kesan gema dan bunyi yang keterlaluan dalam bilik darjah. Selain itu, jika boleh guru harus meletakkan permaidani lembut di sesuatu sudut untuk mengekalkan akustik bilik darjah yang baik. Selain ia berfungsi untuk menyerap gema dan bunyi, permaidani tersebut juga boleh menambahkan lagi keceriaan dan kekemasan bilik darjah. Malah ia boleh dijadikan sebagai sudut untuk beristirehat dan santai selepas penat belajar.
Kebisingan dapat dibahagikan kepada tiga iaitu kebisingan di luar bangunan, kebisingan di dalam bangunan, dan kebisingan di dalam bilik. Kebisingan di luar bangunan merupakan unsur-unsur bunyi yang dihasilkan oleh pembinaan, keadaan trafik, bunyi kenderaan dan sebagainya. Sepanjang pemerhatian saya, masalah kebisingan di luar bangunan ini adalah tidak berlaku. Mungkin disebabkan oleh kedudukan bilik darjah yang jauh daripada jalan raya dan kawasan pembinaan dan pusat bandar. Kebisingan di dalam bangunan pula melibatkan bunyi bising yang terhasil di dalam bangunan seperti sekolah tetapi berlaku di luar bilik darjah. Bunyi-bunyi tersebut terhasil daripada bunyi pertukangan, muzik, suara bising murid lain, dan sebagainya. Saya mendapati bahawa kebisingan jenis ini sering berlaku sepanjang saya melakukan pemerhatian di SKDB terutamanya ketika ketiadaan guru. Murid –murid dari bilik darjah di sebelah menyebelah berbuat bising sehingga mengganggu ketenteraman dan ketenangan murid di bilik darjah lain. Masalah ini mungkin berlaku kerana suara yang tidak dikawal dan akustik bilik darjah yang kurang baik. Seterusnya, kebisingan dalam bilik itu sendiri seperti bunyi murid berbuat bising, bunyi pergerakan kerusi dan meja serta sebagainya. Masalah kebisingan dalam bilik  darjah itu sendiri tidak dapat dielakkan. Maka seharusnya setiap bilik darjah mempunyai ciri-ciri akustik bilik yang baik bagi meningkatkan keupayaan penyerapan gema dan bunyi berlaku.
Kesimpulannya, hasil pemerhatian saya menunjukkan bahawa terdapat beberapa ciri-ciri akustik bilik darjah di bilik darjah SKDB. Namun begitu, ia masih boleh ditingkatkan lagi dengan beberapa langkah dan tindakan agar akustik bilik darjah semakin ideal dan dapat mempengaruhi seisi pengajaran dan pembelajaran yang berjaya. Jika akustik bilik darjah yang baik tidka dapat direalisasikan, murid-murid tidak dapat menerima pengajaran guru dengan baik dan jelas kerana terdapat gangguan-gangguan bunyi yang menyebabkan mereka hilang kefokusan terhadap pengajaran guru.

           
Refleksi.

            Tugasan projek kursus Audiologi dalam Pendidikan ini merupakan tugasan individu yang berfokuskan tentang penggunaan ujian nada tulen untuk menguji tahap pendengaran seseorang, etiologi kepekaan pesakit, dan akustik bilik darjah. Pada mulanya tugasan saya itu memerlukan saya dan rakan-rakan untuk menjalankan ujian nada tulen terhadap murid-murid pekak semasa menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dan melakukan pemerhatian dan banding beza bilik darjah akustik  murid-murid pekak. Namun begitu, saya dan rakan-rakan semua perlu ke sekolah rendah kebangsaan harian yang tidak mempunyai kelas masalah pendengaran. Maka, pada mulanya kami menghadapi sedikit kesulitan dan masalah untuk melaksanakan tugasan projek ini.
            Selepas kami habis menjalani PBS, pensyarah pembimbing saya, Dr Shahrul Arbai’ah memberikan kami peluang untuk melakukan tugasan ini dengan hanya menggunakan rakan sendiri di dalam kelas untuk melakukan ujian nada tulen. Kemudian, untuk tugasan perbandingan dan perbezaan bilik darjah murid di sekolah, pensyarah tidak menghadkan hanya memilih bilik darjah murid masalah pendengaran tetapi kami juga dibenarkan untuk memilih bilik darjah murid yang mendengar.
            Saya telah berusaha untuk mencari sumber rujukan dari pelbagai sumber seperti buku-buku akademik, internet, perpustakaan, pensyarah, dan sebagainya. Saya telah mendapatkan beberapa artikel untuk soalan merumuskan artikel yang berkaitan dengan akustik bilik darjah. Kemudian, saya menunjukkan artikel tersebut untuk mendapatkan pandangan dan maklum balas daripada pensyarah pembimbing. Pensyarah pembing telah bersetuju agar saya memilih satu daripada artikel-artikel tersebut kerana semua artikel yang ditunjukkan adalah bersesuaian.
            Semasa ingin melakukan ujian nada tulen terhadap rakan sekelas, saya telah memilih sebuah bilik kuliah yang kosong dan tidak digunakan agar bilik tersebut mempunyai bunyi bising yang kurang dan tidak akan mengganggu pihak penguji dan piak pesakit. Namun begitu, memandangkan lokasi bangunan kelas kami adalah berdekatan dengan jalan raya, maka sedikit sebanyak bunyi bising jalan raya seperti motosikal turut mengganggu pesakit. Oleh itu, saya berpendapat bahawa, keputusan ujian nada tulen tersebut adalah kurang tepat kerana keadaan bilik darjah yang kurang akustik dan gangguan bunyi dari luar bangunan.
            Selepas saya berjaya menyiapkan tugasan ini, saya mendapati bahawa saya telah dapat mengaplikasikan semua yang dipelajari semasa di dalam kelas seperti cara menggunakan audiometer ujian nada tulen yang betul, cara mencatatkan keputusan ujian dalam bentuk graf atau audiogram, akustik bilik darjah yang baik, mengenalpasti tahap-tahap pendengaran seperti tahap pendengaran normal, ringan, sederhana, teruk, dan sangat teruk, serta dapat meningkatkan pengetahuan profesional sebagai bakal guru pendidikan khas.
            Selain itu, saya juga perlu membaiki segala kelemahan dan kekurangan saya sepanjang menyiapkan tugasan ini. Saya perlu memilih bilik yang lebih bersifat akustik yang baik untuk melakukan ujian pendengaran agar keputusan ujian yang diterima adalah lebih tepat. Tambahan pula, saya turut mengambil pengajaran daripada pemerhatian saya terhadap akustik bilik darjah di sekolah yang saya tinjau agar saya akan menerapkan ciri-ciri akustik bilik darjah yang baik terhadap bilik darjah di sekolah yang akan saya mengajar nanti.
            Apa yang dapat saya simpulkan disini adalah, sebagai seorang bakal guru pendidikan khas masalah pendengaran, saya perlu mengetahui cara untuk mengenalpasti tahap pendengaran murid dan punca berlakunya kepekakan tersebut. Selain itu, saya perlu mengetahui cara untuk membaca audiogram serta melakukan penambahbaikan bilik akustik bilik darjah bagi mengurangkan masalah bunyi-bunyian dan gemaan dari pelbagai sudut.


Rujukan.

Julia Jantan. (2010).Audiologi Dan Rehabilitasi Auditori. Selangor : OUM.
Martin, Frederick N. (2003). Introduction to Audiology. United States: Pearson Education.
Peter V. Paul. (2011). Hearing and Deafness. United States: Jones and Bartlett Publishers.

Thursday, July 19, 2012

Jika kita tolong orang, orang akan tolong kita balik. Jika kita tolong agama Allah pun, Allah akan tolong kita balik.

hukhuk..batuk.. beberapa hari lepas aku mula dengan sakit tekak je.. suara pun jadi kasar,.. pastu baru batuk and kemudian selsema lak.. adoyai... tersumbat2 hidung ni.. dah la pagi2 tadi terkena ujan time nak gi kelas. walaupun nek kereta tapi tempias nya tetap kena jugak.

Dalam kelas dah la ber air-cond.. memang la rasa macam nak demam. Cepat2 aku mesej kwn2 yg belum dtg lagi tu, minta tolong belikan panadol soluble. Pastu sorang kawan aku yg baik hati ni pun datang kelas and belikan aku 4 biji panadol soluble, sepeket strepsils, dan air mineral. Terima kasih byk2.. Dah la time aku nak bayar balik, dia x nak. Macam tu la, kalo berkawan. Selalu tolong kawan yg susah.

Bila kelas petang lak, adoi bilik ber air-cond lagi. tersumbat2 idung aku ni. Terpaksa bernafas guna mulut. Nak menaip wat kerja pun x selesa.. Tolong lah.. Banyak kerja menimbun ni.. Teringat lak dulu, pernah suatu hari tu aku namapk mcm x bermaya, nampak lemah. tapi walhal aku ok je.. mungkin byk keje kut. pastu byk lak kawan2 aku tanya aku ni ok ke?demam ke? ok sebenarnya x pun.. hmm terharu lak rasa.. rasa disayangi dan dihargai. Pastu aku rasa mcm x selesa sejuk sgt, aku pun tutup air-cond, pastu ada lak yg kata napa tutup? pastu ada lak yg back-up 'biarla dia kurang sihat kan.' hmm...ok sebenarnya aku x la sakit mana pun. cume batuk ckit2 and sakit tekak je time tu.. maaflah wat kotrang salah faham.

Alhamdulillah, rakan2 kelas aku setakat ni sume tengok baik2.. Selalu tolong kawan dan care.. Mungkin ada la kut yang tak, tapi mostly ialah ya. Tapi pernah x korang rasa, korang selalu wat baik kat orang tapi, orang x da pun wat baik kat kita? ada x? yes, aku pernah rasa macam tu. Rasa mcm aku je yg dok buat baik kat org, tp org x pun buat bek kat aku. Cuba fikir, betul ke? hmmm.. kadang2 memang ye, orang yang kita buat baik kat dia tu, dia x pernah pun berbuat bek kat kita balik. Tapi pernah x korang sedar, perbuatan baik korang tu ada Allah balas dengan benda dan perkara lain atau dengan kebaikan oleh orang lain terhadap korang. Percayalah Allah tu Maha Adil. Setiap perbuatan kita ,ada balasannya. Kalo kita buat baik kat orang selalu, insya Allah Allah akan bantu kita juga tapi mungkin dengan perkara atau melalui orang yang lain.

Jadi, sentiasalah berbuat baik pada orang lain. Tak perlu harapkan balasan, biar Allah yang tetapkan. Dan ingatlah kalo kita permudahkan urusan orang lain, Insya Allah Allah juga akan permudahkan urursan kita. Macam tu lah juga bila kita tolong agama Allah seperti berdakwah ke, ajak orang ke arah kebaikan ke, kerja dalam persatuan agama ke, Insya Allah Allah akan tolong kita balik. Dalam surah Muhammad pun ada menyatakannya . Tapi maaflah x ingat pula ayat ke berapa. Kalo de masa semak sendiri lah ye..

Have a nice day!
Doakan aku sihat cepat dan dapat siapkan kerja cepat..huhuhu..

Tuesday, July 17, 2012

Laporan PBS tugasan elektif 1: Pendidikan Jasmani (sem 3)

Tugasan Elektif 1 : Pendidikan Jasmani
PBS3103 Pengalaman Berasaskan Sekolah.

            Saya telah menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dari 5 hingga 9 Mac 2012 di Sekolah Kebangsaan Desa Baiduri (SKDB) Cheras, Selangor Darul Ehsan. Saya perlu melakukan pemerhatian, mengumpul maklumat, berbincang dengan guru dan merekod maklumat. Untuk perbincangan mengenai kelas pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani , saya telah menemuramah Encik Najib bin Harun sebagai Ketua Panitia Pendidikan Jasmani SKDB dan juga Encik Isharizam bin Ujang sebagai setiausaha sukan SKDB. Kemudian saya telah mendapat peluang untuk melakukan pemerhatian terhadap kelas tahun 1 Kasih semasa seisi pendidikan jasmani di padang dan turut mendapatkan sedikit maklumat daripada Puan Tuty Rafna selaku guru pendidikan jasmani 1 Kasih dan merekodnya diatas kertas catatan saya.
            Menurut Encik Najib bin Harun, Ketua Panitia Pendidikan Jasmani SKDB biasanya setiap satu masa untuk satu kelas ialah selama 60 minit untuk satu minggu. Pendekatan dan strategi yang sering digunakan oleh guru pendidikan jasmani ialah menggunakan pendekatan dua hala antara guru dan murid. Seperti menurut kata Puan Tuty Rafna, guru pendidikan jasmani 1 Kasih bahawa beliau kadangkala melakukan kaedah berpusatkan murid dan juga guru. Ada masa-masa tertentu beliau akan menggunakan kaedah berpusatkan guru dan ada kalanya menggunakan kaedah berpusatkan murid. Berdasarkan pemerhatian saya terhadap pengajaran dan pembelajaran beliau pada 9 mac yang lalu, saya mendapati bahawa beliau telah menggunakan strategi berpusatkan guru kerana beliau banyak memberikan arahan dan panduan kepada murid-muridnya semasa melakukan aktiviti di padang. Saya juga merasakan semasa seisi pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung antara Puan Tuty Rafna dengan murid-murid kelas 1 Kasih adalah bersesuaian dengan objektif pelajaran pada hari tersebut. Saranan saya juga terhadap seisi pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani ialah guru dan murid perlu bekerjasama memberikan idea yang kreatif bagi aktiviti yang lebih menarik dan menyeronokkan lagi.  
Setiap kali memulakan seisi pengajaran saya mendapat tahu bahawa aktiviti memanaskan badan akan dilakukan dan semua murid dikehendaki untuk melakukannya. Guru akan memaklumkan akan kepentingan aktiviti memanaskan badan kepada murid-murid diawal tahun persekolahan. Kemudian di seisi yang lain guru hanya melakukan aktiviti memanaskan badan bersama murid-murid tanpa menerangkan lagi akan kepentingan tersebut kerana guru menganggap murid-murid sudah pun mengetahuinya. Begitu juga menurut Puan Tuty Rafna, beliau menerangkan akan kepentingan aktiviti memanaskan badan kepada murid di awal seisi persekolahan. Kemudian beliau hanya akan sesekali menerangkannya atau meminta murid-muridnya memberitahunya akan kepentingan memanaskan badan sebelum memulakan aktiviti pendidikan jasmani. Pendapat saya, terutama bagi murid tahap satu, mereka perlu selalu diberitahu akan kepentingan memanaskan badan sebelum memulakan aktiviti kerana murid-murid tahap satu tidak sentiasa memahami dan mengingati akan keperluan untuk memanaskan badan tidak seperti kanak-kanak yang lebih besar kerana kanak-kanak yang lebih besar lebih mengingati dan memahami akan kepentingan untuk memanaskan badan setiap kali sebelum memulakan aktiviti di padang.
Untuk tahap usia kanak-kanak sekolah rendah terutamanya tahap satu, aktiviti yang diberikan tidak membahayakan otot-otot, sendi dan lain-lain anggota badan. Ini adalah kerana guru yang mengajar seperti menurut Encik Isharizam bin Ujang, setiausaha sukan SKDB beliau sentiasa mengikut sukatan pelajaran dan silibus dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Sukatan pelajaran yang telah disediakan biasanya menepati kehendak dan kesesuaian tahap murid mengikut tahun. Pada pemerhatian saya sendiri juga pada kelas 1 Kasih di padang, aktiviti yang diberikan oleh guru mereka adalah tidak merbahayakan mereka dan guru mereka sentiasa mengawasi mereka semasa melakukan semua aktiviti di padang. Otot-otot seperti trapezius, gastrocnemius, biceps, triceps, quadricep, latissimus dorsi dan sebagainya pula diberikan tumpuan dan penekanan semasa aktiviti seperti berlari, melompat, menunduk, dan sebagainya. Puan Tuty Rafna juga mengatakan bahawa beliau sentiasa mengikut modul Pendidikan Jasmani yang telah disediakan, maka aktiviti yang dilakukan sentiasa dirancang dan menggunakan keseluruhan anggota badan.
            Semasa seisi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani di padang, guru sentiasa memastikan murid-muridnya berdisiplin dan mendengar arahan seperti arahan memasukkan t-shirt sukan kedalam seluar bagi murid lelaki dan arahan menepati masa untuk ke padang. Jika murid tidak mendengar arahan dan tidak berdisiplin, murid akan akan diberi teguran dan didenda oleh guru, contohnya mengenakan denda mengutip sampah di kawasan sekitar. Dan menurut Encik Isharizam bin Ujang, kebiasaannya murid tersebut akan melakukan denda tersebut dan tidak lagi mengulanginya.
            Semasa dalam pemerhatian saya, aktiviti menyejukkan badan atau ‘warm down’ dijalankan oleh guru dan murid tetapi apa yang saya dapat lihat ialah, guru hanya menarik nafas dan menghembusnya beberapa kali sebagai aktiviti menyejukkan badan. Guru tidak melakukan bebrapa pergerakan yang lain sebagai aktiviti menyejukkan badan mereka selepas selesai melakukan aktiviti. Malah penerangan mengenai aktiviti menyejukkan badan juga saya dapati tidak dijelaskan oleh guru mereka. Tetapi apabila saya berjumpa dan menanyakan Puan Tuty Rafna mengenai aktiviti menyejukkan badan itu, beliau menjelaskan bahawa beliau telah menerangkan akan kepentingan aktiviti menyejukkan badan itu kepada murid di awal seisi persekolahan dulu dan hanya mengulanginya sekali sekala kepada murid-muridnya. Saranan saya ialah, guru sepatutnya tidak hanya melakukan aktiviti menyejukkan badan dengan hanya menarik nafas dan menghembuskannya sahaja. Guru perlu menunjukkan kepada murid beberapa lagi aktiviti dan pergerakan untuk menyejukkan badan seperti membuat regangan badan, berjalan, dan sebagainya sebelum bersurai. Dengan itu guru dan murid akan dapat mengelakkan diri daripada mendapat kejangan pada otot apabila telah selesai melakukan aktiviti pendidikan jasmani.
            Peralatan yang digunakan semasa Pendidikan Jasmani adalah sesuai dengan aktiviti yang dirancang oleh guru. Jika pada hari tersebut, guru ingin mengajar permainan bola sepak, guru akan menggunakan bola sepak dan menggunakan jaring gol bola sepak disediakan di padang sekolah. Guru sentiasa memastikan keselamatan dan disiplin murid-muridnya semasa bermain di padang dan tidak akan membenarkan menggunakan perlatan yang merbahayakan keselamatan diri dan orang lain. Berdasarkan pemerhatian saya, Puan Tuty Rafna telah menggunakan alatan yang sesuai seperti, relung hula hoop, kon sederhana besar, dan tali skipping. Puan Tuty Rafna telah memanipulasikan alatan yang ada dan mempelbagaikan aktiviti seperti bergerak bersama rakan secara berdua atau bertiga sambil menggunakan relung hula hoop, melompat merentasi tali skipping seperti melintasi sungai dan lain-lain.
            Pembahagian masa yang digunakan dari mula hingga tamat waktu adalah sesuai dan dirancang guru. Menurut Encik Isharizam bin Ujang dan Puan Tuty Rafna jika dahulu kelas Pendidikan Jasmani dijalankan selama 30 minit setiap satu seisi dan mengadakan dua kali seisi untuk satu minggu. Tetapi kesan daripada itu wujud beberapa masalah yang lain dari segi pengurusan masa oleh murid dan guru. Murid-murid akan mengambil masa untuk ke padang dan guru juga tidak dapat untuk menguruskan murid dalam masa yang singkat sebelum memulakan seisi pengajaran. Maka masa yang diperuntukkan untuk kelas Pendidikan Jasmani biasanya adalah tidak mencukupi. Semasa saya melakukan pemerhatian terhadap kelas 1 Kasih, saya dapati guru mereka, Puan Tuty Rafna menggunakan masa yang ada dengan baik sekali. Guru mereka memulakan pengajaran dan aktiviti seawal 7.40 pagi dan berkahir pada jam 8.40 pagi tepat. Dengan itu, murid-murid tidak akan mengambil masa dari subjek oleh guru yang lain jika kelas pendidikan jasmani mereka lewat ditamatkan.
            Pandangan umum sering mengatakan bahawa kelas Pendidikan Jasmani ini hanyalah masa untuk murid bermain dan bersuka ria bersama-sama dengan rakan-rakannya tanpa diajar oleh guru dengan teknik dan cara yang betul. Namun menurut guru-guru Pendidikan Jasmani yang saya temui disini, pandangan tersebut adalah salah sama sekali kerana kini, guru-guru Pendidikan Jasmani yang dipostingkan ke sekolah-sekolah adalah mengikut sukatan pelajaran yang ditetapkan dan tidak sekadar memberikan aktiviti bebas kepada murid. Menurut mereka, guru-guru yang sekadar mengendalikan kelas Pendidikan Jasmani dengan cara yang tidak betul adalah berasal daripada guru yang bukan berada dalam bidang Pendidikan Jasmani. Guru yang bukan berasal daripada bidang Pendidikan Jasmani tidak mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan dengan Pendidikan Jasmani murid sekolah rendah, maka biasanya mereka hanya akan membenarkan murid-murid mereka bermain apa sahaja yang diingini di padang sekolah. Maka, pihak pentadbiran dan kementerian pelajaran perlu memastikan guru-guru pendidikan jasmani yang berkelayakan adalah mencukupi bagi setiap sekolah agar masalah-masalah lain tidak akan timbul. Jika benar terdapat kekurangan bagi guru-guru pendidikan jasmani dan terpaksa melantik guru yang bukan dalam bidang yang berkaitan untuk mengajar pendidikan jasmani, pihak pentadbiran dan kementerian pelajaran perlu memberikan kursus dan kemahiran serta ilmu kepada guru-guru tersebut agar mereka dapat mengajar murid-murid pendidikan jasmani dengan lebih baik.









Rujukan.





Friday, July 13, 2012

Campur minggu ni sudah masuk minggu ke 4
aku memulakan kuliah di sem 4.
Aku dah mula melalui minggu2 yang busy.. Rasa macam baru seminggu dua je mula kuliah.
Tadi tengok balik kalendar,
oh dah nak masuk sebulan rupanya..
Tak terasa sebab aku memang sibuk beberapa minggu ni..
Sebabnya 2 minggu selepas cuti mid-sem abes, aku masih terus bekerja part time belah mlm sebab nak cukupkan sebulan. Memang penat, sbb siang ada kelas smpai ptg, ada gerko lagi pastu
pas asar terus kuar gi tempat kerja.

Pastu,aku baru mula dok luar kampus bagi sem ni dengan 3 org lagi housemate aku.
Banyak benda yang nak diuruskan,
biasala baru tinggal luar,
banyak benda yang nak diuruskan.
Selalu je keluar utk urusan rumah.

Pastu bila elaun dah masuk,
pun sibuk juga,
sebab bila dah dapat duit,
mcm2 nak kena buat,
nak byr bills rumah, broadband, hutang, keluarkan utk ASB, beli barang2 rumah, dll.
Pastu
Banyak pula urusan dengan pelbagai bank, BSN,Maybank, Bank Rakyat,.
Kelas banyak sampai ke petang, waktu pjbt lak tutup kan jam 5.
Memang asyik curi2 masa je utk keluar utk uruskan pelbagai perkara,
dengan tugasan kelas lagi, tugasan kokurikulum,
kerja2 persatuan lagi,

Hari ni hari jumaat, aku try curi masa utk semak balik apa kerja2 yg
belum aku settle kan.
Memang banyak kerja yang tertangghu dan perlu disiapkan..

Malam semalam ada program persatuan, hari ni pun
kejap lagi sampai malam ada lagi program.
Pas abes program nak balik kampung pulak dengan family.
Kalo nak ikutkan masa sabtu dan ahad ni
nak siapkan kerja2 yg tak siap lagi tu,
tapi,
bila lagi aku nak abeskan masa dengan family, balik kampung?
dah la aku sekeluarga memang x selalu balik perak.
Nanti kecil ati plak org tua di kampung,
mereka pun mesti rindukan anak cucu mereka,.
Bayangkan kalo kita nanti dah tua,
anak cucu kita selalu sibuk sampai x balik.
hmmm...time tu baru tahu..

Tadi dalam kelas,
ada seorang shabat yang bagi nasihat,
katanya lebih kurang beginilah,

"sibuk macam mana sekali pun, 
jagalah hati dan hubungan kita dengan family,
kalo ajak balik kampung,
balik la jugak,
kerja2 tu sume lupakan sekejap,
insya Allah ,Allah akan bantu kita nanti utk permdahkan semua urusan,
dan bantu kita buat kerja dengan baik.

Rehatkan minda kat kampung,
jangan fikir2 soal kerja,
badan dan otak perlu rehat juga,
barulah kualiti kerja kita akan bertambah,
berbanding kalo kita buat je kerja tanpa rehat.."

Hmmm..gitulah lebih kurang katanya..
terima kasih sahabat..
ok, aku akan 
cube dengar dan ingat kata2 mu itu..

Monday, July 9, 2012

Sistem Respiratori

1.0 PENGENALAN
Anatomi dan fisiologi merupakan bidang kajian berkaitan dengan struktur tubuh badan dan proses-proses yang berlaku dalam tubuh badan manusia. Ia juga membolehkan kita memahami bahagian-bahagian tubuh badan dan tindak balas yang berlaku dalam tubuh badan berkaitan dengan organ, sistem saraf, sistem otot, dan tenaga dalam tubuh badan semasa bersukan.
Matapelajaran ini membolehkan pengamalnya mengaplikasikan pengetahuan dalam anatomi dan fisiologi bagi meningkatkan kecergasan tubuh badan semasa melakukan aktiviti bersukan dalam kehidupan seharian. Bertepatan dengan tajuk yang akan dikupas dengan lebih mendalam iaitu sistem respiratori manusia.  Definisi respirasi merujuk kepada proses pertukaran gas di dalam badan. Setiap benda hidup yang berada di atas muka bumi ini  akan menjalani proses respirasi untuk terus hidup samada manusia mahupun tumbuhan. Namun tidak semua proses respirasi antara benda hidup beroperasi dengan cara yang sama. Contonya manusia memerlukan oksigen (O2) dan mengeluarkan karbon dioksida (Co2) manakala tumbuhan pula memerlukan Co2 dan mengeluarkan O2 semasa proses respirasi berlangsung.
Dalam tugasan penulisan akademik ini ada menceritakan secara terperinci mengenai sistem respirasi yang berlaku. Bermula daripada penglibatan organ-organ yang terlibat sehinggalah kepada proses resapan gas-gas di alveolus.



Sistem respiratori merupakan sistem yang penting bagi hidupan seperti manusia dan haiwan untuk terus menerima oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida dari tubuh badan. Manusia dewasa memerlukan 95 % pernafasan oksigen di dalam darah. Pernafasan ini adalah penting untuk membekalkan oksigen dan menyingkirkan karbon dioksida dan mengekalkan kestabilan keadaan dan persekitaran tubuh badan iaitu homeostasis. Fungsi utama sistem respiratori ini juga adalah untuk mengangkut bekalan darah beroksigen agar kandungan oksigen tersebut dapat disalurkan dan digunakan ke seluruh bahagian tubuh badan. Semasa kita menarik nafas, gas oksigen akan masuk ke dalam paru-paru dan karbon dioksida akan dikeluarkan. Proses ini dinamakan sebagai pertukaran gas dalam sistem pernafasan.

            Dalam sistem respiratori terdapat beberapa komponen dan organ yang mempunyai peranan penting untuk pertukaran gas berlaku. Komponennya ialah saluran pernafasan yang terdiri daripada salur nasal, farinks, trakea, bronkus, dan bronkiul. Saluran pernafasan ini juga merupakan tempat dimana udara dilembabkan dan tempat deria bau berfungsi. Udara mengalir ke paru-paru dan dikeluarkan dari tubuh melalui saluran pernafasan ini.



Hidung adalah sebahagian daripada organ yang terlibat dengan sistem pernafasan. Ia berfungsi sebagai saluran untuk keluar masuk gas oksigen dan karbon dioksida. Selain itu, hidung juga mempunyai peranan untuk menghidu bau di sekeliling kita. Hidung manusia terdiri daripada daripada tulang dan rawan.  Lubang hidung terdiri daripada dua saluran yang dipisahkan oleh septum hidung. Antara fungsi hidung yang lain ialah melembabkan udara yang masuk ke paru-paru. Udara yang masuk ke paru-paru ini dapat dilembapkan kerana menghasilkan mukus sebanyak satu liter sehari.

Farinks pula berfungsi sebagai laluan udara dan makanan yang berbentuk seperti saluran corong yang bermula dari bahagian dalam hidung dan memanjang ke arah leher. Panjang farinks ini adalah kira-kira 13 sentimeter. Kemudian, selepas farinks, organ larinks yang dikenali juga sebagai kotak suara berada di bahagian bawah farinks. Larinks mengandungi beberapa tulang rawan termasuklah epiglottis. Apabila larinks dimasuki oleh sesuatu benda, kita akan berasa tersedak. Tersedak itu merupakan satu refleks perlindungan bagi mengelakkan benda asing masuk ke dalam paru-paru.

Udara akan memasuki ruangan trakea pula selepas melalui hidung, farinks, dan larinks. Trakea merupakan saluran udara yang bersambung dengan bronchi. Di dalam dinding trakea, terdapat sel-sel epithelium yang mempunyai peranan untuk memerangkap habuk. Kalenjar perembes mukus juga terdapat di dalam trakea untuk membersihkan udara yang disedut masuk ke dalam paru-paru. Bronkus pula terdiri daripada tisu epitilium yang mengandungi unjuran rambut halus diatas permukaannya. Ia berfungsi untuk menghalang zarah-zarah kecil seperti habuk dan debu memasuki kawasan paru-paru. Bronkiul pula terdiri daripada salur udara yang paling halus yang terkandung dalam paru-paru. Bronkiul  merupakan cabang bronkus yang menyebarkan udara ke aveolus.

Alveolus merupakan kantung udara yang menempatkan kawasan pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Setiap alveolus dikelilingi dengan kapilari darah  yang membebaskan karbon dioksida ke dalam alveolus dan dihembus keluar. Darah membebaskan karbon dioksida ke dalam alveolus melalui kapilari darah, kemudian dalam waktu yang sama darah kapilari mengandungi hemoglobin akan mengikat oksigen dari udara untuk dibawa ke sel-sel tubuh badan. Di dalam sel-sel tubuh badan, oksigen dilepaskan dan digunakan oleh sel-sel tersebut bagi menghasilkan tenaga, sementara karbon dioksida dihasilkan. Karbon dioksida ini seterusnya di hantar ke paru-paru untuk dihembuskan. Di dalam tubuh manusia yang sihat, jumlah alveolus mencakupi sehingga 250 juta. Alveolus tersebut mempunyai keluasan separuh daripada gelanggang tenis iaitu kira-kira 80 kali permukaan luas permukaan tubuh badan jika ia direntangkan. Paru-paru terbentuk dengan adanya alveolus dan bronkiul di dalamnya.



1.0  FISIOLOGI PERNAFASAN
Respirasi atau bernafas memiliki tiga fungsi utama iaitu untuk mengambil oksigen, mengeluarkan kabon dioksida dan meregulasikan komposisi relative dari darah. Tubuh manusiakan memerlukan oksigen (O2) untuk metabolism makanan. Sepanjang proses metabolism, oksigen akan digabungkan dengan atom karbon dalam makanan, menghasilkan karbon dioksida (CO2). Syaifuddin, (1996) menyatakan bahawa proses mengambil O2 ini dikenali sebagai inspirasi (inhalation) dan proses mengeluarkan CO2 dipanggil ekspirasi(exhalation). Sistem pernafasan melibatkan beberapa organ termasuk hidung, trakea, peparu, tulang rusuk, otot interkosta, bronkus, bronkiol, alveolus dan diafragma. Udara akan disedut ke dalam paru-paru melalui hidung dan trakea.
Paru-paru merupakan sepasang organ yang terletak di dada yang berfungsi untuk pernafasan iaitu proses pertukaran karbon dioksida dengan oksigen dari udara. Paru-paru terletak di dalam rongga vakum. Oleh sebab itu, apabila dada mengembang semasa menarik nafas, paru-paru juga turut mengembang. Manakala, sewaktu menghembus nafas, dada akan mengecil maka paru-paru turut menguncup. Paru-paru adalah lembut dan berongga.
Salur darah pula bermula dari trakea. Di dinding dalam trakea, terdapat sel-sel epitilium yang memerangkap habuk. Terdapat juga kalenjar perembes mukus yang berperanan membersihkan udara sedutan yang memasuki paru-paru. Trakea bercabang membentuk bronkus kanan dan kiri dan dilapisi oleh tisu epitilium. Di permukaan eptilium, terdapat unjuran rambut yang halus dan berfungsi menghalang zarah-zarah kecil seperti habuk dan debu daripada memasuki paru-paru.
Daripada bronkus , salur darah terus bercabang sehingga akhirnya membentuk bronkiol iaitu salur udara paling halus. Pertukaran gas hanya berlaku dikantung udara yang dikenali sebagai alveolus. Jumlah alveolus pada manusia yang sihat kira-kira 250 juta yang jika dibentangkan boleh mencakupi keluasan separuh padang tenis atau kira-kira 80 kali luas permukaan tubuh badan.
Setiap alveolus dikelilingi oleh banyak kapilari darah. Melalui kapilari ini, darah membebaskan karbon dioksida ke dalam alveolus dan akhirnya menghembuskan keluar. Pada waktu yang sama, darah kapilari yang mengandungi haemoglobin mengikat oksigen dari udara sedutan untuk dibawa ke sel-sel tubuh. Di sel tubuh, oksigen dilepaskan dan digunakan oleh sel-sel tersebut bagi menghasilkan tenaga, sementara karbon dioksida dihasilkan. Karbon dioksida ini seterusnya di hantar ke paru-paru untuk dihembuskan.

3.1 SISTEM PERNAFASAN MANUSIA
Mekanisme pernafasan manusia ialah proses mekanikal memasukkan udara ke dalam paru-paru (semasa tarikan nafas) dan menghembus semula ke udara ( semasa hembusan nafas).          
Semasa tarikan nafas berlaku, otot difragma mengecut dan menyebabkan diafragma mendatar. Pada masa yang sama, otot interkosta luar mengecut dan mengakibatkan tulang rusuk naik ke atas dan ke depan. Hal ini akan meningkatkan isipadu rongga toraks dan menurunkan tekanan di dalam paru-paru. Udara atmosfera yang mempunyai tekanan yang tinggi akan merempuh masuk ke dalam paru-paru.
Manakala, hembusan nafas akan berlaku apabila otot interkosta luar mengendur. Tulang rusuk pula akan kembali ke kedudukan asal. Pada masa yang sama, otot diafragma akan mengendur untuk membenarkan organ-organ abdomen menolaknya kembali kepada bentuk kubah yang asal. Hal ini akan mengurangkan isipadu rongga toraks dan membenarkan paru-paru yang kenyal mengempis lalu memaksa udara keluar darinya semasa hembusan nafas.

1.0 RESPIRASI DALAMAN
Respirasi dalaman  melibatkan pertukaran gas-gas respiratori antara darah dan sel-sel tisu. Pertukaran ini akan melibatkan pemindahan oksigen daripada darah ke sel-sel tisu dan karbon dioksida daripada sel-sel tisu kepada darah. Oksigen yang diangkut dalam bentuk oksihaemoglobin oleh darah akan dibebaskan daripada sebatian tersebut dan meresap ke dalam sel-sel tisu. Pada masa yang sama karbon dioksida akan meresap ke dalam darah untuk membentuk asid karbonik. Asid ini membebaskan ion-ion bikarbonat ke dalan plasma darah yang diangkut oleh sistem peredaran darah untuk dikumuh. Respirasi dalaman menyebabkan darah pada vena lebih banyak dengan karbon dioksida berbanding dengan darah yang meninggalkan paru-paru untuk ke jantung.



3.1 PROSES PENGANGKUTAN GAS OLEH DARAH
Darah beroksigen diangkut ke sel-sel tubuh badan. Sel-sel akan menggunakan oksigen. Sel-sel tisu badan akan membebaskan karbon dioksida ke dalam darah dan diangkut ke paru-paru. Pengangkutan oksigen boleh diangkut melalui dua cara. Pertama, oksigen tersebut akan larut di dalam plasma. Manakala, cara kedua ialah melalui pelarutan haemoglobin untuk membentuk oksihemoglobin.
Oksihemoglobin adalah satu kompound yang tidak stabil. Oleh itu, ia mudah untuk menghuraikan oksigen tersebut. Faktor-faktor yang mempengaruhi penghuraian tersebut adalah tahap oksigen yang rendaH, pH rendah, suhu yang tinggi dan peningkatan pengeluaran karbon dioksida dalam badan.
Pengangkutan karbon dioksida pula ialah diangkut melalui tiga cara. Cara pertama ialah melalui pelarutan dalam plasma. Kedua, melalui ion bikarbonat. Seterusnya ialah melalui gabungan dengan hemoglobin untuk membentuk karbominohemoglobin.


3.1 FUNGSI SISTEM RESPIRASI
Sistem pernafasan berfungsi untuk mengangkut udara ke paru-paru. Oleh itu, oksigen dalam udara akan mengangkut daripada paru-paru dan menghantar ke dalam darah. Manakala, karbon dioksida akan diangkut daripada darah ke paru-paru dari arah yang bertentangan.

3.2 MEKANISME HEMEOTASIS – KAWALAN RESPIRASI
                   Respirasi adalah tindakan yang dikawal oleh bahagian otka yang merangsang pengucupan diafragnma dan otot interkosta dalaman. Pusat memproses mekanisme tarikan nafas ini terletak di dalam medula oblongata iaitu bahagian yang menghasilkan impuls saraf beritma untuk merangsang pengucupan otot difragma dan interkosta luar. Kebiasaannya, mekanisme ini berakhir apabila otot-otot dalam keadaan rehat tetapi apabila pernafasan berlaku dengan laju, pusat penafasan yang memproses mekanisme hembusan nafas dengan mudah di berhentikan melalui rangsangan otot diafragma dan interkosta dalam.
                   Pheomotasiks yang terletak di bahagian otak menghalang pusat tarikan nafas, membataskan pengucupan otot diafragma dan interkosta luar serta mencegah paru-paru daripada menjadi telalu kembang. Malah, apneusis yang juga terletak di bahagian otak merangsang pusat tarikan nafas serta menyumbang pengucupan otot-otot.
            Pusat pernafasan adalah dipengaruhi oleh rangsangan yang diterima daripada tiga kumpulan neuron iaitu pusat kemeresepter, kemoreseptor periferi dan reseptor rengang. Pusat kemeresepter ialah saraf-saraf pusat dan terletak dalam medula oblongata dan berfungsi mengawal cecair kimia serebrospina. Apabila karbon dioksida daripada plasma memasuki cecair serebrospina, ia membentuk HCO3- dan H+ serta nilai pH menjadi lebih berasid. Sebagai tindakbalas untuk pengurangan nilai pH, pusat kemoreseptor merangsang pusat pernafasan untuk meningkatkan kadar mekanisme tarikan nafas.


Kemoreseptor periferi pula ialah saraf-saraf di sistem saraf periferi yang terletak dalam aorta badan-badan dalam dinding lengkung aorta dan dalam karotid badanbadan
dalam dinding-dinding bagi karotid arteri, mengawal kimia darah.Peningkatan dalam nilai pH dan pO2, menyebabkan reseptor ini merangsang pusat pernafasan.

Manakala reseptor regang dalam dinding bronkus dan bronkiol diaktifkan apabila paru-paru mengembang kepada had fizikal mereka. Reseptor ini memberi isyarat kepada
pusat pernafasan untuk memberhentikan rangsangan serta membenarkan penamatan bagi memulakan ke atas otot-otot mekanisme tarikan nafas. Tindak balas ini dikenali sebagai tindakan Hering-Breur.


1.0      RESPIRASI LUARAN
Definisi respirasi luar ialah pertukaran gas (oksigen masuk dan karbon dioksida keluar) antara alveolus dan darah (pertukaran gas pulmonari). Pertukaran gas di dalam badan berlaku mengikut hukum penyerapan.  Respirasi luar berlaku apabila menarik nafas (oksigen diambil) dan membuang (karbon dioksida dibuang).


4.1 MEKANISME MENARIK NAFAS DAN MENGHEMBUS NAFAS
Penyedutan udara berlaku apabila individu menarik nafas melalui hidung atau mulut. Udara masuk ke dalam badan dan pergi ke paru-paru. Udara memenuhi paru-paru menyebabkan paru-paru mengembang. Apabila paru-paru mengembang maka difragma menguncup dan bergerak ke bawah (flattens out) menyebabkan isipadu torarik meningkat. Pada masa yang sama otot interkosta luar menguncup (contract) dan otot  interkosta dalam berada dalam keadaan rehat (relax) menyebabkan tulang rusuk dan sternum bergerak ke atas dan ke luar. Proses tersebut menyebabkan isipadu rongga torarik meningkat dan tekanan  rongga torarik menurun maka udara masuk ke dalam paru-paru. Semasa menghembus udara, difragma berada dalam keadaan rehat (relax) dan difragma kembali pada bentuk asal semula (bentuk loceng). Otot interkosta luar berada dalam keadaan rehat (relax) dan otot intercostal dalam menguncup (contract) menyebabkan tulang rusuk dan sternum bergerak ke bawah dan ke dalam. Proses tersebut menyebabkan isipadu rongga torarik menurun dan tekanan rongga torarik meningkat maka udara dihembus keluar daripada paru-paru.


4.1 PROSES SEMASA RESPIRASI LUARAN
Semasa respirasi luar berlaku, darah yang kurang oksigen melalui sistem pulmonari  dan membentuk scarlet river yang akan kembali semula kepada jantung. Jantung akan mengangkut darah yang banyak oksigen ke seluruh badan menggunakan sistem sistemik. Warna darah yang gelap (darah kurang oksigen) berubah kepada warna terang (banyak oksigen) kerana oksigen diambil oleh haemoglobin semasa darah kurang oksigen  melalui sistem pulmonari dan karbon dioksida diangkut daripada darah pada masa yang sama. Oleh sebab sel pada badan manusia secara berterusan menggunakan oksigen  maka kandungan oksigen dalam darah lebih rendah berbanding kandungan oksigen di alveolus. Maka oksigen  daripada alveolus melalui membran pernafasan ke dalam darah kurang oksigen pada kapilari pulmonari. Pada masa yang sama, sel tisu  mengambil oksigen daripada darah pada sistem sistemik dan membuang karbon dioksida daripada sel tisu ke dalam darah. Oleh sebab kepekatan kandungan karbon dioksida yang tinggi pada kapilari pulmonari berbanding pada alveolus, karbon dioksida di dalam darah keluar ke alveolus dan karbon dioksida dibuang oleh paru-paru-paru semasa menghembus udara. Ketika darah membuang karbon dioksida, darah daripada paru-paru yang masuk ke dalam vena pulmonari mengandungi oksigen yang tinggi dan kandungan karbon dioksida kurang bersedia untuk dipam oleh jantung ke sistem sistemik.


6.1                         ROSES PERTUKARAN GAS RESPIRASI ANTARA DARAH DAN SEL BADAN
Darah yang meninggalkan kapilari darah untuk kembali ke peparu yang mempunyai tekanan separa oksigen (PO2) rendah dan tekanan separa karbon dioksida (PO2) tinggi. Pertukaran gas berlaku semula antara darah dan udara alveolus. Darah yang sampai ke tisu kapilari mempunyai tekanan separa oksigen yang lebih tinggi daripada tekanan separa oksigen sel badan. Oksigen meresap dari darah ke dalam sel di tisu. Pada masa yang sama, PO2 yang lebih tinggi dalam sel di tisu menyebabkan karbon dioksida meresap dari sel ke dalam kapilari darah yang mempunyai PCO2 yang lebih rendah.
O2 dan CO2 bergerak di antara darah kapilari sistemik dan sel tisu melakui resapan mudah sama seperti pergerakan gas di antara darah kapilari dan gas alveolus di dalam paru-paru. Kadar pemindahan gas melalui satu lapisan tisu berkadar terus dengan luas kawasan tisu dan perbezaan tekanan separa gas di antara kedua-dua bahagian dan berkadar  songsang dengan ketebalan tisu. Ketebalan sekatan darah dan gas ialah kurang daripada 0.5 mikron, tetapi jarak di antara kapilari terbuka di dalam otot rehat ialah dalam lingkungan 50 mikron. Semasa melakukan senaman, apabila buka, dan mengurangkan jarak resapan serta meningkatkan luas kawasan untuk resapan. Oleh sebab CO2 meresap melalui tisu dalam anggaran 20 kali lebih cepat daripada O2. Maka penyingkiran CO2 adalah kurang rumit jika dibandingkan dengan penghantaran O2.


1.0 RUJUKAN

A.Rahman, Ruby Husain & M. Afandi Muhamad .(2000). Fisiologi Manusia Edisi Kedua                         Selangor. Penerbit Fajar Bakti

Gan Wan Yeat & Choong Choe Hin .(2003). Sukses Biologi SPM. Selangor: Penerbit    Fajar Bakti

John B.West Diterjemah Oleh Fauziah Md.Desa & Rabindarjeet Singh . (1989). Fisiologi             Pernafasan Asasi . Kuala Lumpur : Percetakan Naz Sdn.Bhd

S. David, B. Jackie & L. Ricki (2006). “Hole’s Essentials of Human Anatomy and
            Physiology. 9th edition. New York: McGraw Hill Companies, Inc.

Tiada nama pengarang.  External Respiration. Dilayari pada 20 Februari 2012 di URL    http://www. ivy- rose.co.uk /HumanBody/ Respiratory/ Respiratory_ External_           Respiration.php

Tiada nama pengarang. The Mechanic of Breathing. Dilayari pada 24 Februari 2012 di             URL    http://www.teachpe.com/anatomy/breathing.php

Tiada nama pengarang. The Process of Breathing. Dilayari pada 26 Februari 2012 di      URL http://www.ehow.com/how-does_5117934_process-breathing.html


Terima kasih kepada ahli group aku yg sama2 menyiapkan assignment ini : Basirah, Shikin, Adilah. (G3.1)2012
 
Images by Freepik