Assalamualaikum warahmatullah dans elamat sejahtera..
seminggu dua ni merupakan minggu yang agak sibuk dan penat sekali..
Dengan assignment nyer, presentation, ISL, latihan rumah sukan, taekwondo dan demo,Kem Memperkasakan Kepimpinan PGPI (KMK), Program Bina Insan Guru (BIG), Manifesto JPP, Jogathon, dll..
Banyak yang aku nak ceritakan sebenarnya kat blog pebret aku ni, tapi kekangan waktu yang menghalang..
Insya Allah nanti bila ada masa aku akan update program2 dan aktivit2 aku yg baru2 ni berlaku.
Cuma, hari ini, aku dapat menceritakan sedikit mengenai hari jogathon di kampus aku pada pagi ini.. semalam aku baru balek dari BIG.. Malamnya plak, pergi dengar manifesto JPP, dan balek bermalam di kediaman Sentosa tuk sambut birthday kawan.
Pada mulanya aku x de niat pun nak lari dalam jogathon ni.. maklumlah penat masih lagi terasa. tapi ntah aku pun x taw tibe2 semangat nak lari.. aku pun terus lari tanpa henti.. tapi aku x la lari laju sepanjang2 jalan tu.. aku cuma lari setakat mana yg mampu tapi konsisten dan x berhenti lari..
Memang penat, tapi aku tetap usaha, yakin, motivasikan diri sendiri, ingat Allah dan tawakal, akhirnya aku berjaya sampai dan dapat nombor 8.. Alhamdulillah..
Penat sgt samapi x leh nak bercakap masa petugas tanya nama dan nombor bilik tuk masukkan nama dalam list pemenang...
Itulah pengalaman aku setelah sekian lama aku x lari jogathon..
Saturday, February 26, 2011
Thursday, February 10, 2011
Sorry
Hai..hai..hai..
mmm.. sorry ye kpd sume yang tertanye2 ngape dah cm lame x update blog?..hehe..
nak update tp tiada mende yg mnarik n lau ade pun cam busy ckit.. hehe
mm.. so sabar yer .. haaha..
Kat bawah ada ckit gmbr yg bru ditangkap tadi mse kat putrajaya.. kitorg gi dengar perutusan menteri pelajaran..
k,. see u all again.. daaa
time boring2.. |
Labels:
aku dan kawan-kawan,
IPG,
Kejadian/Peristiwa
Monday, January 31, 2011
Peristiwa 20 Jun 2010
Agak-agak you all, apa sebenarnya yang berlaku nie?...
teeettttttttt...
ini lah kejadian 20 jun yang lalu..
Kereta yg diatas sekali tu milik pemandu yang memandu laju oleh seorang pemandu yg x dikenali,
yg Myvi atas ni lak kereta yg dinaiki oleh aku dan keluarga ku..
Mengapa ia terjadi?
bagaimana?
sesiapa yang tahu kisah sebenar nya tahulah..
inilah die gmbrnye..
Alhamdulillah sume selamat,..
x de yg tercedera..
Siapa salah?
mmm...aku rase aku kot...huhu...
Tapi nape dilanggar dari belakang?
hmmm mungkin sebab aku terhegeh hegeh kut... ahaha..
x sempat nak masuk gear lagi, sibuk masuk belah kanan,..
asalnya nak elak dari motor kat depan,..
aku tgk kete belakang tu agak jauh lagi tp aku rse memang laju,
aku pon dok tengok dari cermin blkng tp x tekan minyak lak bg tambah laju,
pandai kan aku..
huhu.. sorry yek kpd yg berkenaan ..
kesian tu kete achik aku..
nasib bek die x marah, dia memahami,..
and aku pun dah say sorry to him..
ayah aku lak time tu x dek memng dah de kat KL,
my dad ckp x pela..,
sume pemandu mesti ada pengalaman accident,..
mende ni sume adalah pengalaman dan pengajaran,..
betul x?!..
Wednesday, January 12, 2011
Luahan hati Hamba Allah . . .
Setiap perasaan sedih, kecewa, gembira, suka semuanya adalah datangnya daripada Allah. Kita perlu percaya setiap kejadian ada hikmahnya. Jika Allah berikan kita suatu kesedihan sekarang, mungkin ada kebahagiaan lain yang Dia ingin berikan kepada kita kelak di kemudian hari. Tak semua benda yang kita akan dapat di dunia ini. Mungkin Allah nak berikan sesuatu yang lain kepada kita yang mungkin sahaja orang lain tidak memperolehinya. Mungkin juga Dia mahu kita lebih mengingati dan mensyukuri nikmat pemberian Nya. Kita perlu sabar meneruskan perjuangan hidup kita selagi kita masih bernafas di muka bumi ini. Kita perlu yakin dengan kejayaan yang bakal kita lakarkan nanti. Tetapi semestinya ia memerlukan kesabaran, kesungguhan dan usaha yang tinggi dan berterusan. Walau apa pun kesulitan, kesusahan, kepayahan yang melanda, kita laluinya sahaja. Biarkan ia berlalu dengan peredaran masa jika perlu. Sekurangya kita ada kesedaran untuk memajukan diri, kita masih ada orang yang menyayangi kita dan setia disisi kita. Kita perlu bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Percayalah Allah itu Maha Adil. Pasti ada sesuatu untuk kita...
Labels:
Islam,
Luahan/Isi Hati/Merepek
Subscribe to:
Posts (Atom)