Pages

Wednesday, February 20, 2013

Ada had untuk beli alat tulis guna baucer buku???


Alhamdulillah... dah dapat Baucer Buku 1 Malaysia RM250.. Tapi yg x bestnye ada had pula untuk beli kelengkapan alat tulis.. hanya 20 % dari nilai baucer tu dan kena beli buku dulu baru dapat beli alat tulis.. huhu...sedangkan kami guru2 pelatih amat memerlukan alatan tulis dan kelengkapan lain seperti kertas2, kad2, dan juga bahan2 yang boleh dibuat bahan bantu mengajar.. kalau nilai nye sikit, apa je yang dapat kami beli..

Kebanyakan kawan2 yang dah pergi Popular dan MPH, diorang kata hanya dapat beli barangan alat tulis dengan nilai rm20/rm50 sahaja.. sedangkan kalo nak beli kertas A4 yang 450 helai tu je pun nak dekat rm10.. Nak beli kertas kajang lagi, kertas mahjung, kad2 manila, binding tape, fail2, highliter la, marker2, dan sebagainya.. x cukup kalo sekadar rm20 je dibenarkan.. Sebab harga2 buku untuk kami belajar x banyak dijual di kedai2 buku biasa. Biasanya kami order dari pensyarah atau fotostat modul. Dan harga buku kami x mahal sangat sebab made in Malaysia.

Tapi Alhamdulillah,.. aku dapat jumpa sebuah kedai buku dekat permaisuri yang x hadkan pun untuk beli alatan tulis.. dan x semestinya kena beli buku dulu baru dapat beli alat tulis..Dan akhirnya, aku dapat beli semua alatan tulis dan kelengkapan yang diperlukan dengan nilai RM100 baucer buku :






Saturday, February 9, 2013

Pengurusan Kelas


Pengurusan kelas

Konsep

-          Tugas mengurus bilik darjah termasuk juga aktiviti mengatur reka letak fizikal dan mewujudkan komunikasi dan interaksi dalam kalangan pelajar dan guru.
-          Cara dan kaedah pengajaran bahasa itu dikendalikan
-          Dilakukan secara indidvidu, berpasangan, berkumpulan atau secara kelas.
Pengajaran secara kelas
-          Guru menyampaikan pengajaran kepada semua secara serentak
-        
             Kelebihannya
o   dapat pelajari bahan yang sama, dinilai dan hadapi situasi yang sama.
o   Guru dapat melihat perbezaan pencapaian murid
o   Guru mentadbir kelas dengan mudah
-          
       Kelemahannya
o   Pengajaran tidak memenuhi keperluan individu, minat, kebolehan, kecerdasan
o   Murid bijak hilang peluang belajar

Pengajaran secara kumpulan
-          
      Murid dikumpulkan mengikut pencapaian
-          Pentingkan sikap kerjasama antara murid
-          Murid diberi peluang mengendalikan kumpulan
Pengajaran secara individu
-          Dijalankan dengan tujuan dan objektif
o   Masalah pembelajaran / maju pembelajaran bertujuan memperkaya

Pengajaran secara kelas bercantum
-          
      Menggabungkan beberapa kelas menjadi satu kelas
-          Murid tidak mempunyai tahap pencapaian yang sama
-          Oleh itu. Kaedah pengajaran berkumpulan diutamakan
-          Memerlukan gurun yang rajin, bertanggungjawab dan bijak kendali kumpulan
-          Setiap kumpulan diberi tugas dan belajar serenak pada waktu yang sama.

Pengajaran secara kuliah
-          
      Menyampaikan pengajaran kepada pelajar pendidikan tinggi
-          Murid mencatat nota sendiri
-          Alat teknologi digunakan
-          Kelebihan
o   Jimat masa dan tenaga
o   Mudah dikawal
o   Berpelulang menganalisis, mengintepretasi

Aspek lain pengelolaan kelas
-         
       Iklim dan persekitaran bilik darjah
-          Aspek komunikasi dalam bilik darjah
-          Aspek pengurusan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah
-          Pengurusan yang berkaitan dengan disiplin murid
Keberkesanan pengelolaan kelas
-         
     Cole (1994) merumuskan bahawa kejayaan dan keberkesanan pengelolaan kelas bergantung kepada empat faktor :
o   Kemahiran berkomunikasi
o   Kemahiran merancang dan mengurus
o   Kemahiran mengajar dan keupayaan guru menggunakan motivasi dan pengukuhan



Friday, February 1, 2013

Tragedi 30 Januari

Hai, Assalamualaikum dan selamat petang..






Terkejut tak tengok 2 gambar kat atas ni? hu sedih, itulah yg berlaku pada kereta aku tu pada rabu baru2 ni..  Nak tahu apa ceritanya??

Masa tu aku baru balik dari pasaraya. Aku pun parking la elok2 kat tempat yang biasa aku parking dekat rumah sewa aku tu. Masa tu kat depan aku memang ada sebuah lori yg saiznya sederhana .Aku nampak ada orang tengah punggah barang macam angkat guni pasir batu la macam tu.. Memang aku tahu ada org renovater umah kat situ.. Aku pun x la parking rapat pun dengan lori tu. Aku enjak ke belakang lagi bagi ruang lebih ckit kat lori tu..

Aku pun naik la ke rumah dalam 10 minit pastu aku turun balik nak keluar.. Tengok2 dah kemek dah kete aku tu. Memang terbeliak la biji mata aku ni.. Lori tu dah x de.. Mula la aku rasa nak marah sbb aku parking bukan rapat pun dengan lori tu..



Memang sah lori tu punyer keje.. tengok pada kesan kemek dan calar tu pun dah tau.. Kalo kereta , bukan mcm tu. Dan korang bleh tengok gambar kat atas ni, bpe besar ruang kat depan kete aku tu? lori tu bukan besar mana pun.

Ikutkan hati aku ni memang nak pegi serang terus kat rumah tu. Nasib baik aku ada kawan2 yang cool dan Ohsem yang pergi tanya elok2 kat pekerja indon katr umah tu.. Dan kisahnya pekerja lori tu bukan orang mereka. Pekerja lori tu kerjanya memang dah diupah angkut sampah barang2 renovate rumah tu. Aku berjaya dapat no telefon boss pekerja indon tu tapi bila aku call x dapat dihubungi.. Geram betul!

Dan kesudahannya petang esoknya aku ke rumah Acu aku dan dia la yang tolong ketuk balik bonet depan tu..






Walaupun bonet tu dah elok bertutup tapi yang kemek2 tu yang korang dapat lihat dalam gambar di atas memang x dapat nak buat apa melainkan tukar yang baru.. hoho.. sapa nak bayar?? Dan memang sedih la, sayang kereta cantik2, dah nampak cacat.. huhu.. Acu aku pesan, lain kali jangan parking kalo ada lori or van. Pergi cari tempat parking yang lain.. Sebab lori dan van lebih besar dari kancil aku tu.. Memang susah la diorang nak perasan. So kena hati2 pasni.. Oh Acu, maafkan ku sebab sudah mencacatkan keretamu ini.. Kalo korang nak tau sebenarnya pemilik sebenar kancil aku ni Acu aku. Dia guna kereta lain, dan kancil ni dia bagi aku guna.. Baik kan.. Tapi sangat terkilan sebab dah jadi macam tu.. :(

Monday, January 28, 2013

Kemahiran Penyoalan


Kemahiran penyoalan

Pengenalan

-          Teknik menyoal merupakan teknik yang penting dalam pengajaran guru.
-         
       Hampir semua proses p & p melibatkan penggunaan teknik menyoal.


Prinsip

-          Ditujukan kepada semua murid
-          Murid diberi masa berfikir
-          Sesuai dengan kebolehan murid
-          Soalan dirancang daripada mudah kepada rumit, aras rendah ke aras tinggi.
-          Penyampaian soalan jelas
-          Melayan tindak balas murid dengan baik


Objektif

-          Untuk melibatkan murid secaara aktif dalam p&p
-          Menimbulkan minat dan ingin tahu murid
-          Membantu murid dalam perkembangan daya fikir
-          Menggalakkan murid menyoal
-          Membantu murid melahirkan idea


Komponen

-          Soalan yang ringkas dan jelas
-          Soalan yang berfokus, sama ada tunggal atau focus pelbagai (Fokus tunggal ialah soalan ditumpukan pada satu idea  sahaja. Manakala fokus pelbagai ialah soalan yang ditumpukan lebih daripada satu idea.)
-          Soalan yang boleh dialih dan disebarkan supaya banyak murid berpeluang murid berfikir
-          Membantu dengan memberikan petunjuk atau klu untuk memudahkan murid memebrikan jawapan
-          Melayan murid dengan adil
-          Soalan bertujuan mencungkil pengetahuan murid berdasarkan aras tertentu.

Wednesday, January 16, 2013

Muhasabah

Muhasabah sebelum tidur: 

Adakah aku telah menambahkan dosa atau pahla pada hari ini? Adakah aku telah menjadi seorang yg penyabar? 

Adakah aku menjaga lidahku dari mengumpat dan berkata buruk terhadap org lain?

 Adakah aku memandang serong terhadap makhluk Allah yg lain? 

Adakah aku telah laksanakan tanggungjawab aku dengan baik sebagai hamba Allah, anak, rakan, dan pelajar?

 Masya Allah... 

semoga aku dpt berubah menjadi lebih baik pd hari2 mendatang.. 

Selamat Malam..



TQ intanMartina.blogspot

terima kasih teman

Tiada siapa yg sempurna di dunia ni.. ya, aku kadang2 mudah stress dan beremosi bila berada dalam kesibukan dan masalah.

 Minta maaf kepada sesiapa yang kurang senang dengan aku, dan minta maaf juga jika ada yang terguris hati dan perasaan.

 Aku hanya memerlukan sokongan dan bantuan dari teman2 yang sedia berada di belakang ku. Terima kasih kerana memahami dan sedia membantu.

Hidup ini tidak boleh berseorangan. Kita perlukan teman sebagai penguat semangat dan penyokong apabila kita hampir tersungkur, hampir rebah, dan hampir menitiskan air mata.




Tuesday, January 15, 2013

SABAR, SABAR DAN SABAR

Aku sedang belajar untuk menjadi seorang muslimah yg lebih mengamalkan sikap bersabar menghadapi semua cabaran dan dugaan dalam kehidupan ini.

Aku sedang cuba untuk jadi lebih penyabar dan redha dengan cabaran kehidupan, dan lebih bersabar menghadapi dengan pelbagai karenah dan sikap manusia yang kadang kala menyakitkan hati dan tidak memahami tugas dan peranan orang lain.

Aku kagum dengan bebrapa orang sahabtku yg memiliki kesabaran yg agak tinggi berbanding dengan diriku. Aku akan cuba jadikan mereka sebagai guru atau contoh yang terdekat.

Tiap masalah dan cabaran dalam sesuatu tugasan itu, cuba hadapi dengan bijak. Jangan terlalu memikirkan hal tersebut hingga mengganggu kerja2 lain. Jika pasti bukan kesalahan aku, maka ignore je lah. Susah nak fahami sikap orang yang  tidak mahu  memahami tanggungjawab dan peranan orang yang lain.



 
Images by Freepik